Carian Maklumat Di Sini...

Google

Kenapa anda perlu takut berniaga

Takut berniaga dengan tidak berniaga adalah dua perkara yang berbeza. Orang yang berjaya menjadi usahawan dan berjaya membina empayar perniagaannya adalah orang yang teruskan juga merealisasikan perniagaan walaupun dalam keadaan takut.
Orang yang akhiri hidupnya sampai tua makan gaji dan kekal pencen tetap masih tak berniagaa adalah orang yang hakikatnya takut berniaga dan melayan perasaan takut itu untuk menjadi penghalang ia meneruskan cita-citanya.
Banyak saya baca laporan berkenaan perbezaan jurujual yang berjaya dengan tidak berjaya mengalami perasaan takut yang sama. Tapi mereka dibezakan oleh sikap terus buat juga walaupun dalam keadaan takut sedangkan satu kumpulan lagi berhenti melakukan urusan mereka kerana dihantui perasaan takut.
Begitu juga dengan urusan kerja lain seperti berpidato, bertemu orang, meyakinkan orang memujuk orang, berniaga dan lain-lain lagi. Semua orang ada perasaan takut.

Sejarah takut berniaga

Otak kita pandai membayangkan seribu satu macam andaian yang mengerikan untuk menghalang kita daripada meneruskan apa saja yang boleh mendatangkan risiko.
Ini adalah peranan otak primitif yang dikaitkan dengan cara hidup kita pada zaman primitif dahulu. Zaman itu, risiko bermakna pilihan hidup atau mati. Bila ada risiko yang dihidu, otak akan cergas berusaha menyelamatkan tuannya.
Dipulau oleh rakan-rakan atau puak pada zaman dahulu sahaja boleh mengundang bahaya. Andainya kita bersikap pelik luar biasa daripada rakan-rakan atau puak kita, penyingkiran daripada puak mengakibatkan diri kita keseorangan.
Bila keseorangan, kita tak mampu mempertahankan diri. Terlalu sukar untuk keluar pergi berburu binatang untuk dijadikan makanan secara solo. Keluar memburu seorang diri boleh mengakibatkan leher kita berada di celah rahang haiwan buas.
Salah satu risiko yang otak bayangkan jika kita berhenti kerja dan jadi usahawan adalah risiko keluar daripada puak yang biasa kita gauli. Bagi otak, itu satu risiko besar yang boleh membawa maut, maka berbagai usaha otak lakukan untuk takutkan tuannya.

Redakan perasaan takut berniaga

Tapi anda perlu sedar bahawa zaman dahulu jauh berbeza dengan zaman sekarang. Kebanyak daripada risiko tidak berada di dalam kategori antara hidup dan mati.
Dipulau oleh rakan atau saudara terdekat hanya disebabkan kita nak jadi usahawan walaupun ada kelulusan tinggi untuk jadi hamba abdi pada majikan tidak membuatkan manusia sekarang mati kebuluran.
Untuk membolehkan seseorang itu dapatkan makanan samada untuk dirinya ataupun untuk tanggungannya adalah satu urusan mudah dalam zaman ini.
Saya lihat ramai orang yang tua masih kekal hidup samada secara solo ataupun dijaga keluarga. Paling ketara adalah golongan orang tua yang jadi gelandangan. Bukankah sesuatu yang hebat melihatkan diri mereka masih kekal hidup dan dapat makan? dengan usaha sedikit mereka itu ada saja makanan masuk ke dalam mulut mereka.
Secara ringkasnya, apa yang nak saya sampaikan adalah, takut berniaga boleh diatasi jika anda berjaya yakinkan otak primitif anda bahawa berhenti kerja dan berniaga tidak akan membuatkan anda maut.
Kecuali anda berhenti kerja dan mula jalankan perniagaan morfin, ganja, kokain, pil kuda atau yang seumpamanya, itu memang ada risiko ke tali gantung. Jadi jangan pilih perniagaan sebegitu.

