Carian Maklumat Di Sini...

Google

5 Strategi Menawani Pasaran Perniagaan Anda

Apabila memulakan perniagaan, terdapat beberapa sudut anda boleh mendekati perniagaan anda untuk menawan pasaran dan pelanggan anda. Perniagaan datangnya dengan persaingan. Dalam menangani persaingan, berikut adalah strategi menawani pasaran dan pelanggan anda!
1: Tawani melalui kualiti yang tinggi Kita sedia ketahui bahawa kualiti produk dan perkhidmatan akan menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Produk dan perkhidmatan berkualiti rendah sudah tentu akan mendapat masalah apabila pelanggan merasakan mereka tirtipu dengan belian mereka. Bukan setakat itu sahaja, berita perniagaan anda menjual produk berkualiti rendah juga akan mudah tersebar oleh pelanggan-pelanggan yang tidak berpuas hati.
Tawani pelanggan anda dengan produk yang berkualiti. Ia akan memberi keuntungan buat jangka masa yang panjang sekiranya kuliti produk dan perkhidmatan anda senentiasa diperbaiki.
2: Tawani melalui perkhidmatan yang lebih baik Zaman kini, permintaan perkhidmatan menginginikan segala-galanya dilakukan dengan sempurna dan cepat. Percepatkan perkhidmatan perniagaan anda. Sekiranya bakal pelanggan menghubungi anda, layani dengan cepat dan sempurna. Sekiranya pelanggan membawa barangan rosak ke kedai anda, perbaiki dengan cepat dan sempurna. Sekiranya pesaing anda memberi perkhidmatan penghantaran dalam masa 2 hari, anda cuba lakukan penghantaran dalam masa 1 hari.
Permintaan kini menekankan kelajuan dan jangka masa sebagai salah satu factor utama dalam memilih perniagaan. Memang tidak hairan restoran-restoran “fast-food” mendapat permintaan yang tinggi!
3: Tawani melalui harga yang lebih rendah Dalam pasaran yang kompetitif, harga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan perniagaan. Ramai pengguna kini adalah pengguna yang bijak dan akan membandingkan harga sebelum membuat belian.
Tawan pengguna dengan memberi produk dan perkhidmatan anda pada harga yang munasabah dan bersesuaian dengan kualiti produk anda. Terdapat banyak perniagaan menggunakan model harga rendah dalam memenangi hati pelanggan dari gerai mamak sehingga ke Air Asia. 4: Tawani melalui memberi lebih daripada apa yang disangkakan Memberi apa yang disangkakan oleh pelanggan anda akan menunaikan permintaan mereka. Tetapi, memberi lebih daripada apa yang disangka akan menggembirakan mereka!
Beri lebih daripada apa yang disangkakan kepada pelanggan-pelanggan anda, dan pulangannya adalah pasaran yang lebih luas. Ini kerana, pelanggan yang gembira akan berkongsikan pengalaman mereka dengan kenalan-kenalan mereka.
Buah mulut yang baik berkenaan perniagaan anda akan menawan pasaran pelanggan yang setia dan meluas.
5: Tawani melalui menjadi ketua pasaran Menjadi ketua pasaran anda memberi pelbagai kesan baik kepada perniagaan. Pertama sekali, jenama ketua pasaran sering dikenali berbanding dengan persaingan. Menjadi ketua pasaran adalah dengan menjadi perniagaan yang pertama sekali memasuki sesuatu industri.
Sebagai contoh, Colgate merupakan ketua pasaran ubat gigi oleh kerana menjadi jenama yang pertama sekali memasuki pasaran tersebut. Sehingga kini, jenama Colgate mendahului jualan segala ubat gigi.
Sekiranya anda ingin menggunakan strategi ini, ciptakan satu kelaianan dalam perniagaan anda. Kelainan tersebut akan menjadikan anda unik dan berbeza dengan pesaing sedia ada. Ini membuka peluang perniagaan anda kepada pasaran yang baru dan menjadi ketua pasaran tersebut.
Strategi yang sukar, tetapi dengan impelementasi yang betul, akan dapat menawani pasaran yang besar

Perancangan, Plan, Blueprint...... semuanya perlu

Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal” Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading. Anda juga perlu perancangan untuk berjaya atau memulakan perniagaan. Jadi semuanya memerlukan perancangan atau plan.. Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? 3 bulan, 1 tahun dll. Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain? Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditipu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri. Termasuk lah peluang buat duit di Internet yang menipu…

