Carian Maklumat Di Sini...

Google

Cara menjadi popular dalam perniagaan

Menjadi popular tidak semestinya untuk industri hiburan sahaja. Perniagaan juga perlu menjadi popular untuk menarik pelanggan yang ramai. Pendek kata, lagi popular sesuatu perniagaan, lagi mudah menarik pelanggan- seperti industri hiburan!

Untuk menetahui cara menjadi popular, “MASA” memainkan peranan yang penting- terutamanya untuk jadi popular di Internet. Sememangnya sering kita dengar kisah-kisah “over-night sensation” (popular dalam masa singkat), namun, kisah-kisah sebegini tidak banyak dan hanya terjadi sekali sekala sahaja.

Dengan menggunakan elemen “Masa”, kita dapat membina populariti perniagaan dan juga jenama kita. Jangan fikirkan menjadi popular dengan cepat oleh kerana cara yang lebih ideal dan terjamin untuk jangka panjang adalah membina populariti secara perlahan.

Lihat contoh-contoh di bawah:

•Justin Beiber popular sedunia hari ini meletakkan klipnya di YouTube sejak 2007!
•Ana Rafali pemenang Juara lagu kini telah menggunakan Youtube sejak 2006!
•Saya juga mendapat populariti bukan secara mendadak, tetapi telah menulis blog sejak 2006!
Untuk membina jenama perniagaan kita, fikirkan elemen masa. Mulakan awal. Jangan bertangguh-tangguh oleh kerana lagi anda bertangguh, lagi lambat elemen masa akan membantu populariti perniagaan dan jenama anda. Mulakan sekarang dan biarkan masa membantu populariti perniagaan anda!

Sumber: Laman Web : Tip Irfan Khairi

Mengapa Anda Tidak Kaya ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

1. Ramai yang beranggapan mereka tidak kaya disebabkan tidak memperolehi pendapatan yang mencukupi. Ramai berfikir ” Kalaulah aku punya pendapatan yang lebih, maka aku boleh membuat simpanan dan pelaburan dengan baik..“

2. Yang lucunya, itulah pernyataan yang muncul, walau sudah beberapa kali memperolehi pendapatan yang lebih baik dari yang terdahulu. Sebelum gaji RM2,000, itulah alasannya, selepas gaji RM2,000 itu juga alasannya. Alasan lapuk!

3. “Becoming a millionaire has less to do with how much you make, it’s how you treat money in your daily life.” Maknanya menjadi jutawan bukannya dari berapa yang kita perolehi tetapi bagaimana kita menguruskan wang dalam kehidupan!

4. Sesiapa sahaja boleh menjadi jutawan dengan pengurusan kewangan yang betul tidak kira berapa banyak pendapatan kita.

5. Antara ’syaitan’ yang menjadi batu hasutan untuk kita terpesong dengan pengurusan wang dengan baik adalah :

Terlalu mengambil berat kereta yang dipakai : Di Malaysia, membeli sesebuah kenderaan hanya akan membuatkan bank kaya. Kereta akan susut nilai hari demi hari. Ini bukan pelaburan, ini adalah ‘peleburan’.

Gaya hidup ekslusif : Kalau rasa nak pakai baju branded setiap masa, handphone bertukar setiap bulan, atau shopping setiap minggu, ia hanya akan menambahkan hutang anda. Hutang yang besar akan menghalang anda dari membina kekayaan.

Kurang kepelbagaian pelaburan : Dulu-dulu, ibu saya hanya menyimpan di dalam ASN atau ASB. Itu satu2nya bentuk pelaburan yang selamat dan menguntungkan yang beliau tahu pada ketika itu. Kita yang dah celik, mesti cuba mempelbagaikan.

Lewat Mula Melabur : Sesetengahnya menyebut sebagai konsep compounding. Contohnya kalau anda melaburRM10 sebulan, maka dalam setahun anda akan memperolehi RM110 sekiranya pelaburan tersebut memberi pulangan 10%. Lagi cepat anda memulakan compounding, lagi cepat hasil yang anda perolehi.

