Carian Maklumat Di Sini...

Google

Hijrah Minda

Sebenarnya terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk mengubah mindset kita dari makan gaji ke perniagaan.

Antaranya adalah dengan meletakkan matlamat untuk meninggalkan pekerjaan makan gaji dan memulakan perniagaan pada masa depan.

Dengan meletakkan matlamat, minda kita akan sentiasa berfikir dan terfikirkan matlamat tersebut.

Seharusnya matlamat yang dibuat bukanlah matlamat yang kosong tetapi ianya diikuti dengan gambaran imaginasi dan emosi yang kuat, seolah-olah kita tiada pilihan lain lagi selain daripada menjalankan perniagaan.

Seterusnya apabila matlamat dan keinginan kita telah terarah ke arah tersebut, sudah tentu ianya akan mendorong kita untuk mencari bahan bacaan berkaitan dengan perniagaan dan keusahawanan yang ingin kita ceburi.

Ringkasnya di sini, untuk menukar mindset makan gaji kepada perniagaan, kita perlu banyak membaca.

Ini kerana apa yang kita baca itulah dunia pemikiran kita.

Apabila ianya telah sebati dan menguasai cara berfikir kita, sedikit demi sedikit ianya akan mempengaruhi tindakan dan matlamat kehidupan kita.

Kemudian langkah yang lebih efisien untuk merubah mindset atau cara berfikir dari makan gaji kepada perniagaan atau keusahawanan adalah dengan mendekati dan bergaul dengan mereka yang terlibat dalam perniagaan itu sendiri.

Pepatah ada mengatakan, jika ingin merasakan panasnya bahang api berkawanlah dengan mereka yang membuat besi dan jika ingin menikmati harumnya wangian minyak wangi berkawanlah dengan penjual minyak wangi.

Persekitaran pergaulan kita sebenarnya memberikan pengaruh terkuat dan terbesar dalam pembentukan sikap, sahsiah dan mindset kita.

Sudah tentulah dapatkan kawan atau rakan yang telah mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing, tidak kiralah sama ada kecil atau besar kerana kita boleh belajar dua perkara sekaligus daripada mereka yang berjaya ini.

Pertama kisah kejayaan yang memotivasikan kita.

Kedua kisah kegagalan yang dapat memberikan pengajaran buat diri kita.

Dengan mengikuti beberapa tips di atas, insyaAllah kita dapat berhijrah dari minda Makan Gaji kepada Minda Keusahawanan.

Makin Ramai Golongan Muda Muflis

50% pemegang kad bankrap bawah 30 tahun Bank Negara Malaysia melaporkan bahawa 50% daripada pemegang kad kredit yang diiystiharkan muflis berusia di bawah 30 tahun. Ini satu perkara yang agak membimbangkan kerana golongan ini bukannya miskin. Mereka layak mendapakan kad kredit, tetapi menyalahgunakannya sehingga diisytiharkan muflis. Sementara itu, satu laporan akhbar menyebut Devinder Singh, ketua hal ehwal korporat dan komunikasi AKPK berkata 15% daripada mereka yang mendaftarkan diri dengan program agensi pengurusan hutang tersebut berusia di bawah 30 tahun. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Satu sebab utama ialah kesenangan mendapatkan kad kredit dan kegagalan untuk memastikan perbelanjaan lebih rendah pendapatan. Tetapi saya yakin tanpa kad kredit masalah ini tidak akan sampai ke tahap ini kerana tanpa kad golongan tersebut tidak boleh membeli menggunakan wang yang tidak mereka miliki. Satu lagi masalah ialah kehidupan material masa kini di mana muda-mudi mengutamakan jenama dan gaya. Saya tahu dan kenal orang-orang seperti ini. Kalau belum kahwin dah bankrap memang susahlah. Macam mana nak mendirikan rumah tangga dan menanggung anak? Pada pendapat saya kita patut mengekang penggunaan kad kredit dengan mengenakan cukai yang tinggi kepada kad kredit kedua, lebih tinggi kepada kad yang ketiga dan seterusnya. Kalau bank protes tindakan ini, biarkanlah mereka protes. Langkah tersebut akan memastikan orang ramai lebih cenderung memiliki hanya satu kad kredit untuk memanfaatkan kesenangan menggunakan urus niaga tanpa tunai. Biarlah mereka yang banyak kad terdiri daripada orang yang benar-benar mampu sahaja. Lagipun pembayaran tanpa tunai kini boleh dilakukan menerusi kad debit. Sebenarnya penyelesaian sebenar kepada masalah begitu senang sahaja. Belanja ikut kemampuan. Semua orang tahu. Cuma susah untuk mengamalkannya.

