Carian Maklumat Di Sini...

Google

Aktiviti “Mesti Buat” Untuk Buat Duit Dengan Menulis Blog

Menulis blog bukan sekadar perlu tahu menulis semata-mata.

Beberapa aspek teknikal perlu juga diketahui bagi memastikan apa yang ditulis di blog tidak disia-siakan. Apalah gunanya menulis dengan penuh susah payah, memerah idea, kemudian tak ada siapa yang sedar akan kewujudan artikel tersebut.

Jadi, inilah dia antara perkara yang anda, sebagai penulis blog perlu ambil tahu bagi memastikan apa yang anda hasilkan dapat beri manfaat sama ada kepada diri anda sendiri mahupun terhadap sasaran pembaca anda.

Statistik adalah sahabat anda


Apa yang anda sedang lihat ialah senarai kata kunci yang digunakan oleh pengguna internet sebelum mereka berjaya sampai ke blog sabree hussin dot com ini.

Antara kata kunci yang saya kira menarik dan berpotensi untuk dijadikan kata kunci buat duit ialah

1. Tambah pendapatan tanpa modal

2. Madu sunnah natural herbs

3. Agen pemasaran percuma

4. Jobdirumah betul ke

5. Cara menambah pendapatan 2014



Perbanyakkan kata kunci tersebut di dalam blog

Kadang-kadang saya akan gunakan istilah pekatkan kata kunci tersebut.

Kalau boleh, setiap kali buat artikel yang baru, usahakan untuk masukkan kata kunci (keyword) tersebut dalam artikel yang baru dihasilkan tu. Tujuannya adalah bagi memudahkan search engine menjumpai blog kita.

Lagi banyak sesuatu keyword muncul dalam blog kita, bermakna, keyword tersebut adalah relevan dengan blog kita. Jadi, kesannya, blog kita akan disenaraikan sebagai page yang paling utama untuk keyword sasaran tersebut.

Buat duit menerusi kata kunci sasaran

Ini adalah salah satu tujuan saya menulis blog.

Selain ingin menyumbang kepada perkongsian informasi, saya juga mensasarkan untuk buat duit menerusi blog. Seterusnya, apa yang perlu dilakukan adalah untuk jadikan keyword tersebut sebagai keyword yang boleh buat duit.

Macam mana?

Saya ambil contoh keyword Madu Sunnah Natural Herbs. Keyword ini merujuk kepada produk madu sunnah yang dikeluarkan oleh syarikat Natural Herbs Sdn Bhd.

Untuk buat duit dengan keyword ini, cara paling mudah ialah, dengan menjadi agen pemasaran bagi produk madu sunnah.

Sebelum ini, saya juga pernah menulis artikel tentang bagaimana nak jadi agen pemasaran madu sunnah tanpa modal. Boleh lihat artikel saya sebelum ini berjudul jom jadi agen pemasaran produk madu sunnah [klik sini]

Kumpul database email pelawat menerusi keyword tersebut

Sebelum tu, saya nak perkenalkan sistem autoresponder emelmatik.

Kalau dulu, nak collect senarai emel pelawat, memang kena fikir banyak kali. Satu sebab kos. Kedua, pun sebab kos ho ho.

Sekarang tak lagi. Kos penggunaan emelmatik amatlah murah, lebih-lebih lagi dengan adanya pelan, bayar sekali pakai sampai bila-bila. Nak collect database emel pelanggan sampai beribu-ribu pun tak ada masalah.

Macam mana cara nak kumpul database pelanggan?

Senang. Pastikan pada setiap artikel tertentu, yang mengandungi kata kunci sasaran, anda letakkan opt in form yang bersesuaian.

Sebagai contoh, untuk kata kunci buat duit dengan FB Group, saya akan gunakan Opt in form seperti dibawah ni.


Sila isikan maklumat dibawah untuk muat turun Preview Ebook ini Nama Panggilan Alamat Email We respect your email privacy

Untuk bina Opt In form seperti diatas sangatlah mudah. Anda hanya perlu gunakan plugin wordpress Hybrid Connect.

Seterusnya, anda hanya perlu set up emel follow up dan biarkan sahaja mereka yang opt in menerima emel follow up dari anda secara automatik.

Baiklah, itu sahaja aspek teknikal mengenai buat duit dengan blog. Seterusnya adalah usaha kita untuk raih kasih sayang dari Allah.

Banyakkan Doa

Amalkan juga beberapa amalan seperti yang dibincangkan dalam sistem menjemput rezeki.

Usaha kita hanyalah sekadar jalan untuk raih rezeki dari Allah. Walaubagaimanapun, memberi rezeki adalah hak mutlak Allah SWT.

Banyakkan doa, jadilah hamba yang sentiasa taat menuruti perintahNya.

Jadilah hamba yang sentiasa memberi bakti dan berjasa pada masyarakat sekeliling. In Shaa Allah amalan ini akan memudahkan kita raih rezeki yang banyak.

Tawakkal

Bila kita dah buat semua, kita kembalikan hasilnya kepada Allah.

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jika dapat komisyen atau dapat buat duit itu adalah yang terbaik untuk kita, nescaya kita akan dapat.

… dan jika kita tak dapat sebarang income sekalipun, ketahuilah, itulah sebenarnya yang terbaik untuk kita.

Wallahua’lam

Terima kasih kerana anda baca artikel ini. Semoga Allah balas jasa baik anda kerana sudi baca artikel ini.
Sumber Artikel: Blog Sabree Hussin

No comments:

Post a Comment

Jual ulam raih RM30,000 sebulan

KOTA BHARU: Kegigihan mengusahakan pelbagai jenis tanaman ulam-ulaman, nyata berbaloi buat seorang wanita apabila meraih pendapatan lumayan,...