Carian Maklumat Di Sini...

Google

CARA TANAM PUCUK MAMAN

 

0

Pokok maman jana pendapatan lumayan

 


RAIHANA mengusahakan tanaman maman di atas tanah seluas hampir satu hektar yang disewanya di Terachi, empat tahun lalu. FOTO Bernama

Kuala Pilah: Hidangan rendang maman yang popular dan menjadi antara menu wajib ketika Aidilfitri di Negeri Sembilan mencetuskan idea buat seorang suri rumah untuk mengusahakan ladang tanaman maman atau nama saintifiknya Cleome gynandra.

Raihana Ayub, 31, mula mengusahakan tanaman itu di atas tanah seluas hampir satu hektar yang disewanya di Terachi, kira-kira 30 kilometer dari bandar Seremban, empat tahun lalu.

Bermula dengan hanya beberapa batas maman sebagai percubaan, kini Raihana memiliki lebih 80 batas tanaman itu yang menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan selain turut menggaji dua pekerja bagi menguruskan ladangnya.

"Peringkat awal memulakannya saya akui sangat susah. Pada tahun pertama saya gagal meraih sebarang hasil, tambahan pula saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan dan ilmu yang mendalam berkaitan pertanian," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Raihana berkata, dia kemudian mendapat bantuan daripada pegawai Jabatan Pertanian negeri yang memberi tunjuk ajar dan sering turun padang memantau sendiri keadaan tanaman yang diusahakannya.

Menurutnya, maman merupakan tumbuhan yang agak cerewet dari segi penjagaan dan sensitif kepada cuaca terutama musim hujan, kerana penerimaan air terlalu banyak akan merosakkan akar serta batang pokok itu.

Anak kelahiran Terengganu itu yang kini turut mempunyai sebuah ladang sayur kangkung dan sawi, berhasrat membuka sebuah lagi ladang maman pada masa depan ekoran permintaan tinggi terhadap tanaman itu termasuk dari luar Negeri Sembilan.

"Bertani kini sudah sebati dengan diri saya dan nasihat saya kepada golongan muda yang menceburi bidang ini supaya tidak menyerah kalah serta perlu ada kekuatan fizikal dan mental. Bertani memang menguntungkan tetapi cabaran tetap ada," katanya yang turut memanfaatkan laman Facebook bagi memasarkan produknya.

Sementara itu, pensyarah Pusat Pengajian Pemakanan dan Dietetik Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Alam, Selangor Prof Madya Dr Norazmir Md Nor berkata, tanaman maman kaya dengan nutrisi dan kandungan beta kerotene, kalsium dan asid folik yang baik untuk kesihatan.

"Seperti juga kebaikan memakan sayur-sayuran dan ulam-ulaman, daun maman dikatakan berupaya menjadi penawar untuk beberapa masalah kesihatan termasuk bagi merawat buasir, cirit-birit, alahan kulit dan tekanan darah tinggi," katanya.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/agro/2021/05/705801/pokok-maman-jana-pendapatan-lumayan


Asas Pembangunan Dan Keperluan Sistem Fertigasi – SIRI 1

 Teknologi fertigasi adalah teknik penanaman moden yang telah terbukti memberi kesan yang baik kepada tanaman sayuran dan buah-buahan.

Fertigasi adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu ‘fertilizer’ dan ‘irrigation’. Menerusi kaedah ini, sistem pembajaan dan pengairan dilakukan secara serentak.

Definasi Fertigasi adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan.

Kelebihan Sistem Fertigasi

  1. Bekalan nutrient yang seimbang berterusan kepada tanaman
  2. Kawasan atau tanah yang bermasalah dapat dibangunkan dengan menggunakan kaedah penanaman sistem fertigasi.
  3. Bebas daripada penyakit bawaan tanah seperti Nematod dan Fusarium.
  4. Meningkatkan kualiti dan hasil pengeluaran.

Kelemahan Sistem Fertigasi

1. Kos permulaan yang tinggi (kos pembangunan)

* Memerlukan kemahiran dan pengetahuan.

JENIS–JENIS SISTEM FERTIGASI DI MALAYSIA

1. Sistem Terbuka


2. Sistem Gantung


3. Sistem Lindungan Hujan


4. Sistem Lindungan Hujan Dan Serangga

 

DALAM STRUKTUR

Tanpa lindungan… bagaimana?