Bagaimana untuk Urus Hutang Pinjaman

Salam, Semua orang sedia maklum bahawa sesuatu hutang pinjaman itu mengambil masa untuk dilunaskan. Di sini saya ingin kongsikan beberapa langkah mudah yang boleh membantu anda. - Buatlah pembayaran semula sekaligus: Jika anda ada sedikit wang tambahan, anda boleh menggunakannya untuk membuat satu pembayaran semula sekaligus bagi pinjaman peribadi anda. - Tambahkan pembayaran semula anda: Satu cara mudah untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat ialah dengan menambahkan jumlah pembayaran semula anda. Anda akan terkejut betapa besarnya perbezaan yang dihasilkan oleh satu penambahan kecil. - Kurangkan hutang: Lunaskan hutang yang mengenakan faedah paling tinggi terlebih dahulu. Oleh kerana kad-kad kredit umumnya mengenakan bayaran kadar faedah lebih tinggi, adalah baik untuk membayar bil-bil itu sepenuhnya setiap bulan. Jika anda mempunyai kesukaran membayar sepenuhnya bil kad kredit anda, bayarlah seberapa yang anda mampu. Anda juga harus menyemak semula tabiat perbelanjaan anda dan membuat perubahan untuk berbelanja mengikut kemampuan anda. Harus diingat lebih cepat anda mengurangkan jumlah yang belum anda lunaskan, lebih rendah pembayaran faedah anda. Bagaimana? Harap anda dapat sedikit manfaat daripada tip yang saya kongsikan di atas. Sebenarnya tips di atas saya perolehi daripada Ebook Kewangan terbaru daripada Khairulnahar a.k.a Thinkerich berjudul 'Tips Bagaimana Hendak Mengurus Wang Dengan Lebih Efektif". Banyak lagi tips kewangan yang mudah, ringkas dan berkesan boleh diperolehi daripada ebook tersebut. Apa yang menarik, anda hanya perlu membayar harga yang kecil untuk mendapatkan tips kewangan yang hebat ini! Boleh dapatkan disini: Tips kewangan Peribadi Pastinya sebuah lagi panduan kewangan terbaik daripada Thinkerich. ikhlas, mohd hisham idris

Penggunaan Azomite utk pertanian, perikanan dan ternakan

Nama : AZOMITE Info Kaya dengan mineral dan hanya didapati di pergunungan Utah, USA. 100% tulen tanpa bahan tambahan. Amat baik untuk tanaman dan ternakan dan digunakan untuk melengkapi mineral keperluan tanaman / ternakan. Meningkatkan daya imun tanaman / ternakan terhadap penyakit. Produk ini luas digunakan oleh negara-negara maju. Terbukti amat berkesan dan banyak testimonial pengguna. http://www.azomite.com Harga RM7.00/kg, RM5000.00/tan
Lain-lain Pembelian minima sehingga 1kg. Harga pembelian lebih 1 tan boleh dirunding. Packing serta branding atas jenama sendiri boleh dirunding. Harga tidak termasuk penghantaran

Pasar raya besar hapus caj tambahan produk IKS

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Empat pasar raya besar bersetuju untuk menghapuskan caj tambahan kepada pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) yang memasarkan produk mereka di premis berkenaan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, pasar raya besar terbabit juga telah bersetuju untuk meningkatkan jumlah produk IKS yang dijual di premis masing-masing kepada 20 peratus menjelang 2012 berbanding sembilan peratus sekarang. ''Empat pasar raya besar tersebut iaitu Tesco, Giant, Carrefour dan Jaya Jusco juga telah bersetuju untuk meningkatkan produk IKS yang dijual di premis masing-masing dan mengurangkan tempoh bayaran kepada pengusaha dari 90 hari kepada 30 hari. ''Mereka juga bersetuju untuk membantu kementerian mencapai sasaran 30 peratus produk IKS dipasarkan di premis masing- masing pada masa akan datang,'' ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Produk 1Malaysia (Promas 2010) yang dijadualkan dari 17 hingga 20 Disember tahun depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini. Turut hadir pada majlis itu Setiausaha Kehormat Persatuan Pemprosesan Makanan dan Pembungkusan Malaysia (Mafpa), Kamalbahrin Khamsan dan Pengarah Urusan Es Event Management Sdn. Bhd., Datuk Chong Chong Ting. Promas 2010 anjuran bersama Mafpa dan Es Event akan menyediakan 600 buah ruang pameran merupakan landasan bagi pemasaran serta jualan produk buatan Malaysia bagi memperkasa penjenamaan serta menjana aliran tunai bagi pengusaha-pengusaha produk IKS . Ismail Sabri memberitahu, kementerian juga akan mengadakan Ekspo Penjodohan IKS dan Pasar Raya Besar pada November ini bagi membolehkan pasar raya besar memilih produk-produk IKS untuk dijual di premis masing-masing. Katanya, pada ekspo tersebut pengurusan pasar raya besar boleh memilih secara terus produk-produk yang dikeluarkan oleh IKS untuk dipasarkan. Sementara itu mengenai keperluan barang-barang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut dua minggu lagi oleh umat Islam, beliau memberitahu, pihaknya telah mendapat jaminan daripada pengeluar dan pengedar bahawa barang-barang itu mencukupi. Katanya, kementerian juga akan memastikan bekalan yang diperlukan oleh umat Islam mencukupi dengan memantau bekalan di pasaran setiap hari. ''Pemantauan kementerian bukan sahaja melibatkan pematuhan harga oleh penjual di bawah Akta Kawalan Harga tetapi juga memastikan bekalan mencukupi di pasaran,'' katanya