Tak Buat Benda Yang Anda Suka : Kalau anda buat benda yang anda benci dan tak suka, anda akan stress! Anda terpaksa mencara cara untuk release tension. Nak pakai duit lagi …. Banyak pakai duit, kurang kaya lah gitu..

Tak Suka Belajar : Ramai ingat bila dah graduate, tak payah nak belajar lagi. Semua rasa dah pandai. Tetapi kalau rajin, tambah lagi ilmu untuk improve pekerjaan dan pendapatan anda. Sure bole!

Ada banyak lagi sebab. Sedar atau tidak, kita sebenarnya mungkin kurang disiplin untuk menjaga benda2 seperti ini.

Apa pun, kalau kita percaya dengan kemampuan diri kita, jangan risau dengan berapa pendapatan yang kita dapat. Cara kita menguruskan pendapatan kita akan menjadi lebih penting.

Tip untuk mendapat network berkualiti

Oleh kerana ekonomi down, ramai yang terlibat dalam bidang perkhidmatan (insurans, MLM, kewangan, hartanah, takaful, mutual funds dan sebagainya) semakin sukar mencari pelanggan. Oleh itu, minggu ini, saya ingin kongsikan sedikit mengenai cara mendapat Pelanggan Tanpa Had- ketika ekonomi down.
Hari ini sedikit tip untuk mendapat network yang ramai.
Kita sedia ketahui, dalam perniagaan perkhidmatan terutamanya, networking memang penting. Istilah yang selalu sangat digunakan adalah “If you are not networking, you are not working!”
Menurut buku Love is the Killer App: How to win Business oleh Tim Sanders, beliau menyebut untuk “mencintai” network kita. Maksudnya untuk benar-benar ingin membantu dan melihat orang lain berkembang. Dan bukannya semata-mata menggunakan network untuk kepentingan sendiri sahaja.
Dalam mendapat network yang berkualiti, 3 perkara penting perlu anda miliki:
  • Perlu berlimu
    Untuk mendapatkan network yang baik, anda perlu emnunjukkan anda seorang yang berilmu. Anda perlu banyak membaca buku dalam bidang anda sendiri. Sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari berkenaan dengan industri anda. Ilmu ini dapat dikongsikan dengan network anda.
  • Perlu menambahkan jaringan
    Cari peluang untuk ke majlis atau network gathering. Lebih ramai orang anda jumpa, lebih banyak peluang network anda boleh dapat. Satu peringatan di sini adalah, di sesuatu majlis, jangan terlalu sibuk berpindah-pindah tempat dan mengedarkan kad bisnes anda. Fikirkan KUALITI hubungan yang anda boleh jalinkan, dan bukan sekadar KUANTITI.
  • Perlu punyai perasaan tolong menolong
    Utamakan network anda dan bukan agenda anda terlebih dahulu. Lebih banyak bertanya dan mendengar daripada anda sahaja yang bercerita. Sebolehnya, bantu network anda tidak kira bidang apa pun, sebagai contoh, sekiranya network yang anda kenali seorang pemilik perniagaan cetakan, selepas berjumpa dan kenal, cuba dapatkan pelanggan cetakan untuknya. Anda tidak akan rugi apa-apa. Malahan, dengan mengutamakan agenda network anda, pastinya memberi kesan hubungan jangka panjang untuk anda!
Jadi, untuk memudahkan anda melakukan network, ingat 3 perkara itu: Ilmu + Tambah jaringan + Tolong menolong = Network yang berkualiti!
Sumber: Irfan Khairi blog

Jual ulam raih RM30,000 sebulan

KOTA BHARU: Kegigihan mengusahakan pelbagai jenis tanaman ulam-ulaman, nyata berbaloi buat seorang wanita apabila meraih pendapatan lumayan,...