Carian Maklumat Di Sini...

Google

Pena Hisham Idris: Aktiviti “Mesti Buat” Untuk Buat Duit Dengan Menul...

Pena Hisham Idris: Aktiviti “Mesti Buat” Untuk Buat Duit Dengan Menul...: Menulis blog bukan sekadar perlu tahu menulis semata-mata. Beberapa aspek teknikal perlu juga diketahui bagi memastikan apa yang dituli...

Patutkah Anda Promosi Banyak Produk Affiliate Serentak?

Jika anda ingin buat duit tanpa modal menerusi program affiliate, artikel ini mungkin dapat beri anda idea untuk jalankan promosi dengan lebih berkesan.

Mana satu lagi baik, promosi banyak produk atau fokus hanya pada satu-satu produk dalam satu-satu masa?

Jawapannya, bergantung pada teknik pemasaran yang anda sedang gunakan.

Saya ambil contoh,

1.0 Jika anda menggunakan kaedah pemasaran menerusi blog

Bermakna, anda perlu menggunakan teknik penulisan mesra SEO.

Jika dalam satu-satu masa, anda tulis topik yang pelbagai dan tidak fokus pada satu-satu topik, bermakna penggunaan keyword pada artikel blog anda juga akan jadi pelbagai.


Ia tak fokus.

Ia tak tertumpu hanya pada satu-satu keyword.

Ikut pengalaman saya, jika anda tak fokus pada kata kunci tertentu ketika menulis, kesan SEO dan kerja-kerja untuk rank kata kunci tertentu di halaman pertama google jadi lagi lambat.



Kalau nak cepat nampak kesan… kena fokus hanya pada satu keyword dalam satu masa.

Ini bermakna, anda perlu fokus hanya pada satu produk atau satu program affiliate dalam satu-satu masa sekiranya anda ingin menggunakan blog dan teknik SEO.

2.0 Jika anda menggunakan kaedah pemasaran emel

Adakah anda ingin menggunakan senarai emel sedia ada atau anda akan gunakan senarai emel yang baru?

Jika anda ingin gunakan senarai emel yang sedia ada, dan anda nak promot banyak produk dalam satu-satu masa, contohnya dalam range waktu sebulan…

Risikonya ialah, anda akan buatkan sebahagian daripada subscriber anda rasa jemu dan akan ada antara mereka yang akan klik unsubscribe.

Ya

Anda akan kehilangan subscriber yang berharga.

Akan tetapi, jika anda ingin gunakan senarai mailing list yang baru, atau dalam kata lain, anda baru nak kumpul list tersebut, tak ada masalah untuk anda promosikan banyak-banyak produk dalam satu masa.

Cuma anda perlu pastikan, setiap produk dipromosikan mengikut mailing list yang berbeza.

Jika tidak… list yang baru anda bina mungkin hanya akan dapat bertahan dua atau tiga hari sahaja.

Selepas itu?

Mereka akan unsubscribe.

Nampaknya, jalan yang lebih selamat adalah fokus hanya pada satu-satu produk atau satu-satu program dalam satu-satu masa jika nak gunakan kaedah pemasaran emel.

3.0 Jika anda ingin gunakan pemasaran di media sosial

Biasanya program affiliate lebih sinonim dipromosikan di laman media sosial FB.

Namun saya tidaklah menolak kemungkinan ada laman media sosial lain yang boleh digunakan untuk tujuan promosi.

Baiklah.

Bagaimana kalau kita promosikan banyak-banyak produk dalam satu-satu masa?

Adakah berhasil untuk dapat sebarang income?

Boleh dapat hasil. Juga bergantung pada kaedah pemasaran yang anda gunakan. Percuma atau berbayar?

Jika gunakan kaedah promosi percuma di FB… kesannya selalu kurang memberangsangkan. Audience yang anda sasarkan mungkin kurang minat dengan apa yang anda promosikan.

Mereka akan lihat gerak geri dan cara anda lakukan promosi.

