Masalah biasa yang dialami oleh penulis blog dan pemilik laman web ialah untuk tarik pelawat dan pengunjung yang ramai ke laman web mereka.Jika anda juga mempunyai masalah yang sama, sila teruskan pembacaan dari mula sampai habis.
Dalam artikel kali ini, saya akan dedahkan beberapa teknik dan strategi untuk tarik pelawat dan pembaca blog yang ramai. Dalam bidang pemasaran online ni, rumusnya mudah sahaja
Lagi ramai pelawat (trafik) lagi besar potensi untuk dapat income yang lumayan
Dah sedia nak tahu?Saya akan mulakan dengan teknik-teknik percuma terlebih dahulu. Strategi yang bagus dan berkesan adalah apabila anda berjaya menggabungkan teknik yang percuma dan juga teknik berbayar.
Teknik tarik trafik 1: Teknik Search Engine Optimization (SEO)
Sekiranya anda mensasarkan pembaca anda dari golongan mereka yang berminat tentang topik buat duit online, kata kunci apa agaknya yang akan mereka taip di search engine google ketika mereka ingin dapatkan maklumat tersebut?
Mungkin… mereka akan taip kata kunci seperti berikut
1. Macam mana cara nak buat duit online
2. Betul ke boleh buat duit online
3. Buat duit online tanpa modal
4. Cara mudah buat duit online
… dan banyak lagi kemungkinan.
Setelah kita tahu kata kunci apa yang akan mereka gunakan, langkah seterusnya ialah, kita hasilkan sebuah artikel yang memfokuskan kata kunci tertentu. Sebaik-baiknya, jadikan kata kunci tersebut sebagai tajuk, dan pastikan kata kunci tersebut muncul beberapa kali didalam artikel.
Saya percaya, anda tak ada masalah untuk hasilkan sebuah artikel berjudul “Macam mana cara nak buat duit online”, betul kan?
Teknik SEO bukan sahaja berguna untuk tarik trafik, malahan ia juga sangat POWER untuk bantu anda buat duit secara online menerusi program affiliates. [klik sini]
Teknik tarik trafik 2: Blog commenting
Lazimnya, ia juga dikenali sebagai blog walking dalam kalangan penulis blog. Teknik ini mudah sahaja, anda hanya perlu layari blog yang berbeza, dan tinggalkan komen yang bernas pada artikel yang mereka siarkan.
Screenshot diatas ialah ruangan yang biasanya disediakan jika anda berminat untuk meninggalkan komen pada artikel yang dihasilkan.
Formulanya simple je, jika anda layari 100 buah blog, dan tinggalkan 100 komen yang berbeza dan bernas, pemilik blog tersebut akan buat kunjungan balas ke laman blog anda kembali.
Nah… lepas ini anda akan berjaya dapatkan 100 pelawat yang baru.
PENTING!
1. Jangan SPAM
2. Tinggalkan komen yang bernas
3. Bina relationship
4. Komen sesuatu yang ada kaitan dengan topik
5. Jangan kecewa kalau tak dapat kunjungan balas
2. Tinggalkan komen yang bernas
3. Bina relationship
4. Komen sesuatu yang ada kaitan dengan topik
5. Jangan kecewa kalau tak dapat kunjungan balas
Teknik tarik trafik 3: Manfaatkan fungsi media sosial
Dalam hal ini, saya lebih prefer guna FB. Namun demikian, anda juga bebas untuk gunakan media sosial yang lain, seperti Twitter, Instagram dan sebagainya.
Untuk pengguna FB, pastikan anda ada Fan Page khas untuk blog anda. Dapatkan sebanyak mungkin likes yang berkualiti.
Tak perlu gunakan kaedah berbayar untuk kumpul likes. Guna kaedah PERCUMA dah cukup memadai.
Boleh baca artikel saya sebelum ini bertajuk perlu ke beli servis naikkan FB likes untuk fan page [klik sini]
Setiap kali anda dah siapkan satu artikel, anda hanya perlu update fanpage anda dan maklumkan yang anda dah pun kemaskini blog anda dengan artikel-artikel baru.
Sebagai contoh,
Status update tersebut telah dilihat oleh 155 orang. Ada antara mereka yang akhirnya berminat untuk melawati blog saya.
Teknik tarik trafik 4: Pemasaran video Youtube
Laman Youtube merupakan salah satu laman web yang mempunyai paling ramai pengunjung. Merujuk kepada maklumat yang dibekalkan oleh laman web Alexa.com, youtube merupakan laman web ketiga popular didunia dan mempunyai paling ramai pengunjung
Macam mana cara nak gunakan Youtube untuk tarik trafik ke laman blog anda?
