Carian Maklumat Di Sini...

Google

10 tip kejayaan dalam perniagaan


Apabila status anda berubah dari seorang pekerja ke seorang usahawan, ada langkah-langkah tertentu yang membawa anda dari titik A ke titik B. Saya tidak sampai di titik B secara ajaib, itu adalah hasil proses langkah demi langkah yang saya ambil. Ya, saya mampu mencapai kejayaan dalam perniagaan dari rumah saya ini kerana saya memahami 10 Kunci Popular untuk Sukses dalam Perniagaan.

1. Mengetahui
Mengetahui adalah segalanya. Jika anda tahu bahawa anda akan berjaya, kejayaan anda akan terjamin jika diberikan masa, kemahiran dan ketekunan. Sekiranya anda meragukan apakah anda akan berjaya, maka besar kemungkinan semuanya seumpama akan melawan anda. Mengetahui adalah mempercayai sesuatu yang belum jelas di pandangan. Melihat pertama kali dalam fikiran anda sebelum benar-benar mewujudkan sesuatu itu secara fizikal. Mengetahui adalah sebuah kepastian yang mutlak. Anda tidak bertanya-tanya, berharap atau berfikir, anda akan berjaya … anda tahu anda akan berjaya.
2. Konsisten
Di mana kebanyakan orang gagal? Dalam menjadi konsisten. Bagi diri saya, saya tahu di awal penglibatan  saya, ini adalah di mana saya menghadapi kesukaran. Kadang-kadang saya memberikan 100% dan kadang-kadang akan menjadi 10%. Dengan keadaan tidak konsisten begini, perniagaan saya juga seumpama sekejap terasa panas dan sekejap sejuk. Sehinggalah sampai saya menjadi konsisten untuk konsisten dalam menjalankan aktiviti saya setiap hari akhirnya perniagaan saya mencerminkannya.
3. Kegigihan
Saya telah bertahan berkali-kali ketika kadangkala saya benar-benar merasa seperti amat malas dan mahu merangkak semula ke tempat tidur dan tidak mahu bangun … namun demikian saya tetap pergi kerana saya tahu bahawa setiap orang yang berjaya pernah menghadapi kesulitan-kesulitan dalam menempuhi kejayaan. Jika ianya tidak sulit dan amat mudah, maka semua orang akan bekerja dari rumah sambil membuat pendapatan besar. Tentu saja ada masalah! Umpamanya, saat saya meletakkan iklan besar tetapi meletakkan nombor telefon yang salah dalam iklan. Atau waktu saya bercakap dengan prospek tetapi tidak dapat mengingati siapa dia yang saya sedang bercakap. Ketekunan adalah benar-benar kunci kejayaan.
4. Ikut Hati Sendiri
Dengan menjalankan perniagaan, kerap akan ada hal yang menarik anda dari fokus dan mengalihkan perhatian anda. Anda pernah mendengar orang mengatakan “mempercayai kata hati anda,” atau “mengikuti naluri anda.” Pandangan saya, ikuti hati anda sendiri. Ini adalah cara saya memutuskan ke mana harus pergi. Saya akan bertanya pada diri sendiri, “Apakah ini perkara ini akan membawa  saya  ke arah tujuan saya atau jauh dari tujuan saya?”
Anda mesti jatuh cinta dengan perniagaan anda. Saya sukakan  pembangunan peribadi. Setelah membaca “The Power of Positive Thinking” (“Kuasa Berfikiran Positif”) karya Norman Vincent Peale pada tahun 1984, saya amat terpikat. Jadi apa  perniagaan yang baik untuk saya? Pembangunan peribadi. Putuskan apakah bidang untuk anda. Adakah anda suka berpergian, memasak, kewangan atau produk organik? Ada perniagaan untuk semua orang di luar sana. Ikuti kata hati anda dan apa yang membahagiakan anda! Cari perniagaan yang anda boleh merasa teruja… teruja yang membuatkan kadang-kadang anda bangun di malam hari memikirkan tentang kemungkinan kejayaan besar di masa akan datang.
5. Bersyukur
Memiliki sikap bersyukur akan mengubah kehidupan anda. Kenapa begitu? Kerana syukur adalah tenaga getaran yang tinggi, yang menarik hal-hal besar kepada anda. Bersyukurlah untuk semua hal dalam hidup anda. Membuat jurnal rasa syukur dari 5 hal setiap hari yang anda syukuri. Apabila anda melihat dunia melalui apresiasi, anda akan menampakkannya kepada orang-orang di sekitar anda yang bergema pada tahap yang sama.
6. Jadi terbuka untuk Hal-hal Baru
Berapa kali kita boleh terlalu diatur dengan cara lama dan tidak benar-benar ingin belajar hal-hal baru atau melaksanakan idea-idea baru? Amat kerap. Adakah anda tahu bahawa apabila saya mula perniagaan saya pada tahun 2002 saya belum pernah menghantar e-mel? Bahkan, saya  tidak memiliki komputer!!. Kedengarannya amat lucu terutamanya bila mengatakan begitu dalam keadaan sekarang! Kita harus menjadi lebih terbuka untuk idea-idea, orang, dan situasi yang baru kepada anda.