Apa kegunaan takut berniaga

Kembali pada zaman primitif dahulu, perasaan takut adalah tugasan otak untuk selamatkan diri kita. Dalam keadaan tengah lapar dan ketika sedang masak untuk makan, kita akan cabut lari bila terdengar bunyia ngauman harimau.
Lari itu akan berlaku secara spontan. Kalau tak buat begitu, kita akan maut dibaham harimau.
Dalam zaman moden ini, kita akan ada perasaan takut yang sama bila ada petanda bahaya. Tapi disebabkan ianya tidak berapa kritikal dan tak boleh membuatkan kita mati on the spot, maka perasaan takut itu menjadi satu perkara yang baik.
Baik kerana ia memberikan petanda untuk kita bersedia dengan plan kecemasan. Jika anda takut berhenti kerja dan berniaga disebabkan imaginasi tak boleh bayar sewa rumah, maka bersedialah dengan membuat risk study.
Senaraikan segala risiko yang ada akibat daripada tak boleh bayar sewa rumah. Senaraikan juga alternatif yang ada bagi menyelesaikan risiko tersebut. Paling mudah sekali adalah dengan membuat andaian risiko paling teruk yang ada dan kemudian cari jalan keluar untuk selesaikannya.
Secara mudahnya, takut berniaga adalah amaran awal otak anda untuk sediakan perancangan kecemasan. Bila dan rangka plan kecemasan itu, teruskan langkah untuk melakukan apa yang anda nak buat.
Rumusannya, takut berniaga membolehkan anda kreatif untuk merancangan dengan baik. Bukankah itu satu kebaikan untuk anda ?, masalahnya, ramai orang yang takut berniaga dan takut macam-macam, tapi mereka tak gunakan otak untuk merangka strategi penyelesaian secara sistematik melainkan hanya membesar-besarkan ketakutan itu dalam otak sahaja.
Perancangan serta pemikiran dalam mengatasi takut berniaga itu perlu dikeluarkan daripada dalam kepala dengan menulis atas kertas. Jangan hanya congak dalam kepala. Jika anda buat begitu, anda boleh melihat dengan lebih jelas.
Jika anda dah buat kesemua itu dan nampak dengan jelas segala risikonya dan jalan penyelesaiannya, tapi masih takut berniaga, tak apa. Elok jangan berniaga dan teruskan makan gaji dan mati putih mata sebab orang macam itu memang tak layak jadi usahawan. Mereka hanya layak jadi pencetus alasan dan berkhidmat pada para majikan… jangan terasa jika anda begitu, ok!
Kredit to:http://hidupringkas.com/keusahawanan/kenapa-anda-perlu-takut-berniaga/

