Carian Maklumat Di Sini...

Google
Image

Bagaimana saya ubah kegagalan menjadi kejayaan dalam Perniagaan Internet

Seperti yang disebutkan pada tahun pertama saya hanya berjaya mendapat 3 pelanggan sahaja. Soalannya bagaimana saya berjaya mengubahkan kegagalan tersebut menjadi kejayaan sehingga mencapai keuntungan RM1,000,000 dalam masa 3 tahun kemudian? Jawapannya…

1. Lakukan apa yang anda minat

Minat saya pada reka grafik adalah sejak kecil lagi. Alhamdulillah diberi bakat Allah SWT dalam bidang seni grafik/lukis. Di sekolah agama, sekiranya pertandingan tulisan khat, selalunya InsyaAllah saya menjadi juara. Di sekolah menengah pula, menjadi presiden kelab seni lukis. Menambung pendidikan di University di United Kingdom juga dalam bidan Multimedia Graphic Design.

Pendek kata, memang minat saya dalam bidang grafik sejak kecil hingga kini.

Mengapa ini penting adalah, sekiranya kita melakukan sesuatu yang kita tidak minat, pastinya amat mudah dan pantas kita berputus asa. Walaupun saya mendapat 3 pelanggan untuk hasil kerja grafik saya dalam masa setahun, bagi saya ianya memadai oleh kerana saya lakukannya kerana minat.

Sekiranya melakukan kerja atau usaha tanpa minat dan kesungguhan, pastinya pada tahun pertama, saya sudah putus asa dan tidak menjalankan perniagaan Internet grafik yang dilakukan. Oleh itu… JANGAN PUTUS ASA!

2. Ketahui ada sebab kita gagal

Buang rasa ego atau terasa diri sudah pandai. Ada sebab mengapa kita gagal. Sekiranya kita fikirkan kita sudah pandai dan tahu segalanya (ego yang tinggi), maka, tiada ruang untuk memperbaiki diri kita. Kesilapan saya yang mengakibatkan kegagalan dalam perniagaan adalah kelemahan saya dalam ilmu perniagaan.

Dalam erti kata lain, pada tahun 2000 apabila saya memulakan perniagaan Internet, saya “main redah” sahaja. Tanpa ilmu yang betul, tanpa cara yang terbaik dan tanpa strategi yang sebenar. Akibatnya, pastinya perniagaan akan gagal.

Kekurangan ilmu ini membuatkan saya tekad mencari ilmu perniagaan Internet sebenar dan belajar dari mereka yang berjaya dalam perniagaan Internet. Ketika itu, saya melaburkan beribu-ribu ringgit juga untuk mencari ilmu perniagaan Internet yang sebenar. 

Mujur ketika itu saya bekerja fulltime sebagai Multi Media Designer di sebuah syarikat dan mempunyai gaji untuk dilaburkan mencari ilmu. Perniagaan Internet ketika itu adalah secara part-time. Oleh itu… CARI ILMU TANPA HENTI!

3. Aplikasikan ilmu serta merta

Sering saya dengar dan lihat orang ramai yang rajin membaca, menghadiri seminar, mencari ilmu, tetapi tidak mengaplikasikan ilmu yang dipelajari. Memang bagus mencari ilmu, tetapi, sedihnya bila ramai yang mempunyai ilmu, tidak cuba mengaplikasikan ilmu yang di cari. Tidak henti-henti mencari ilmu, namun tidak TAKE ACTION!

Mungkin anda pernah kenali orang sebegini?

Ketika remaja lagi, saya suka membaca buku-buku motivasi. Dan dalam semua buku motivasi menyebut pentingnya menetapkan matlamat. Namun dalam semua buku motivasi juga mengatakan pentingnya untuk mengambil tindakan (take action), barulah matlamat akan tercapai!

Begitu juga dengan ilmu yang kita pelajari. Sekiranya ilmu yang dipelajari hanyalah untuk mengembangkan ilmu di dada, sememangnya tidak salah. Tetapi, sekiranya ilmu yang dipelajari adalah untuk mengembangkan pendapatan, ekonomi, kekayaan dan kejayaan perniagaan, maka segalanya perlu diaplikasikan.

Aplikasikan ilmu dan take action tanpa putus asa. Ada juga yang mengaplikasikan ilmu, kemudian, lihat masih sukar, mereka akan putus asa. Action perlu disertakan dengan konsisten, bukan hangat-hangat tahi ayam. Oleh itu… TAKE ACTION SEKARANG!

3 tip di atas adalah 3 perkara penting yang saya lakukan sejak 2000 hingga kini. Sememangnya bunyi mudah, tetapi tidak dinafikan, adakalanya ianya susah untuk dibuat. Perlu ingat, sekiranya mudah, pastinya semua orang sudah berjaya kini. 

Tetapi, oleh kerana ianya sukar, maka mereka yang melalukan sesuatu ekrana minat, mereka yang sering mencari ilmu dan mereka yang terus mengaplikasikan ilmu di dada… mereka lah yang akan berjaya!

Sumber: Irfankhairi.com

Jual ulam raih RM30,000 sebulan

KOTA BHARU: Kegigihan mengusahakan pelbagai jenis tanaman ulam-ulaman, nyata berbaloi buat seorang wanita apabila meraih pendapatan lumayan,...