Mereka akan jadi lebih skeptikal, sebabnya mereka akan mula hidu niat anda semata-mata untuk buat duit, bukan kerana produk yang anda promosikan betul-betul bagus pada waktu tu.

Kenapa saya kata macam tu?

Isnin anda promosi produk EdyClick.

Selasa anda promosi EdyBiz.

Kemudian, hari Rabu anda cerita pasal Qlimax.

Khamis anda senyap.

Jumaat anda promosikan dua program/produk serentak iaitu EdyClick dan EdyBiz.

Sabtu dan Ahad anda tak buat promosi. Lazimnya Sabtu Ahad orang ramai cenderung buat aktiviti luar dan kurang online. (termasuk saya)

Pengguna FB yang mengenali diri anda, akan mula mempertikaikan ayat-ayat promosi yang anda gunakan.

Kalau hari Isnin anda kata, EdyClick adalah platform jana pendapatan TERBAIK, kemudian hari Selasa, tiba-tiba anda kata EdyBiz pula adalah platform buat duit TERBAIK, mereka akan pertikaikan kata-kata anda.

Mana satu yang terbaik sebenarnya ni?

Semalam cakap lain, hari ni cakap lain.

Kesudahannya… anda akan diabaikan. Sedih kan…

Melainkan… anda guna kaedah pemasaran berbayar. Setiap produk affiliate yang berbeza anda setup fan page berbeza, dan anda run iklan FBAds.

Tak ada siapa yang nampak dan tiada siapa yang tahu kesemua iklan itu milik anda.

Risikonya?

Kos lah. Lagi banyak produk yang anda iklankan, anda perlu sediakan pelbagai iklan yang berbeza, dan ini akan menyebabkan kos pengiklanan anda bertambah.

Jika ada pulangan, anda selamat.

Jika tiada jualan, anda lah yang akan tanggung kerugian.

Jadi, langkah selamat ialah fokus pada satu-satu produk dalam satu-satu masa.

Walaubagaimanapun, apa yang saya kongsikan ini adalah base on pengalaman peribadi saya semata-mata. Setiap orang mungkin akan alami pengalaman yang berbeza.

Justeru akan ada pendapat yang berbeza.

Jika tak keberatan, boleh anda kongsikan pendapat anda dibahagian komen blog ini?

Wallahua’lam

Sumber:Blog Sabree Hussin

Aktiviti “Mesti Buat” Untuk Buat Duit Dengan Menulis Blog

Menulis blog bukan sekadar perlu tahu menulis semata-mata.

Beberapa aspek teknikal perlu juga diketahui bagi memastikan apa yang ditulis di blog tidak disia-siakan. Apalah gunanya menulis dengan penuh susah payah, memerah idea, kemudian tak ada siapa yang sedar akan kewujudan artikel tersebut.

Jadi, inilah dia antara perkara yang anda, sebagai penulis blog perlu ambil tahu bagi memastikan apa yang anda hasilkan dapat beri manfaat sama ada kepada diri anda sendiri mahupun terhadap sasaran pembaca anda.

Statistik adalah sahabat anda


Apa yang anda sedang lihat ialah senarai kata kunci yang digunakan oleh pengguna internet sebelum mereka berjaya sampai ke blog sabree hussin dot com ini.

Antara kata kunci yang saya kira menarik dan berpotensi untuk dijadikan kata kunci buat duit ialah

1. Tambah pendapatan tanpa modal

2. Madu sunnah natural herbs

3. Agen pemasaran percuma

4. Jobdirumah betul ke

5. Cara menambah pendapatan 2014



Perbanyakkan kata kunci tersebut di dalam blog

Kadang-kadang saya akan gunakan istilah pekatkan kata kunci tersebut.

Kalau boleh, setiap kali buat artikel yang baru, usahakan untuk masukkan kata kunci (keyword) tersebut dalam artikel yang baru dihasilkan tu. Tujuannya adalah bagi memudahkan search engine menjumpai blog kita.