Peruntukan Hutang Ragu

Peruntukan dibuat untuk mengambil kira hutang tertentu yang mungkin tidak dapat dikutip Ada pembaca yang bertanya tentang provision for doubtful debts atau peruntukan hutang ragu, kerana mendapati beberapa syarikat yang mengalami masalah kerana peruntukan ini. Sebenarnya peruntukan untuk hutang ragu dibuat untuk meramalkan hutang yang mungkin tidak dapat dikutip, walaupun syarikat belum pasti sepenuhnya bahawa hutang tersebut tidak boleh dikutip. Peruntukan ini dibuat untuk memastikan paras keuntungan tidak dinyatakan pada tahap terlalu tinggi kerana syarikat tersebut sudah tahu akan mengalami masalah mengutip hutang tertentu. Ada beberapa cara berbeza untuk membuat peruntukan bagi hutang ragu:
  1. Membuat peruntukan am berasaskan % tertentu baki dalam akaun penghutang.
  2. Membuat peruntukan berasaskan % tertentu hasil sepanjang tahun
  3. Membuat peruntukan berasaskan pelanggan khusus yang diragui keupayaan mereka untuk membayar balik hutang
  4. Membuat peruntukan berasaskan 'debtor's aging' atau tempoh hutang belum dibayar. Contohnya syarikat boleh menetapkan bahawa sesuatu hutang dianggap hutang ragu jika tidak dikutip dalam masa 1 tahun.
Syarikat yang konservatif akan membuat peruntukan yang sewajarnya untuk memastikan pelabur mendapatkan maklumat terkini tentang status penghutang. Masalah biasanya timbul apabila peruntukan yang sewajarnya tidak dibuat dan syarikat terus mengandaikan hutang boleh dikutip walaupun sudah lama tidak dibayar. Jika pihak pengurusan tidak membuat peruntukan, dan tiba-tiba pada sesuatu tahun, kebanyakan hutang memang sah tidak dapat dikutip, satu jumlah besar akan dianggap sebagai hutang lapuk dan ditolak terus daripada akaun untung rugi pada tahun tersebut, menyebabkan syarikat mengalami kerugian besar secara tiba-tiba. Ini mungkin boleh dianggap satu tindakan untuk menyelindungi maklumat daripada pelabur kerana sepatutnya peruntukan yang lebih besar dibuat pada tahun terdahulu untuk memastikan pelabur maklum tentang keadaan sebenar. Tetapi kadangkala peruntukan besar dibuat bukan kerana pengurusan mahu menyelindung maklumat tetapi kerana keadaan ekonomi. Katakan krisis ekonomi berlaku dan kebanyakan pelanggan syarikat tiba-tiba mengalami masalah, maka itu adalah kerugian jujur yang mungkin tidak dapat dielakkan. Biasanya dalam kes di mana syarikat tiba-tiba terpaksa membuat peruntukan hutang ragu yang besar dan menjadi isu umum, akhbar kewangan akan membuat analisis sama ada salah laku berlaku ataupun disebabkan masalah perniagaan yang sahih. Jika masalah disebabkan oleh salah laku, maka saham syarikat akan jatuh dengan lebih teruk.