Petua Rancangan Perniagaan untuk usahawan

Petua Rancangan Perniagaan untuk usahawan ini saya ambil dari bahan penulisan Centre for Entrepereneur Development and Research (CEDAR). Ia merupakan tulisan Abdul Aziz Abdul Samad dan Zaini Jasami @ Jasmi.
Bagi kebanyakan usahawan terutamanya yang dah buat setting dalam fikiran bahawa Rancangan Perniagaan itu hanya untuk mereka yang mengaji tinggi, tentu merasa sukar untuk menyediakannya.
Bagi yang tak pernah berniaga juga akan rasa ianya satu bebanan dan susah nak buat rancangan perniagaan ini.
Malah mereka tidak ada keyakinan untuk meyakinkan pihak pembiaya kewangan agar meluluskan Rancangan Perniagaan mereka sebab anggap Rancangan Perniagaan mestilah hebat.
Saya berikan petua Rancangan Perniagaan ini dalam bentuk point supaya anda mudah nak hadam bila perlu buat nanti.
  1. Rancangan perniagaan biasanya mesti dihantar bersama dengan perkara berikut:
    1. Borang permohonan pembiayaan
    2. Sijil pendaftaran perniagaan / syarikat
    3. Sebut harga mesin dan peralatan serta lain-lain bersangkutan
    4. Penyata bank akaun syarikat / perniagaan
    5. Lain-lain lampiran yang berkenaan.
  2. Pihak pembiaya kewangan akan menilai risiko pembiayaan terhadap perniagaan anda. Ia bergantung pada jenis bank:
    1. Bank biasa yang konvensional akan hanya ambil risiko yang rendah. Oleh itu anda perlu buktikan perniagaan anda amat tinggi kemungkinannya untuk berjaya dan telah terbukti dari sejarah butiran akaun syarikat anda yang lalu (sekurang-kurangnya 6 bula terakhir).
    2. Pihak bank pembangunan biasanya sanggup ambil risiko lebih sikit berbanding bank biasa. Bank sebegitu adalah seperti SME Bank, PUNB, MARA dan lain-lain seumpamanya. Mereka terpaksa buat begitu sebab mendapat mandat dari Kerajaan.
  3. Rancangan perniagaan anda mestilah ada dua ciri penting ini:
    1. Punya kemampuan untuk bayar balik pembiayaan yang diberikan.
    2. Ada disiplin dan keinginan untuk bayar balik pinjaman. Oleh itu sejarah aktiviti pinjaman anda mesti baik.
  4. Semua maklumat mestilah mudah difahami dan mencukupi serta logik. Oleh itu dokumen sokongan mestilah ada serta lengkap. Ini untuk memudahkan pembiaya buat keputusan. Untuk itu Rancangan Perniagaan anda mestilah:
    1. Ringkas dan padat. Tak perlu buat ayat berbunga macam nak tulis Novel. Gunakan perkataan mudah dan bukannya bahasa pasar atau ejaan sms atau budaya ‘leteu’ dan sebagainya.
    2. Gunakan ayat pendek dan mudah. Ingat !, tiada penilaian terhadap bahasa tinggi dan berbunga. Sebaiknya satu ayat untuk satu fakta dan beri rujukan pada dokumen sokongan.
    3. Lebih mudah jika anda sertakan fakta dalam bentuk jadual, rajah, graf atau carta. Tak perlu buat penerangan berjela-jela.
    4. Gunakan satu bahasa saja, samada Bahasa Malaysia ata Bahasa Inggeris.
  5. Ingat ! semua perangkaan mesti logik. Contohnya jangan anda belasah unjuran jualan produk anda 10 ribu unit sebulan sedangkan kapasiti (keupayaan) pengeluaran anda hanya seribu unit sahaja sebulan.
  6. Biasanya ada 4 aspek utama yang pihak pembiaya akan buat penilaian, iaitu:
    1. Operasi
      1. Pastikan anda sebut lokasi dan beri maklumat serta lampiran lokasi jika anda belum berniaga, atau nak buka cawangan baru. Dapatkan maklumat kadar sewa, deposit dan sebagainya. Seeloknya jangan sewa terlebih dahulu.
      2. Jika perlu buat ubah suai, pastikan ia perlu untuk operasi perniagaan anda dan harganya berpatutan.
      3. Sebutkan peralatan atau mesin berserta dengan maklumat pembekal dengan sebut harga perbandingan. Pastikan hanya yang perlu sangat-sangat sahaja dan harga mesti patut.
    2. Kewangan
      1. Angka-angka yang anda beri mesti logik. Macam mesin nak kena beli mesti ada bukti sebut harganya.
      2. Angka unjuran juga mesti logik. Dapatkan maklumat dari usahawan lain yang ada pengalaman atau dari pakar atau dari data industri. Anda juga boleh gunakan maklumat dari rekod perniagaan anda yang lalu.
    3. Pengurusan
      1. Letakkan semua kakitangan pengurusan utama yang penting untuk perjalanan perniagaan. Kalau nak buka restoran sebagai contoh, tukang masak adalah kakitangan utama.
      2. Masukkan semua biodata kakitangan utama tersebut.
    4. Pemasaran
      1. Dapatkan maklumat pasaran anda secara betul. Penting untuk buat kajian pasaran untuk dapatkan maklmat berikut:
        1. Lokasi pasaran atau kawasan pasaran anda
        2. Saiz pasaran atau jumlah pelanggan berpotensi
        3. Anggaran pendapat dari pasaran yang ada. Ianya mesti logik. Jangan temberang anda boleh jual produk lebih banyak dari pesaing lain yang sudah lama dan lebih besar dan lama dari anda.
        4. Dapatkan maklumat dari samada Google atau Jabatan Perangkaan.
        5. Pasaran yang anda sasarkan mesti jelas. Berikan senarai jika ada.
Dengan maklumat atau petua Rancangan Perniagaan yang saya berikan di atas, jelas bahawa untuk menyediakannya bukanlah sesuatu yang sukar.
Ingat ! rancangan perniagaan tak semestinya panjang. Sekadar 15 ke 20 mukasurat dah mencukupi.
Jika anda benar-benar menghayati perniagaan yang anda sedang jalankan atau akan jalankan, sudah tentu anda tak akan mengarut dan berlebih-lebihan.
Rujukan:http://hidupringkas.com/keusahawanan/petua-rancangan-perniagaan-untuk-usahawan/