7. Anda Raikan SETIAP Kejayaan
Raikan kejayaan anda meskipun kemenangan terkecil. Sering orang melihat apa yang salah atau tidak kena tetapi tidak memfokuskan kepada kejayaan dan apa yang “kena” atau menjadi . Bahkan ketika mereka sudah mencapai suatu tahap yang mereka tuju, mereka enggan mengakui mencapainya, malahan mereka sudah mula melihat ke arah gol atau tujuan baru untuk apa yang selanjutnya untuk dicapai. Raikan setiap langkah yang anda berjaya maju ke arah matlamat anda. Sekiranya anda ada senarai “matlamat” tanda cek atau wajah smiley di samping matlamat harian anda. Saya suka menyemak matlamat /tujuan saya, saya merasa seronok melakukannya.
Jadi apa yang harus saya lakukan? Saya membuat segala macam matlamat kecil atau objektif harian untuk diri sendiri  dalam sebulan itu, saya menyemaknya setiap kali.
8. Memahami “Law of Attraction” = Hukum Tarikan
The Law of Attraction mengatakan bahawa apa pun yang anda fokuskan tenaga anda dan perhatian anda, anda akan menarik perkara yang sama kepada anda, sama ada anda ingin atau tidak diinginikannya.
Ya, kita semua mempunyai pelbagai perkara yang berlaku dalam kepala kita, namun, sebuah pertanyaan besar untuk memfokuskan kembali tenaga anda, “Jadi, apa yang anda inginkan?” Pertanyaan ini akan mengubah tenaga getaran anda dari negatif ke positif. Apabila anda mendapati diri anda berbicara tentang betapa kurangnya pelanggan, jualan yang buruk, kejatuhan akaun bank atau masalah komputer, jangan lupa untuk tanyakan pada diri sendiri apa yang anda inginkan. Bicara tentang apa yang anda inginkan dan mengubah hidup anda.
9. Jadi  seorang ‘Pemimpin’
Ramai orang bersemangat untuk bertanyakan kepada seorang ‘pemimpin’ yang dapat menunjukkan kepada mereka jalan. Tidak cukup yakin dengan arah tujuan anda? Bagaimana anda boleh mengharapkan orang lain untuk mengikuti jika anda tidak tahu ke mana arah yang sedang anda tuju? Dapatkan dengan jelas ke mana anda akan pergi dengan tujuan anda dan orang lain akan mengikuti anda.
Tidak yakin bagaimana memulakan kepimpinan anda? Berhubung dengan pemimpin lain yang telah melakukannya sebelum anda. Cari orang lain yang dapat anda berkerjasama. Hal ini begitu kuat! Anda mahu cari cara untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik? Cari ibubapa lain yang boleh anda bermentor bersama secara berkala, misalnua setiap bulan. Mencari cara untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Cari peniaga atau usahawan yang sukses yang ada dalam bidang anda. Secara aktif carilah kumpulan yang boleh membantu anda. Ada banyak kumpulan begini dalam talian, buat lah carian di internet.
10. Memberikan khidmat kepada pihak lain
Memberikan perkhidmatan kepada orang lain selalu akan membantu anda. Sebagaimana pepatah “what comes around goes around ,” orang yang memiliki hati yang tulus selalunya akan menarik hal-hal besar kerana niat mereka yang murni.
Ujudkan mentaliti “pay it forward”. Ini adalah kunci! Integriti adalah segalanya. Mencari peluang yang boleh anda membantu orang lain. Di sebalik membayar  kembali untuk barang atau perkhidmatan yang diberikan kepada anda, membayar ke depan kepada satu pihak lain dengan cara membantu mereka pula. Ia adalah satu pengalaman yang indah!
(Nota admin:  “Pay it forward”- Konsep di mana anda dibantu oleh satu pihak A, dan anda membalas bantuan itu dengan membantu pihak C, D dan E, manakala pihak C, D dan E akan membantu pihak tiga pihak lain setiap seorang tanpa perlu ‘membayar balik’ kepada anda. Konsep ini tanpa mengharapkan balasan semula atau bantuan bukan semestinya dlm bentuk kewangan sahaja, ianya diterangkan dengan jelas dalam movie ini )
Tentang penulis artikel (versi bahasa Inggeris) Tammi Putnam bersama-sama dengan suaminya, Bill, telah membantu orang lain dalam memulakan pembangunan mereka sendiri berdasarkan perniagaan dari rumahnya. Tammi mengkhususkan diri dalam membantu orang lain dalam memahami dan memanfaatkan Law of Attraction dengan 7 Hari eCourse Menarik Kehebatan sehingga mereka dapat mencipta kehidupan yang ideal mereka.

No comments:

Post a Comment

Jual ulam raih RM30,000 sebulan

KOTA BHARU: Kegigihan mengusahakan pelbagai jenis tanaman ulam-ulaman, nyata berbaloi buat seorang wanita apabila meraih pendapatan lumayan,...