Carian Maklumat Di Sini...

Google

Solat Sunat Dhuha



Sebenarnya bukan sukar untuk menjemput rezeki. Satu amalan yang telah ditunjukkan kepada kita untuk menjemput rezeki adalah dengan menunaikan Solat Sunat Dhuha.

Bukannya sukar untuk melakukannya. Yang diperlukan hanya istiqamah. Gerakkan tubuh badan kita dan katakan pada diri kita, "Aku mahu melakukan Solat Sunat Dhuha & mengamalkannya selalu". InsyaAllah magnet sukses akan menjemput kita.

Antara intipati doa Dhuha, amat menarik sekali;

"Jika rezeki dilangit turunkanlah, jika rezeki dibumi minta dikeluarkan, jika rezeki jauh, dekatkanlah. Jika haram, sucikanlah..."

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam (boleh dibaca surah lain)
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha (boleh dibaca surah lain)
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa (seperti gambar)


Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi). Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Jadikanlah amalan sehari-harian.

Ada kebaikannya..Sebarkan...

Kita Pernah Kreatif Dahulu..


Kita sebenarnya sangat kreatif masa zaman kanak-kanak. Namun kita semakin lupa bagaimana untuk kita terus menjadi lebih kreatif.

Dahulu kita hasilkan senapang dan pistol menggunakan papan. Ada juga menggunakan kayu-kayu. Diikatkan getah di bahagian hadapan dan ditarik sehingga ke bahagian belakang. Pelurunya adalah menggunakan terung kecil. Habis terung baru mahu membesar. :)

Origami dulu kita selalu hasilkan. Kapal terbang, jet, kereta lumba, kapal layar dan pelbagai lagi. Memang seronok bila bertanding dengan kawan-kawan.

Bahkan permainan yang memerlukan kita fokus, atur strategi, kerjasama, kekuatan dan banyak lagi menjadi permainan rutin. Sebagai contoh, konda kondi, guli, baling selipar, galah panjang, bola beracun, teng-teng, main perang, pondok-pondok, sembunyi-sembunyi, ceper, congkak, baling tin, batu seremban, susun lego, dam ular dan banyak lagi. Jika disenaraikan memang banyak.

Semuanya permainan yang menyeronokkan dan mempunyai nilai yang tersendiri. Masihkah permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak hari ini? Zaman hari ini amat berbeza sekali. Dahulu penuh aktiviti fizikal dan luar, hari ini?

Mungkinkah banyak permainan dahulu hanya tinggal sejarah?

Kita tanya diri kita... 
Copy paste : http://helmisuhaimi.blogspot.com/

Tips Motivasi Kejayaan | Formula Kejayaan, Tujuan Hidup



Mahukah kita berjaya serta mencapai tujuan hidup dan impian? Saya yakin setiap daripada kita mahu berjaya dan mencapai impian masing-masing.
Tetapi tahukah yang mana tidak semua orang berjaya serta mencapai matlamat dan impian mereka. Diketahui oleh semua yang mana tiada siapa mahu gagal. Malah ada dikalangan kita yang rasa putus asa dan menyerah kalah kerana dikatakan gagal. Tiada apa yang dapat dilakukan cukup sekadar sedikit sahaja usaha yang dilakukan.

Mengapa ini berlaku?
Pakar penyelidik dan pengkaji bijak pandai telah mempelajari perkara ini selama puluhan tahun dan mereka akhirnya mencapai kesimpulan yang amat mengejutkan. 

Hari ini saya akan kongsikan formula untuk berjaya dan menunjukkan bagaimana kita boleh mula mengamalkannya sehingga berjaya dan mencapai tujuan serta impian hidup. Ia meliputi empat (4) formula yang asas.

Langkah pertama - Have FUN!(Berseronoklah)


Serlahkan 'nyala rasa'; minat yang mendalam kita . Bagaimana untuk menemui nyala rasa kita? Secara mudah  untuk menemui nyala rasa mulakan dengan hanya rasa seronok. 

Ianya bermaksud lakukan hal-hal yang kita sukai dan lakukan sesuatu hanya untuk berseronok dan membuatkan kita gembira.

Dengan itu kita akan membebaskan fikiran ketakutan, serta tidak lagi berfokus pada masalah harian. Kita juga akan membebaskan fikiran bawah sedar sekaligus membantu kita mencapai tujuan kita sendiri.

Apabila kita melakukan sesuatu dengan seronok, secara automatik kita akan kita akan sentiasa fokus pada apa yang kita suka lakukan. Dengan inilah Sir Ken Robinson menyatakan 'Do what you love, Love what you do'.
Ketika saya ingin rasa seronok saya bermain sepak bola, berehat di taman, berehat di tepi pantai, menyanyi, bermain dengan kucing, memandu kereta, membaca atau menulis. Saya sendiri sudah menetapkan menjadikan menulis sebagai sebahagian besar hidup saya - selain daripada bercakap di hadapan ramai orang (terutama impian untuk berucap di hadapan ribuan penonton). Semua keseronokan itu mendorong saya untuk lebih mencapai kejayaan sebenar.
Secara sedar ataupun tidak apabila kita melakukan sesuatu hanya untuk berseronok hal-hal yang baik dengan sendiri akan datang kepada diri kita.

Jadi, marilah kita sama-sama cari dan lakukan sesuatu yang memberikan keseronokan kepada diri kita. Carilah nyala rasa dan lakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Melakukan sesuatu yang kita benar-benar suka dan minat hanya akan membuatkan kita lebih dekat dengan kejayaan kita. Percayalah!


Langkah 2 - Percaya pada diri sendiri 
Sudah pasti ada orang yang akan memberitahu kita bahawa kita tidak dapat melakukan sesuatu. Ambil sahaja apa yang mereka katakan dan dan cukuplah sekadar dengan membuktikan kita boleh melakukan apa yang kita mahu lakukan. Sesekali usah kita menyerah kalah dan berasa rendah diri.

Percaya yang mana kita boleh melakukan apa sahaja dan kita akan mencapainya alaupun impian setinggi langit.
Jangan sesekali biarkan rasa ragu dan pemikiran yang negatif menahan kita - mereka tidak tahu kita dan mereka tidak tahu apa yang kita mampu. Mereka bukanlah diri kita- hanya ada satu orang seperti kita dan kita mampu melakukan apa pun yang kita inginkan.
Ciptakan sebuah sistem kepercayaan yang membolehkan kita untuk mencapai matlamat dan impian kita. Anda boleh mempunyai banyak impian, tetapi jika kita sendiri tidak percaya kita boleh - kita tidak akan dapat apa yang kita impikan.

