Carian Maklumat Di Sini...

Google

Tips Untuk Berjaya - Teknik Menjual



Senaraikan nama-nama orang yang anda kenali berserta nombor telefon, dan alamat kediaman mereka. Hubungilah mereka dengan alasan untuk menziarahi mereka.
Semasa berada di dalam rumah pelanggan anda, berbasa-basilah terlebih dahulu.
  • Jangan terus kepada matlamat anda untuk menjual barangan. Perkenalkanlah produk anda setelah anda yakin bahawa pelanggan anda telah cukup selesa dengan kedatangan anda dan bersedia untuk mendengar penerangan anda. Jualan yang baik dan menguntungkan adalah dengan menjemput mereka ke rumah anda. Anda mungkin boleh mengadakan jamuan/kenduri doa selamat.
  • Setelah selesai acara jamuan dan setelah berbasa-basi, maka mulakanlah tujuan sebenar anda mengundang mereka. Dalam home party seperti ini, orang yang paling kedekut mengeluarkan wang untuk membeli barang pun akan mengeluarkan wang kerana berasa malu di hadapan khalayak ramai. Sentiasa bersedia dengan pen dan buku pesanan jualan setelah selesai memberikan penerangan produk.
  • Tanyakan soalan ini: “Berapa banyak Encik Ahmad hendak?” sambil bersedia untuk mencatatkan pesanan mereka. Jika produk yang ingin anda jual itu memerlukan demonstrasi, lakukan demonstrasi dengan tenang. Kebanyakan demonstrasi yang menunjukkan kelebihan dan keberkesanan barangan akan lebih mudah memberikan kepercayaan pelanggan terhadap barangan itu.
  • Jual diri anda terlebih dahulu sebelum anda menjual produk anda. Misalnya, jika anda menjual makanan tambahan seperti vitamin, tunjukkan bahawa anda memang sihat 100% dan tidak berpenyakit.
  • Cipta suasana yang pelanggan memang sangat memerlukan produk anda itu. Misalnya, jika dinding rumah pelanggan anda comot oleh contengan anak-anaknya, perkenalkan produk anda yang dapat menghilangkan kesan contengan itu dengan serta-merta.
  • Tukar persepsi pelanggan anda agar membeli daripada anda bagi produk yang sama yang ada di pasaraya. Misalnya, jika anda menjual produk syampu, tunjukkan bahawa syampu anda adalah lebih baik daripada syampu yang berlegar di pasaran terbuka.
  • Buat persediaan mengenai produk yang akan anda jual bagi mengelakkan anda tergagap semasa membuat penyampaian penerangan produk.Selalulah membawa sampel produk. Jangan menjual dengan katalog sahaja. Kewangian bedak jualan anda tidak akan dapat dihidu melalui katalog.
  • Sentiasa yakin bahawa produk anda yang berharga hanya beberapa ringgit itu akan terjual kerana kereta yang berharga ribuan ringgit itu pun masih ada yang mahu membelinya.
  • Sentiasa bawa maklumat sokongan seperti -*test*-('")imonial/surat akuan pelanggan yang berpuas hati terhadap produk anda.
  • Untuk mencari pelanggan, anda boleh membuat iklan dalam bentuk flyer (bukan surat layang) atau poster. Flyer atau poster bersaiz A4 itu boleh anda masukkan ke dalam peti surat rumah di kawasan kediaman anda, diselitkan pada wiper kereta di ruang letak kereta, atau anda memberikan komisyen kepada penjual surat khabar agar mereka menyisipkan flyer atau poster anda ke dalam surat khabar untuk edaran hari itu.
Jika mereka menghubungi anda, yakinlah bahawa mereka merupakan pelanggan yang memang berminat dengan produk anda.
Sumber:http://usahawanbumiputera.com/Tips_Untuk_Berjaya_-_Teknik_Menjual.html

10 tip kejayaan dalam perniagaan


Apabila status anda berubah dari seorang pekerja ke seorang usahawan, ada langkah-langkah tertentu yang membawa anda dari titik A ke titik B. Saya tidak sampai di titik B secara ajaib, itu adalah hasil proses langkah demi langkah yang saya ambil. Ya, saya mampu mencapai kejayaan dalam perniagaan dari rumah saya ini kerana saya memahami 10 Kunci Popular untuk Sukses dalam Perniagaan.