Mengambil Risiko Untuk Maju

Tanpa risiko kita sentiasa berada dalam gear neutral Adakah risiko itu menggambarkan sesuatu yang negatif atau positif untuk anda? Risiko secara lazimnnya dikaitkan dengan kemungkinan menghadapi bahaya, tetapi dalam dunia perniagaan dan kewangan, ia lebih menjurus kepada potensi untuk mengalami kerugian. Tetapi pada pendapat saya, langkah mengambil risiko yang berwajaran adalah penting untuk mencapai kemajuan dan kejayaan. Perkara ini benar dalam banyak bidang. Dalam bidang kerjaya, kadangkala kita perlu mengambil risiko dengan menerima tanggungjawab atau projek yang rumit untuk menunjukkan kita berwibawa. Mungkin projek tersebut gagal atau kurang berjaya tetapi sekurang-kurangnya anda telah mencuba. Jika berjaya ganjarannya besar. Dalam bidang keusahawanan dan perniagaan, risiko memang menjadi sesuatu yang perlu diambil. Kita perlu menanam modal, sama ada dalam bentuk wang, masa atau tenaga. Jika perniagaan gagal, kita mungkin rugi tetapi jika berjaya besar ganjarannya. Walaupun gagal, kita telah belajar sesuatu yang berharga. Begitu juga dalam bidang pelaburan. Untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, biasanya kita perlu mengambil risiko. Pelaburan yang paling selamat tidak akan memberikan pulangan yang tinggi. Namun risiko boleh dikurangkan dengan ilmu. Lebih tinggi ilmu kewangan, lebih rendah risiko pelaburan. Menang kalah dalam pertandingan sukan juga membabitkan risiko. Sebagai contoh dalam perlawanan bolasepak, apabila pasukan anda menyerang dengan lapan pemain untuk mencari gol, anda menghadapi risiko serangan balas di mana lawan hanya berhadapan dengan dua pertahanan sahaja jika anda kehilangan bola. Kalau anda membuat 'tackle' dalam kotak penalti pun anda mengambil risiko. Tetapi jika tiada pasukan sanggup mengambil risiko, perlawanan bola sepak pasti membosankan. Tetapi ambillah risiko dengan sewajarnya dan selepas membuat pertimbangan teliti. Janganlah mengambil risiko terlalu besar, sehingga menjurus kepada spekulasi lampau. Janganlah labur beratus ribu ringgit dalam perniagaan tanpa perancangan teliti, atau membuat pelaburan berasaskan khabar angin, tanpa membuat sebarang penyelidikan. Hidup ini penuh dengan risiko. Maklumat sempurna dan kepastian ialah sesuatu yang jarang kita perolehi. Kita perlu buat keputusan berasaskan uncertainty atau ketidakpastian, tetapi jangan biarkan kewujudan risiko dan ketaktentuan menyebabkan anda memilih jalan selamat setiap kali. Ambil risiko, tetapi lakukannya dengan munasabah dan selepas membuat penilaian teliti.

Adakah Anda Sedar Dengan REALITI Kehidupan Anda?

Setiap hari anda rungsing memikirkan kedudukan kewangan harian anda. Perbelanjaan untuk keperluan hidup semakin bertambah. Kos hidup semakin tinggi. Harga barangan keperluan terus naik. Sedar tak sedar anda dapati perbelanjaan dan hutang anda juga turut meningkat sama!

Setiap hari anda bekerja dan berusaha dengan lebih kuat untuk menambahkan pendapatan dengan tujuan menjelaskan hutang-hutang anda, namun dalam sedar tak sedar anda dapati hutang anda tidak pernah berkurangan bahkan semakin meningkat! Anda mulai hairan dan bertanya pada diri sendiri "Kenapa Boleh Jadi Begini? Sampai Bila Aku Nak Kena Bayar Hutang Ni?"

Setiap bulan anda membuat simpanan dalam bentuk pelaburan yang terjamin dan selamat seperti akaun simpanan biasa, simpanan tetap mahu pun ASB, kata anda simpanan untuk masa depan, tapi anda lupa yang hutang anda tak pernah berkurangan. Bila dapat dividen daripada simpanan tersebut anda tak sedar sebenarnya jumlahnya jauh lebih kecil berbanding faedah hutang yang perlu anda bayar.

Setiap hari berganti bulan, kini anda mula kurangkan perbelanjaan untuk keperluan yang paling asas sahaja semata-mata untuk mengurangkan jumlah hutang anda, namun akhirnya anda dapati ianya tak mampu nak selesaikan masalah hutang anda yang melampau itu.