  • Boleh juga …tapi !!…
  • Terdedah kepada risiko hujan lebat ataukelembapan berlebihan.
  • Pemilihan media perlu tepat
  • Pengurusan agihan nutrien berbeza
  • Kos lebih rendah – boleh tanam lebih luas

KEPERLUAN ASAS (1) Baja

  • Sama dengan baja hidroponik
  • Kandungan nutrien yang lengkap & seimbang (berbeza ikut jenis tanaman)
  • Biasanya dalam satu set khas (A & B) – campuran atau cecair dalam bungkusan/bekas yang berlainan

NUTRIEN TANAMAN

JENIS BAJA

MENGAPA – SET A & B ??

• Asingkan Ferum dan sulfat (dalam larutan pekat)

CONTOH (1) Fomulasi Baja

KEPERLUAN ASAS (2) Sumber Air

  • TIDAK TERPUTUS BEKALAN
  • BERSIH–TIDAK TERCEMAR (Toksik/mendapan/ampaian ferum dll)
  • JERNIH
  • TIDAK BERBAU

Punca

BEKALAN AIR PAIP JBA

AIR BUMI (tube well)

AIR GUNUNG (mengalir)

AIR TASIK pH 6.5 – 7.5

RANGKAIAN PAIP UTAMA

RANGKAIAN PAIP LADANG

  • Sumber air bersih
  • Tangki & injektor
  • Pam & timer
  • Penapis
  • Paip utama (main-line)
  • Paip kedua (sub-line)
  • Mikro tiub & penitis

TANGKI NUTRIEN

RUMAH OPERASI NUTRIEN

PAM & TIMER

  • 2.0HP–siraman sehingga 2500 beg
  • 1.0HP–siraman sehingga 1000 beg
  • 0.5HP–siraman sehingga 300 beg
  • Timer – boleh laras sehingga 5 minit

TIMER

PENAPIS

PAIP LADANG

  • Jenis – polypipe, PVC, Mikro Tubing
  • Saiz:
  • Main-line 32 – 63 mm
  • Sub-line 16 – 19 mm
  • Mikro tube 1 – 3 mm
  • Penitis 1 liter/jam (Arrow dripper dsb)
  • SAMBUNGAN SUB LINE KE MIKRO TIUB

SAMBUNGAN MIKRO TIUB KE TIUB PENITIS

TIUB PENITIS SUDAH BERSEDIA UNTUK BEROPERASI

Teknologi Pengeluaran Tanaman Makanan

KOMPONEN SISTEM PENGAIRAN

PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAN SISTEM PENGAIRAN

    • Memeriksa aliran titisan
    • Kebocoran …
    • Membersihkan penapis
    • Membasuh & membilas tangki nutrien
    • Menyah kuman (pensterilan)

KEPERLUAN ASAS (4) Media

CIRI-CIRI

  • Mempunyai ruang udara 20–40%
  • Kadar pegangan air 60–80%
  • Bebas penyakit
  • Murah
  • Mesra alam
  • Kebolehan kawalan nutrien, pH dan suhu
  • Mudah diperolehi

Media Tanaman

Sabut buah 100% Sabut buah + Abu Abu Sawit 100% 50:50

PH MEDIA

BEKAS TANAMAN

KEPERLUAN ASAS (6) Biji benih

KEPERLUAN ASAS (7) Alat pengukur larutan/media

 

STRAWBERRY BERBUAH LEBAT DENGAN TIGA BAJA INI


 

10 Kelebihan Menggunakan Epsom Salt Pada Tanaman


1. Meningkatkan peratusan percambahan biji benih

● magnesium membantu menguatkan biji benih sejak dari awal percambahan iaitu dengan menguatkan dinding sel biji benih.
Untuk hasil yang baik, guna 1 cawan epsom salt utk 100 kaki persegi tanah, atau gaul 1 sudu makan epsom salt pada tanah/peat moss sebelum menyemai biji benih.

2. Meningkatkan kadar penyerapan nutrien yg diperlukan oleh akar pokok (nitrogen, fosforus dan sulfur)

●Campurkan epsom salt pada tanah untuk memperbaiki penyerapan secara semulajadi.
Anggaran 1 sudu makan epsom salt utk keluasan 1 kaki persegi.

