- Jangan terus kepada matlamat anda untuk menjual barangan. Perkenalkanlah produk anda setelah anda yakin bahawa pelanggan anda telah cukup selesa dengan kedatangan anda dan bersedia untuk mendengar penerangan anda. Jualan yang baik dan menguntungkan adalah dengan menjemput mereka ke rumah anda. Anda mungkin boleh mengadakan jamuan/kenduri doa selamat.
- Setelah selesai acara jamuan dan setelah berbasa-basi, maka mulakanlah tujuan sebenar anda mengundang mereka. Dalam home party seperti ini, orang yang paling kedekut mengeluarkan wang untuk membeli barang pun akan mengeluarkan wang kerana berasa malu di hadapan khalayak ramai. Sentiasa bersedia dengan pen dan buku pesanan jualan setelah selesai memberikan penerangan produk.
- Tanyakan soalan ini: “Berapa banyak Encik Ahmad hendak?” sambil bersedia untuk mencatatkan pesanan mereka. Jika produk yang ingin anda jual itu memerlukan demonstrasi, lakukan demonstrasi dengan tenang. Kebanyakan demonstrasi yang menunjukkan kelebihan dan keberkesanan barangan akan lebih mudah memberikan kepercayaan pelanggan terhadap barangan itu.
- Jual diri anda terlebih dahulu sebelum anda menjual produk anda. Misalnya, jika anda menjual makanan tambahan seperti vitamin, tunjukkan bahawa anda memang sihat 100% dan tidak berpenyakit.
- Cipta suasana yang pelanggan memang sangat memerlukan produk anda itu. Misalnya, jika dinding rumah pelanggan anda comot oleh contengan anak-anaknya, perkenalkan produk anda yang dapat menghilangkan kesan contengan itu dengan serta-merta.
- Tukar persepsi pelanggan anda agar membeli daripada anda bagi produk yang sama yang ada di pasaraya. Misalnya, jika anda menjual produk syampu, tunjukkan bahawa syampu anda adalah lebih baik daripada syampu yang berlegar di pasaran terbuka.
- Buat persediaan mengenai produk yang akan anda jual bagi mengelakkan anda tergagap semasa membuat penyampaian penerangan produk.Selalulah membawa sampel produk. Jangan menjual dengan katalog sahaja. Kewangian bedak jualan anda tidak akan dapat dihidu melalui katalog.
- Sentiasa yakin bahawa produk anda yang berharga hanya beberapa ringgit itu akan terjual kerana kereta yang berharga ribuan ringgit itu pun masih ada yang mahu membelinya.
- Sentiasa bawa maklumat sokongan seperti -*test*-('")imonial/surat akuan pelanggan yang berpuas hati terhadap produk anda.
- Untuk mencari pelanggan, anda boleh membuat iklan dalam bentuk flyer (bukan surat layang) atau poster. Flyer atau poster bersaiz A4 itu boleh anda masukkan ke dalam peti surat rumah di kawasan kediaman anda, diselitkan pada wiper kereta di ruang letak kereta, atau anda memberikan komisyen kepada penjual surat khabar agar mereka menyisipkan flyer atau poster anda ke dalam surat khabar untuk edaran hari itu.
Informasi Keusahawanan dan Agro Bisnes serta tips-tips berkaitan dan pengalaman penulis. Sebarang pertanyaan dan komen boleh hubungi atau wasap 0192272127 (MHI). Jom kita semarakkan aktiviti perniagaan tani.
Carian Maklumat Di Sini...
Tips Untuk Berjaya - Teknik Menjual
10 tip kejayaan dalam perniagaan
Apabila status anda berubah dari seorang pekerja ke seorang usahawan, ada langkah-langkah tertentu yang membawa anda dari titik A ke titik B. Saya tidak sampai di titik B secara ajaib, itu adalah hasil proses langkah demi langkah yang saya ambil. Ya, saya mampu mencapai kejayaan dalam perniagaan dari rumah saya ini kerana saya memahami 10 Kunci Popular untuk Sukses dalam Perniagaan.
Perniagaan mencari kelainan walaupun pesaingan sama
Payung mana yang mempunyai kelainan?
Si peniaga burger tersebut, sambil membuat burger tersebut, melambung daging burger itu ke udara, dan menyambut semula ke kuali. Selang beberapa saat, dia akan lakukan lagi, melambung daging burger keudara dan menyambutnya semula. Pada gerainya ditulis ‘Burger lambung’!Wah! Hebat sungguh dan memang ramai beratur untuk membeli ‘burger lambung’ ni. Tidak seperti gerai-gerai burger yang lain. Usahwan ini berjaya menciptakan kelainan sehingga barisan beratur pun panjang- termasuk diri saya sendiri yang ingin merasa ‘burger lambung’ ini.