Pengenalan kepada Pengurusan Projek

1.1 Pengertian Projek dan Pengurusan Projek Menurut PIM (Project Management Institute) definasi Projek: “Projek adalah satu usaha sementara terdiri dari pada beberapa siri aktiviti dan tugas yang dibuat untuk mencipta satu produk atau servis yang unik” Projek adalah aktiviti yang dirancang. Projek selalunya adalah suatu aktiviti yang dirancang dengan teliti untuk mencapai keputusan yang diidamkan. Projek boleh dibahagikan kepada beberapa tugas yang mesti dicapai(dipenuhi) dalam usaha utuk mencapai cita-cita yang diinginkan. Contoh projek: Ø Pembinaan Bangunan Ø Pengeluaran Produk Ø Pembinaan Pakej Perisian Payroll Projek mempunyai objektif yang spesifik yang perlu diselesaikan di dalam spesifikasi tertentu, menentukan tarikh mula dan tamat, dilakukan oleh manusia atau sumber bukan manusia (duit, bahan dll), dirancang, dilaksanakan dan dikawal, dengan sumber yang terhad (budget, orang, peralatan, masa dll yang terhad). Syarikat yang melaksanakan sesuatu projek biasanya akan membahagikan projek mereka kepada beberapa fasa atau peringkat untuk membolehkan kawalan pengurusan yang lebih baik. Semua fasa projek ini dikenali sebagai Kitar Hayat Projek (project life-cycle). Projek adalah sangat komplek sehinggakan pecahan tugasan memerlukan penyelarasan yang teliti dan kawalan terhadap masa, kos dan pretasi. Seperti benda hidup, projek juga mempunyai kitar hayat. Dari permulaan yang perlahan, ianya akan terus maju sehingga tahap kemuncak dan seterusnya berkurangan dan akhirnya perlu ditamatkan. Tujuan asas projek adalah untuk mencapai tujuan yang spesifik. Pengurusan Projek (Project Management) adalah penggunaan terhadap pengetahuan, skil, perkakasan dan teknik terhadap aktiviti projek untuk menyiapkan sesuatu projek. Ianya adalah proses penggabungan kesemuanya untuk membolehkan projek itu disiapkan sejajar dengan perubahan projek di dalam kitar hayatnya di dalam mencapai matlamat (cita-cita) projek. Kejayaan Pengurusan Projek berlaku apabila mencapai objektif projek dalam masa dan budget yang telah ditetapkan. Pengurusan Projek melibatkan perancangan projek, menganjurkan (organising), pengambilan kakitangan (staffing), arahan (directing), pemantauan, kawalan, memperkenalkan sesuatu yang baru (innovating) dan mewakili. Pengurus Projek bermatlamat untuk mencapai sasaran atau lebih dari sasaran yang diharapkan oleh pemegang saham (stakeholder). Pengurus Projek adalah orang yang bertanggungjawap di dalam pengurusan, menyediakan kakitangan, membuat budget, memberi arahan, perancangan dan melakukan kawalan terhadap sesuatu projek. Pengurus Projek membina satu pelan dimana projek tersebut dikawal dan dijejak(tracked) untuk memastikan projek tersebut mencapai matlamat yang ditetapkan. Untuk ini, Pengurus Projek memerlukan informasi(maklumat) betul dan tepat pada masanya. Maklumat ini perlu dibekalkan dengan perancangan dan sistem kawalan, dimana mengariskan skop kerja dan mengukur prestasi supaya mengikut perancangan yang asal. 1.2 Projek Perisian melawan Projek Jenis Lain (Software Porjects vs Other Types of Projects) Produk berdasarkan Projek Perisian mempunyai beberapa ciri: Ciri-ciri Butir Tidak Nampak (Invisibility) Artifak fizikal seperti jambatan atau jalan sedang dibuat. Kemajuan projek dapat dilihat. Projek-projek perisian, kemajuan(progres) bukanlah dengan serta merta boleh dilihat hasilnya. Adalah sukar untuk pengurus projek menilai(mentaksirkan) kemajuan sesuatu projek perisian semasa pembikinan perisian tersebut. Kerumitan (Complexity) Perbandingan setiap ringgit, produk perisian mempunyai kerumitan yang lebih jika dibandingkan dengan kejuruteraan artifak. Usaha yang dikenakan terhadap modul program yang berbeza adalah berbeza mengikut keperluan, input dan output yang diperlukan oleh setiap modul. Keakuran (conformity) Projek jenis sistem fizikal seperti simen, besi dll mengikut hukum fizikal yang tetap tetapi pembangunan perisian mestilah selaras dengan kehendak pelanggan, organisasi dsbnya yang mempunyai pandangan yang berbeza. Konflik terhadap perbezaan teknik pengkodan (coding), kaedah dan logik membuatkan projek perisian perlu menjelaskan keakuran secara jelas. Kelenturan (flexibilty) Projek perisian mempunyai kekuatan kelenturan untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan yang banyak. Penambahan ke atas perisian tidak memerlukan program yang lama untuk dibuang. Walaupun perubahan dibenarkan dalam projek perisian namun ia akan memanjangkan jangkamasa projek tersebut. 