3. Mengatasi masalah pokok terkejut ketika dialih dari bekas kecil ke bekas lebih besar.

● Tabur/siram epsom salt di sekeliling pokok sebaik saja ia dapat rumah baru bagi membantu mengatasi masalah pokok terkejut dan kecederaan akar ketika dialihkan. Letakkan pokok yang dialihkan di tempat redup atau yg mendapat sinaran matahari pagi selama seminggu sebelum didedahkan secara langsung kepada sinaran matahari.

4. Menambahkan kehijauan tanaman.

Tanaman yang kekurangan magnesium boleh dikenalpasti apabila daunnya kekuningan.
Ini kerana magnesium adalah komponen penting dalam penghasilan klorofil.
● Tabur/siram 1 sudu makan epsom salt sebulan sekali di sekeliling pokok.
● atau bancuh 1 sudu makan epsom salt dengan 4 liter air. Sembur pada tanaman.

5. Mencegah daun kerinting

Daun kerinting mungkin disebabkan kekurangan magnesium. Biasa berlaku pada tanaman cili dan tomato.
●2 sudu makan epsom salt campur dengan 4 liter air siram pada pokok/daun.

6. Mengatasi masalah siput dan lintah bulan yang suka memakan daun dan anak benih.
Jika dicampurkan ke dalam set hidroponik, menggalakkan kesuburan tanaman selain mencegah pembiakan jentik-jentik.

7. Mengatasi masalah bunga atau buah gugur.

Melebatkan bunga dan buah, menjadikan buah lebih manis.
● Tabur pada pokok buah dan sayuran berbuah.

8. Rasa tomato lebih lazat dan manis

● 2 sudu makan epsom salt dibancuh dengan 4 liter air. Siram 2 minggu sekali

9. Meningkatkan hasil cili (berbuah lebat).

●Tabur 1 sudu makan epsom salt utk 1 kaki persegi 2 minggu sekali

10. Pokok ros menjadi lebih cantik

Membantu menjadikan saiz bunga lebih besar dan berbunga lebat, menguatkan rintangan pada penyakit dan serangan perosak tanaman.
● 1 sudu makan utk 1 kaki persegi tanah. Boleh ditabur di sekeliling pokok.
● Juga disembur iaitu 1 sudu makan epsom salt dibancuh dgn 4 liter air. Sembur pada daun dan pucuk.

Ia bukanlah garam yang sama terdapat di farmasi atau pusat jualan kecantikan kerana epsom salt ini diformulakan untuk pelbagai tanaman bagi pertumbuhan maksimum. Semoga bermanfaat pada anda semua.


K51 baja paksa buah

Berminat boleh

SOP TANAMAN CILI SOLOK/KULAI ( LANGKAH 2 )



MERACUN
Sifir saya untuk meracun ialah
- racun serangga + racun kulat + foliar(utk bsrkan daun dan pokok)
- Perlu membuat racun giliran. Jenis racun hendaklah sentiasa ditukar bagi tujuan menghalang serangga menjadi kebal
- Jika hanya guna racun yg sama setiap kali,serangga atau virus akan menjadi kebal dan tidak akan bertindak balas lagi dengan racun tersebut

Contoh racun dan fungsi racun yang boleh digunakan
1. Racun Serangga
- cascade (ulat)
- takumi (ulat)
- envidor (hamama)
- reagent (trip/hamama)
- solomon (trip/whitefly)
- kenmos (whitefly)
- pegasus(hamama/whitefly)
2. Racun Kulat
- zampro
- score
- ridomil
- mancozeb

3. Foliar
- Amino acid Avantnatur ( menghalang akar drpd stress)
- Calcium,magnesium,boron cabmag ( untuk buah yg besar,bersinar dan tidak bengkok)
- Trace eliment,Combi 1 (unsur kecil bagi melengkapkan lagi unsur baja yg tidak dapat diterima sepenuhnya oleh pokok melalui baja ab,guna kaedah semburan)
- OHN (organik kulat)
- Plant Booster Buah Lebat
- Mol ikan ( tumbesan pokok )