Bagaimana  untuk mempunyai sistem kepercayaan positif?
  1. Katakan pada diri kita boleh mencapai apa yang anda inginkan.
  2. Sentiasa positif pada diri sendiri.
  3. Rancang setiap hari apa yang akan kita lakukan.
  4. Setiap hari mendorong diri sendiri dengan mengakui kemajuan yang telah kita lakukan.Berikan penghargaan kepada diri.
Bila kita telah mempunyai sistem keyakinan positif kita akan sentiasa tahu kita boleh lakukan apa yang kita impikan.

Minda bawah sedar kita akan mengambil mesej ini dan mula membantu kita menjalani hidup sesuai dengan apa yang anda percaya. Jadi, apabila kita percaya sesuatu - minda bawah sedar akan beroperasi dan mencipta situasi untuk membantu kita terus percaya bahawa kita boleh melakukan sesuat; begitu juga sebaliknya.


Langkah 3 - Lakukan yang terbaik yang kita mampu

Sentiasa cuba untuk melakukan sesuatu yang terbaik berulang-ulang kali- memberikan yang terbaik, menjadi yang terbaik, lakukan apa yang terbaik - sepanjang masa setiap hari. InsyaAllah magnet kejayaan akan menarik diri kita ke arah kejayaan dan impian yang kita inginkan.
Ini adalah bermaksud untuk menjadi orang terbaik yang kita boleh. Jadilah suami, isteri, ibu, ayah, anak, yang terbaik.  Jadilah sahabat yang terbaik. Jadilah jiran yang terbaik. Jadilah pekerja atau bos yang terbaik.

Apabila kita melakukan yang terbaik, kita akan terus berusaha menjadi yang terbaik dan fikiran bawah sedarakan berfokus pada menjadi yang terbaik, dan secara natural akan menarik yang terbaik kepada diri kita - hal-hal yang baru mulai membaik.

Jangan bimbang tentang akibat, seperti gagal, terus melakukan yang terbaik dan kita akan mendapatkan yang terbaik daripada semua orang di sekitar  dan kita sendiri akan menarik hal-hal yang terbaik untuk diri kita sendiri.

Langkah 4 - Berfikiran Terbuka

Banyak kali kita ingin semua tercapai dengan cara yang kita mahukan - tetapi
mungkin bukan pilihan terbaik bagi kita.

Kita mungkin pernah mendengar nama Susan Boyle .Beliau merupakan salah seorang peserta ujibakat Britain Got Talent 2009 yang berumur 47 tahun yang telah mengejutkan semua orang dengan suaranya yang merdu. Pada mulanya semua penonton malah juri memperlekehkannya kerana impiannya untuk menjadi penyanyi profesional seperti Eleine Page. Boyle bahkan tidak bersedia untuk persembahan.

Hari ini beliau telah menempah nama dalam persada seni suara dengan menjual jutaan albumnya. Satu-satunya alasan beliau berjaya pada hari ini adalah kerana beliau terus berfikiran terbuka, tidak hirau kata orang lain, percaya pada impiannya, percaya pada dirinya dan melakukan yang terbaik. 
Ini adalah forumla untuk berjaya dan bekerja.

Jika kita melakukannya - hidup akan menjadi jauh lebih baik, kita akan lebih berjaya, bahagia.

Lihat kesempitan sebagai sebuah kesempatan - untuk mungkin mendapatkan sesuatu lebih baik, sesuatu yang lebih tepat atau untuk bergerak ke arah yang baru. 

Teruskan berfikiran terbuka.

--------------------------------------------

Semua langkah-langkah di atas perlu dipraktikkan dalam kehidupan sehari-harian kita untuk membuktikan kejayaan dan memberikan impak yang lebih hebat dan jelas terutamanya untuk impian kita. Setiap individu yang berjaya semuanya membuktikan dengan langkah-langkah tersebut terutamanya menggunakan bakat dan kelebihan semulajadi sendiri dapat memberikan manfaat yang besar.

Menjahit di rumah jana pendapatan lumayan


Tiga Tokoh Wanita 2007 manfaat kemahiran dimiliki raih pendapatan cecah empat angka sebulan

BERGELAR suri rumah bukanlah penghalang untuk meraih pendapatan lumayan. Jika bijak menggunakan kemahiran khususnya menjahit, tidak mustahil golongan ini boleh menikmati pendapatan setaraf mereka yang bekerja sepenuh masa di pejabat.
*BANGGA: Tengku Puan Pahang bersama penerima Anugerah Tokoh Wanita 2007, dari kiri, Ruzila, Rubiah, Horiyatossaadiah dan Goet Lee.
Ibarat sambil menyelam minum air, kerja di rumah lebih menguntungkan kerana dapat menumpukan perhatian kepada keluarga disamping menambah pendapatan isi rumah. Hakikat ini terbukti apabila tiga wanita, Horiyatossaadiah Elias, 50, Rubiah Abd Rahman, 56, dan Ruzila Kasim, 32, dinobatkan sebagai Tokoh Wanita 2007, baru-baru ini oleh Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK) dan Mostwell Sdn Bhd.

Anugerah disampaikan oleh Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Bermula sebagai hobi semata-mata, Horiyatossaadiah tidak pernah terfikir kemahiran menjahit yang dimilikinya itu mampu mengubah kehidupannya. Ibu kepada dua anak itu yang pernah bekerja sebagai operator pengeluaran, kini meraih pendapatan RM3,000 sebulan hasil mengambil upah menjahit pakaian wanita dan lelaki serta barangan keperluan rumah seperti langsir dan cadar.

“Semasa bekerja di kilang dulu memang tidak pernah terfikir untuk ketengahkan bakat menjahit. Malah saya tidak pernah belajar menjahit secara rasmi dari mana-mana institusi. Minat memang ada tetapi hanya mula menjahit apabila berumah tangga kerana sedikit sebanyak terpaksa menjahit baju untuk suami dan anak-anak. Saya hanya mula mengambil upah menjahit sedikit demi sedikit daripada kawan-kawan mahupun jiran apabila berhenti kerja dan bergelar suri rumah sepenuh masa,” katanya ketika ditemui selepas majlis penganugerahan itu.
Bermodalkan RM2,000, Horiyatossaadiah memulakan perniagaan menjahit di rumah dengan satu mesin menjahit yang dibelinya. Mesin menjahit manual itu digunakan sepenuhnya untuk menjahit pakaian terutama baju kurung dan baju Melayu yang ditempah pelanggan.

Sebagai ibu, Horiyatossaadiah memastikan segala urusan rumah tangga termasuk anak-anak diutamakan sebelum memulakan kerja menjahit.

“Biasanya saya bangun awal pagi untuk menyiapkan kerja rumah seperti memasak, membasuh pakaian dan mengemas rumah. Apabila segala-galanya diselesaikan, barulah saya mula menjahit. Hari biasa lazimnya tidak banyak tempahan tetapi saya masih mampu mendapat upah menjahit dengan pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan. Jumlah ini lebih tinggi pada Hari Raya yang biasanya membuatkan saya lebih sibuk daripada biasa,” katanya.