3 sebab orang jadi usahawan

Mungkin ramai menyangka duit merupakan sebab utama yang membuatkan orang berhenti kerja makan gaji dan berniaga.
Tetapi bancian yang dijalankan terhadap 1,700 taukeh mendapati bahawa duit bukanlah faktor utama atau yang paling penting.
Berikut 3 faktor utama orang jadi usahawan:
  1. Kebebasan mengejar peluang baru – Peluang yang terbukan luas apabila terjun jadi usahawan merupakan faktor yang cukup penting untuk seseorang terjun menjadi usahawan.
  • Sudah tentu mereka yang terjun berniaga terlebih dulu nampak peluang di hadapan lalu terus terjun untuk mendapatkannya. Kalau terus terjun dengan harapan akan bertemu peluang alamat nak cari nahas le tu.
  • Biasanya peluang pertama yang dilihat kemudiannya direbut akan disusuli pula dengan peluang-peluang lain yang baru. Ini perkara biasa apabila kita menjadi usahawan yang kerjanya mencari peluang. Apabila kita mencari, maka mudahlah untuk nampak.

  • Bertekad merealisasikan minat sendiri – Mengejar minat atau kecenderungan tersendiri tanpa rasa terkongkong atau terbatas juga merupakan satu lagi faktor orang jadi usahawan.

    • Jika makan gaji, semua objektif telah ditetapkan oleh pihak atasan atau majikan. Kita hanya perlu menurutinya dan kalau nak kreatifpun mungkin sekadar terhad pada strategi atau kaedah untuk mencapai objektif sahaja.
    • Bila kita bebaskan diri daripada ditentukan orang lain, maka kita sendirilah yang menentukan hala tuju terhadap apa yang kita minat, percaya atau yakin.
    • Melakukan sesuatu yang diminati juga membuatkan susah payah tidak terasa. Ini juga amat membantu dalam menghadapi tempoh cabaran saat-saat mula menjadi usahawan sehingga berjaya. 

  • Membebaskan diri dari rasa dikawal orang lain – Faktor ini adalah lanjutan daripada faktor yang telah disebut di atas tadi.

    • Lumrah mereka yang bercita-cita tinggi dan bertenaga tidak gemar dirinya dikawal oleh orang lain. Ini juga merupakan salah satu ciri-ciri ketua yang degil dengan caranya tersendiri dan rasa tercabar apabila disuruh ke sana ke mari.
    • Apabila tiada sesiapa yang mengawal, maka apa yang perlu dilakukan dan pada masa mana ianya perlu dilaksanakan menjadi hak kebebasan diri sendiri. Jika kita melakukannya adalah atas dorongan keputusan sendiri tanpa paksaaan.
    • Masa yang fleksibel merupakan satu nikmat yang cukup berharga bagi mereka yang ada disiplin yang tinggi. Sebaliknya ia adalah satu masalah pada mereka yang tidak ada disiplin kerana tiadanya kawalan membuatkan manusia sering menangguh-nangguh apa saja yang penting yang perlu dilakukan.
    Sudah tentu ketiga-tiga faktor pendorong di atas yang membuatkan seseorang jadi usahawan akan disusuli dengan ganjaran kejayaan atau wang ringgit.
    Jika terkial-kial terlalu lama melayan dorongan yang tersebut tanpa keupayaan menyara kehidupan dan ditambah dengan tekanan daripada tanggungan, siapa saja akan hilang punca.
    Apabila hilang punca, kalau tak kena gaya anda akan mengalah dan mula memikirkan semula untuk makan gaji.
    Cuma mereka yang bersabar dan berfikir dengan tenang untuk menyelesaikan segala masalah yang sedang dihadapi saja akan lepas terselamat dan naik semula.
    Di sinilah perlunya kawan-kawan, saudara mara, mentor, dan lain-lain seumpamanya bagi menyuntik kekuatan dan semangat untuk terus ke hadapan.
    Anda bagaimana? kalau dah berniaga, mana satu yang menjadi dorongan anda ketika membuat keputusan untuk menjadi usahawan.
    Kalau masih makan gaji, agak-agaknya ada tak salah satu daripada tiga faktor tersebut di atas terlintas dalam fikiran?
    Kalau hanya sekadar faktor nak jadi kaya sahaja selama ini yang anda fikirkan, elok fikirkan semula….!
    Cuba fikirkan samada:
    • Tak teringin kah anda mengejar berbagai-bagai peluang yang terbentang luas di hadapan, di muka bumi Allah yang luas ini? atau anda selesa menjadi seperti ayam daging yang terkurung dalam kandang berhawa dingin dan disembelih bila tiba masanya?
    • Tak kan tak ada satu pun minat yang tersemat kuat dalam dada. Cuba fikirkan jika faktor wang bukanlah satu masalah, bagaimanakah anda akan mengisi masa yang ada atau apakah yang akan anda usahakan sementara menunggu masuknya waktu magrib?
    • Suka ke asyik kena ikut perintah boss dari umur 24 tahun sehingga tua lanjut 60 tahun dan kemudiannya pencen? Tak takut kah di hari tua nanti bila dah pencen terus jadi gelabah kerana tak ada orang lagi nak suruh itu dan ini? maklumlah dah terbiasa kena kawal dengan boss!