1.3 Project Stakeholders (Pemegang Kepentingan Projek) Sesiapa yang mempunyai taruhan atau kepentingan di dalam projek dikenali sebagai projek stakeholders. Projek StakeHolder mungkin terdiri daripada 3 golongan: Orang Dalaman yang berada di dalam pasukan projek yg dilaksanakan Orang luar dari pasukan projek tetapi berada di dalam Organisasi yang sama Orang luar yang tidak ada kena mengena dengan organisasi yang membuat projek Mereka ini terlibat secara langsung dalam pasukan projek dan berpengaruh di dalam aktiviti projek. Boleh jadi Pengurus Projek atau ahli pasukan Kakitangan atau jabatan yang mana pasukan projek memerlukan bantuan Pelanggan(pengguna) yang memperolehi manfaat dari sistem yang dipasangkan atau kontraktor yang terlibat melakukan kerja-kerja untuk projek tersebut Projek stakeholders adalah organisasi atau orang (dalaman dan luaran) yang mana berminat melibatkan diri secara aktif terhadap projek atau orang yang berkepentingan serta berminat terhadap kesan yang akan terjadi apabila projek itu dilaksanakan. Sesetengah stakeholders hanya berminat di dalam kesan hasil daripada pelaksanaan projek tersebut, sementara yang lain hanya berminat terhadap projek semasa projek tersebut dalam pembinaan. Selain sebagai Pengurus Projek dan ahli pasukan projek, projek stakeholders juga boleh terdiri daripada pelanggan luaran, pelanggan dalaman, pengguna perniagaan, kakitangan dalaman, pemegang saham, kerajaan, pembekal, komuniti tempatan dan agensi-agensi lain. Adalah menjadi tugas Pengurus Projek untuk mengenal pasti semua Projek Stakeholders dan menentukan keperluan dan jangkaan stakeholders terhadap projek tersebut. Keperluan dan jangkaan(harapan) mesti di urus dan seimbang untuk memastikan kejayaan projek. Mereka (stakeholders) digalakkan untuk menyumbangkan kepakaran, idea dan pengetahuan yang berguna untuk membantu kejayaan projek. 1.4 Cadangan Projek (Project Proposal) dan Kontrak Cadangan projek adalah ringkasan kepada keputusan pembangunan yang dibuat berdasarkan informasi yang diterima daripada pelanggan, pengalaman pengurus projek, perbincangan diantara ahli kumpulan projek mengenai kemungkinan alternatif yang boleh dilakukan sekiranya berlaku ancaman kepada projek tersebut. Cadangan projek tersebut perlulah jelas dan kefahaman yang tinggi perlu diberikan kepada pelanggan. Cadangan projek mesti memasukkan cadangan jadual pembangunan peringkat utama (main stages) dan kos keseluruhan. Ini membolehkan pelanggan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan atau berhenti setakat itu sahaja. Cadangan di dalam cadangan projek mestilah menyakinkan dan berkaitan dengan kehendak pengguna. Cadangan mestilah menakjubkan dan inovatif kerana pelanggan mungkin juga telah menerima cadangan dari syarikat lain. Oleh itu cadangan tersebut perlulah mempunyai daya bersaing (bertanding). Cadangan Projek mesti meliputi perkara di bawah: Ø Pengenalan am dan ringkasan eksekutif (executive summary) Ø Kenyataan apa yang pelanggan dan pelanggan mahu dari projek tersebut Ø Menerangkan secara am perkhidmatan yang ditawarkan dan alasan untuk memilih mereka dan kemungkinan kepelbagaian jika ada. Ø Gambar rajah menggariskan struktur dicadangkan Ø Menerangkan keperluan sumber manusia/bukan manusia yang diperlukan Ø Struktur jadual dan pecahan kerja Ø Struktur pembayaran/kos Ø Kekangan/batasan (limitations) terhadap cadangan tersebut. Kontrak adalah persetujuan diantara semua pihak yang terlibat yang mendefinasikan faedah dan tanggungjawap mereka yang berkaitan. Kontrak untuk produk perisian mengharuskan pasukan projek untuk menyediakan jadual untuk projek tersebut dapat dihantar dalam satu jangkamasa yang ditetapkan dan kadar upah yang dikenakan. Kontrak hanya ditanda tangani setelah pelanggan berpuas hati dan bersetuju dengan cadangan yang dihantar. Cadangan boleh diperincikan (mengenai akitiviti/tugas, jadual dan budget) dan seterusnya menjadi dokumen kontrak. Setelah kontrak ditanda tangani oleh semua pihak yang terlibat, kerja sebenar projek boleh dilaksanakan. 1.5 Project Management Information System (PMIS) - Pengurusan Projek berdasarkan Sistem Informasi. PMIS membantu di dalam membuat gambar rajah. Penjadualan dan menjejak semua projek yang ada di dalam sesuatu projek. PMIS juga mengawal kiraan kos, kadar keuntungan, perbedaan, membuat laporan pengurusan dsbnya. Pakej awal PMIS adalah besar dan menggunakan mainframe. Kini perisian seperti Micorsoft Project boleh digunakan pada komputer biasa.