Meningkatkan kemahirannya, Horiyatossaadiah tidak jemu menimba ilmu bidang jahitan seperti teknik jahitan sulaman dan sulam tampal. Kaedah ini juga digunakan bagi menghasilkan barangan lain seperti langsir, cadar dan pelbagai keperluan rumah lain yang turut mendapat permintaan daripada pelanggannya.

“Hari ini terdapat pelbagai teknologi dalam mesin menjahit. Walaupun kemahiran menjahit bergantung sepenuhnya kepada individu tetapi kehadiran mesin menjahit yang canggih tidak dinafikan membantu memudahkan kerja menjahit. Misalnya mesin sulaman, ia mempercepatkan kerja menyulam dengan sistem pengkomputeran yang hebat. Justeru, amat penting bagi usahawan suri rumah meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengendalikan mesin moden ini bagi menghasilkan jahitan lebih bermutu tinggi,” katanya.

Bergelar pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) dalam bidang jahitan, Rubiah tidak pernah terfikir mampu memiliki pendapatan lumayan mencecah empat angka seperti hari ini. Ibu kepada tiga anak yang berasal dari Batu Pahat, Johor ini, mula bekerja dari rumah apabila terpaksa berhenti kerja dari kedai menjahit setelah mendirikan rumah tangga sejak dua dekad lalu. Selain menjahit baju untuk lelaki dan wanita, Rubiah turut mengembangkan kemahirannya dengan menjahit sulam tampal dan jahitan sulaman bersilang.

“Bekerja makan gaji memang tidak semewah bekerja sendiri. Saya tidak pernah terfikir kemahiran ini mampu memberikan pendapatan lumayan tetapi itulah hakikat yang saya alami hari ini. Saya mengambil upah menjahit di rumah selepas berhenti kerja kerana mengikut suami berpindah ke Pulau Pinang. Pada awalnya, pendapatan memang tidak tentu tetapi selepas dikenali pelanggan, saya mampu memperoleh RM 4,000 sebulan khususnya di hari perayaan seperti Hari Raya.

“Saya lebih senang bekerja di rumah sambil menjaga keperluan anak-anak dan suami. Lebih membakar semangat, suami turut memberikan sokongan dengan membantu menggosok kain sebelum dijahit. Sebagai tanda terima kasih, saya bagi upah 50 sen bagi setiap kain yang digosok kepadanya,” katanya.

Sementara itu, Ruzila yang masih bujang turut menggunakan kemahiran menjahit bagi mencari pendapatan tambahan. Ruzila yang bekerja sebagai Penolong Pengurus Kewangan syarikat pemaju di Petaling Jaya, belajar menjahit secara sambilan ketika masih bergelar siswazah.

“Secara kebetulan, ketika melayari internet, saya terlihat peluang belajar menjahit di Epal menggunakan program kit permulaan dengan menggunakan mesin jahitnya. Saya beli mesin jahit Harmony bernilai RM 1,799 dan mendapat sijil menjahit kreatif. Setiap kali kursus, mereka ajar dua barang untuk dijahit. Kemahiran yang ada itu saya gunakan untuk menambah pendapatan dengan menjual hasil jahitan seperti beg, cadar, sarung kusyen dan sebagainya kepada rakan di kampus. Walaupun tidak seberapa, ia sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban membiayai pengajian saya,” katanya.

Walaupun kini berjawatan tetap, Ruzila masih meneruskan perniagaan kecil-kecilan. Memperluaskan pemasarannya, Ruzila mempromosikan produk yang dihasilkannya itu melalui internet. Ruzila percaya cara berkenaan mampu membawa hasil jahitannya ke peringkat global. Hasilnya, Ruzila kini mempunyai rakan niaga di Indonesia dengan menjual hasil jahitannya. Mereka juga berkongsi pengetahuan mengenai kaedah jahitan sulaman tampal dan sulam riben.

“Pengetahuan yang saya dapat ini juga berjaya mengembangkan perniagaan saya. Selain mengambil upah menjahit, saya kini lebih memberikan tumpuan untuk menganjurkan kelas menjahit kepada orang ramai di hujung minggu. Lazimnya saya tidak mengambil ramai peserta iaitu sekurang-kurangnya 10 orang bagi memastikan mereka dapat belajar dengan lebih selesa. Setiap kelas berharga RM 110 seorang dan mereka boleh belajar sehingga pandai tanpa had masa. Walaupun mungkin mengambil masa panjang, saya tidak berasa rugi berkongsi ilmu pengetahuan,” katanya.

Anugerah Tokoh Wanita 2007 adalah antara program PSJK dan Mostwell yang menganjurkan Program perniagaan Berasaskan Di Rumah (HBB) untuk menjana pendapatan suri rumah. Ia bermatlamat menjana pendapatan suri rumah di samping mengangkat martabat seni jahitan sebagai kemahiran penting di mata umum selain membantu ibu bapa menangani masalah berkaitan penjagaan anak di rumah.

Bagi mencapai matlamat itu, turut dilancarkan pada majlis berkenaan adalah MAP Fabric Art Gallery di Puchong yang berfungsi sebagai pusat pengumpulan produk hasil jahitan peserta program berkenaan.

Pengarah Urusan Mostwell, Fully Chye Goet Lee pada majlis berkenaan, berkata bagi mencapai matlamat itu, MAP Fabric Art Gallery adalah satu platform kepada ahli HBB memasarkan produk mereka dengan lebih berkesan.

“MAP memberi peluang ahli HBB mempamerkan produk yang dihasilkan mereka dan mempromosikan hasil jahitan masing-masing. Penubuhan MAP dapat membantu masyarakat memahami apakah itu seni fabrik dan dapat melihat hasil yang mampu dibuat olehnya.

Di galeri ini, pengunjung dapat melihat dan membeli pelbagai barangan berasaskan seni jahitan seperti sulam tampal yang diadaptasikan dalam bentuk beg tangan, kasut, cadar, penghias dinding dan sebagainya. Bukan setakat itu saja, kaedah pemasaran juga diperluaskan melalui laman web iaitu www.patchesoflove.com,” katanya..

sumber :Bharian.com.my

Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran

Artikel ini di kopipaste:-



Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran
Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Internet Daripada Al-Quran

Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, “Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]
Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”
Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.
Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu” [2]
Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[3]
Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.
Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”
Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.
Wallahu’alam.