Dalam artikel ini saya tidak akan menerangkan dengan panjang lebar bagaimana menggunakan kuasa Youtube untuk tarik trafik, sebabnya, ia telah dibincangkan dengan panjang lebar dan lengkap dalam laman web Panduan Pemasaran Video [Klik sini]
Ringkasnya ialah, mula-mula sekali anda upload video yang anda ingin gunakan sebagai bahan promosi blog anda ke Youtube.
Kemudian, anda masukkan serba sedikit maklumat tentang blog anda dibahagian description, seperti yang saya tunjukkan dibawah.
Sekiranya anda berminat untuk menggunakan kaedah pemasaran video untuk tarik trafik yang banyak ke laman web atau ke laman blog anda, maka jangan takut untuk melabur untukdapatkan ilmu pemasaran video [klik sini]
Teknik tarik trafik 5: Ping artikel anda
Anda boleh pilih sama ada nak ping artikel anda secara automatik ataupun secara manual.
Fungsi ping adalah untuk ‘memberitahu’ search engine bahawa anda telah menyiarkan satu artikel yang baru di laman blog anda.
Dalam artikel ini, saya akan kongsikan 3 tempat untuk anda ping artikel anda. Sebenarnya ada banyak lagi (terlalu banyak) tempat yang menyediakan servis ping artikel ini.
1. Servis ping oleh Blogged.my
2. Servis ping oleh busuk.org
3. Servis ping dari pingomatic.com
Bagaimana pula kesannya setelah menggunakan perkhidmatan servis ping ini?
Lihat gambar dibawah.
Salah satu artikel saya telah berjaya masuk ke page pertama google untuk kata kunci “Review EdyBiz”
Apa yang saya buat ini ada kena mengena dengan Teknik SEO.
Teknik tarik trafik 6: Kandungan blog anda
Kandungan blog anda juga mempengaruhi trafik yang masuk ke blog anda.
Sebagai contoh, ketika artikel ini dihasilkan, topik mengenai kehilangan pesawat MH370 masih belum lagi reda. Jika anda perasan, ada ramai blogger yang bercerita tentang MH370 dan misteri kehilangannya, walaupun hakikatnya mereka tak tau apa-apa pun tentang MH370.
Tujuan mereka tulis pun semata-mata nak tarik trafik ke laman blog mereka, itu sahaja.
Teknik tarik trafik 7: Popular kah anda?
Jika anda seorang yang popular dan dikenali, saya yakin trafik ke blog anda pasti tinggi
Untuk teknik seterusnya, saya akan sentuh mengenai teknik berbayar. Ini bermakna, jika anda ingin mengaplikasikan teknik berikut, ada kos yang perlu anda keluarkan.
Sila pastikan anda mempunyai bajet yang sesuai dan anda mempunyai perancangan untuk buat duit bagi menampung kos penggunaan teknik berikut.
Teknik tarik tafik 8: Teknik pemasaran emel
Sila perhatikan screenshot dibawah
Artikel berjudul Strategi buat duit dengan blog untuk tahun 2014 mempunyai view paling tinggi berbanding artikel-artikel lain sebabnya saya ada hantar emel kepada mailing list saya mengenai artikel tersebut.
Anda boleh klik sini jika ingin membaca artikel tersebut.
Sekarang, cuba anda bayangkan sekiranya anda mempunyai senarai emel yang besar. Berapa besar?
Adakah 56, 126 senarai emel cukup besar untuk anda?Jika setiap orang hanya menyumbang RM1 sahaja kepada anda sekalipun, anda dah boleh dapat RM56 ribu. [klik sini]
Teknik tarik trafik 9: Blog advertsing (iklankan blog anda)
Antara lokasi-lokasi sesuai untuk anda iklankan blog anda ialah di
1. Facebook menggunakan FBAds
2. Google melalui Google Adwords
3. Sewa tapak iklan di laman web yang mempunyai pengunjung yang ramai
4. Sewa tapak pengiklanan di blog yang menawarkan perkhidmatan pengiklanan
Baiklah, secara personally, inilah dia teknik-teknik yang saya sendiri gunakan untuk tarik trafik masuk ke laman blog saya ini. Setakat hari ini, cara yang saya gunakan ini memang berkesan untuk meningkatkan trafik.
Cubalah.
Saya percaya, ia juga pasti beri kesan positif kepada blog anda.
No comments:
Post a Comment