Kemudian, anda mula membuat pinjaman baru bagi menyelesaikan masalah hutang yang terdahulu tetapi dalam masa yang sama, tanpa anda sedari, sebenarnya anda telah menambah masalah hutang yang baru.

Anda fikir dengan membayar ansuran bulanan yang lebih rendah dalam tempoh masa yang panjang ianya menguntungkan anda, sebaliknya semakin lama anda membuat pinjaman maka semakin besarlah faedah yang perlu anda bayar!

Dan bermacam-macam perkara selain tertera di atas yang merungsingkan dan memeningkan kepala anda dalam mencari penyelesaian ke atas masalah hutang demi meneruskan kehidupan anda dan keluarga.

Sekiranya anda benar-benar rungsing memikirkan permasalahan di atas, usah risau lagi! Teruskan pembacaan anda kerana sebentar lagi saya akan bongkarkan satu rahsia serta panduan bagaimana anda juga mampu menyelesaikan kesemua masalah di atas melalui kaedah pengurusan dan penghapusan hutang yang sebenar.

Ya, melalui kaedah, panduan dan strategi yang terbukti berkesan! Dan apa yang paling penting di sini anda juga boleh lakukannya sendiri berdasarkan langkah-langkah yang akan saya tunjukkan sebentar lagi. Teruskan pembacaan anda...

Setiap masalah ada penyelesaiannya. Apa yang membezakannya di sini bagaimana anda menyelesaikannya?

Ramai yang gagal menyelesaikan masalah kewangan atau hutang mereka hanya kerana mereka tidak mendapat bimbingan dan panduan yang sebenar.

Sebenarnya hutang anda mampu diselesaikan dan PANDUAN BEBAS HUTANG akan menjadi jalan penyelesaian TERBAIK bagi anda mengatasi masalah hutang tersebut!

Baru-baru ini, satu kajian atau survey kewangan telah dibuat oleh Syarikat Visa dan mereka mendapati kebanyakan dari kita paling risau mengenai:

1. Perbelanjaan hidup sehari-hari 2. Gaji 3. Hutang

Tuan/ Puan yang dihormati,

Bagaimana Untuk Menghapuskan Hutang Dengan Lebih Berkesan!

Dalam sedar tak sedar, hutang merupakan salah satu masalah yang dialami hampir setiap orang di seluruh dunia. Sekiranya anda rasa anda bebas dari masalah dan bebanan hutang, mungkin anda silap!

Saya pasti setidak-tidaknya anda juga menghadapi masalah ini biarpun jumlahnya di saat ini taklah sebesar manapun.... jika dibandingkan dengan orang lain disekeliling anda.

Selagi anda mempunyai keperluan dan kemahuan, mempunyai pendapatan dan pekerjaan, penggunaan dan kebergantungan ke atas pinjaman dan hutang sudah tentu menjadi satu kemestian dalam kehidupan di abad ini.

Namun begitu, sedarkah anda bahawa hutang yang anda ambil itu membantu mengukuhkan kewangan anda atau sebaliknya?

Keadaan akan menjadi bertambah parah jika sekiranya anda tidak mengamalkan pengurusan kewangan yang teratur, anda pasti berhadapan dengan masalah yang besar dan kritikal.

Jika anda mengalami salah satu daripada tanda-tanda di bawah kemungkinan besar anda sedang mengalami masalah hutang:-

Membuat bayaran minima bagi kad kredit

Jumlah baki hutang masih tidak berkurangan

Bertanya baki kredit yang boleh digunakan pada pihak bank

Tidak tahu berapa jumlah hutang yang dimiliki

Mengeluarkan wang tunai melalui kad kredit

Tidak mempunyai simpanan

Belanja gunakan Kad kredit mencecah had yang dibenarkan

Mempunyai lebih banyak kad kredit dari tunai di dalam dompet

Kad kredit ditolak ketika membuat pembelian

Bil-bil lama banyak yang tertunggak dan masih belum dibayar

Kesemua pendapatan digunakan untuk membayar hutang

Gagal mendapat pinjaman daripada bank

Mula meminjam dengan Ah Long

Tidak membuka penyata kad kredit

Menerima panggilan daripada pemberi pinjaman

Dikejar penagih hutang

Menerima surat penguam

Mulai berjudi

Hilang ceria

Tidak dapat tidur dengan lena

Anda mengalami gangguan dan tekanan hidup

Jangan cuba untuk menidakkannya jika anda mengalaminya, jangan memandang remeh akan petanda tersebut. Jika tidak, anda sebenarnya memberi ruang yang lebih untuk berhadapan dengan masalah hutang yang lebih serius lagi pada masa akan datang.

