KUALA LUMPUR 7 Sept. - Empat pasar raya besar bersetuju untuk menghapuskan caj tambahan kepada pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) yang memasarkan produk mereka di premis berkenaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, pasar raya besar terbabit juga telah bersetuju untuk meningkatkan jumlah produk IKS yang dijual di premis masing-masing kepada 20 peratus menjelang 2012 berbanding sembilan peratus sekarang.
''Empat pasar raya besar tersebut iaitu Tesco, Giant, Carrefour dan Jaya Jusco juga telah bersetuju untuk meningkatkan produk IKS yang dijual di premis masing-masing dan mengurangkan tempoh bayaran kepada pengusaha dari 90 hari kepada 30 hari.
''Mereka juga bersetuju untuk membantu kementerian mencapai sasaran 30 peratus produk IKS dipasarkan di premis masing- masing pada masa akan datang,'' ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Produk 1Malaysia (Promas 2010) yang dijadualkan dari 17 hingga 20 Disember tahun depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu Setiausaha Kehormat Persatuan Pemprosesan Makanan dan Pembungkusan Malaysia (Mafpa), Kamalbahrin Khamsan dan Pengarah Urusan Es Event Management Sdn. Bhd., Datuk Chong Chong Ting.
Promas 2010 anjuran bersama Mafpa dan Es Event akan menyediakan 600 buah ruang pameran merupakan landasan bagi pemasaran serta jualan produk buatan Malaysia bagi memperkasa penjenamaan serta menjana aliran tunai bagi pengusaha-pengusaha produk IKS .
Ismail Sabri memberitahu, kementerian juga akan mengadakan Ekspo Penjodohan IKS dan Pasar Raya Besar pada November ini bagi membolehkan pasar raya besar memilih produk-produk IKS untuk dijual di premis masing-masing.
Katanya, pada ekspo tersebut pengurusan pasar raya besar boleh memilih secara terus produk-produk yang dikeluarkan oleh IKS untuk dipasarkan.
Sementara itu mengenai keperluan barang-barang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut dua minggu lagi oleh umat Islam, beliau memberitahu, pihaknya telah mendapat jaminan daripada pengeluar dan pengedar bahawa barang-barang itu mencukupi.
Katanya, kementerian juga akan memastikan bekalan yang diperlukan oleh umat Islam mencukupi dengan memantau bekalan di pasaran setiap hari.
''Pemantauan kementerian bukan sahaja melibatkan pematuhan harga oleh penjual di bawah Akta Kawalan Harga tetapi juga memastikan bekalan mencukupi di pasaran,'' katanya
Informasi Keusahawanan dan Agro Bisnes serta tips-tips berkaitan dan pengalaman penulis. Sebarang pertanyaan dan komen boleh hubungi atau wasap 0192272127 (MHI). Jom kita semarakkan aktiviti perniagaan tani.
Carian Maklumat Di Sini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jual ulam raih RM30,000 sebulan
KOTA BHARU: Kegigihan mengusahakan pelbagai jenis tanaman ulam-ulaman, nyata berbaloi buat seorang wanita apabila meraih pendapatan lumayan,...
-
'Teknologi' baharu dalam bidang Fertigasi ialah Fertigasi Gantung. Amat sesuai di bina jika tanah tapak projek sering dilanda banj...
-
ZEOLITE Zeolite adalah salah satu mineral yang terdapat di tanah gunung berapi. Ia merupakan bahan tak organik yang berbentuk kristal dan me...
No comments:
Post a Comment