[1] Jami-ul-Saghir (Terjemahan H. Nadjih Ahjad),Imam Suyuthi, PT Bina Ilmu, Jakarta, 2003; Riwayat Ahmad, hadith #166.
[2] Muntakhab Ahadits (terjemahan Muhammad Qasim at Timori), Maulana Muhammad Yussuf Al-Khandalawi, Pustaka Ramadhan, Bandung, Indonesia, 2004; Riwayat Tirmizi, ms327
[3] Jami-ul-Saghir, op. cit.; Riwayat Baihaqi, hadith #8942, menurut Imam Suyuthi berstatus daif.
[4] Muntakhab Ahadits, op. cit.; ms 244
[5] Ibid.

copypaste dari:http://webblog.myjodoh.net/2007/06/20/tip-tip-bagaimana-menjadi-jutawan-daripada-al-quran/

Ayat Bismillah 6



Ayat bismillah enam(6) ini sangat banyak faedahnya, jika diamalkan selalu akan berkhasiat untuk menjadi selusuh kepada perempuan yang akan bersalin, menjadi penawar racun dan bisa-bisa badan, menjadi jampi untuk menghalau jin dan syaitan, terpelihara daripada segala merbahaya, seteru dan musuh, boleh dibaca ketika berperang agar mendapat kemenangan dan mengabulkan segala hajat serta Insya-Allah akan nampak benda-benda yang pelin dan ajaib.

Sangat baik sekali sekiranya dapat diamalkan ayat bismillah enam pada tiap-tiap selepas solat fardhu kerana banyak sekali fadilat dan khasiatnya.

* Makbul segala hajat dan cita-cita.
* Luas rezkinya.
* Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
* Menang dalam peperangan.
* Penerang hati.
* Diajuhkan dari segala penyakit.
* Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
* Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
* Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
* Aman daripada binatang2 buas.
* Air laut menjadi tawar.
* Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
* Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
* Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
* Terselamat dari karam dilaut.
* Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
* Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
* Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
* Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
* Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
* Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
* Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMALLAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.
Sumber:http://jutawansenyapsenyap.blogspot.com/2007/11/ayat-bismillah-6.html

Artikel Pilihan: Usahawan yang tidak jujur!

Oleh: Irfan Khairi

Beberapa hari lepas, saya mencari keropok lekor untuk anak. Mereka suka yang rangup (crispy). Terjumpa satu gerai brother ni menjual keropok lekor. So, saya tanya brother tu:

"Rangup tak keropok ni?"

Jawabnya: "Memang rangup... baru saja goreng!"

So, saya pun beli. Dalam kereta, bila cuba keropok lekor tu, punya lah liat... sejuk pula tu (kalau baru goreng, mesti panas sikit kan?). Jadi itulah kisahnya peniaga yang tidak jujur. 


Walaupun RM2.00 sahaja keropok lekor tu, tetapi, akibat tidak jujur, peniaga tersebut hilang seorang pelanggan seumur hidup.

Dalam perniagaan, anda perlu melihat keuntungan di jangka waktu panjang, dan bukannya jangka waktu pendek. Sekiranya melihat keuntungan waktu pendek, disitulah terjadinya kes-kes sebegini dimana peniaga tidak jujur untuk mengaut keuntungan yang cepat dan tidak memikirkan keuntungan jangka panjang.

Bayangkan hilang seorang pelanggan mungkin membeli keropok lekor RM2.00 seminggu. Sebulan sudah RM8.00. Setahun sudah RM96.00 hasil jualan tidak dapat. Sekiranya 30 pelanggan terkena nasib yang sama, sudah kerugian RM2,880!

Mungkin anda juga pernah terkena sebegini dan serik dengan peniaga yang tidak jujur. 

Rasulullah mula berniaga pada unur 12 tahun. Sifat Rasulullah saw seorang yang amat jujur dalam perniagaan sehingga digelar Al-Ameen.Jujur dalam perniagaan itu adalah kunci kejayaan perniagaan yang di ajar oleh Rasul kita.
Sumber: Irfan Khairi

Berniaga dari Rumah


Ramai yang bercita-cita untuk menjadi orang yang berjaya. Wang ringgit selalunya menjadi ukuran sejauh mana seseorang itu berjaya dalam hidup atau kerjayanya. Ramai yang mendambakan kereta mewah, rumah tersergam indah, pembantu rumah tidak kurang dari 2 orang untuk memasak, mengemas rumah, peluang bercuti ke luar negara setiap tahun dan sebagainya.


Secara konvensional dan apa yang selalu orang percaya, cara untuk berjaya adalah dengan belajar bersungguh-sungguh sewaktu dibangku sekolah dan menimba ilmu hingga ke menara gading. Jika seseorang dapat merangkul segulung ijazah maka cerahlah masa depan. Secara normalnya, keadaan inilah yang kita lihat terjadi. Jika seseorang tidak mahu mengikuti jalan tersebut iaitu untuk mendapat kelayakan akademik, maka sangat sukar untuk berjaya di dalam kerjaya sekali gus sukar untuk hidup mewah.

Namun begitu tidak semua orang bernasib baik daripada awal kehidupan dan mendapat peluang untuk mengikuti kelas secara rasmi dan formal di sekolah. Masih ada sesetengah golongan yang tidak berpeluang untuk ke sekolah, apatah lagi melanjutkan pelajaran ke menara gading. Golongan ini tidak dapat mengecapi kemewahan hanya kerana mereka tidak mempunyai peluang!

Walau bagaimanapun, bak kata pepatah melayu di mana ada kemahuan, disitu ada jalan. Sekali hati nekad untuk berjaya, walau apa rintangan yang datang pasti semangat itu tidak luntur. Inilah yang dialami oleh Puan Suria yang selalu percaya bahawa dia akan berjaya dengan hanya berniaga dari rumah. Puan Suria baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke 40 tahun. Ramai yang hadir antaranya saudara mara serta rakan taulan. Pada majlis sambutan hari lahirnya juga, Puan Suria menghidangkan kek kukus hasil kerja tangannya sendiri. Puan Suria sangat gembira bukan kerana majlis itu adalah untuk meraikan hari lahirnya, tetapi beliau gembira kerana hasil titik peluh membuat kek kukus saban hari, saban malam hingga terpaksa bersekang mata telah membuktikan bahawa usaha itu tangga kejayaan.

Puan Suria tidak belajar daripada buku teks untuk merasai betapa usaha lah yang sebenarnya akan meletakkan seseorang itu di tangga kejayaan. Puan Suria merasai dan melaluinya secara praktikal. Puan Suria tidak hanya membaca ungkapan “Usaha itu tangga kejayaan” di dada buku tetapi perkataan itu sentiasa tersemat di hati dan mindanya terutamanya di saat beliau merasa putus asa apabila kek yang dikukusnya tidak menjadi. Ini berlaku pada awal penglibatannya dalam perniagaan kek kukus dari rumah.