1. Mengetahui
Mengetahui adalah segalanya. Jika anda tahu bahawa anda akan berjaya, kejayaan anda akan terjamin jika diberikan masa, kemahiran dan ketekunan. Sekiranya anda meragukan apakah anda akan berjaya, maka besar kemungkinan semuanya seumpama akan melawan anda. Mengetahui adalah mempercayai sesuatu yang belum jelas di pandangan. Melihat pertama kali dalam fikiran anda sebelum benar-benar mewujudkan sesuatu itu secara fizikal. Mengetahui adalah sebuah kepastian yang mutlak. Anda tidak bertanya-tanya, berharap atau berfikir, anda akan berjaya … anda tahu anda akan berjaya.
2. Konsisten
Di mana kebanyakan orang gagal? Dalam menjadi konsisten. Bagi diri saya, saya tahu di awal penglibatan  saya, ini adalah di mana saya menghadapi kesukaran. Kadang-kadang saya memberikan 100% dan kadang-kadang akan menjadi 10%. Dengan keadaan tidak konsisten begini, perniagaan saya juga seumpama sekejap terasa panas dan sekejap sejuk. Sehinggalah sampai saya menjadi konsisten untuk konsisten dalam menjalankan aktiviti saya setiap hari akhirnya perniagaan saya mencerminkannya.
3. Kegigihan
Saya telah bertahan berkali-kali ketika kadangkala saya benar-benar merasa seperti amat malas dan mahu merangkak semula ke tempat tidur dan tidak mahu bangun … namun demikian saya tetap pergi kerana saya tahu bahawa setiap orang yang berjaya pernah menghadapi kesulitan-kesulitan dalam menempuhi kejayaan. Jika ianya tidak sulit dan amat mudah, maka semua orang akan bekerja dari rumah sambil membuat pendapatan besar. Tentu saja ada masalah! Umpamanya, saat saya meletakkan iklan besar tetapi meletakkan nombor telefon yang salah dalam iklan. Atau waktu saya bercakap dengan prospek tetapi tidak dapat mengingati siapa dia yang saya sedang bercakap. Ketekunan adalah benar-benar kunci kejayaan.
4. Ikut Hati Sendiri
Dengan menjalankan perniagaan, kerap akan ada hal yang menarik anda dari fokus dan mengalihkan perhatian anda. Anda pernah mendengar orang mengatakan “mempercayai kata hati anda,” atau “mengikuti naluri anda.” Pandangan saya, ikuti hati anda sendiri. Ini adalah cara saya memutuskan ke mana harus pergi. Saya akan bertanya pada diri sendiri, “Apakah ini perkara ini akan membawa  saya  ke arah tujuan saya atau jauh dari tujuan saya?”
Anda mesti jatuh cinta dengan perniagaan anda. Saya sukakan  pembangunan peribadi. Setelah membaca “The Power of Positive Thinking” (“Kuasa Berfikiran Positif”) karya Norman Vincent Peale pada tahun 1984, saya amat terpikat. Jadi apa  perniagaan yang baik untuk saya? Pembangunan peribadi. Putuskan apakah bidang untuk anda. Adakah anda suka berpergian, memasak, kewangan atau produk organik? Ada perniagaan untuk semua orang di luar sana. Ikuti kata hati anda dan apa yang membahagiakan anda! Cari perniagaan yang anda boleh merasa teruja… teruja yang membuatkan kadang-kadang anda bangun di malam hari memikirkan tentang kemungkinan kejayaan besar di masa akan datang.
5. Bersyukur
Memiliki sikap bersyukur akan mengubah kehidupan anda. Kenapa begitu? Kerana syukur adalah tenaga getaran yang tinggi, yang menarik hal-hal besar kepada anda. Bersyukurlah untuk semua hal dalam hidup anda. Membuat jurnal rasa syukur dari 5 hal setiap hari yang anda syukuri. Apabila anda melihat dunia melalui apresiasi, anda akan menampakkannya kepada orang-orang di sekitar anda yang bergema pada tahap yang sama.
6. Jadi terbuka untuk Hal-hal Baru
Berapa kali kita boleh terlalu diatur dengan cara lama dan tidak benar-benar ingin belajar hal-hal baru atau melaksanakan idea-idea baru? Amat kerap. Adakah anda tahu bahawa apabila saya mula perniagaan saya pada tahun 2002 saya belum pernah menghantar e-mel? Bahkan, saya  tidak memiliki komputer!!. Kedengarannya amat lucu terutamanya bila mengatakan begitu dalam keadaan sekarang! Kita harus menjadi lebih terbuka untuk idea-idea, orang, dan situasi yang baru kepada anda.
7. Anda Raikan SETIAP Kejayaan