Ciri-Ciri Keusahawanan

Pendahuluan KEUSAHAWANAN sudah lama wujud sebagai satu pilihan kerjaya. Kebanyakan orang bagaimanapun lupa akan hakikat ini kerana mereka sentiasa menganggap bahawa kerjaya hanya melibatkan pekerjaan yang ada majikan yang memberi gaji. Keusahawanan tidak melibatkan majikan yang memberi gaji, tetapi usahawan bekerja sendiri dan menjadi majikan kepada dirinya. Walaupun begitu keusahawanan tetap menjadi satu bidang kerjaya yang diceburi sejak dahulu lagi. Corak pembentukan sejarah negara kita telah menyebabkan berlakunya pengasingan dalam pemilihan kerjaya mengikut golongan etnik. Sehingga lebih kurang 30 tahun yang lalu, keusahawanan bukan merupakan satu pilihan kerjaya bagi kaum Bumiputera yang merupakan majoriti golongan etnik. Jika adapun kaum Bumiputera yang memilih keusahawanan sebagai kerjaya, hanya dalam bentuk kecil-kecilan ataupun kerana terpaksa disebabkan kurang kelayakan untuk mendapat kerja lain. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 1970 telah memberi kesedaran dan peluang kepada golongan Bumiputera khususnya untuk menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya. Berikutan itu, berbagai langkah telah diperkenalkan untuk menggalakkan keusahawanan kepada golongan Bumiputera. Penekanan oleh Kerajaan dalam pembangunan usahawan menjadi lebih ketara dengan tertubuhnya Kementerian Pembangunan Usahawan pada 8 Mei 1995. Wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 juga menjurus kepada dasar-dasar Kerajaan untuk terus menggerakkan negara kearah perindustrian dan perdagangan. Dasar-dasar ini dengan secara langsung telah meningkatkan lagi peluang-peluang keusahawanan dan melahirkan ramai usahawan dari pelbagai kaum. Tiga atau empat dekad yang lalu, kerjaya sebagai usahawan bukan merupakan pilihan bagi kebanyakan orang. Ini kerana peluang-peluang perniagaan tidak begitu menyerlah dan banyak pekerjaan lain yang lebih mudah didapati. Kebanyakan berpendapat bahawa keusahawananadalah sesuatu yang sukar dan ianya merupakan satu kerjaya yang tidak terjamin berbanding jika bekerja makan gaji, lebih-lebih lagi bekerja dengan Kerajaan. Malahan tidak salah jika dikatakan bahawa golongan Bumiputera yang menceburi diri dalam bidang keusahawanan adalah kerana terpaksa disebabkan oleh kegagalan mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang lain. Mereka yang menjadi ‘usahawan terpaksa’ ini selalunya tidak begitu bersedia dari segi kemahiran terutamanya untuk mengharungi cabaran dan dugaan dunia perniagaan. Mereka biasanya belajar melalui kesilapan dan pengalaman. Jika mereka lambat belajar dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan budaya keusahawanan, maka sukar bagi mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya. Bagaimanapun, perubahan dan kemajuan dalam pembangunan ekonomi negara, terutamanya pada dua dekad kebelakangan ini telah melahirkan banyak peluang-peluang perniagaan. Pusat-pusat pengajian tinggi juga mula menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan. Perkembangan sebegini menyebabkan lebih ramai orang, terutamanya kaum Bumiputera yang mula memahami dan meminati bidang perniagaan dan keusahawanan. Dengan itu kita dapati bahawa lebih ramai yang secara sedar dan sukarela memilih keusahawanan sebagai kerjaya mereka. Mereka mula melihat keusahawanan sebagai sumber rezeki yang lebih meyakinkan. Memandangkan ramai yang menjadi usahawan atas pilihan sendiri, kita menjangkakan bahawa mereka tentunya telah bersedia untuk berjaya sebagai usahawan. Namun begitu kita dapati ramai juga yang gagal dalam perniagaan yang diceburi. Melihat kepada kegagalan yang berlaku kepada sebilangan usahawan, kita tertanya apakah keusahawanan merupakan satu kerjaya yang selamat? Untuk membuat kesimpulan kita perlu melihat secara terperinci apakah pula ciri -ciri keusahawanan, faktor persekitaran luaran dan proses kreativiti. Ciri-Ciri Keusahawanan Untuk menjadi usahawan yang cemerlang, seseorang itu perlu melengkapkan diri dengan beberapa ciri tertentu. Ciri utama ialah memastikan mereka mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang diceburi. Ini bermakna usahawan perlu berusaha mendapatkan semua maklumat yang perlu mengenai perniagaan yang menjadi pilihan mereka. Pemilihan bidang perniagaan tidak boleh dilakukan secara ikut-ikutan sahaja, iaitu mengikuti perniagaan orang lain yang berjaya tanpa mengetahui selok-belok bidang tersebut. Kejayaan orang lain dalam sesuatu bidang perniagaan tidak bererti kita juga akan berjaya dalam bidang yang sama. Kita perlu tahu beberapa perkara asas tentang bidang perniagaan yang dipilih seperti berikut: •Maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan. •Maklumat pasaran yang disasarkan. •Maklumat mengenai persaingan. •Maklumat mengenai bekalan dan pengeluaran. •Struktur kos, penetapan harga dan kadar keuntungan. •Kelakuan-kelakuan tertentu dalam industri yang diceburi. Kebanyakkan para pengkaji bersetuju keberkesanan aktiviti usahawan adalah dengan mencari dan mengambil inisiatif. Golongan ini sanggup meletakkan diri mereka sebagai orang yang bertanggungjawab di dalam sesuatu operasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal. Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah dimana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya. Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan. Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan. Fokus usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada kajian, struktur atau strategi. Mereka bermula dengan peluang yang ada dan membiarkan kefahaman mereka menjadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Usahawan mempunyai kebijaksanaan di dalam mencari peluang yang ada. Di dalam mencari peluang perniagaan baru, usahawan melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang lain, tetapi hasilnya atau penilaian terhadap peristiwa tersebut adalah berlainan. Usahawan bukan sahaja berkebolehan mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut. Usahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara membabi buta; segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira. Apabila seorang usahawan melibatkan diri didalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya. Usahawan mempunyai keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan. Kecenderungan ini membuatkan mereka bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar. Dengan mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah banyak usahawan yang pernah gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya. Kreatif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada setiap usahawan untuk memperolehi kelebihan persaingan di dalam pelaburan mereka. Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna. Kreativiti boleh dipelajari. Usahawan suka mengetahui bagaimana prestasi mereka dan sering kali cuba memperbaikinya. Mereka aktif mencari dan menggunakan maklumbalas yang diterima sebagai cara untuk memperbaiki prestasi mereka. Dari maklumbalas, usahawan boleh mempelajari dari kesilapan yang telah mereka lakukan. Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seseorang usahawan. Apabila usahawan memulakan sesuatu, beliau mempunyai semangat untuk menyelesaikannya, mengunggulinya dan mengejar serta mencapai cita-cita yang mencabar. Satu fahaman yang sering disalah ertikan mengenai usahawan adalah “wang menjadi satu keinginan yang kuat”. Kepada usahawan, wang hanya sekadar menunjukkan kejayaan yang mereka kecapi dan wang bukan merupakan pemacu motivasi kepada usahawan. Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Mereka mempunyai visi atau konsep untuk firma mereka. Tidak semua usahawan mempunyai visi diawal perbukaan firma mereka. Di kebanyakkan kes, visi dibangunkan setelah usahawan mula menyedari apa yang telah berlaku kepada firma tersebut. Membina perniagaan dari permulaan bukannya perkara yang mudah. Oleh itu, usahawan berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang dikehendaki untuk menjayakan tugas tersebut. Usahawan berkebolehan untuk mengurus sumber mereka secara berkesan untuk menukarkan visi menjadi realiti. Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka sendiri. Kemajuan dan kemunduran berada di dalam kawalan dan pengaruh mereka sendiri, dan mereka boleh mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari tindakan yang mereka lakukan. Usahawan tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan. Mereka belajar dari kegagalan. Pada waktu yang sukar, mereka masih lagi mencari peluang yang ada. Kebanyakkan usahawan percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding dengan kejayaan. Usahawan adalah lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakkan orang. Usahawan perlu lebih bertenaga untuk membolehkan mereka menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan mereka hadapi. Tenaga tersebut merupakan faktor utama untuk membolehkan mereka memulakan perniagaan. Usahawan yang berjaya selalunya mempunyai standard (kualiti) yang tinggi, bersemangat untuk membantu syarikat berkembang dan membangun. Usahawan adalah seorang yang berdikari. Mereka suka menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka. Ini tidak bermakna usahawan mesti membuat semua keputusan. Mereka mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Mereka amat fleksibel dan berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan. Dengan ekonomi dunia yang sering berubah, sikap tegas(ketegasan) seringkali membawa kepada kegagalan. Untuk membuat keputusan sebelum menceburi diri dalam bidang perniagaan tertentu, bakal usahawan seharusnya membuat kajian dan penilaian tentang perniagaan yang dicadangkan. Rancangan perniagaan yang melibatkan semua maklumat yang telah disebutkan hendaklah disediakan untuk menilai daya maju perniagaan tersebut. Sebahagian daripada penyediaan rancangan perniagaan sebaiknya merangkumi analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities and Threats) yang melihat kepada faktor-faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat dalam perniagaan tersebut. Analisis SWOT akan membantu bakal usahawan menilai kesemua aspek yang akan menghasilkan keputusan yang lebih bijak. Selain dari pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang dipilih, usahawan juga perlu mempunyai beberapa ciri peribadi yang merupakan ciri-ciri utama keusahawanan. Kita tidak nampak bagaimana seseorang usahawan akan berjaya tanpa ciri-ciri seperti berikut: •Komitmen yang tinggi dan sanggup bekerja kuat. •Jujur dan ikhlas. •Berdaya kreatif. •Mahir berkomunikasi. •Berani menanggung risiko. •Bijak membuat penilaian dan keputusan. Ramai yang telah menerokai bidang keusahawanan, ada yang sudah berjaya dan tidak kurang juga yang menemui kegagalan. Jika terdapat dua orang yang menceburi perniagaan yang sama, tidak semestinya mereka mendapat keputusan yang sama. Kajian menunjukkan terdapat beberapa faktor utama yang membawa kejayaan atau kegagalan seseorang dalam bidang keusahawanan. Di antara faktor kejayaan ialah: •Pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi. •Keinginan yang kuat untuk berjaya. •Berdisiplin dalam menguruskan perniagaan. •Memberi tumpuan dalam perniagaan. •Mempunyai pasukan pengurusan yang cekap. •Membentuk jaringan perniagaan yang luas. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang gagal dalam perniagaan, ada kalanya kegagalan itu disebabkan faktor-faktor yang di luar kawalan usahawan seperti krisis matawang pada tahun 1997. Bagaimanapun, antara punca-punca kegagalan di dalam kawalan usahawan yang telah dikenalpasti adalah: •Kurang memahami bidang perniagaan yang diceburi. •Terlalu cepat mempelbagaikan perniagaan. •Terlalu bergantung kepada satu atau dua pelanggan. •Mempunyai pasukan pengurusan yang lemah. •Tidak dapat bersaing kerana kos yang tinggi.