Lagi banyak sesuatu keyword muncul dalam blog kita, bermakna, keyword tersebut adalah relevan dengan blog kita. Jadi, kesannya, blog kita akan disenaraikan sebagai page yang paling utama untuk keyword sasaran tersebut.

Buat duit menerusi kata kunci sasaran

Ini adalah salah satu tujuan saya menulis blog.

Selain ingin menyumbang kepada perkongsian informasi, saya juga mensasarkan untuk buat duit menerusi blog. Seterusnya, apa yang perlu dilakukan adalah untuk jadikan keyword tersebut sebagai keyword yang boleh buat duit.

Macam mana?

Saya ambil contoh keyword Madu Sunnah Natural Herbs. Keyword ini merujuk kepada produk madu sunnah yang dikeluarkan oleh syarikat Natural Herbs Sdn Bhd.

Untuk buat duit dengan keyword ini, cara paling mudah ialah, dengan menjadi agen pemasaran bagi produk madu sunnah.

Sebelum ini, saya juga pernah menulis artikel tentang bagaimana nak jadi agen pemasaran madu sunnah tanpa modal. Boleh lihat artikel saya sebelum ini berjudul jom jadi agen pemasaran produk madu sunnah [klik sini]

Kumpul database email pelawat menerusi keyword tersebut

Sebelum tu, saya nak perkenalkan sistem autoresponder emelmatik.

Kalau dulu, nak collect senarai emel pelawat, memang kena fikir banyak kali. Satu sebab kos. Kedua, pun sebab kos ho ho.

Sekarang tak lagi. Kos penggunaan emelmatik amatlah murah, lebih-lebih lagi dengan adanya pelan, bayar sekali pakai sampai bila-bila. Nak collect database emel pelanggan sampai beribu-ribu pun tak ada masalah.

Macam mana cara nak kumpul database pelanggan?

Senang. Pastikan pada setiap artikel tertentu, yang mengandungi kata kunci sasaran, anda letakkan opt in form yang bersesuaian.

Sebagai contoh, untuk kata kunci buat duit dengan FB Group, saya akan gunakan Opt in form seperti dibawah ni.


Sila isikan maklumat dibawah untuk muat turun Preview Ebook ini Nama Panggilan Alamat Email We respect your email privacy

Untuk bina Opt In form seperti diatas sangatlah mudah. Anda hanya perlu gunakan plugin wordpress Hybrid Connect.

Seterusnya, anda hanya perlu set up emel follow up dan biarkan sahaja mereka yang opt in menerima emel follow up dari anda secara automatik.

Baiklah, itu sahaja aspek teknikal mengenai buat duit dengan blog. Seterusnya adalah usaha kita untuk raih kasih sayang dari Allah.

Banyakkan Doa

Amalkan juga beberapa amalan seperti yang dibincangkan dalam sistem menjemput rezeki.

Usaha kita hanyalah sekadar jalan untuk raih rezeki dari Allah. Walaubagaimanapun, memberi rezeki adalah hak mutlak Allah SWT.

Banyakkan doa, jadilah hamba yang sentiasa taat menuruti perintahNya.

Jadilah hamba yang sentiasa memberi bakti dan berjasa pada masyarakat sekeliling. In Shaa Allah amalan ini akan memudahkan kita raih rezeki yang banyak.

Tawakkal

Bila kita dah buat semua, kita kembalikan hasilnya kepada Allah.

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jika dapat komisyen atau dapat buat duit itu adalah yang terbaik untuk kita, nescaya kita akan dapat.

… dan jika kita tak dapat sebarang income sekalipun, ketahuilah, itulah sebenarnya yang terbaik untuk kita.

Wallahua’lam

Terima kasih kerana anda baca artikel ini. Semoga Allah balas jasa baik anda kerana sudi baca artikel ini.
Sumber Artikel: Blog Sabree Hussin

Konsep ABC Dalam Pemasaran dan Perniagaan Online

Konsep ABC ini saya belajar daripada buku bertajuk The 100 Greatest Sales Ideas of All Time, by Ken Langdon. Saya beli buku ni masa pesta buku Big Bad Wolf dekat Seri Kembangan.