Raikan kejayaan anda meskipun kemenangan terkecil. Sering orang melihat apa yang salah atau tidak kena tetapi tidak memfokuskan kepada kejayaan dan apa yang “kena” atau menjadi . Bahkan ketika mereka sudah mencapai suatu tahap yang mereka tuju, mereka enggan mengakui mencapainya, malahan mereka sudah mula melihat ke arah gol atau tujuan baru untuk apa yang selanjutnya untuk dicapai. Raikan setiap langkah yang anda berjaya maju ke arah matlamat anda. Sekiranya anda ada senarai “matlamat” tanda cek atau wajah smiley di samping matlamat harian anda. Saya suka menyemak matlamat /tujuan saya, saya merasa seronok melakukannya.
Jadi apa yang harus saya lakukan? Saya membuat segala macam matlamat kecil atau objektif harian untuk diri sendiri  dalam sebulan itu, saya menyemaknya setiap kali.
8. Memahami “Law of Attraction” = Hukum Tarikan
The Law of Attraction mengatakan bahawa apa pun yang anda fokuskan tenaga anda dan perhatian anda, anda akan menarik perkara yang sama kepada anda, sama ada anda ingin atau tidak diinginikannya.
Ya, kita semua mempunyai pelbagai perkara yang berlaku dalam kepala kita, namun, sebuah pertanyaan besar untuk memfokuskan kembali tenaga anda, “Jadi, apa yang anda inginkan?” Pertanyaan ini akan mengubah tenaga getaran anda dari negatif ke positif. Apabila anda mendapati diri anda berbicara tentang betapa kurangnya pelanggan, jualan yang buruk, kejatuhan akaun bank atau masalah komputer, jangan lupa untuk tanyakan pada diri sendiri apa yang anda inginkan. Bicara tentang apa yang anda inginkan dan mengubah hidup anda.
9. Jadi  seorang ‘Pemimpin’
Ramai orang bersemangat untuk bertanyakan kepada seorang ‘pemimpin’ yang dapat menunjukkan kepada mereka jalan. Tidak cukup yakin dengan arah tujuan anda? Bagaimana anda boleh mengharapkan orang lain untuk mengikuti jika anda tidak tahu ke mana arah yang sedang anda tuju? Dapatkan dengan jelas ke mana anda akan pergi dengan tujuan anda dan orang lain akan mengikuti anda.
Tidak yakin bagaimana memulakan kepimpinan anda? Berhubung dengan pemimpin lain yang telah melakukannya sebelum anda. Cari orang lain yang dapat anda berkerjasama. Hal ini begitu kuat! Anda mahu cari cara untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik? Cari ibubapa lain yang boleh anda bermentor bersama secara berkala, misalnua setiap bulan. Mencari cara untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Cari peniaga atau usahawan yang sukses yang ada dalam bidang anda. Secara aktif carilah kumpulan yang boleh membantu anda. Ada banyak kumpulan begini dalam talian, buat lah carian di internet.
10. Memberikan khidmat kepada pihak lain
Memberikan perkhidmatan kepada orang lain selalu akan membantu anda. Sebagaimana pepatah “what comes around goes around ,” orang yang memiliki hati yang tulus selalunya akan menarik hal-hal besar kerana niat mereka yang murni.
Ujudkan mentaliti “pay it forward”. Ini adalah kunci! Integriti adalah segalanya. Mencari peluang yang boleh anda membantu orang lain. Di sebalik membayar  kembali untuk barang atau perkhidmatan yang diberikan kepada anda, membayar ke depan kepada satu pihak lain dengan cara membantu mereka pula. Ia adalah satu pengalaman yang indah!
(Nota admin:  “Pay it forward”- Konsep di mana anda dibantu oleh satu pihak A, dan anda membalas bantuan itu dengan membantu pihak C, D dan E, manakala pihak C, D dan E akan membantu pihak tiga pihak lain setiap seorang tanpa perlu ‘membayar balik’ kepada anda. Konsep ini tanpa mengharapkan balasan semula atau bantuan bukan semestinya dlm bentuk kewangan sahaja, ianya diterangkan dengan jelas dalam movie ini )
Tentang penulis artikel (versi bahasa Inggeris) Tammi Putnam bersama-sama dengan suaminya, Bill, telah membantu orang lain dalam memulakan pembangunan mereka sendiri berdasarkan perniagaan dari rumahnya. Tammi mengkhususkan diri dalam membantu orang lain dalam memahami dan memanfaatkan Law of Attraction dengan 7 Hari eCourse Menarik Kehebatan sehingga mereka dapat mencipta kehidupan yang ideal mereka.

