Carian Maklumat Di Sini...

Google

6 Sebab Mengapa Anda Masih Belum Berjaya

Semua orang inginkan kejayaan.
Tetapi tidak semua yang sanggup berubah untuk mencapai kejayaan. Zon selesa diri sendiri sering menarikkan kita kembali ke keadaan semasa. Sukar sungguh untuk mencapai kejayaan.
6sebabgagal
Mengapa ini berlaku?

1. Kita tidak berjaya kerana…

Kita tidak mempunyai matlamat. Tidak kira matlamat jangka panjang atau matlamat jangka pendek. Matlamat akan memberi daya fokus dan usaha untuk mencapai impian kejayaan.

2. Kita tidak berjaya kerana…

Kita tidak mahu berusaha lebih daripada orang lain. Apabila melihat orang lain usaha biasa-biasa sahaja, kita fikirkan ia sudah cukup. Padahal, untuk berjaya, usaha perlu berganda. Berganda lebih daripada orang lain yang hanya mencapai ‘biasa-biasa’ sahaja dalam hidup.

3. Kita tidak berjaya kerana…

Kita ingat kita sudah ketahui segalanya. Kita sombong dalam mencari ilmu dan bertanya. Sememangnya tanpa ilmu,pastinya tidak akan capai apa sahaja dengan sempurna. Tanpa ilmu, tidak kira apa sahaja bidang yang kita ceburi, pastinya akan berjumpa kegagalan.

4. Kita tidak berjaya kerana…

Kita selalu memberi alasan untuk melakukan sesuatu. Alasan yang paling bahaya adalah alasan yang menghentikan kita dalam mengambil langkah mencapai kejayaan. Mungkin bagi diri kita ia adalah alasan yang munasabah. Namun, alasan, tetap alasan sekiranya kita tidak ikhtiar dalam mencari penyelesaiannya.

5. Kita tidak berjaya kerana…

Kita tidak mahu berubah. Kita fikirkan bahawa dengan melakukan perkara yang sama sahaja setiap hari, kita akan mendapat keputusan yang berbeza. Untuk mendapat keputusan yang berbeza, pastinya perubahan perlu dilakukan. Sama ada perubahan di minda, perubahan pada jadual harian ataupun perubahan dari aksi dan sikap diri sendiri.

6. Kita tidak berjaya kerana…

Rezeki belum berpihak kepada diri kita. Walaupun mempunyai matlamat, sudah berusaha, sudah mencari ilmu, membuang segala alasan, dan sudah melakukan perubahan diri, namun sekiranya tidak berjaya juga, ertinya perlu gandakan lagi usaha-usaha ini.
Rezeki mungkin belum berpihak kepada anda, namun, untuk mendapat rezeki kejayaan, ianya perlu dilakukan secara berterusan dan tanpa putus asa. Rezeki tidak akan datang bergolek. Anda perlu melalui pelbagai cabaran dan dugaan terlebih dahulu!

Sumber: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/6-sebab-mengapa-anda-masih-belum-berjaya/

Cara Mudah Untuk Menjual Sesuatu Produk

Cara Mudah Untuk Menjual Sesuatu Produk

Adakah anda ada masalah menjual barang?


Ada tak pernah rasa macam ni..?


"Saya kecewa, bisnes saya tak bergerak. Post kat FB, takda seorang pun nak beli.

Saya dah buat gambar cantik2. tapi takda orang beli. PONINGNYA. Saya minat bisnes tapi tak reti nak menjual. Agaknya sebab saya tak pandai teknologi kot"

Biar saya beritahu anda..


Tak pandai guna teknologi tu bukan sebab utama.


Anda mesti pandai menjual pada individu secara ONE to ONE dulu..


Lepas yang ni sudah mahir, baru ditingkatkan pada online dan teknologi untuk bagi lebih rancak.


Ada 3 step untuk menjual:


1. Dengar

2. Kaitkan dengan kita
3. Jual

Bagaimana nak mula mendengar?


Kita mula dengan soalan dulu: "Eh kau bagi anak kau minum susu apa?"


Then kita dengar dia cakap apa.