Oleh kerana Puan Suria tidak mampu untuk menyertai mana-mana kelas membuat kek, beliau hanya mencuba memulakan perniagaan kek kukus secara perlahan-lahan. Suami, anak-anak dan ahli keluarga yang lain akan dipaksa oleh Puan Suria untuk merasa kek kukus beliau setiap kali mereka berkunjung ke rumahnya. Setiap orang yang mencuba kek kukus Puan Suria pasti akan ketawa apabila mengimbau kembali detik mereka diarahkan oleh Puan Suria untuk mencatat segala komen dan cadangan yang terlintas dikotak fikiran mereka selepas mencuba kek yang dikukus Puan Suria. Sudah 10 tahun usia perniagaan yang dijalankan Puan Suria dari rumahnya sahaja. Sudah banyak perubahan yang berlaku dalam hidup Puan Suria sekeluarga sejak beliau menjalankan perniagaan ini.

Pada awalnya, Puan Suria mencuba membakar dan mengukus pelbagai resepi kek buah dan juga kek jenis yang lain. Setiap kali proses membakar atau mengukus kek, Puan Suria akan membuat perubahan keatas resepi kek berdasarkan komen atau cadangan yang diberikan oleh sanak saudara, sahabat dan ahli keluarga. Kebetulan pula kebanyakan mereka yang memberi cadangan menyatakan kek buah kukus hasil resepi yang direka sendiri oleh Puan Suria enak sekali. Ia juga tahan lama kerana cara pembuatan kek kukus ini adalah melalui proses yang sistematik dan kebersihan amatlah dititik beratkan.

Kelainan pada resepi dan cara pembuatan adalah rahsia tersohornya kek kukus Puan Suria. Buah-buahan kering untuk membuat kek dibeli berasingan daripada kedai bahan-bahan kek yang terkenal di Lembah Kelang ini. Buah-buahan kering tersebut akan direndam dan diperap dengan campuran sos yang unik. Sos diperbuat daripada campuran gula perang, serbuk kulit kayu manis, serbuk herba campuran serta kulit oren yang diparut halus. Bahan-bahan ini direndam selama satu malam. Sudah tentu kita pun boleh bayangkan rasa sos yang meresap ke dalam buah-buahan kering tadi.

Puan Suria amat menitik beratkan tempat penyediaan yang bersih. Semasa penyediaan, beliau akan memastikan pakaian yang dipakai olehnya adalah lengkap dan mematuhi cara pengendalian membuat produk makanan. Puan Suria hanya mendapat pendedahan tentang maklumat pengendalian makanan yang betul sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ini juga adalah bermula dari inisiatif beliau sendiri untuk menghadiri kursus-kursus yang penting untuk membuktikan kepada pelanggan bahawa beliau juga tidak lokek untuk membuat pelaburan demi untuk menghasilkan produk makanan yang enak, bermutu serta bersih dari segi bahan-bahan yang digunakan. Bahan pengawet dan perasa tiruan tidak pernah dicampurkan sebagai bahan untuk membuat kek.

Sehingga waktu ini, beliau masih lagi belum selesa untuk mengembangkan perniagaannya ke peringkat kilang kerana pada pendapat beliau tujuan asal menghasilkan kek kukus dari rumah ialah kerana produk makanan ini jarang diceburi peniaga lain. Proses mengukus yang lama untuk memastikan kek masak dengan betul serta dapat mengekalkan rasa yang enak. Puan Suria masih mengenakan harga yang berpatutan walaupun harga bahan-bahan yang diguna sudah melambung naik. Bagi Puan Suria, jika beliau ikhlas untuk menolong pelanggannya menikmati kek kegemaran mereka, rezeki akan datang dengan mudah.

Sekitar lima tahun kebelakangan ini, Puan Suria sudah menambah alatan untuk mengukus kek kepada lebih 20 biji periuk pengukus. Suaminya yang juga mahir dalam kerja-kerja binaan telah menyediakan bahagian dapur yang sesuai untuk mengukus kek sehingga 20 biji dalam satu masa.

Pesanan untuk kek buah kukus Puan Suria akan datang pada bila-bila masa sahaja. Jika pada waktu awal penglibatan beliau di dalam perniagaan ini, pesanan hanya datang dari jiran tetangga, sahabat handai dan sanak saudara sahaja. Tetapi sejak lima tahun yang lepas, pesanan datang daripada segenap pelusuk negara. Ada yang memesan melalui telefon, rakan dan jiran dan ada juga yang memesan melalui laman blog Puan Suria.

Kisah menarik tentang laman blog Puan Suria sebenarnya dizahirkan secara kebetulan sahaja. Salah seorang pelanggan setia kek kukus Puan Suria yang bernama Cik Marini merupakan seorang yang mahir dalam penulisan laman blog. Oleh kerana sudah sekian lama Cik Marini menggemari kek kukus Puan Suria, satu hari dia bertekad untuk melawat Puan Suria di rumahnya dan melihat sendiri bagaimana proses membuat kek kukus. Bermula dari waktu itu, Cik Marini pada mulanya mempromosi kek kukus Puan Suria di laman blognya sahaja. Tetapi lama kelamaan, mereka berdua bersahabat dan Cik Marini telah memberi tunjuk ajar supaya Puan Suria juga boleh membangunkan laman blognya sendiri dan sekali gus dapat mempromosi kek kukusnya.

Puan Suria akui bahawa pada awalnya beliau amat kekok untuk membangun apatah lagi untuk meguruskan laman blognya itu. Akan tetapi dengan disiplin dan etika kerja yang teratur, Puan Suria menyediakan jadual harian dan mingguan untuk menguruskan pesanan melalui blog. Beliau juga akan memastikan maklumat dan gambar-gambar dikemaskini mengikut jadual.

Apabila seseorang menjalankan perniagaan dari rumah, penghantaran produk mestilah dibuat dengan cara yang teratur. Lebih-lebih lagi jika produk yang anda jual melibatkan produk makanan. Puan Suria memilih pelbagai cara penghantaran mengikut kesusaian lokasi pelanggan. Penghantaran kepada pelanggan akan dikenakan bayaran yang berpatutan mengikut kos yang dikenakan oleh ajen penghantaran seperti pejabat pos dan sebagainya. Ada juga pelanggan yang datang untuk mengambil kek mereka sendiri.

Kek kukus Puan Suria boleh tahan lama. Oleh itu, beliau juga pernah membuat penghantaran kek ke luar negara seperti ke Singapura, Indonesia, India dan beberapa tempat di negara Eropah. Kebanyakan pelanggan yang berada di luar negara adalah terdiri daripada orang Malaysia yang bekerja atau belajar di negara-negara tersebut. Mereka mengetahui akan kek kukus Puan Suria melalui laman blog. Setakat ini semua pelanggan dari luar memberi komen yang positif terhadap rasa dan cara pembungkusan kek kukusnya. Walaupun masa penghantaran yang agak lama dan jarak yang jauh, kek kukus Puan Maria masih tidak terusik seperti hanya datang dari rumah berdekatan!

