



Informasi Keusahawanan dan Agro Bisnes serta tips-tips berkaitan dan pengalaman penulis. Sebarang pertanyaan dan komen boleh hubungi atau wasap 0192272127 (MHI). Jom kita semarakkan aktiviti perniagaan tani.




Tahu tak apa beza halia muda dan halia tua? Kalau tak tahu silalah membaca untuk tambah pengetahuan kegunaan halia dalam masakan. Kalu dah tahu, boleh kongsikan juga maklumat lain kalau ada apa-apa yang perlu ditambah untuk dikongsikan bersama.



MOHD Amir (kanan) bersama seorang pekerjanya ditempat memproses cocopeat. - FOTO Paya Linda Yahya
Sumber: https://www.hmetro.com.my/agro/2023/06/973943/manfaatkan-lambakan-sabut







Sumber: https://www.hmetro.com.my/agro/2022/12/911205/satu-dekad-bersama-tilapia

Serius saya memang suka letak dalam sup tomyam..sedap sangat2..
Khasiat pokok ketumbar jawa yang ramai tidak tahu
Ketumbar jawa (bahasa melayu) atau tumbar mungsi (bahasa Indonesia)atau fit weed,long coriander (bahasa Inggeris) merupakan tumbuhan herba yang mempunyai akar tunjang, berbαu kuat, terutamanya sekiranya daun dicederαkan.
Daun ketumbar jawa ini mempunyai daun dalam susunan roset. daun ketumbar jawa ini boleh dikategorikan sebagai ringkas,berbentuk memanjang seperti tetombak songsang dengan ukuran sehingga 30cm panjang, 4cm lebar dengan tepi daun bergerigi dan berwarna hijau muda berkilau. Jambak bunganya pula mempunyai braktea 30 sehingga 40cm panjang. Bunganya bersaiz kecil.
Ketumbar jawa ini berasal dari Amerika Tropika dan Hindi Barat. Namun kini, tumbuhan herba ini boleh didapati di negara tropika seluruh dunia. Pokok ketumbar jawa ini boleh ditanam secara penanaman bij atau memisαhkan anak pokok daripada pokok induknya. Pokok ini juga turut boleh dijadikan tumbuhan hiasan. Tambahan lagi,pokok ini kurang menghadapi masαlah penyαkit atau perosαk.

Khasiat Ubatan
Selain itu,air rebusan ini juga boleh dijadikan air mandian untuk merαwat demαm panas, selsemα,serta radαng paru-paru.
Akar
Dapat merαwat bαtuk,demαm,demαm malariα,demαm panαs,radαng paru-paru, selsemα, sembeIit, melawaskan pembuangan air kecil, meragsang peluh dan menghentikan pendarαhan rαhim dengan cara meminum air rebusan daripada akar tersebut.
Daun dan Akar
Air rebusan diminum untuk merαwat demαm kuning, demαm panas, penyαkit seriαwan usus, sαkit ular-ularan,tekanan darαh tinggi,merangsang hαid,merangsang peluh, penawar rαcun, terlampau banyak jus hempedu dan sebagai αfrodisiak.
Khasiat pemakanan
Daun ketumbar jawa ini boleh dijadikan perisa dalam makanan, sup, sayur atau ulam. Daunnya yang muda turut boleh dimakan mentah-mentah sebagai salad atau ulam dan dimasak seperti sayur yang lain.
Daun muda mempunyai rasa dan bαu yang kurang kuat berbanding dengan daun tua. Bαunya seperti daun ketumbar tetapi daun yang tua itu berbαu lebih kuat seakan pepijαt.
Ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa daun ketumbar jawa ini boleh dibuat perisa atau sayur.
TIPS MENANAM ROCK MELON – RM4,000 ANGGARAN POTENSI PENDAPATAN SEBULAN.
1. Rock Melon atau nama saintifiknya adalah Cucumis Melo Linn merupakan sejenis tembikai susu yang berwarna keorenan. Tekstur buahnya rangup dan manis.
2. Proses penanaman dan penjagaan Rock Melon atau tembikai wangi dikatakan agak sukar, namun mampu meraih pendapatan yang lumayan.
3. Cara penanaman bagi Rock Melon dibuat secara fertigasi. Beberapa Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Jabatan Pertanian negeri menawarkan projek tanaman Rock Melon.
4. Tanaman Rock Melon memerlukan kesabaran dan pengawasan yang tinggi dan prosesnya agak rumit. Namun, ianya mampu mengeluarkan hasil sebanyak tiga kali setahun selepas 75 hari penuaian.
5. Bagi rumah pelindung 0.06 hektar, ianya mampu menampung 1000 pokok rock melon dalam satu masa.
6. Proses yang rumit berbanding tanaman lain terutamanya pada usia satu hingga 30 hari. Pengawasan yang tinggi dan penjagaan yang rapi amat diperlukan kerana pada tempoh ini tanaman mudah mati, rosak dan diserang penyakit.
7. Proses bantuan pendebungaan boleh dilakukan pada hari ke 21 kerana pokok sudah mula berbunga. Bantuan pendebungaan adalah untuk menghasilkan buah.
8. Selewat-lewatnya proses itu perlu dilakukan sehingga hari ke 25, jika tidak pokok Rock Melon tidak akan berbuah.
9. Sebiji Rock Melon mempunyai berat anggaran satu hingga dua setengah kilo dan dijual selepas capai tahap bacaan kemanisan yang ditetapkan iaitu 11 brix.