Jika dibiarkan berlarutan anda mungkin mengalami masalah seperti berikut;-

Hubungan kekeluargaan yang porak peranda

Tekanan jiwa dan mental

Diisytiharkan Muflis, atau mungkin;

Dirantai oleh Ah Long?

Mangsa Ah Long Dirantai Di Serdang Akibat Gagal Bayar Hutang Pinjaman.

Mungkin anda pelik dan tertanya-tanya bagaimana anda boleh menghadapi masalah hutang ini? Sebenarnya ianya berpunca dari amalan kewangan serta tabiat berbelanja yang kita sendiri tidak menyedarinya. Antaranya adalah:

Anda berbelanja dahulu dan berfikir untuk menyimpan kemudian, tetapi sebenarnya anda gagal membuat simpanan walau satu sen pun!

Anda gemar berbelanja menurut kemahuan dan bukannya mengikut keperluan sebenar...

Anda mengamalkan perbelanjaan menggunakan kad kredit untuk menampung keperluan harian...

Anda suka menukar kereta setiap 4 hingga 5 tahun sekali.

Anda suka ambil dahulu bayar kemudian, membeli secara ansuran dan bukannya tunai...

Anda lebih suka meminjam wang untuk membayar hutang pinjaman sedia ada anda, pinjam sini....untuk bayar hutang yang di sana...

Cuba anda bayangkan jika anda TIDAK LAGI mengalami masalah hutang, bukan setakat anda berada dalam keadaan ceria sentiasa, bahkan anda akan :-

Hidup tanpa sebarang tekanan dan gangguan

Kelihatan lebih yakin dan bersemangat

Dapat hidup bebas daripada beban dan masalah kewangan

Sebelum kita pergi lebih jauh kita perlu tahu...

Kenapa Usaha Membebaskan Diri Dari Masalah Hutang Sentiasa Gagal ?

1) Anda tidak betul-betul faham bagaimana hutang itu terjadi

Memang tidak dinafikan, pinjaman atau hutang memainkan peranan yang penting untuk membantu kita hidup dengan lebih selesa. Masalahnya di sini, hutang juga boleh membuatkan kita merasa tidak selesa bilamana ianya tidak digunakan dan diuruskan dengan cara yang betul.

Jika kita fikir-fikirkan berapa ramai yang hidup di dunia hari ini tidak berhutang? (Hmm..maksud saya orang dewasa yang berpendapatan dan bukannya anak-anak yang sedang bersekolah).

Saya percaya sememangnya ramai yang bersemangat untuk menghapuskan hutang mereka, namun ramai juga yang tidak faham kenapa setelah membayar sebegitu banyak wang, akhirnya mereka dapati yang diri mereka masih lagi belum bebas dari masalah dan bebanan hutang.

Ini kerana apabila kita membuat pinjaman atau hutang ianya melibatkan tiga perkara berikut:-

Pertama, jumlah pinjaman pokok atau jumlah sebenar pinjaman. Sekiranya anda meminjam RM10,000, maka anda perlu bayar semula jumlah tersebut dengan nilai yang sama. Saya kira yang ini semua orang tahu kan :)

Kedua, faedah. Sudah tentulah apabila kita meminjam atau berhutang kita perlu membayar sejumlah faedah sebagaimana yang telah kita persetujui sebelum ini. Ini bermakna jika anda pinjam RM10,000 maka anda perlu bayar dengan jumlah yang lebih besar daripada jumlah pokok yang anda pinjam. Saya fikir perkara ini ramai juga yang faham atau ada yang buat-buat tak faham?