Setelah 20 minit menunggu, baru dapat merasa burger lambung ini. Ingatkan, sedaplah sangat burger lambung ni, rupa-rupanya, rasanya sama sahaja dengan burger-burger lain! Lambung tak lambung, serupa sahaja rasanya!Walaupun lucu juga kisah ini, tetapi, apa yang penting adalah ‘kelainan’ yang berjaya dibawa oleh usahawan ‘burger lambung’ ini. Walaupun produknya sama dengan produk pesaing yang lain, tetapi, kelainan perniagaan yang dibawanya berjaya menarik perhatian pengunjung-pengunjung pasar malam itu.
Sumber:blog irfan khairi
Cara menjadi popular dalam perniagaan
Mengapa Anda Tidak Kaya ?
Tip untuk mendapat network berkualiti
Kita sedia ketahui, dalam perniagaan perkhidmatan terutamanya, networking memang penting. Istilah yang selalu sangat digunakan adalah “If you are not networking, you are not working!”
Dalam mendapat network yang berkualiti, 3 perkara penting perlu anda miliki:
- Perlu berlimu
Untuk mendapatkan network yang baik, anda perlu emnunjukkan anda seorang yang berilmu. Anda perlu banyak membaca buku dalam bidang anda sendiri. Sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari berkenaan dengan industri anda. Ilmu ini dapat dikongsikan dengan network anda. - Perlu menambahkan jaringan
Cari peluang untuk ke majlis atau network gathering. Lebih ramai orang anda jumpa, lebih banyak peluang network anda boleh dapat. Satu peringatan di sini adalah, di sesuatu majlis, jangan terlalu sibuk berpindah-pindah tempat dan mengedarkan kad bisnes anda. Fikirkan KUALITI hubungan yang anda boleh jalinkan, dan bukan sekadar KUANTITI. - Perlu punyai perasaan tolong menolong
Utamakan network anda dan bukan agenda anda terlebih dahulu. Lebih banyak bertanya dan mendengar daripada anda sahaja yang bercerita. Sebolehnya, bantu network anda tidak kira bidang apa pun, sebagai contoh, sekiranya network yang anda kenali seorang pemilik perniagaan cetakan, selepas berjumpa dan kenal, cuba dapatkan pelanggan cetakan untuknya. Anda tidak akan rugi apa-apa. Malahan, dengan mengutamakan agenda network anda, pastinya memberi kesan hubungan jangka panjang untuk anda!
5 Deria Seorang Usahawan
Hijrah Minda
Sebenarnya terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk mengubah mindset kita dari makan gaji ke perniagaan.
Antaranya adalah dengan meletakkan matlamat untuk meninggalkan pekerjaan makan gaji dan memulakan perniagaan pada masa depan.
Dengan meletakkan matlamat, minda kita akan sentiasa berfikir dan terfikirkan matlamat tersebut.
Seharusnya matlamat yang dibuat bukanlah matlamat yang kosong tetapi ianya diikuti dengan gambaran imaginasi dan emosi yang kuat, seolah-olah kita tiada pilihan lain lagi selain daripada menjalankan perniagaan.
Seterusnya apabila matlamat dan keinginan kita telah terarah ke arah tersebut, sudah tentu ianya akan mendorong kita untuk mencari bahan bacaan berkaitan dengan perniagaan dan keusahawanan yang ingin kita ceburi.
Ringkasnya di sini, untuk menukar mindset makan gaji kepada perniagaan, kita perlu banyak membaca.
Ini kerana apa yang kita baca itulah dunia pemikiran kita.
Apabila ianya telah sebati dan menguasai cara berfikir kita, sedikit demi sedikit ianya akan mempengaruhi tindakan dan matlamat kehidupan kita.
Kemudian langkah yang lebih efisien untuk merubah mindset atau cara berfikir dari makan gaji kepada perniagaan atau keusahawanan adalah dengan mendekati dan bergaul dengan mereka yang terlibat dalam perniagaan itu sendiri.
Pepatah ada mengatakan, jika ingin merasakan panasnya bahang api berkawanlah dengan mereka yang membuat besi dan jika ingin menikmati harumnya wangian minyak wangi berkawanlah dengan penjual minyak wangi.
Persekitaran pergaulan kita sebenarnya memberikan pengaruh terkuat dan terbesar dalam pembentukan sikap, sahsiah dan mindset kita.