Akronim ABC ini sebenarnya merujuk kepada

A – Always

B – Be

C – Closing

Dalam konsep jualan, always be closing bermaksud kita perlu sentiasa sudahi setiap persembahan jualan, perbualan dan sebarang pertemuan dengan percubaan untuk mendapatkan jualan.

Sumber gambar: Teknik Sannin

Ini terpakai juga dalam bidang penulisan, sama ada penulisan di blog, artikel majalah, malahan termasuk juga ketika menulis status di FB.

Apa yang perlu dijual?



Setiap hari kita perlu menjual… dan kita hidup dalam persekitaran yang memerlukan kita menjual dalam setiap masa.

Kita menjual idea kita, kita menjual diri kita, kita menjual masa kita, kita menjual pendapat kita.

Namun tak bermakna, proses jualan ini perlu melibatkan sebarang matawang di dunia.

Ada ketikanya kita hanya perlukan masa dan perhatian orang lain.

Jika kita berjaya menjual idea kita sehingga ia kelihatan bernas dari sudut pandang orang lain, maka, mereka yang meluangkan masa untuk memahami intipati daripada idea yang cuba kita jualkan telah membelinya dengan masa dan perhatian mereka.

Ok… jangan nak kata tak paham :p

Kalau still tak faham, baca semula. Kali ini sila baca dengan teliti. Bukan setakat baca sepintas lalu ye.

Jadi macam mana pula nak buat konsep ABC ini apabila kita menulis dalam majalah atau surat khabar? Lagipun, dua platform ini kan biasanya bukan kita yang punya.

Mestilah ada caranya.

Biasanya, penulis akan buat closing di ruangan tentang penulis.

Penulis akan tulis sesuatu seperti


Sabree Hussin – mendapat pendidikan awal di sekian sekian dan kini merupakan penulis sepenuh masa di laman web http://sabreehussin.com dan http://sabreehussin.biz

Ha… ni kira percubaan untuk menjual la tu. Closing.

Kalau sebelum ini pembaca sesebuah majalah XXX asyik langgan penulisan dalam majalah tu je, kali ini, mungkin akan ada antara pembaca majalah tersebut akan jadi pembaca setia blog anda.

Cubalah praktikkan.

Always be closing.

Kalaupun anda tak nampak sebarang perubahan pada income anda hari ini, percayalah, untuk jangka masa panjang, anda pasti akan lihat kesannya.

Teknik Tarik Trafik Yang Ramai Ke Laman Blog


Masalah biasa yang dialami oleh penulis blog dan pemilik laman web ialah untuk tarik pelawat dan pengunjung yang ramai ke laman web mereka.Jika anda juga mempunyai masalah yang sama, sila teruskan pembacaan dari mula sampai habis.