Bohonglah jika seseorang yang menjalankan perniagaan tidak pernah melalui kesukaran dan cabaran. Puan Suria juga pernah mengalami pelbagai kerenah pelanggan dan kesulitan untuk berjaya sehingga ke tahap ini. Suatu kejadian yang tidak dapat dilupakan oleh Puan Suria berlaku pada dua tahun yang lepas apabila beliau menerima pesanan yang agak banyak daripada seorang pelanggan melalui laman blognya. Akan tetapi, selepas pesanan dibuat dan kek sudah siap, pelanggan menghilangkan diri tanpa berita. Bayaran tidak dibuat. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Puan Suria mengambil langkah untuk membuka gerai sementara di kawasan pasar tani berdekatan bandar untuk menjual kek-kek yang tidak dituntut pelanggan. Pada waktu itu, nasib menyebelahi Puan Suria kerana bukan sahaja kek kukus beliau habis terjual tetapi kejadian itu telah melonjakkan lagi promosi terhadap kek kukusnya. Bertitik tolak dari saat itu, Puan Suria terus yakin bahawa apa jua kesulitan yang dialami untuk memajukan perniagaannya, pasti ada hikmah dan penyelesaian yang akan muncul. Yang penting tidak putus asa dan tidak boleh ada perasaan malu!

Walau bagaimanapun, setiap kesusahan dan cabaran yang dialami mestilah dijadikan pengajaran supaya kesilapan yang sama tidak berulang. Puan Suria mengambil langkah untuk mengenakan bayaran sebanyak 50% daripada jumlah keseluruhan tempahan kepada pelanggan yang tidak dikenalinya.

Pada kesimpulannya, seseorang pastinya boleh berjaya dalam apa jua bidang perniagaan yang diceburi jika mempunyai wawasan dan objektif yang nyata. Disiplin serta sikap sabar yang tinggi haruslah disemat dalam diri. Inilah yang diamalkan Puan Suria yang kini sudah boleh berpuas hati dengan pendapatan perniagaan kek kukus dari rumah mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.

Sumber:usahawan.com

Perniagaan Internet membantu perniagaan tradisional anda


Ramai yang tanya pada saya, bagaimana Internet boleh membantu perniagaan bukan Internet mereka. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mempunyai spa, kedai dobi, kedai buku, kedai jual nasi ayam atau apa sahaja kedai yang mempunyai kehadiran fizikal (bricks & mortar), adakah Internet dapat membantu menambahkan keuntungan perniagaan tersebut?

Jawapan saya, sudah tentunya YA!

Pengiklanan dan juga kehadiran sesuatu perniagaan fizikal di Internet dapat membantu menjana keuntungan tambahan serta dapat menarik prospek yang sebelum ini tidak mengetahui tentang sesuatu perniagaan itu.

Berikut adalah beberapa contoh penggunaan media Internet dalam membantu usahawan-usahawan yang memiliki kedai fizikal:

Laman web

Bayangkan sekiranya anda seorang agen insurans, atau agen jualan langsung, atau agen haratanah, dalam masa sehari berapa ramai prospek anda boleh jumpa?

Mungkin secara kasar, 3 atau 4 prospek sehari. Jumpa dua prospek sebelah pagi, dan lagi dua sebelah petang pula.

Langkah utama dalam mempunyai kehadiran di Internet adalah dengan memiliki laman web sendiri. Pengguna Internet Malaysia kini menjangkau 14 juta pengguna. Dengan penggunaaan Internet yang amat tinggi ini, tidak mustahil untuk mendapat 100-200 pelawat melawat laman web anda setiap hari (atau lebih!).

Dan, lagi menyenangkan anda, anda tidak perlu keluar dari rumah!
Dengan menyediakan laman web, anda boleh meletakkan segala maklumat atau presentation perniagaan anda. Pelawat akan melawat laman anda dan mempelajari segalanya berkaitan dengan perniagaan anda. Memiliki laman web asas akan memudahkan prospek anda oleh kerana, mereka juga tidak perlu pergi ke kedai anda untuk pelajari apa yang anda sediakan.

BLOG

Blog, atau Web Log (http://www.blogger.com/), kini menjadi trend semasa dimana sesiapa sahaja boleh mempunyai kehadiran online secara mudah. Blog boleh menjadi tempat sesiapa sahaja menulis pendapat mereka mengenai apa sahaja isu yang diinginkan. Daripada hobi, ke politik hingga ke agama.

Penggunaan blog boleh juga membantu sesuatu perniagaan dalam merapatkan lagi pengguna tersebut dengan pemilik perniagaan. Anda boleh melihat contoh blog saya di http://www.irfankhairi.com/ di mana saya memberi tip-tip perniagaan, kewangan dan motivasi. Di samping itu, blog digunakan untuk memperkenalkan produk-produk dan perkhidmatan Irfan Khairi Sdn Bhd kepada pelawat blog.
..
Seperti contoh sebelum ini, ianya tidak mustahil mendapat 100-200 pelawat blog anda setiap hari. Blog http://www.irfankhairi.com/ pula menerima lebih daripada 1,000 pelawat sehari. Tidak berdaya saya sendiri pergi berjumpa 1,000 prospek dalam masa sehari, tetapi, kehadiran blog saya itu membolehkan 1,000 prospek mengetahui tentang Irfan Khairi Sdn Bhd sehari.
..
Fikirkan bagaimana blog boleh membantu perniagaan anda. Bergantung kepada perniagaan anda, anda boleh membina blog yang memberi tip-tip menarik berkaitan dengan perniagaan anda untuk manfaat orang ramai.

YOUTUBE

Sebelum ini, untuk membuat iklan berbentuk audio dan visual, pilihan usahawan adalah TV. Tetapi, kita sedia tahu bahawa pengiklanan TV adalah amat mahal terutama untuk usahawan-usahawan kecil dan sederhana.

Selamat datang kepada YouTube.com di mana, kini, sesiapa sahaja boleh membuat iklan berbentuk audio visual untuk tatapan pengguna-pengguna Internet. Sehingga slogan YouTube sendiri berbunyi "Broadcast Yourself!"

Anda hanya perlu digicam yang boleh merakam video (pastinya zaman ini, semua digicam boleh!), dan anda boleh merakam contoh produk anda atau kedai anda untuk paparan di YouTube. Anda merupakan agen hartanah? Gunakan YouTube untuk paparkan ruang makan, bilik, bilik mandi dan dapur rumah yang anda ingin jual. Anda merupakan seorang motivator? Gunakan YouTube untuk memberi contoh-contoh ceramah anda.

Gunakan kreativiti anda!

FACEBOOK

Facebook.com adalah rangkaian kenalan social di Internet. Ia sering digunakan untuk menghubung teman-teman dan kenalan yang turut memiliki laman web facebook.