10 Langkah mendapatkan ramai pelanggan

Sentiasa berhubung dan membina jaringan pengetahuan yang berterusan. Ini bergantung kepada jenis perniagaan atau perkhidmatan anda. Bina hubungan ini dengan menyertai pelbagai persatuan perniagaan, komuniti masyarakat atau menyertai acara-acara kebajikan yang akan meningkatkan hubungan perniagaan anda dengan masyarakat. Langkah1: Bina Halaman Web Anda sendiri Pada masa sekarang, mungkin jarang melihat pengguna dibawah umur 27 tahun menggunakan media cetakan untuk merujuk maklumat terkini. Ini kerana, Internet menjadi medan utama masa kini sebagai rujukan yang membawa hampir 90 peratus penduduk Malaysia mengetahui mengenai Internet. Kini, melalui internet anda perlu membina kekuatan dalam perniagaan iaitu mewujudkan Laman Web sendiri. Membina Laman Web sendiri untuk perniagaan anda tidak perlulah terlalu mahal atau payah kerana kini dengan masa yang singkat anda boleh memiliki halaman web sendiri dengan mudah dan murah seperti ditawarkan di Niaganews.com Langkah 2: Menjadikan diri anda sebagai Penjual melalui internet. Semua ketahui eBay atau Mudah.com.my merupakan sistem yang membantu anda untuk membina rangkaian jualan dan mencari pelanggan untuk menjual produk anda. Melalui internet, anda hanya memerlukan sedikit pengetahuan untuk menjadi penjual dengan menjual pelbagai barangan anda sendiri. Contohnya, barangan antic, pakaian lama, kasut lama dan eksosori diri. Semua barangan itu bagaikan ‘emas’ apabila anda mengetahuinya dan dapat menjualnya. Langkah 3: Sentiasa berhubung. Bina kekuatan jaringan perniagaan anda. Sentiasa berhubung dan membina jaringan pengetahuan yang berterusan. Ini bergantung kepada jenis perniagaan atau perkhidmatan anda. Bina hubungan ini dengan menyertai pelbagai persatuan perniagaan, komuniti masyarakat atau menyertai acara-acara kebajikan yang akan meningkatkan hubungan perniagaan anda dengan masyarakat. Di Niaganews.com contohnya, anda boleh membina rangkaian perniagaan melalui makluamt syarikat yang dipaparkan dan dari situ anda boleh mencari rakan niaga yang baru!. Langkah 4: Cuba elakkan terlalu menggunakan Media Massa “Media Massa : Kecuali anda mempunyai kewangan yang kuat!”. Anda boleh elakkan dari menggunakan media massa (elektronik & cetak) untuk membuat pengiklanan seperti di Suratkhabar, Radio, Telivisyen kerana anda perlu membelanjakan kos yang tinggi untuk meraih tumpuan pelanggan. Ingat! Kos yang terlalu besar tidak menjanjikan peningkatkan jualan anda. Untuk mengelak itu, anda boleh mengiklankan di majalah-majalah yang lebih murah. Seperti majalah yang baru wujud, media internet yang menawarkan perkhidmatan pengiklanan. Salain itu, anda boleh menggunakan perkhidmatan penghantaran flyer iklan yang menawarkan perkhidmatan serendan RM500 dan menumpu kepada pelanggan yang berkesan. Yang paling penting, gunakan kekuatan maklumat perniagaan anda dalam membawa mesej kepada pelanggan. Langkah 5: Bina “Kumpulan Pemikir” Anda Kumpulan adalah kekuatan dalam membina keupayaan perniagaan. Dalam melayari perniagaan anda, seboleh-bolehnya bentuklah kumpulan perniagaan anda sendiri. Tidak kisahlah jika berlaianan latarbelakang, yang penting bila anda dalam berkumpulan anda boleh berkongsi pengalaman, pendapat dan pengetahuan. Ini semua akan membantu anda dalam meningkatkan ketajaman pemikiran. Ingat!, bila anda ada kumpulan sendiri, masing-masing akan membantu antara satu sama lain. Binalah ukhuwah ini, mungkin 2 kali dalam seminggu berjumpa sambil makan tengahari, minum petang atau makan malam. Langkah 6: Guna kekuatan Hebahan Berita Perniagaan Antara cara lain yang mudah dan murah untuk membina kekuatan perniagaan anda ialah melalui hebahan berita perniagaan anda. Hebahan berita kepada pelanggan akan meningkatkan keupayaan capaian maklumat perniagaan anda sehingga 200%. Ini kerana ia memberikan ruang kepada pelanggan untuk membaca dan memahami mengenai berita perniagaan anda. Di Niaganews.com kami memahami dan memberikan kemudahan hebahan berita kepada pelanggan secara percuma. Anda hanya perlu menghantar maklumat perniagaan anda, kami akan sebarkan. Langkah 7: Pastikan tanya soalan kepada palanggan “Ada apa lagi saya boleh bantu?” Ingat, melalui sedikit soalan ini anda akan terkejut dengan balasan dari pelanggan anda. Mungkin, dari pesanan yang sedikit anda akan mendapat pesanan yang lebih banyak dari pelanggan anda. Soalan yang mengambil berat perhatian pelanggan merupakan etika yang tinggi dalam perniagaan. Cuba amalkan dan ajar sekali kakitangan anda yang lain. Langkah 8: Guna Ruang Pengiklanan pada kos yang murah dahulu. Ruang pengiklanan adalah sangat berkesan untuk mendapatkan perhatian pelanggan. Cuba dahulu menulis iklan atau memaparkan iklan pada ruangan yang melibatkan kos yang rendah. Barulah pergi ke ruangan yang lebih mahal. Bukan apa, Cuma nak lihat konsep perniagaan anda itu boleh diterima ramai atau tidak. Sebab, banyak perniagaan yang besar kini memulakannya dengan yang kecil dahulu. Langkah 9: Gunakan kekuatan Maklumat yang sedia ada. Menulis artikel atau apa jua bentuk hebahan maklumat adalah salah satu kaedah pengiklanan yang kuat dan ini semua anda boleh lakukan tanpa melibatkan sebarang kos. Jika anda mempunyai pengalaman, pengetahuan yang berguna dan boleh dikongsi bersama anda sudah boleh membina kekuatan maklumat tersebut. Dengan kekuatan tersebut, anda boleh berkongsi di Majalah, Suratkhabar, dan Media Online seperti di Niaganews.com Langkah 10: Layan Pelanggan anda bagai RAJA! Selain membina kekuatan produk dan perkhidmatan untuk memastikan setiap pesanan pelanggan dapat ditunaikan dengan sempurna, anda perlu meningkatkan atau menambah nilai kepada mutu layanan anda kepada pelanggan. Ini termasuklah dalam pelbagai aspek. Melalui khitmat layanan istimewa kepada pelanggan, insyaallah akan hadirlah pesanan yang bertambah. Cuba lakukan yang terbaik untuk perniagaan anda.

