Carian Maklumat Di Sini...

Google

Dari Hobi Menjadi Bisnes – 5 Tip Membangunkan Blog Daripada Amanz.my


Amanz network dot com


amanz dot my


amanz network

Sebelum ini kita sudah mengetahui bagaimana seorang usahawan muda, iaitu Tuan Khai Hassan yang memilih blog sebagai kerjaya sepenuh masa.
Komitmen dan kesungguhan beliau dalam mewujudkan satu fenomena dalam dunia internet membuatkan kami terus mencari blogger yang mempunyai reputasi seperti beliau. Akhirnya, pemilik blog Amanz.my, iaitu Tuan Aman Firdaus sudi untuk meluangkan masa bagi berkongsi tentang…

Perjalanan beliau membangunkan blog Amanz.my. iaitu blog yang berteraskan gajet, dunia komputer dan segalanya tentang teknologi maklumat.
Temubual eksklusif bersama beliau (boleh didapati apabila kita menyertai Seminar Blogging Majalah Niaga) bersama rakan niaganya, Tuan Ikhwan Nazri benar-benar membuka mata kami mengenai keluasan dunia blog dan potensinya.

Dari Hobi Menjadi Bisnes

Berdasarkan temubual kami bersama Tuan Aman Firdaus, kami dapati pembangunan blog teknologi maklumat beliau yang cukup popular dalam arena blog tempatan, iaitu Amanz.my tidak bermula dengan idea perniagaan.
Sebaliknya, beliau menyatakan idea mewujudkan blog itu adalah kerana minat beliau yang sangat mendalam terhadap isu ini. Serta kekurangan informasi berkaitan dengan teknologi maklumat yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.
Seperti pemilik Oh Media, secara perlahan-lahan aktiviti blogging ini mengubah perjalanan kehidupan Tuan Aman Firdaus sendiri. Kini, ia merupakan kerjaya rasmi bagi pemuda yang berusia 24 tahun ini.

5 Tip Membangunkan Blog Daripada Amanz.my

Persoalan yang sentiasa bermain di fikiran blogger-blogger baru biasanya bermula daripada;
“Bagaimana saya dapat membangunkan dan mengembangkan jaringan blog saya, agar lebih ramai pelawat melawat blog saya setiap hari?”
Terdapat 1,001 jawapan untuk persoalan ini. Darren Rowse, pemilik blog Problogger mempunyai mazhabnya tersendiri untuk membina sebuah blog yang berjaya.
Pat Flynn, pemilik blog Smart Passive Income juga mempunyai pendiriannya untuk membina blog yang memberi pulangan sebanyak 4 hingga 5 angka setiap bulan.
Begitu juga dengan Tuan Aman Firdaus dan Ikhwan Nazri. Beliau juga mempunyai gaya fikir dan mazhab sendiri untuk meningkatkan taraf blog Amanz.my ke tahap yang lebih tinggi. Terdapat 5 tip penting yang boleh diambil daripada perkongsian beliau, dan dipraktikkan dalam blog kita mulai hari ini:
#1 – Fokus Pada Teras dan Asas Blog
Teras dan asas bermaksud tujuan asal blog itu sendiri. Blog Amanz bermula dengan topik-topik yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Dan ia kekal sehingga hari ini.
Perkongsian maklumat di blog secara konsisten dan fokus yang membuatkan jenama blog Amanz gah sehingga hari ini, dan mempunyai sejumlah komuniti yang kuat untuk menyokong perkembangan blog ini
#2 – Visi dan Misi
“All successful people men and women are big dreamers. They imagine what their future could be, ideal in every respect, and then they work every day toward their distant vision, that goal or purpose.” – Brian Tracy
Visi dan misi adalah pencetus motivasi dalam diri untuk berjuang. Kerana dalam perjalanan ke tempoh kematangan blog, kita akan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang akan membuatkan kita rasa ingin mengaku kalah.
Justeru itu, visi dan misi memperkasakan diri. Maka untuk berjaya dalam blogging, cipta satu visi dan misi yang jelas untuk memperingatkan diri kita setiap hari, tentang tujuan kita mewujudkan blog.
#3 – Serang Pasaran Dengan Keunikan
Ketua Pegawai Eksekutif Amanz Network, Tuan Ikhwan Nazri menyatakan, keunikan adalah kunci utama jenama Amanz mampu bertahan sehingga hari ini. Antara input keunikan yang diaplikasikan dalam blog Amanz.my adalah sistem ganjaran.
Sistem ganjaran ini memberikan peluang kepada para pelawat untuk mengumpulkan poin. Seterusnya menebus poin itu kepada hadiah yang ditawarkan oleh syarikat Amanz Network.
Strategi ini bukan sahaja meledakkan perkembangan jumlah komuniti blog Amanz.my setiap bulan. Malah ia menjadi satu fenomena dalam dunia blog sendiri. Di mana tidak mustahil pemilik blog itu sendiri mampu merevolusikan user experience pembaca mereka.
#4 – Memahami Matriks Pelawat
Tuan Ikhwan Nazri dan Aman Firdaus berpesan, proses peningkatan jumlah pelawat setiap bulan adalah proses berperingkat. Dalam masa sama, fokus utama kita bukan sahaja memperoleh jumlah pelawat yang banyak.
Tetapi apakah strategi kita untuk mengekalkan jumlah pelawat sedia ada? Ini yang dipanggil kualiti pelawat blog kita.
facebook amanz network
Berikut adalah strategi yang digunakan oleh mereka untuk membangunkan blog Amanz.my pada peringkat awal:
  • Aktif di forum (Menggunakan ruangan signature untuk mempromosikan blog).
  • Berinteraksi dalam ruangan shoutbox di setiap blog.
  • Menggunakan fungsi ­signature dalam e-mel.
  • Media sosial (Facebook dan Twitter).
  • Isi kandungan yang berkualiti dan terkini.
Mereka juga menekankan, strategi promosi berubah dari semasa ke semasa. Memahami matriks pelawat yakni mengetahui dari mana sumber terbesar pelawat ke blog kita, dapat membantu kita mencipta satu sistem promosi yang berkesan berkali-kali.
#5 – Formula ‘KK’ Dalam Penjenamaan
“(K)uatkan dan (K)ukuhkan jenama blog.” – Ikhwan Nazri, CEO Amanz Network.
Ini merupakan nasihat yang ditekankan oleh beliau, bagi para blogger yang ingin menjana pendapatan mewah menerusi blog mereka. Jenama yang kuat akan membawa lebih banyak pulangan kepada pemilik blog.
Antara aspek penjenamaan blog adalah:
  • Logo.
  • Struktur dan reka bentuk web.
  • Isi kandungan yang berkualiti dan menepati citarasa pembaca.
  • Membina hubungan yang baik dengan pembaca.
  • Menghasilkan sesuatu (seperti sistem ganjaran), bagi menghasilkan promosi viral dan membuat para pembaca tersenyum riang setiap kali melayari blog kita.

Sumber:http://www.majalahniaga.com/dari-hobi-menjadi-bisnes-5-tip-membangunkan-blog-daripada-amanz-my.html

Jual ulam raih RM30,000 sebulan

KOTA BHARU: Kegigihan mengusahakan pelbagai jenis tanaman ulam-ulaman, nyata berbaloi buat seorang wanita apabila meraih pendapatan lumayan,...