    Usahawan: Adakah ianya dilahirkan atau dibina?


    usahawan_dibina
    Memperkasakan ekonomi diri sendiri dahulu sebelum anda ingin memperkasakan ekonomi dunia.
    Tahukah anda bahawa secara amnya ekonomi dunia ini telah direka untuk sentiasa meningkat. Ini bermakna kos saraan hidup akan terus naik dari tahun ke tahun tanpa henti.  Adakah anda masih ingat berapa sen yang anda bawa ke sekolah ketika anda kecil? Saya masih ingat lagi pada zaman saya membawa duit poket sebanyak 50 sen ketika saya bersekolah rendah. Anda boleh teka berapa umur saya pada zaman tersebut? Ketika itu saya bersekolah rendah di antara tahun 1980-an. Adakah hari ini  ianya mencukupi sekiranya kita memberikan duit poket hanya sebanyak 50 sen? Pastinya tidak. Kenapa? Kerana ada satu perkara tentang sistem ekonomi dunia yang anda perlu faham iaitu masalah inflasi. Samada anda suka atau tidak, duit sentiasa susut nilai dan harga barang 10 tahun dahulu seperti harga rumah, barang dapur dan banyak lagi pastinya tidak akan sama. Jadi usahlah kita membuang masa menunding jari kepada sesiapa sahaja apabila kenaikkan ini terjadi. Dari anda pening memikirkan masalah ekonomi dunia atau cuba menjadi “Superman” mahu merubah ekonomi dunia, lebih baik anda fikirkan bagaimana hendak mengukuhkan lagi ekonomi diri sendiri dan keluarga.
    Mungkin anda boleh mula dengan mengurangkan perbelanjaan yang tak sepatunya dibelanja. Mula perhatikan aliran wang keluar masuk anda dan isi rumah. Cuba mencari jalan untuk menambahkan lagi simpanan dan yang paling penting, mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan bagi menampung kenaikan saraan hidup yang luar biasa ini. Antara cara meningkatkan pendapatan adalah melalui bekerja makan gaji ataupun berniaga sendiri.
    Ramai yang menganggap dengan mempunyai kelulusan yang tinggi sahaja boleh menjamin mendapat pekerjaan yang bagus serta gaji yang lumayan. Mungkin fahaman ini telah dipupuk dari kecil sehinggakan ia telah menjadi satu bentuk budaya atau tradisi yang patut diikuti oleh kita sehingga ke hari ini. Tak salah mempunyai pendidikan yang bagus serta gred yang cemerlang, yang menjadi persoalannya kenapa anda perlu bekerja untuk orang lain sekiranya anda boleh berniaga sendiri.
    Masalahnya kebanyakan bangsa kita menjadikan perniagaan itu satu pilihan terakhir di dalam memilih kerjaya sedangkan jika anda melihat kaum cina, berniaga merupakan satu keutamaan di dalam masyarakat mereka. Mereka seolah-olah percaya yang bangsa mereka wajib berniaga berbanding dengan bangsa saya yang rata-ratanya ditekankan tentang betapa pentingnya untuk makan gaji terutamanya bekerja dengan kerajaan. Ia seolah-olah pilihan selamat untuk mendapat pencen satu hari nanti.
    Kaum bumiputera, bangkitlah dari keselesaan anda sekarang! Sedarlah yang kehidupan anda hari ini dalam keadaan membimbangkan. Pendapatan melalui makan gaji tidak dapat menampung dari getaran kewangan ekonomi dunia. Tetapi jika anda berniaga dan menjadi usahawan yang bermatlamat, anda pasti mampu tersenyum melihat gelagat ekonomi sedia ada dan juga yang bakal menjelma. Jika anda dapat menguasai ekonomi diri sendiri anda dapat tentukan apa yang anda inginkan dan ini merupakan salah satu kelebihan menjadi seorang usahawan.
    Bakat dan ilmu merupakan antara intipati untuk menjadi seorang usahawan.