Cari KEKUATAN pesaing dan ciptakan kelainan!


hrph1.jpg
Ini kerana, persaingan yang berlaku BUKAN pada “mencari KELEMAHAN dan ciptakan kelainan”. Seperti saya sebut di atas, sekiranya kita cari KELEMAHAN, pesaing juga akan berusaha MEMPERBETULKAN KELEMAHAN TERSEBUT.
jawapan kepada soalan semalam adalah mencari kelainan dari KEKUATAN PESAING!
  1. Contoh, kekuatan Hard Rock Cafe adalah pada MUZIK. Hard rock menggunakan MUZIK sebagai tema restaurantnya. Itu adalah KEKUATAN pada Hard Rock dari dulu hingga kini. Untuk bersaing, Planet Hollywood mengetahui KEKUATAN tersebut, dan mencipta tema FILEM. Apabila mencipta KELAINAN DARI KEKUATAN, pesaing tidak boleh buat apa apa. Bak kata, takkan Hard Rock cafe, nak bersaing dengan mengubah jadi Hard Film Cafe?
  2. Contoh, kekuatan KFC adalah pada fast food berkonsepkan ayam. AYAM adalah KEKUATAN KFC dari dulu hingga kini. Fast food seperti McDonalds mengetahui kekuatan ini, lalu mencipta kelainan dengan membuka restaurant bertemakan BURGER. Apabila mencipta KELAINAN DARI KEKUATAN, pesaing tidak boleh buat apa apa. Bak kata, takkan KFC, nak bersaing dengan mengubah jadi KFB (Kentucky Fried Burger??)?
  3. Contoh, kekuatan Baskin Robbins adalah pada konsep FUN & COLORFUL ICE-CREAM. Ice-cream dicipta 32 perisa berkonsepkan COLORFUL & FUN. Dengan perisa apple, rainbow, strawberry dan sebagainya yang menarik. FUN & COLORFUL adalah kekuatan Baskin Robbins dari dulu hingga kini. Untuk bersaing, Haagan Dazs mengetahui KEKUATAN ini, lalu mencipta ice cream yang kaya dengan perisa, pekat, mahal, prestige dan sebagainya yang berkaitan pada kemewahan.  Apabila mencipta KELAINAN DARI KEKUATAN, pesaing tidak boleh buat apa apa. Bak kata, takkan Baskin Robbins, nak bersaing dengan mengubah jadikan kesemua ICE CREAM FUN & COLORFULnya jadi mahal & prestige?
nampak tak konsep ini? :)
Sekiranya “mencari KELEMAHAN dan mencipta KELAINAN”, pesaing juga boleh memperbetulkan KELEMAHAN mereka- seperti harga rendah, kualiti rendah, penghantaran lambat dan lain-lain. Tetapi, sekiranya “mencari KEKUATAN dan mencipta  KELAINAN” daripada KEKUATAN tersebut, pesaing tidak boleh ubah KEKUATAN MEREKA!
Perniagaan besar-besaran dan berpengalaman ramai yang tahu keadaan ini dan menggunakan strategi ini, iaitu “mencipta kelainan dari KEKUATAN pesaing”. Sebab itu, persaingan mereka adalah cara sihat. Mereka berjaya mencapai pasaran yang berbeza, walaupun industri yang sama. Sama-sama dapat bersaing dan mendapat keuntungan yang berganda, walaupun dilokasi yang sama seperti 3 contoh diatas!
Perniagaan kecil-kecilan tetap menjadi kecil apabila bersaing pada kelemahan pesaing.
Sumber:irfankhairi.com 