Kepantasan dalam Perniagaan

Sun Tzu pernah menyatakan “Kepantasan adalah perkara paling penting dalam peperangan”. Kita perlu menjadi orang yang mementingkan kepantasan sejak mula membuat perancangan sehingga peringkat pelaksanaan. - Khoo Kheng Hor, Sun Tzu’s Art of War in Marketing. Kita perlu ada ciri pantas dalam perniagaan kita. Tetapi perlu diingat bahawa ini bukan bermakna kita perlu gopoh gapah, gelojoh dan kelam kabut hingga mengubah kualiti produk. Dari sudut mana yang perlu kita pantaskan dalam menjalani perniagaan kita… 1.Kepantasan menyelesaikan masalah pelanggan Perniagaan adalah penyelesai masalah. Aduan, cadangan, permintaan dan suara daripada pelanggan perlu didengar. Komen yang baik dan dirasakan perlu mengikut keadaan semasa perlu dibuat dengan cepat tanpa perlu lengah-lengah lagi. Lebih-lebih lagi komen itu boleh memperbaiki mutu keluaran dan akan meningkatkan pendapatan perniagaan. 2.Kepantasan memperbaiki mutu produk / perkhidmatan Perniagaan tidak boleh lari daripada persaingan. Jika kita lewat berubah, kita akan dipotong oleh pesaing kita. Cepat untuk memperbaiki produk yang anda tawarkan. Jika tidak pelanggan akan lari kepada pesaing yang cepat memperbaiki kualiti produk. 3.Kepantasan dalam perancangan dan pelaksanaan Dan perkara utama dalam menguruskan perniagaan tidak lari sama seperti menguruskan bala tentera dalam peperangan. Rancang dan laksana, fikirkan dan lakukan. Segala perancangan atas kertas memang senang ditulis. Tetapi apabila datang kepada pelaksanaan ramai yang cuba lengah-lengah. Cepatkan pelaksanaan dan kita cepat mengetahui kelemahan untuk cepat memperbaiki pula kelemahan itu. Amalkan kemahiran baru ini untuk diaplikasikan dalam perniagaan kecil anda. Cuba jawab telefon kurang 1 saat daripada deringan, laporkan kembali penyelesaian masalah kepada pelanggan dalam tempoh kurang satu hari dan lakukan terus perancangan pada hari esok. Pasti pelanggan akan terkejut dengan pembaharuan anda.

Perancangan, Plan, Blueprint...... semuanya perlu

Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal” Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading. Anda juga perlu perancangan untuk berjaya atau memulakan perniagaan. Jadi semuanya memerlukan perancangan atau plan.. Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? 3 bulan, 1 tahun dll. Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain? Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditipu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri. Termasuk lah peluang buat duit di Internet yang menipu… Berikan pendapat anda?

Informasi Pertanian satu Perniagaan

sila layari blog agro milik saya di http://integratedfarm.blogspot.com

Jual ulam raih RM30,000 sebulan

KOTA BHARU: Kegigihan mengusahakan pelbagai jenis tanaman ulam-ulaman, nyata berbaloi buat seorang wanita apabila meraih pendapatan lumayan,...