    Kebiasaannya ramai yang beranggap untuk menjadi usahawan berjaya memerlukan bakat semulajadi ataupun diwarisi dari keluarga. Realitinya, untuk menjadi usahawan anda tidak memerlukan bakat yang hebat tetapi apa yang anda perlukan adalah ilmu yang mencukupi. Dari ilmu, bakat dan kemahiran akan dibina secara tidak langsung ke dalam diri usahawan tersebut secara berperingkat sehingga ia menjadi darah dagingnya sendiri. Ramai yang telah lahir menjadi usahawan yang berjaya terutamanya beberapa tahun ke belakangan ini di kalangan bumiputera dengan sokongan dari pihak kerajaan serta inisiatif banyak pihak termasuk saya di dalam membantu melatih membangunkan usahawan yang berjaya.
    Jika anda perhatikan mereka yang menjadi usahawan yang berjaya, ramai daripada mereka yang tidak mempunyai latarbelakang keluarga yang berniaga atau mempunyai kelulusan MBA di dalam pengurusan perniagaan, malah ramai yang mempunyai latarbelakang kelulusan bidang pengurusan perniagaan yang takut berniaga atau gagal di dalam perniagaan mereka. Adakah kita perlukan “genetik” usahawan untuk menjadi usahawan? Pada tahun 2010, penulis buku “Born Entrepreneurs, Born Leaders”, Scott Shane, seorang professor bidang kajian keusahawanan di Cleveland Case Western Reserve University menganjurkan bahawa masalah genetik tidak mempengaruhi samada seseorang itu akan memilih untuk bekerja atau berniaga; tetapi beliau tidak menafikan bahawa faktor sekeliling banyak mempengaruhi seseorang membuat keputusan untuk berniaga.
    Usahawan datang dari semua lapisan masyarakat, semua kumpulan umur dan dari segala sudut. Mereka adalah orang-orang biasa seperti anda dan saya. Mereka telah tinggal dan bekerja di negara ini. Mereka telah menghadapi masalah yang sama yang kita hadapi setiap hari. Mereka mempunyai akses kepada sumber-sumber yang sama, seperti yang kita miliki.
    Namun, apa yang membezakan usahawan dan orang biasa ialah ilmu dan pilihan berani bertindak membuat keputusan dalam mencapai sesuatu perkara.
    Bagi mewujudkan lebih ramai usahawan di negara ini, kerajaan telah memperkasakan penyertaan Bumiputera ke dalam sektor perniagaan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah mengumumkan lima teras untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera di dalam ekonomi negara. Antara teras itu ialah penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang tidak lama lagi akan dipengerusi oleh perdana menteri sendiri. Dengan kemudahan ini, ia akan memberi banyak peluang keemasan serta memudahkan  usahawan-usahawan Bumiputera untuk memperluaskan lagi perniagaan mereka.
    Mungkin anda tengah tersenyum ghairah mendengar peluang-peluang yang bakal menjelma. Ini merupakan salah satu cara pemangkin kerajaan memastikan kaum Bumiputera tidak ketinggalan dalam dunia keusahawanan di Malaysia. Dengan ini, usahawan Bumiputera tidak perlu lagi bergantung sepenuhnya kepada perlindungan dari kerajaan. Tetapi percayalah, tanpa bantuan kerajaan sekalipun, kita sebenarnya mampu membina perniagaan kita sendiri berbekalkan formula-formula membina perniagaan yang terbukti berjaya.
    Sebenarnya peluang mendapat pendapatan yang lebih tinggi sememangnya menuntut untuk kita menjadi usahawan. Jika anda masih lagi bersandarkan kehidupan makan gaji, inilah masanya untuk anda mula berjinak-jinak dalam dunia keusahawan. Tetapi ingat, jangan terjah dalam dunia keusahawanan jikalau anda masih belum mempunyai ilmu yang cukup tentangnya. Mulalah mencari ilmu melalui pembacaan buku, hadiri seminar-seminar keusahawan dan pastikan anda mempunyai mentor yang betul untuk menolong anda mencapai arah yang ingin ditujui dengan mudah dan pantas.
    Sumber: Azizan Osman pada 01 Oktober 2013Dr Azizan Osman, Penulis, Usahawan, Pakar Pembangunan Usahawan & Pemasaran