10. Jabatan Pertanian menyediakan tapak dan kemudahan infrastruktur seperti 30 unit rumah pelindung serta panduan dan maklumat untuk memulakan penanaman Rock Melon ini.
11. Rock Melon dijual dengan harga RM5 sekilo di pasaran, dan boleh menjana pendapatan bulanan sehingga RM4000.00 – Sifudurian
Kredit : Harian Metro
TIDAK keterlaluan apabila dikatakan pusat pelancongan agro di Sungai Merab, Selangor ini disifatkan syurga pencinta nanas.
Sebaik tiba di pintu masuk, anda akan disajikan dengan saujana pemandangan hijau rimbunan pokok nanas yang melatari suasana, namun tarikannya tidak terhenti di situ.
Pemanduan mendaki bukit kemudian membawa pengunjung ke kafe yang pastinya akan membuatkan mereka terpesona dengan pemandangan sekitar Bangi yang boleh dilihat dari kawasan itu.
Bagi pemiliknya, Mohd Noorhardy Mohd Noorzain, 42, Saudagar Nanas Agrofarm memenuhi impian untuk menjadikan nanas sebagai sebuah produk pelancongan agro meskipun dia tidak memiliki latar belakang dalam bidang pertanian.
Semuanya bermula apabila tindakannya berhenti kerja untuk memulakan perniagaan tidak membuahkan hasil sebelum mengambil keputusan menjual nanas pada 2017.
"Saya bermula dengan menjual nanas milik orang dan menumpang kedai orang selain untungnya saya bayar kemudian. Kemudian saya belajar pemasaran sedikit demi sedikit dan akhirnya meminjam lori ayah untuk menjualnya secara borong.

"Malah saya hantar ke seluruh kawasan Lembah Klang, jual di pasar tani dan di tepi jalan, kemudian berkembang dengan menjual benih ke Sabah serta Sarawak," kata graduan bidang Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ini.
Jelasnya, setahun kemudian dia bertekad mengusahakan sendiri tanaman berkenaan dan mendapatkan khidmat nasihat serta bantuan benih daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
Motivasi mengusahakan produk pelancongan hanya hadir ketika Mohd Noorhardy melawat ke Abang Strawberry di Cameron Highlands, Pahang pada tahun sama apabila ia menawarkan rangkaian produk strawberi.
"Jika dia ada strawberi, saya pula mempunyai pelbagai produk nanas seperti karipap nanas, nanas goreng, jus nanas dan pelbagai produk hiliran berasaskan nanas yang boleh dijual di kafe. Sejak itu saya menanam azam untuk terbabit dalam agro pelancongan," katanya.
Menurutnya, untuk memastikan pusat agro pelancongan itu mampu menarik pengunjung, dia mengkaji konsep yang terdapat di beberapa tarikan agro pelancongan tempatan yang lain dan Indonesia.
Hasil pengamatannya, setiap produk pelancongan agro yang berjaya mempunyai tiga ciri iaitu lokasi dengan pemandangan menarik, mencipta banyak tarikan untuk bergambar dan mempunyai produk yang berasaskan bahan sama.
Pada masa sama menurut Mohd Noorhardy, pembukaan pusat pelancongan agro itu juga memberi kesempatan kepadanya berkongsi rezeki dengan usahawan yang mengeluarkan produk berasaskan nanas.
"Dalam seminggu, saya hanya dapat tuai satu tan nanas, tetapi kami perlukan lima hingga enam tan jadi untuk itu saya membelinya daripada rakan lain dan menjualnya di sini.


"Karipap nanas ini pula adalah produk buatan sendiri daripada usahawan berhampiran dan kami menerima bekalan 3,000 biji seminggu, begitu juga dengan bekalan sambal nanas, kerepek serta aiskrim nanas.
"Permintaan tertinggi yang lain termasuk rangkaian pastri berasaskan nanas seperti kek keju nanas, tart keju nanas, kek cawan nanas dan kek 'japanese puff' nanas. Hakikatnya bukan semua benda kita boleh buat dan di sini, kita berkongsi rezeki," katanya.
Bagi yang berminat untuk menanam sendiri nanas di rumah, pusat pelancongan agro itu urut menjual sulur nanas, selain buah nanas yang baru dipetik untuk dibawa pulang.
Mengenai perancangan masa depannya, Mohd Noorhardy berhasrat membina sebuah kilang mini bagi membolehkan pengunjung menyaksikan sendiri nanas diproses untuk dijadikan jus dan nanas goreng.
"Bagi pengunjung cilik pula, saya akan dirikan sebuah zoo mini sebagai tarikan keluarga bagi membolehkan mereka bermain dan bergambar dengan haiwan sambil menikmati suasana di sini," katanya yang akan terus 'berkarya' bagi memastikan pembangunan di ladang itu berterusan," katanya.
Sumber : https://www.hmetro.com.my/agro/2022/10/897584/kesegaran-nanas-dari-ladang
KOTA BHARU: Kegigihan mengusahakan pelbagai jenis tanaman ulam-ulaman, nyata berbaloi buat seorang wanita apabila meraih pendapatan lumayan,...