Perniagaan mencari kelainan walaupun pesaingan sama


payung.gif
Payung mana yang mempunyai kelainan?
Teringat saya ketika ke pasar malam dan ingin membeli burger. Sudah tentunya di pasar malam, kurang-kurang ada 3-4 gerai burger. Kesemuanya menjual burger yang sama, kecuali satu gerai burger ni, mempunyai kelainan!
Si peniaga burger tersebut, sambil membuat burger tersebut, melambung daging burger itu ke udara, dan menyambut semula ke kuali. Selang beberapa saat, dia akan lakukan lagi, melambung daging burger keudara dan menyambutnya semula. Pada gerainya ditulis ‘Burger lambung’!
Wah! Hebat sungguh dan memang ramai beratur untuk membeli ‘burger lambung’ ni. Tidak seperti gerai-gerai burger yang lain. Usahwan ini berjaya menciptakan kelainan sehingga barisan beratur pun panjang- termasuk diri saya sendiri yang ingin merasa ‘burger lambung’ ini.
Setelah 20 minit menunggu, baru dapat merasa burger lambung ini. Ingatkan, sedaplah sangat burger lambung ni, rupa-rupanya, rasanya sama sahaja dengan burger-burger lain! Lambung tak lambung, serupa sahaja rasanya!
Walaupun lucu juga kisah ini, tetapi, apa yang penting adalah ‘kelainan’ yang berjaya dibawa oleh usahawan ‘burger lambung’ ini. Walaupun produknya sama dengan produk pesaing yang lain, tetapi, kelainan perniagaan yang dibawanya berjaya menarik perhatian pengunjung-pengunjung pasar malam itu. 

Sumber:blog irfan khairi

10 cara untuk motivasi diri dalam mencapai matlamatat


Artikel kali ini mungkin mengandungi idea-idea atau pengetahuan  lama berkenaan meningkatkan motivasi dalam meneruskan cabaran anda, namun demikian  elok juga dikongsikan bersama untuk memperbaharui tekad atau semangat yang sudah mula luntur.

Teruskan membaca.
“Menetapkan tujuan adalah bahagian yang mudah – tetapi ‘beristiqamah’ dengan ‘tujuan’ anda dalam jangka panjang boleh menjadi cabaran besar.  Ramai orang berfikir motivasi yang memerlukan kemahuan dan dedikasi.  Sebenarnya, tetap bersemangat dan bermotivasi adalah berkait tentang tatacara persekitaran yang kondusif untuk.anda mencapai tujuan anda.
Ini adalah ‘trik’ untuk memberikan daya tahan meneruskan resolusi yang anda tanamkan pada 1 Januari lalu:


Pecahkan ‘tujuan’ atau ‘gol’ anda kepada beberapa yang kecil:


Adakah anda tahu mengapa 90% dari kita tidak menjaga resolusi Tahun Baru kita? Kerana tujuan kita terlalu besar dan terlalu samar. Alih-alih mengatakan diri sendiri bahawa anda ingin ‘menjadi lebih teratur ( organized)’, cuba pecahkan tujuan itu kepada  sesuatu yang lebih kecil dan lebih konkrit. Contohnya, ‘Buangkan semua pakaian yang belum dipakai dalam setahun’ atau ‘memindahkan semua peralatan olah raga ke garaj’ memberikan anda permulaan yang lebih mantap – maka anda boleh meneruskan ke objektif kecil lain yang akan membawa anda selangkah lebih dekat dengan ‘ menjadi lebih teratur (organized)’.