Ketiga, kadar dan jenis faedah. Saya kira yang ini mungkin kebanyakan daripada kita yang kurang faham dan kurang jelas. Bahkan ramai yang terpedaya dengan triks dari pihak pemberi pinjaman. Yang lebih teruk lagi anda di antara kita yang begitu mudah menerima pakai syor dan saranan daripada mereka yang berkenaan, kononnya pinjaman tersebut adalah yang terbaik untuk hutang kita. Namun begitu, anda jangan risau tentang triks-triks tersebut kerana semuanya akan saya jelaskan secara terperinci nanti.

2) Tidak mempunyai matlamat

Setiap perkara yang ingin dilakukan dalam kehidupan ini harus ada matlamat jika tidak usaha yang kita ambil mungkin tidak sampai kemana-mana dan akan menjadi sia-sia. Begitu juga dengan usaha untuk menghapuskan hutang piutang sedia anda.

Anda harus ada matlamat, namun matlamat anda harus realistik. Maknanya di sini, jika hutang pinjaman anda RM20,000.00 dan anda ingin menghapuskannya dalam masa 2 atau 3 bulan sedangkan dalam masa yang sama anda hanya memperolehi pendapatan bersih sebanyak RM3,500.00 sebulan, maka ini sudah tentu tidak munasabah.

Ya anda perlu berusaha untuk mencari sumber pendapatan tambahan yang lebih besar dan bukannya sekadar berjimat!

3) Anda buat hutang baru setiap kali berjaya selesaikan hutang lama

Saya dapati terlalu ramai yang sentiasa meningkatkan gaya dan taraf hidup mereka. Ya, sememangnya ianya tidak salah, bahkan amat baik sekali. Namun sayangnya ramai di antara kita yang memperolehinya secara berhutang melalui jumlah yang besar dalam tempoh masa yang panjang.

Setiap kali anda berjaya menghapuskan hutang lama, anda mula merasakan yang anda memiliki lebih banyak wang, lalu anda buat keputusan untuk buat hutang baru lagi. Ya, hutang yang jumlahnya lebih besar dalam jangka masa yang lebih panjang dari sebelumnya.

4) Tidak tahu strategi penghapusan hutang yang betul

Apakah yang dimaksudkan dengan strategi yang betul di sini? Strategi yang betul adalah teknik penghapusan hutang yang mampu mencapai matlamat penghapusan hutang anda. Saya ulangi sekali lagi, yang benar-benar dapat membantu menyelesaikan masalah hutang anda.!

Saya dapati kebanyakan orang lebih gemar membuat simpanan yang hanya memberi keuntungan kurang 3% setahun tetapi lupa untuk menjelaskan hutang pinjaman yang mengenakan kadar faedah 18% setahun. Ingat! Tanpa strategi yang betul sekali lagi usaha kewangan anda akan jadi sia-sia belaka.

5) Silap mendapat khidmat nasihat kewangan

Saya tahu ramai yang lebih mudah dan gemar bertemu dengan pegawai kredit yang menguruskan pinjaman di bank daripada mencari perancang kewangan yang bertauliah untuk menyelesaikan masalah hutang mereka.

Kesudahannya mereka menerima pakai pelan pengstrukturan hutang yang dicadangkan oleh pihak bank. (Hmm..yang sebenarnya pihak bank nak suruh anda pinjam dengan mereka, katanya faedah merekalah yang terendah) Tup..tup anda dapati anda masih tetap berada dalam masalah hutang yang tak berkesudahan.

6) Anda gagal mendisplinkan diri

Dalam hidup ini, setiap perkara yang dilakukan dengan penuh berdisplin pasti membuahkan kejayaan. Begitu juga halnya jika anda ingin menghapuskan hutang anda. Anda perlukan tahap displin yang tinggi bahkan bukan sekadar disiplin dalam menguruskan wang anda tetapi lebih dari itu, melibatkan tabiat dan sikap anda.

Untuk itu anda perlukan satu panduan khusus untuk menguruskan hutang piutang anda, bukan setakat panduan tetapi panduan yang boleh membawa anda ke satu jalan kebebasan hutang yang benar-benar berkesan dan yang paling penting ianya realistik untuk dilakukan!