Bukan setakat itu sahaja, oleh kerana perniagaan adalah hubungan antara pengguna dan perniagaan, friendster juga boleh digunakan dalam mencapai prospek-prospek untuk perniagaan anda.

Apabila anda memulakan perniagaan, sudah pasti, anda perlu mengumumkan kepada semua kenalan anda mengenai perniagaan anda. Melalui facebook, anda dapat memaparkan perniagaan anda kepada kenalan-kenalan anda, dan juga, kenalan kepada kenalan anda!
..
Di atas hanya beberapa perkhidmatan popular yang boleh digunakan dalam mempromosi perniagaan fizikal anda di Internet. Walaupun perniagaan fizikal anda bersifat tempatan, dengan mempunyai kehadiran di Internet, perniagaan anda bukan sahaja boleh mencapai pelanggan seluruh Malaysia, bahkan, boleh mencapai pelanggan sedunia.
..
Sebagai contoh, lawati http://www.halalgelatine.com/. Pemiliknya memiliki sebuah kedai kecil di bahagian basement KB Mall, Kelantan. Dengan hanya mempunyai laman web, kini, kedai tersebut mendapat pesanan dari seluruh dunia!
..
Sekarang anda dapat lihat kekuatan Internet?

Sumber:irfankhairi.com

Tiada Modal untuk Berniaga

Oleh: Irfan Khairi

Sesetengah perniagaan boleh dimulakan kecil. Pendekatan memulakan perniagaan kecil dahulu adalah satu pendekatan yang baik. Dengan memulakan perniagaan kecil, ia dapat mengajar kita selok belok perniagaan dan simpang siur mengendalikan pelanggan dengan lebih baik sebelum perniagaan kita menjadi besar. Terlalu banyak kisah-kisah kejayaan usahawan yang bermula kecil dan perlahan-lahan mengembangkan perniagaan mereka menjadi empayar yang besar.

Dengan cara ini, modal permulaan dapat diminimakan di samping risiko juga turut berkurang sekiranya bermula kecil. Pada langkah awal, tidak semestinya membuka butik lima bintang di kompleks membeli belah hebat di bandaraya. Memadai membuka gerai kecil di pasaraya menjual pakaian. Atau, sekiranya hendak kecil lagi pun boleh. Kedai online melalui blog juga tidak memerlukan modal untuk tapak dan sewa dan menjimatkan beribu atau berpuluh ribu RM di situ.

Namun tidak semua perniagaan boleh dimulakan dengan modal yang rendah atau secara online sahaja. Sekiranya mempunyai pilihan, sememangya mulakan yang kecil dahulu. Tetapi sekiranya tiada pilihan dan memerlukan modal yang lebih besar, apa pula caranya?

Cara pertama adalah meminjam dari kenalan atau ahli keluarga. Walaupun cara ini saya tidak syorkan sangat oleh kerana sering terdengar kisah kerana wang, keluarga pula berpecah belah, namun ia tetap merupakan satu pilihan. Terdapat juga kisah kejayaan perniagaan yang datangnya dari sokongan kewangan sekeluarga. Apa yang penting adalah, walaupun bersama keluarga, lakukan perjanjian hitam putih dengan jelas. Berapa yang dipijam, berapa kah bayaran balik, bagaimana keuntungan diagihkan dan sebagainya. 

Perjanjian hitam putih sebegini adalah langkah awal untuk menjadikan anda sebagai entity yang lebih professional dalam mengendalikan perniagaan. Jangan pula satu hari nanti akibat tiada perjanjian hitam putih, ada pula ahli keluarga merungut mengatakan untung perniagaan anda banyak, tetapi mereka tidak dapat satu sen pun walaupun dah bantu pinjamkan wang!

Jangan lupa juga perjanjian apa akan terjadi sekiranya wang yang anda pinjam tidak dapat dikembalikan. Ingat bahawa tidak semua perniagaan akan berjaya. Lebih banyak kisah kegagalan perniagaan daripada kisah kejayaan. Oleh itu, pihak kenalan dan keluarga yang memberi pinjaman perlu juga tahu apakah risiko sekiranya perniagaan anda tidak menjadi.

Cara kedua yang lebih baik adalah meminjam dari institusi kewangan. Institusi kewangan sememangnya memberi perkhidmatan pinjaman perniagaan. Namun perlu ingat, pihak institusi kewangan mahukan keuntungan dan tidak mahu kerugian. Ini bererti, apabila anda ingin meminta pinjaman perniagaan, pastikan pelan perniagaan anda adalah serba lengkap. Mereka akan mengambil pertimbangan dari segi risiko sama ada anda mampu membayar balik atau tidak.

Di sini juga, pentingnya pilihan utama tadi, iaitu, sekiranya anda sedia ada mempunyai perniagaan kecil-kecilan dan perniagaan kecilan anda dapat membuktikan bahawa anda adalah usahawan yang hebat dengan keuntungan perniagaan kecil yang semakin meningkat, ini merupakan tanda positif untuk pihak institusi kewangan memberi pinjaman kepada anda. Berbanding dengan anda sekiranya tiada pengalaman perniagaan, pelan perniagaan tidak lengkap dan bercita-cita membuat pinjaman beratus ribu!

Cara ketiga adalah bantuan kerajaan. Terdapat badan-badan kerajaan yang memberi bantuan kepada usahawan-usahawan dalam memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan. Bukan sekadar pinjaman sahaja, malah, pelbagai bengkel dan latihan keusahawanan diberikan untuk melengkapkan ilmu keusahawanan kepada mereka yang ingin meminjam. Tugas anda adalah untuk melayari laman-laman web bantuan kerajaan tersebut dan mendapatkan maklumat yang secukupnya. Terdapat juga badan kerajaan dan kementerian yang memberi bantuan dari segi geran perniagaan dalam membantu usahawan tempatan.

Sama seperti pilihan pilihan di atas, siap sediakan diri anda untuk mendapatkan sebarang bantuan keawangan sama ada dari badan kerajaan ataupun tidak. Lengkapkan diri anda dengan segala ilmu perniagaan yang anda mampu. Sediakan pelan perniagaan yang lengkap dan mantap. Sediakan diri anda untuk temubual apabila diperlukan dalam meluluskan sebarang pinjaman atau geran perniagaan. Sekiranya gagal dalam aplikasi pinjaman atau geran, jangan putus asa dan perbaiki diri sendiri terlebih dahulu. Pastinya terdapat kekurangan pada diri sendiri atau pelan perniagaan yang disediakan.

Tiada pihak yang mahu rugi. Begitu juga dengan pihak di mana anda ingin usahakan wang modal perniagaan anda. Oleh itu, pastikan anda lengkapkan diri anda terlebih dahulu sebelum meminta sebarang pinjaman. 