Berikan 15 Minit Sehari
Ramai orang berfikir bahawa anda harus melakukan usaha anda dalam beberapa jam yang tidak terganggu jika anda ingin mencapai tujuan. Tapi kemajuan terbesar seringkali jumlah dari siri USAHA-USAHA KECIL – pepatah melayu ada mengatakan ‘sedikit-dikit lama-lama jadi bukit”. Selepas anda menetapkan tujuan anda untuk tahun ini, komited untuk menghabiskan 15 minit setiap hari melakukan sesuatu yang akan menggerakkan anda lebih dekat untuk mencapai tujuan itu. Anda akan takjub melihat betapa cepat anda maju!

Berikan tekanan kepada diri anda sendiri
‘Deadline’ yang paling teruk boleh anda tetapkan untuk mencapai matlamat adalah ‘sehingga tahun depan’ – terlalu samar, terlalu luas, dan terlalu banyak ruang untuk bermalas-malasan. Kadang-kadang yang terbaik adalah memaksa diri anda ke satu sudut jika anda ingin menyelesaikan  projek anda. Jika gol anda adalah untuk membersihkan lemari bilik tidur tetamu, jemput tetamu ke rumah! Buatlah KOMITMEN untuk orang lain – hanya mengetahui bahawa ada tetamu akan datang, akan memberikan sedikit ‘push’ atau ‘tekanan’ yang anda perlukan untuk gerak!!.
Bekerja Dengan Buddy .
Peraturan ini tidak hanya berlaku di gym! Adakah anda mempunyai rakan yang boleh membantu dengan beberapa projek anda? Dua orang akan mendapatkan lebih banyak dilakukan dalam masa yang lebih singkat – dan anda akan lebih cenderung untuk melakukan kerja-kerja.  Hanya ingat bahawa anda akan diharapkan untuk melakukan kerja juga ketika teman anda sudah sedia untuk menyelesaikan tugasan tertentu! Dan jika anda tidak boleh merekrut bantuan percuma, pertimbangkan membawa seorang tenaga Profesional – seseorang yang boleh objektif tentang masalah anda.

Beritahu Rakan anda dan Keluarga Tentang Rancangan anda
Cara terbaik untuk membuat diri anda bertanggung jawab untuk mencapai tujuan anda adalah untuk memberitahu orang lain tentang rancangan anda. Elok jika anda menyebarkan berita bahawa anda sedang mengerjakan sesuatu projek dan mereka menjadi tertarik pada kemajuan  anda. ‘Hei, amacam dengan projek mengemas garaj kau?’ Setiap kali anda mendengar kata-kata demikian, satu dari dua perkara akan terjadi.
Sama ada anda akan merasa terinspirasi untuk  kembali mula bekerja – atau anda akan merasa terganggu kerana anda belum membuat kemajuan. Pilihan pertama membuat anda bergerak, sedangkan Pilihan kedua memberitahu anda sesuatu yang tidak betul di mana-mana dan anda perlu  TENGOK SEMULA gol anda. Mana-mana pun  langkah yang anda ambil akan membawa anda ke arah yang lebih baik.

Tulis Pada Kertas
Anda pernah mendengar satu juta kali – jika anda menulis tujuan (atau gol) anda, itu lebih mungkin untuk keberhasilannya. Ada sesuatu tentang usaha meletakkan fikiran anda (apa juga dalam fikiran anda) di atas kertas yang membuat anda lebih komited untuk hasilnya. Anda telah melabur masa dan tenaga menulis tujuan anda itu – amat lah merugikan jika anda tidak benar-benar berusaha melakukannnya! Dan ini sangat terapeutik untuk memotong item dalam senarai anda itu selepas anda menyelesaikannya!