Minggu 1
Isnin (kimia)
Solomon 5-6ml + mancozeb 30gm + Mol Ikan 60ml + OHN 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Anak 100ml + Plant Booster 100ml + Mol ikan 60ml + OHN 60ml (kawalan kulat organik) untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Minggu 2
Isnin(kimia)
Pegasus 20ml + antracol 60gm + OHN 100ml + CabMag 50ml + Mol ikan 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Anak 100ml + Plant Booster 100ml + Mol ikan 60ml + OHN(kawalan kulat organik) 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Minggu 3
Isnin(kimia)
Solomon 5ml + mancozeb 30g + Avant Natur 30ml + combi1 1sachet + mol ikan 100ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Anak 100ml + Plant Booster 100ml + Mol ikan 50ml + OHN(kawalan kulat organik) 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Minggu 4
Isnin (kimia)
Pegasus 20ml + antracol 60gm + Avant Natur 30ml + CabMaG 50ml + Combi 1 1sachet untuk 18 liter air. Seharian drip air kosong

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Anak 100ml + Plant Booster 100ml + Mol ikan 50ml + OHN(kawalan kulat organik) 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Minggu 5
Isnin(kimia)
Solomon 5ml + mancozeb 30g + Avant Natur 30ml + combi1 1sachet + mol ikan 100ml untuk 18liter air.
Seharian drip air kosong

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Anak 100ml + Plant Booster 100ml + Mol ikan 50ml + OHN(kawalan kulat organik) 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Minggu 6
Isnin (kimia)
Pegasus 20ml + antracol 30g + CabMaG 50ml + Combi 1sachet + Avant Natur untuk 18liter air. Seharian drip air kosong

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Anak 100ml + Plant Booster 100ml + Mol ikan 50ml + OHN (kawalan kulat organik) 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Minggu 7
Isnin(kimia)
Solomon 10ml + mancozeb 30g + Mol ikan 100ml + combi1 1sachet + Avant Natur 30ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Bunga100ml + Plant Booster 100ml + Mol ikan 100ml + OHN(kawalan kulat organik) 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Minggu 8
Isnin (kimia)
Pegasus 20ml + antracol 30g + Avant Natur 30ml + CabMaG 50ml + Combi 1 1sachet untuk 18 liter air. Seharian drip air kosong

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Buah 100ml + Plant Booster 100ml + Mol ikan 50ml + OHN(kawalan kulat organik) 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Minggu 9
Isnin(kimia)
Solomon 10ml + mancozeb 30g + Mol ikan 100ml + combi1 1sachet + Avant Natur 30ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Bunga100ml + Plant Booster 100ml + Mol ikan 100ml + OHN(kawalan kulat organik) 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Minggu 10
Isnin (kimia)
Pegasus 20ml + antracol 30g + CabMaG 50ml + Combi 1sachet + Avant Natur untuk 18liter air. Seharian drip air kosong

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Buah 100ml + Plant Booster 100ml + Mol ikan 50ml + OHN (kawalan kulat organik) 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Minggu 11
Isnin(kimia)
Solomon 10ml + mancozeb 30g + Mol ikan 100ml + combi1 1sachet + Avant Natur 30ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Bunga100ml + Plant Booster 100ml + Mol ikan 100ml + OHN(kawalan kulat organik) 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Minggu 12
Isnin (kimia)
Pegasus 20ml + antracol 30g + CabMaG 50ml + Combi 1sachet + Avant Natur untuk 18liter air. Seharian drip air kosong

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Buah 100ml + Plant Booster 100ml + Mol ikan 50ml + OHN(kawalan kulat organik) 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Minggu 13
Isnin(kimia)
Solomon 10ml + mancozeb 30g + Mol ikan 100ml + combi1 1sachet + Avant Natur 30ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Bunga100ml + Plant Booster 100ml + Mol ikan 100ml + OHN(kawalan kulat organik) 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Minggu 14
Isnin (kimia)
Pegasus 20ml + antracol 30g + CabMaG 50ml + Combi 1sachet + Avant Natur untuk 18liter air. Seharian drip air kosong

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Buah 100ml + Plant Booster Buah Lebat 100ml + Mol ikan 50ml + OHN(kawalan kulat organik) 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Jgn lupa like,komen n share supaya rakan2 petani yg lain dapat ilmu.
Boleh like follow fb page "Lada Solok" untuk ilmu pertanian.

Semoga allah swt kurniakan kita rezeki yg melimpah utk kita semua.
Semoga bermanfaat sahabat.

#LadaSolokPage
#BenihSolok
#Noafaz Farm

Cc. Noraida Kamil Mohd Farid Mat Yusoff

Jual ulam raih RM30,000 sebulan

KOTA BHARU: Kegigihan mengusahakan pelbagai jenis tanaman ulam-ulaman, nyata berbaloi buat seorang wanita apabila meraih pendapatan lumayan,...