Sumber rujukan: Irfankhairi.com

PUNB tawar pinjaman bagi usahawan online

PERBADANAN Usahawan Nasional Bhd (PUNB) memperuntukkan pinjaman sehingga RM50,000 kepada usahawan yang ingin menjalankan perniagaan atas talian (online).

Pengerusi PUNB Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, pinjaman itu dilancarkan sejak Oktober lalu, tetapi kurang mendapat sambutan walaupun diwar-warkan menerusi laman sesawang PUNB.

“Sehingga kini, boleh dikatakan kurang daripada 100 pemohon membuat pinjaman itu. Sama ada mereka tidak peka dengan kemudahan diberikan atau tidak mengetahui mengenainya.

“Bagaimanapun hanya perniagaan sah dan berdaftar sahaja layak memohon,” katanya selepas majlis perasmian Seminar Kecemerlangan Keusahawanan di Petaling Jaya, semalam.

Turut hadir pada majlis itu adalah Timbalan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz.

Sementara itu, Pengerusi Biro Wanita dan Keluarga Pemadam Datuk Jamelah Abu Bakar, seminar ini menjadi platform pendedahan kepada bakal usahawan sebelum memulakan perniagaan dalam pelbagai sektor selain melahirkan usahawan wanita berdaya saing.

“Ini adalah penganjuran kali pertama dan merancang untuk diadakan setiap tahun bermula tahun depan dan Perlis menjadi lokasi pertama,” katanya.

Selain Jamelah, usahawan yang turut berkongsi pengalaman dalam seminar itu adalah Pengarah Urusan RZAC Kosmetik, Datuk Kamaliah Abdul Halim, usahawan farmaseutikal Datuk Dr Shimi Sumathi dan Pengarah Urusan D’Tandoor Abdul Malik Abdullah.

Antara topik yang dibentangkan adalah menerokai peluang perniagaan dalam sektor kesihatan, arena francais, sektor pemborongan dan peluang pinjaman serta dana perniagaan.

Seminar Kecemerlangan Keusahawanan anjuran Pemadam itu, dihadiri seramai 263 peserta terdiri daripada usahawan berjaya dan bakal usahawan.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/bisnes/punb-tawar-pinjaman-bagi-usahawan-online-1.226118

Jenama ice blended pertama diiktiraf halal



PEPATAH menyebut, kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Itulah situasi terpaksa dihadapi pengeluar minuman jenama Cool Blog ekoran beberapa pengeluar minuman ice blended lain menggunakan bahan mengandungi asid maleik.

"Kami merasai tempias itu, dan kesannya lebih kurang 40 peratus jualan merudum. Namun, ingin saya jelaskan pembekal Cool Blog tidak tersenarai dalam pembekal terlarang itu.

"Kami melakukan ujian makmal setiap tiga bulan ke atas bahan Cool Blog. Setakat ini semua minuman kami selamat dan bebas kandungan asid maleik,” jelas Pengurus Operasi
Perniagaan CoolBlog Dessert Sdn Bhd, Muhammad Daniel Koh Abdullah berkaitan isu penggunaan bubble tea dari Taiwan dalam minuman ice blended.

Isu itu menjadi perbualan hangat apabila Kementerian Kesihatan mengarahkan pengedar Tapioca Starch Pearls yang diimport dari syarikat Wang Tai di Taiwan menarik balik produk makanan tersebut daripada pasaran Malaysia kerana mengandungi asid maleik yang boleh merosakkan buah pinggang.

Dilancarkan pada 2005 di Singapura, Cool Blog dibangunkan sebagai kedai minuman, pencuci mulut dan minuman berperisa teh serta muncul penyedia ice blended pertama mendapat persijilan halal di Malaysia

"Kami fokus dalam perniagaan kerana 80 peratus pelanggan kalangan Muslim, dan ia mencerminkan kesungguhan kami untuk menerajui industri minuman dan pencuci mulut di Malaysia," katanya.

Hebatkan promosi

Jenama Cool Blog mempunyai lebih 250 cawangan seluruh negara dan akan menggenapkan kepada 300 cawangan sehingga akhir tahun ini."Kami dalam pengembangan yang baik dengan sasaran 400 cawangan dibuka menjelang 2014 menggunakan modal permulaan RM120,000 meliputi sewaan kios, pengurusan, pekerja terlatih, peralatan, ramuan, lesen dan latihan," katanya.

Dianggarkan lapan hingga 10 cawangan dibuka setiap bulan manakala dua juta cawan minuman dijual sebulan, menguasai 10 peratus daripada populasi Malaysia yang menikmati minuman itu."Kami menambah cawa- ngan secara ketara kerana ingin mewujudkan jurang antara pesaing, justeru, diperuntukkan sejumlah dana untuk memperhebatkan bahagian promosi dan pengiklanan, "jelasnya.

Dalam soal pemilihan tapak, Cool Blog tidak mengehadkan kepada pusat membeli-belah sahaja dan pemegang lesen yang merancang membuka di kawasan tumpuan ramai seperti berdekatan bank, pasar raya dan kolej dipertimbangkan."Kami meneliti lokasi yang dipilih sekurang-kurangnya seminggu sekali agar tempat itu sesuai dan tepat dalam menjamin kestabilan jualan," tegasnya.

Diberi kepercayaan

Jenama ini juga mengadakan usaha sama dengan pihak Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) untuk membuka 25 kios bawa pulang dalam tempoh dua tahun dari sekarang.

"Kami, jenama pertama diberi kepercayaan memulakan operasi seperti itu sekali gus dapat meningkatkan imej agar lebih terkenal seluruh Malaysia, "ujarnya.Selain itu, syarikat juga mendapat penghargaan dari taman tema, Legoland di Nusajaya, Johor untuk membuka dua kios dalam taman tema tersebut.Kehadiran Cool Blog di pasaran terus diberi perhatian apabila turut mendapat tempat di JB CIQ, pintu masuk laluan ke kota Singa. 

Meneruskan strategi pengembangan, Cool Blog juga menerima pertanyaan untuk mengkomersialkan jenama ini ke Thailand, Filipina, dan negara Timur Tengah beberapa tahun lalu. "Kami baru sahaja menandatangani perjanjian persefahaman dengan wakil perniagaan di Indonesia untuk membawa masuk jenama ini ke Sumatera yang dimuktamadkan akhir tahun ini."Populasi Muslim ramai, antara faktor jenama ini mudah dibawa masuk ke sana.

"Selain itu, tawaran minuman Cool Blog pelbagai perisa menjadikan jenama ini terus dipercayai," katanya.

Jual ulam raih RM30,000 sebulan

KOTA BHARU: Kegigihan mengusahakan pelbagai jenis tanaman ulam-ulaman, nyata berbaloi buat seorang wanita apabila meraih pendapatan lumayan,...