    Nasihat Usahawan

    Kita harus percaya dengan diri kita sendiri apabila tiada seorang pun yang percaya. Itu yang akan membuatkan anda berjaya. Berusahalah dan terus berusaha untuk mencapai apa yang anda inginkan. Setiap kali anda di uji dengan kesusahan anda tidak perlu cepat mengalah dan menyerah kalah kerana kadang-kala kita berada di jalan yang betul dalam langkah-langkah kejayaan. Anda pasti Berjaya sama ada lambat ataupun cepat.

    Anda tentu tahu perbezaan antara aset dan liabiliti, dan belilah aset. Orang biasa akan mendapatkan liabiliti, tetapi mereka sangkakan ianya aset. Aset adalah sesuatu yang memasukan wang ke poket saya. Liabiliti adalah sesuatu yang mengeluarkan wang dari poket saya...pilihlah...itu pilihan anda.

    Bukan mudah memulakan sesuatu perniagaan tetapi lebih susah meneruskanya.

    Lebih banyak anda berharap, lebih besar kebarangkalian anda untuk kecewa. Buat sesuatu jangan mengharapkan sesuatu.

    "Ubahlah diri anda, dari keadaan anda sekarang kepada keadaan yg anda inginkan. Dari seorang yg biasa-biasa sahaja, kepada seorang yg luar biasa. Dari seorang yg takut kepada kejayaan, kepada seorang yg sentiasa mencuba pelbagai kaedah utk berjaya, lebih berjaya dan terus berjaya."

    Motivasi::Tiga cara menjana daya "kreatif" seorang usahawan itu adalah matlamat perniagaan yg jelas, masalah yg mendesak dan persoalan yg fokus. Latih diri anda menjadi lebih kreatif. kreatif dlm berniaga, kreatif dlm membuat keputusan, kreatif dalam pemasaran

    Apa kelulusan akademik anda, berapa tinggi pendidikan anak kita?. Phd?, master, degree atau diploma?. itu semua tak guna kalau semua anak kita tidak pandai memandikan ibu dan ayah nya ketika kita tak da nanti... orang yang bijak adalah melihat dan bersedia mengubah kekurangan dirinya.

    Ramai yg besar, tidak kurang juga yg kecil. Ramai yg sihat, ada yg sakit. Ramai yg kulitnya hitam, ada yg putih. Pasti ramai yg kaya, tak kurang juga yg miskin. Ada yg tua, ada yg masih muda. Ada lelaki, ada perempuan. Tetapi tujuan mereka satu menghambakan diri pada ALLAH yg satu. Kita semuanya sama disisiNYA. Buang lah jauh-jauh sombong kita itu, kita hanya hambaNYA, hingga diri kita ini adalah hakNYA

    Anda akan makin bermotivasi apabila Anda mengejar satu matlamat saja dalam satu masa. Capai dulu matlamat tu dan jangan ubah selagi masih belum berjaya dicapai walau sesusah cemana pun usaha mencapainya. Itu sebabnya matlamat yang kita sasarkan perlu realistic untuk mencapainya mengikut masa yang di tetapkan. selamat mencuba..

    Motivasi::Walau banyak kejayaan yg anda bawa dlm hidup anda. kegagalan juga menjadi ukuran orang. Oleh itu bekerjalah sepuluh kali ganda bagi memastikan anda tidak gagal lagi.

    "Masa ada 3 sahaja. Semalam , Hari ini dan Esok". Semalam telah berlalu, Esok belum pasti . Yang ada hanya hari ini. Gunakan kesempatan ini utk membuat kebaikan sebanyak mungkin yg kita mampu.

    Marketing yang boleh meningkatkan jualan anda.





    Idea yang mungkin boleh meningkatkan jualan kedai @ produk anda :: 
    1. E-mail


    Ianya cara marketing yang paling murah dan paling mudah. Ianya perlu dibuat dengan terancang.

    • Pastikan buat database lengkap dan hantar 50 email kepada bakal pelanggan baru. Alamat email boleh diperolehi dengan mudah dari laman web. Buat kepada targeting pelanggan yang dekat terlebih. 