Dalam artikel kali ini, saya akan dedahkan beberapa teknik dan strategi untuk tarik pelawat dan pembaca blog yang ramai. Dalam bidang pemasaran online ni, rumusnya mudah sahaja
Blog notes on Laptop
Lagi ramai pelawat (trafik) lagi besar potensi untuk dapat income yang lumayan
Dah sedia nak tahu?Saya akan mulakan dengan teknik-teknik percuma terlebih dahulu. Strategi yang bagus dan berkesan adalah apabila anda berjaya menggabungkan teknik yang percuma dan juga teknik berbayar.
Teknik tarik trafik 1: Teknik Search Engine Optimization (SEO)
Sekiranya anda mensasarkan pembaca anda dari golongan mereka yang berminat tentang topik buat duit online, kata kunci apa agaknya yang akan mereka taip di search engine google ketika mereka ingin dapatkan maklumat tersebut?
Mungkin… mereka akan taip kata kunci seperti berikut
1. Macam mana cara nak buat duit online
2. Betul ke boleh buat duit online
3. Buat duit online tanpa modal
4. Cara mudah buat duit online
… dan banyak lagi kemungkinan.
Setelah kita tahu kata kunci apa yang akan mereka gunakan, langkah seterusnya ialah, kita hasilkan sebuah artikel yang memfokuskan kata kunci tertentu. Sebaik-baiknya, jadikan kata kunci tersebut sebagai tajuk, dan pastikan kata kunci tersebut muncul beberapa kali didalam artikel.
Saya percaya, anda tak ada masalah untuk hasilkan sebuah artikel berjudul “Macam mana cara nak buat duit online”, betul kan?
Teknik SEO bukan sahaja berguna untuk tarik trafik, malahan ia juga sangat POWER untuk bantu anda buat duit secara online menerusi program affiliates. [klik sini]
Teknik tarik trafik 2: Blog commenting
Lazimnya, ia juga dikenali sebagai blog walking dalam kalangan penulis blog. Teknik ini mudah sahaja, anda hanya perlu layari blog yang berbeza, dan tinggalkan komen yang bernas pada artikel yang mereka siarkan.
jana pendapatan tambahan
Screenshot diatas ialah ruangan yang biasanya disediakan jika anda berminat untuk meninggalkan komen pada artikel yang dihasilkan.
Formulanya simple je, jika anda layari 100 buah blog, dan tinggalkan 100 komen yang berbeza dan bernas, pemilik blog tersebut akan buat kunjungan balas ke laman blog anda kembali.
Nah… lepas ini anda akan berjaya dapatkan 100 pelawat yang baru.
PENTING!
1. Jangan SPAM
2. Tinggalkan komen yang bernas
3. Bina relationship
4. Komen sesuatu yang ada kaitan dengan topik
5. Jangan kecewa kalau tak dapat kunjungan balas
Teknik tarik trafik 3: Manfaatkan fungsi media sosial
Dalam hal ini, saya lebih prefer guna FB. Namun demikian, anda juga bebas untuk gunakan media sosial yang lain, seperti Twitter, Instagram dan sebagainya.
Untuk pengguna FB, pastikan anda ada Fan Page khas untuk blog anda. Dapatkan sebanyak mungkin likes yang berkualiti.
cara dapatkan likes yang banyak
Tak perlu gunakan kaedah berbayar untuk kumpul likes. Guna kaedah PERCUMA dah cukup memadai.
Boleh baca artikel saya sebelum ini bertajuk perlu ke beli servis naikkan FB likes untuk fan page [klik sini]
Setiap kali anda dah siapkan satu artikel, anda hanya perlu update fanpage anda dan maklumkan yang anda dah pun kemaskini blog anda dengan artikel-artikel baru.
Sebagai contoh,
cara tarik trafik ke blog
Status update tersebut telah dilihat oleh 155 orang. Ada antara mereka yang akhirnya berminat untuk melawati blog saya.
Teknik tarik trafik 4: Pemasaran video Youtube
Laman Youtube merupakan salah satu laman web yang mempunyai paling ramai pengunjung. Merujuk kepada maklumat yang dibekalkan oleh laman web Alexa.com, youtube merupakan laman web ketiga popular didunia dan mempunyai paling ramai pengunjung
buat duit dengan blog
Macam mana cara nak gunakan Youtube untuk tarik trafik ke laman blog anda?
Dalam artikel ini saya tidak akan menerangkan dengan panjang lebar bagaimana menggunakan kuasa Youtube untuk tarik trafik, sebabnya, ia telah dibincangkan dengan panjang lebar dan lengkap dalam laman web Panduan Pemasaran Video [Klik sini]