Sudah tentulah dapatkan kawan atau rakan yang telah mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing, tidak kiralah sama ada kecil atau besar kerana kita boleh belajar dua perkara sekaligus daripada mereka yang berjaya ini.
Pertama kisah kejayaan yang memotivasikan kita.
Kedua kisah kegagalan yang dapat memberikan pengajaran buat diri kita.
Dengan mengikuti beberapa tips di atas, insyaAllah kita dapat berhijrah dari minda Makan Gaji kepada Minda Keusahawanan.
Makin Ramai Golongan Muda Muflis
Peruntukan Hutang Ragu
- Membuat peruntukan am berasaskan % tertentu baki dalam akaun penghutang.
- Membuat peruntukan berasaskan % tertentu hasil sepanjang tahun
- Membuat peruntukan berasaskan pelanggan khusus yang diragui keupayaan mereka untuk membayar balik hutang
- Membuat peruntukan berasaskan 'debtor's aging' atau tempoh hutang belum dibayar. Contohnya syarikat boleh menetapkan bahawa sesuatu hutang dianggap hutang ragu jika tidak dikutip dalam masa 1 tahun.
Mengambil Risiko Untuk Maju
Pengurusan Kewangan
Kini anda tiada lagi alasan untuk menguruskan kewangan dengan lebih bijak, teratur dan berkesan untuk diri sendiri kerana anda telah berada di laman web yang betul!
Ingat! Jangan menggunakan wang hanya untuk berbelanja dan berhutang, yang akhirnya menyebabkan anda berhadapan dengan masalah kewangan!
Menurut laporan Utusan Online edisi 10 Mei 2010, ramai dikalangan mereka yang berpendidikan tinggi dengan gaji bulanan melebihi RM2,000 sudah mempunyai hutang mencecah RM100,000 pada usia awal 30-an!
Suatu FAKTA yang amat mengejutkan!!!
LAPORAN AKHBAR UTUSAN ONLINE MENGENAI MASALAH HUTANG DI KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA
Ianya dengan jelas menunjukkan bahawa memiliki pendidikan tinggi belum tentu dapat menjamin seseorang itu mampu mengurus kewangan mereka dengan baik! Apa yang pasti, ilmu pengurusan kewangan peribadi sebenarnya WAJIB dipelajari oleh semua golongan masyarakat tidak terkecuali bagi mereka yang berpendidikan tinggi!
Jika mereka yang bijak pandai pun kurang bijak menguruskan kewangan mereka, bagaimana pula dengan mereka yang lain...???
Namun begitu, jangan risau dan bimbang kerana sebentar lagi anda boleh mempelajari dan mengetahui rahsia, teknik dan strategi pengurusan kewangan yang sebenar melalui produk-produk dan info-info kewangan peribadi yang boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang !
Bahkan anda juga boleh menjadi lebih berjaya dalam kewangan dan kehidupan anda (mungkin lebih kaya) berbanding mereka yang berpendidikan tinggi sekiranya anda memiliki ilmu kewangan peribadi yang sebenar, biarpun anda hanya tamat Sekolah Menengah atau mungkin hanya tamat Sekolah Rendah sahaja!!!
Apa yang paling penting jika anda boleh membaca, dan mempraktikkan apa yang dikongsikan melalui laman web ini, peluang untuk anda berjaya dalam kewangan adalah sangat tinggi. Ini bermakna, tiada lagi alasan untuk anda mengeluh tentang keadaan kewangan anda sendiri selepas ini.
5 Strategi Menawani Pasaran Perniagaan Anda
Pengenalan kepada Pengurusan Projek
Kepantasan dalam Perniagaan
Perancangan, Plan, Blueprint...... semuanya perlu
Jual ulam raih RM30,000 sebulan
KOTA BHARU: Kegigihan mengusahakan pelbagai jenis tanaman ulam-ulaman, nyata berbaloi buat seorang wanita apabila meraih pendapatan lumayan,...
-
Perkara pertama yang perlu diketahui oleh pengguna racun perosak berhemah ialah kelas-kelas racun. Terdapat 5 kelas racun yang disusun berda...
-
Pena Hisham Idris: Aktiviti “Mesti Buat” Untuk Buat Duit Dengan Menul... : Menulis blog bukan sekadar perlu tahu menulis semata-mata. B...
-
Umum mengetahui fertigasi melalui cocopeat menjadi salah satu cara penanaman sayur-sayuran pada masa kini termasuk penanaman berskala besa...