    • Perlu buat setiap hari, jika sehari 50 email berapa pelanggan baru yang telah kita hantar maklumat jika sebulan, jika setahun?

    • Iklan perlu betul-betul teruja, ada sedikit promosi dan ingatan bagi pembaca. Jangan hanya makluman kosong atau email yang terlalu panjang.

    2. Mulakan marketing take-out and delivery service

    Mungkin sudah masanya untuk anda mempunyai services delivery rumah ke rumah atau pejabat ke pejabat untuk meningkatkan jualan. Saya juga tidak pasti adakah perkara ini sesuai untuk perniagaan anda. Tetapi jika ianya berlaku, anda adalah produk pertama yang mempunyai perkhidatan sebegitu. 



    1 3. Try up-selling

    Selain dari menggunakan marketing buat strategy untuk menjual produk yang paling mahal, paling sedap dan paling banyak kepada pelanggan. Wujudkan pakej – pakej baru kepada mereka yang berkumpulan. Perlu di latih kepada yang mengambil pesanan pelanggan. 



    1. 4. Mengatasi masalah lambat deliver
    Kemungkinan boleh wujudkan jenis menu cepat khas buat mereka yang nak makan cepat, nak kerja. Masakan nya sudah tersedia terlebih dahulu. Saya tidak pasti ianya boleh dilaksanakan atau tidak.


    2. 5. Host event
    Cuba fikirkan jenis event dan crate event supaya ada yang datang seperti yang telah dilakukan sebelum ini contoh hari ibu, hari bapa, hari kekasih, pakej tahun baru cina, pakej istimewa, wujudkan pelawak ke, live band sesekali....dan banyak lagi. Ianya tidak dibuat secara kerap. Infomasi yang kita mempunyai bilik dibelakang juga tidak diberi.


    3. 6. Antara pelanggan yang perlu dijaga adalah pelanggan yang setia
    1/3 teorinya mereka yang akan datang dan datang lagi ke restoran kita adalah pelanggan yang selesa dengan perkhidmatan kita. Wujudkan personal touch dengan pelanggan kita. Minta bantuan mereka untuk bawa bakal pelanggan baru. Sesekali wujudkan give atau hadiah kepada mereka yang setia. Mungkin cadangan card diskaun boleh di cuba semula ...MUNGKIN.

    4. 7. Website, blog dan facebook
    Wujudkan website atau blog yang member impak yang besar. Berikan infomasi pada saya jika anda perlukan pertolongan saya untuk perkara ini. Buat marketing secara berkala terhadap beberapa pagebook , layan kerenah pelanggan. Masukan gambar dan event, mereka akan lebih mempercayai melalui gambar. Facebook buat secara berkala contohnya 2 kali seminggu isi dengan infomasi praduan dan gambar , cuba tambahkan pengguna dalam facebook.


    5. 8. Traditional marketing
    Jika kita buat marketing jenis lain , cara ini perlu terus berjalan. Cari saluran maklumat yang paling sesuai dengan kita. Face to face dengan memberi flayer info di pekan-pekan atau pasaraya. Masuk kan flayer ke dalam surat khabar


    6. 9. Perlu ada target jualan harian dan bulanan
    Target jualan ini perlu disampaikan kepada semua warga dimpian supaya mereka bersama-sama faham.


    7. 10. Menggunakan apa yang kita ada
    Kita ada staf, minta semua bantu kita dengan memberikan maklumat akal pelanggan. Kita ada hotel, cuba fikirkan jualan paksa dengan mereka misalnya member satu pakej termasuk makan malam + penginapan.


    8. 11. SMS
    Saya masih percaya cara ini adalah paling berkesan dan paling cepat. Cuba dapatkan seberapa banyak number telipon pelanggan dengan promosi yang kita jalankan. Untuk mendapat maklumat pelanggan dapatkan dari praduan cabutan betuah. Kumpulkan phone number dari database yang lepas. Seingat saya kita pernah ada masa kita buat kopitiam dulu, cari semula. Jangan pula buat sekali setahun ...buatlah 2 minggu sekali dan ayat promosi perlu power.

    Jual ulam raih RM30,000 sebulan

    KOTA BHARU: Kegigihan mengusahakan pelbagai jenis tanaman ulam-ulaman, nyata berbaloi buat seorang wanita apabila meraih pendapatan lumayan,...