Then kita tanya dia. "apa kebaikan susu tu? Apa keburukan susu tu?"


Bila dia bagi cukup info, kita cuba kaitkan dengan produk kita.


Ini dah nak masuk step 2.


Contohnya dia kata "Tu lah. Susu ni agak mahal. Teruk nak tanggun tiap bulan".


Jeng jeng jeng!


Sekarang kita KAITKAN dan fahamkan...


"Ooo ye ke. Sy faham. Duit bukan tumbuh kat pokok kan? Saya boleh rekomen susu yang murah, tapi anak suka minum. Nak tau ke?"


Kalau dia kata nak… baru kita masuk step 3. Menjual:-


"OK susu ni saya pun ambil juga. 

Manfaatnya: 

a) manfaat 1
b) manfaat 2
c) manfaat 3 

Susu ni bagus untuk: 

a) selesaikan masalah 1
b) selesaikan masalah 2
c) selesaikan masalah 3 

Saya ada stok. Nak beli dengan harga RM30?"

Tanya "Nak Beli?" <-- soalan yang berat untuk ditanya pada sesetengah orang... 


.. tapi mesti ditanya. Kalau tak tanya macamana orang nak beli?


So PRAKTIS dulu menjual cara ini pada kawan, rakan sekerja, jiran.


Bila kita dah pandai menjual cara ONE to ONE ini, baru kita ambil apa yang kita tahu ini dan gunakan teknologi untuk bagi lebih kencang.
Sumber: http://www.ideabiznet.com/2015/10/cara-mudah-untuk-menjual-sesuatu-produk.html

4 petua murah rezeki ketika berniaga

Bagaimana hendak mendapat rezeki berganda dalam perniagaan? Amalkan petua-petua ini…

1. Murahkan dengan senyuman

Ketika berniaga, murahkan senyuman. Rasulullah saw ketika berniaga amat pemurah dalam memberi senyuman kepada pelanggan dan bakal pelanggan.
Senyuman akan mengundangkan senyuman yang lain. Senyuman akan melembutkan hati prospek dan pelanggan untuk membina kemesraan. Jangan lupa, kalau mereka tidak membeli sekali pun, senyuman anda itu satu sedekah! ðŸ˜‰

2. Bantu prospek dan pelanggan

Apabila kita banyak membantu, nanti orang pula akan membantu kita. Setiap perniagaan adalah penyelesaian kepada sesuatu masalah. Apa sahaja penyelesaian, ia merupakan satu bantuan.
Fikirkan bagaimana perniagaan anda dapat membantu orang ramai. Sama ada sebelum mereka menjadi pelanggan anda atau selepas menjadi pelanggan anda. Lebih banyak perniagaan dapat membantu, maka lebih murah rezeki akan datang kepada perniagaan.

3. Kemas dan bersihkan tempat berniaga

Sekiranya mempunyai kedai, pastikan kedai dalam keadaan kemas dan bersih sentiasa. Sekiranya menjalankan perniagaan Internet, sama juga. Pastikan meja tempat anda bekerja adalah sentiasa bersih dan kemas.
Keadaan tempat kerja yang kemas akan memudahkan perniagaan untuk menjadi lebih teratur. Kebersihan sekeliling akan memurahkan rezeki. Jangan lupa, kebersihan diri sendiri sebagai pemilik perniagaan juga perlu diutamakan!

4. Amalkan doa murah rezeki sebelum memulakan kerja atau berniaga

doamurahrezeki
“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada Engkau kebaikan hari ini, kemenangan-Nya, pertolongan-Nya, cahaya-Nya, keberkatan-Nya dan petunjuk-Nya. Dan aku memohon perlindungan kepada Engkau dari kejahatan sesuatu yang ada didalamnya dan kejahatan sesuatusesudahnya”

Sumber : http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/4-petua-murah-rezeki-dalam-perniagaan/

Jual ulam raih RM30,000 sebulan

KOTA BHARU: Kegigihan mengusahakan pelbagai jenis tanaman ulam-ulaman, nyata berbaloi buat seorang wanita apabila meraih pendapatan lumayan,...