Ringkasnya ialah, mula-mula sekali anda upload video yang anda ingin gunakan sebagai bahan promosi blog anda ke Youtube.
pemasaran video youtube
Kemudian, anda masukkan serba sedikit maklumat tentang blog anda dibahagian description, seperti yang saya tunjukkan dibawah.
youtube pemasaran video
Sekiranya anda berminat untuk menggunakan kaedah pemasaran video untuk tarik trafik yang banyak ke laman web atau ke laman blog anda, maka jangan takut untuk melabur untukdapatkan ilmu pemasaran video [klik sini]
Teknik tarik trafik 5: Ping artikel anda
Anda boleh pilih sama ada nak ping artikel anda secara automatik ataupun secara manual.
Fungsi ping adalah untuk ‘memberitahu’ search engine bahawa anda telah menyiarkan satu artikel yang baru di laman blog anda.
Dalam artikel ini, saya akan kongsikan 3 tempat untuk anda ping artikel anda. Sebenarnya ada banyak lagi (terlalu banyak) tempat yang menyediakan servis ping artikel ini.
1. Servis ping oleh Blogged.my
servis ping artikel
2. Servis ping oleh busuk.org
busuk.org
3. Servis ping dari pingomatic.com
servis ping artikel oleh pingomatic
Bagaimana pula kesannya setelah menggunakan perkhidmatan servis ping ini?
Lihat gambar dibawah.
Salah satu artikel saya telah berjaya masuk ke page pertama google untuk kata kunci “Review EdyBiz
kesan penggunaan servis busuk
Apa yang saya buat ini ada kena mengena dengan Teknik SEO.
Teknik tarik trafik 6: Kandungan blog anda
Kandungan blog anda juga mempengaruhi trafik yang masuk ke blog anda.
Sebagai contoh, ketika artikel ini dihasilkan, topik mengenai kehilangan pesawat MH370 masih belum lagi reda. Jika anda perasan, ada ramai blogger yang bercerita tentang MH370 dan misteri kehilangannya, walaupun hakikatnya mereka tak tau apa-apa pun tentang MH370.
Tujuan mereka tulis pun semata-mata nak tarik trafik ke laman blog mereka, itu sahaja.
Teknik tarik trafik 7: Popular kah anda?
Jika anda seorang yang popular dan dikenali, saya yakin trafik ke blog anda pasti tinggi :-)
Untuk teknik seterusnya, saya akan sentuh mengenai teknik berbayar. Ini bermakna, jika anda ingin mengaplikasikan teknik berikut, ada kos yang perlu anda keluarkan.
Sila pastikan anda mempunyai bajet yang sesuai dan anda mempunyai perancangan untuk buat duit bagi menampung kos penggunaan teknik berikut.
Teknik tarik tafik 8: Teknik pemasaran emel
Sila perhatikan screenshot dibawah
teknik pemasaran emel dan blogging
Artikel berjudul Strategi buat duit dengan blog untuk tahun 2014 mempunyai view paling tinggi berbanding artikel-artikel lain sebabnya saya ada hantar emel kepada mailing list saya mengenai artikel tersebut.
Anda boleh klik sini jika ingin membaca artikel tersebut.
Sekarang, cuba anda bayangkan sekiranya anda mempunyai senarai emel yang besar. Berapa besar?
Adakah 56, 126 senarai emel cukup besar untuk anda?Jika setiap orang hanya menyumbang RM1 sahaja kepada anda sekalipun, anda dah boleh dapat RM56 ribu. [klik sini]
rahsia pemasaran emel
Teknik tarik trafik 9: Blog advertsing (iklankan blog anda)
Antara lokasi-lokasi sesuai untuk anda iklankan blog anda ialah di
1. Facebook menggunakan FBAds
2. Google melalui Google Adwords
3. Sewa tapak iklan di laman web yang mempunyai pengunjung yang ramai
4. Sewa tapak pengiklanan di blog yang menawarkan perkhidmatan pengiklanan
Baiklah, secara personally, inilah dia teknik-teknik yang saya sendiri gunakan untuk tarik trafik masuk ke laman blog saya ini. Setakat hari ini, cara yang saya gunakan ini memang berkesan untuk meningkatkan trafik.
Cubalah.
Saya percaya, ia juga pasti beri kesan positif kepada blog anda.

Jual ulam raih RM30,000 sebulan

KOTA BHARU: Kegigihan mengusahakan pelbagai jenis tanaman ulam-ulaman, nyata berbaloi buat seorang wanita apabila meraih pendapatan lumayan,...