Periksa secara teratur Objektif anda
Hal terbaik tentang menulis matlamat anda, adalah bahawa anda mempunyai sesuatu benda fizikal untuk dipegang di tangan anda dan dirujuk kembali ketika anda memerlukan semangat atau dorongan. Tapi menengok  tujuan anda tidak hanya bererti membaca sekilas laman dan menghitung sampai berapa banyak hal yang harus anda belum selesai. Anda juga harus bertanya pada diri sendiri beberapa soalan tentang setiap objektif – mengapa saya belum membuat kemajuan lebih lanjut tentang objektif ini? Apa cara mendapatkan jalan saya? Apakah tujuan ini masih penting bagi saya? Jika keutamaan anda telah berubah, buangnya dari senarai anda. Anda memiliki hal-hal yang cukup penting untuk lakukan – anda tidak perlu memerah keringat untuk menyelesaikan tugas yang tidak penting.

Mengulangkan ‘Mantra’
Pengulangan adalah ibu kejayaan, jadi anda perlu untuk mengingatkan diri anda daripada matlamat anda hari-hari. Pilih matlamat anda yang paling penting tahun ini, dan mengubahnya menjadi ‘mantra’ .  Mantra anda harus dalam bentuk penegasan – kenyataan diutarakan seolah-olah anda telah menyelesaikan tujuan anda (‘Aku adalah tuan kepada masa ku’ atau ‘Aku duduk di persekitaran yang teratur.’) Ulang mantra ini, menjadi perkara pertama ketika anda bangun, perkara terakhir sebelum anda tidur, ketika anda memandu di kereta, apabila anda mandi. Tempelkan nota tampal dengan mantra anda di sekitar rumah dan pejabat. Tak lama kemudian, ini akan meresap secara alami dalam cara anda berfikir – memberi anda suatu anda dorongan ketika anda mengalami suatu halangan.

Nikmati Kejayaan anda
Bila kali terakhir anda benar-benar menerima kenyataan bahawa anda telah mencapai matlamat penting anda? Terlalu sering, kita hanya ke tugas berikutnya di senarai kita tanpa benar-benar menghargai prestasi kita. Lain kali, habiskan beberapa minit merefleksikan apa yang telah anda capai – mengingati masa dan usaha anda dilaburkan dan menikmati rasa gembira kerana dapat melakukan penyelesaian. Hal ini akan menyegarkan anda dan memperbaharui semangat untuk meneruskan dengan matlamat berikutnya. Tanpa sedikit masa untuk ini, anda akhirnya akan membakar diri sendiri dalam tugasan dan usaha memperjuangkan matlamat anda dan berkemungkinan akan kehilangan semua rasa motivasi.

Tepuk bahu sendiri

Adakah anda hadiahkan diri anda sendiri untuk pekerjaan yang dilakukan dengan baik? Mari kita melangkah lebih jauh – adakah anda merancang ke masa depan apa ganjaran anda kepada diri sendiri sekiranya anda menyelesaikan tugas dalam senarai anda? Ada baiknya dalam perumpamaan lama tentang ‘lobak dan kayu. ” Apabila anda merancang tujuan anda untuk tahun berikutnya, lampirkan HADIAH untuk setiap satunya. Boleh jadi hadiah itu suatu yang sederhana seperti berjalan mengelilingi taman di perumahan anda, atau semeriah bercuti ke luar negara selama dua minggu – hanya pastikan bahawa upah itu sepadan dengan jumlah pekerjaan yang anda harus lakukan untuk mencapai tujuan tersebut. Dan pastikan juga anda konsisten dalam menghadiahkan pada diri sendiri untuk setiap prestasi, tidak kira bagaiman kecil. Anda layak menerimanya! ”


Ini adalah artikel yang diubahsuai dalam bahasa melayu berasaskan tulisan Ramona Creel adalah Organizer Profesional dan pengasas OnlineOrganizing.com yang boleh didapati dalam senarai blog ini juga.

Sila kunjungi www.onlineorganizing.com atau hubungi Ramona secara langsung di ramona@onlineorganizing.com untuk maklumat lebih lanjut. 

Jual ulam raih RM30,000 sebulan

KOTA BHARU: Kegigihan mengusahakan pelbagai jenis tanaman ulam-ulaman, nyata berbaloi buat seorang wanita apabila meraih pendapatan lumayan,...