5 Bentuk Tabungan Yang Anda Perlukan...

Salam, Masih ramai yang gagal menguruskan kewangan mereka pada hari ini disebabkan kegagalan mereka untuk membuat simpanan. Sebenarnya dalam pengurusan dan perancangan kewangan, simpanan adalah asas kepada kejayaan dan kekayaan. Ini kerana untuk memastikan kita tidak terus menerus membuat hutang, kita perlukan simpanan! Untuk memastikan kita boleh membuat pelaburan, kita juga perlukan simpanan! Untuk memastikan kewangan kita dilindungi dan terjamin, kita juga perlukan simpanan! Untuk membiayai keperluan kecemasan kita perlukan simpanan! Pendek kata, apa sahaja perancangan kewangan kita, simpanan adalah perkara utama yang perlu kita rancangkan. Jadi bagaimana untuk merancang simpanan dan menyediakan tabungan? Menurut Khairulnahar a.k.a Thinkerich dalam ebook terbaru beliau berjudul "Tips Bagaimana Hendak Mengurus Wang Dengan Lebih Efektif", seseorang itu perlu menyediakan 5 jenis tabungan dalam pelan perancangan kewangan mereka iaitu:- 1. TABUNG PERLINDUNGAN 2. TABUNG KECEMASAN 3. TABUNG PERSARAAN 4. TABUNG IMPIAN 5. TABUNG PENDIDIKAN ANAK-ANAK Bagaimana untuk menyediakannya? Hmm..saya kira anda boleh dapatkan penerangan yang jelas, mudah dan ringkas dengan merujuk tips yang diberikan oleh beliau melalui link berikut di bawah:- Tips Kewangan Peribadi Banyak lagi tips kewangan yang boleh anda dapatkannya daripada Thinkerich melalui link di atas. ikhlas, [hisham aka putra_ada]

Pengurusan Kewangan

Kini anda tiada lagi alasan untuk menguruskan kewangan dengan lebih bijak, teratur dan berkesan untuk diri sendiri kerana anda telah berada di laman web yang betul!

Ingat! Jangan menggunakan wang hanya untuk berbelanja dan berhutang, yang akhirnya menyebabkan anda berhadapan dengan masalah kewangan!

Menurut laporan Utusan Online edisi 10 Mei 2010, ramai dikalangan mereka yang berpendidikan tinggi dengan gaji bulanan melebihi RM2,000 sudah mempunyai hutang mencecah RM100,000 pada usia awal 30-an!

Suatu FAKTA yang amat mengejutkan!!!

LAPORAN AKHBAR UTUSAN ONLINE MENGENAI MASALAH HUTANG DI KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA

Ianya dengan jelas menunjukkan bahawa memiliki pendidikan tinggi belum tentu dapat menjamin seseorang itu mampu mengurus kewangan mereka dengan baik! Apa yang pasti, ilmu pengurusan kewangan peribadi sebenarnya WAJIB dipelajari oleh semua golongan masyarakat tidak terkecuali bagi mereka yang berpendidikan tinggi!

Jika mereka yang bijak pandai pun kurang bijak menguruskan kewangan mereka, bagaimana pula dengan mereka yang lain...???

Namun begitu, jangan risau dan bimbang kerana sebentar lagi anda boleh mempelajari dan mengetahui rahsia, teknik dan strategi pengurusan kewangan yang sebenar melalui produk-produk dan info-info kewangan peribadi yang boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang !

Bahkan anda juga boleh menjadi lebih berjaya dalam kewangan dan kehidupan anda (mungkin lebih kaya) berbanding mereka yang berpendidikan tinggi sekiranya anda memiliki ilmu kewangan peribadi yang sebenar, biarpun anda hanya tamat Sekolah Menengah atau mungkin hanya tamat Sekolah Rendah sahaja!!!

Apa yang paling penting jika anda boleh membaca, dan mempraktikkan apa yang dikongsikan melalui laman web ini, peluang untuk anda berjaya dalam kewangan adalah sangat tinggi. Ini bermakna, tiada lagi alasan untuk anda mengeluh tentang keadaan kewangan anda sendiri selepas ini.

Jual ulam raih RM30,000 sebulan

KOTA BHARU: Kegigihan mengusahakan pelbagai jenis tanaman ulam-ulaman, nyata berbaloi buat seorang wanita apabila meraih pendapatan lumayan,...