Konsep ABC ini saya belajar daripada buku bertajuk The 100 Greatest Sales Ideas of All Time, by Ken Langdon. Saya beli buku ni masa pesta buku Big Bad Wolf dekat Seri Kembangan.
Akronim ABC ini sebenarnya merujuk kepada
A – Always
B – Be
C – Closing
Dalam konsep jualan, always be closing bermaksud kita perlu sentiasa sudahi setiap persembahan jualan, perbualan dan sebarang pertemuan dengan percubaan untuk mendapatkan jualan.
Sumber gambar: Teknik Sannin
Ini terpakai juga dalam bidang penulisan, sama ada penulisan di blog, artikel majalah, malahan termasuk juga ketika menulis status di FB.
Apa yang perlu dijual?
Setiap hari kita perlu menjual… dan kita hidup dalam persekitaran yang memerlukan kita menjual dalam setiap masa.
Kita menjual idea kita, kita menjual diri kita, kita menjual masa kita, kita menjual pendapat kita.
Namun tak bermakna, proses jualan ini perlu melibatkan sebarang matawang di dunia.
Ada ketikanya kita hanya perlukan masa dan perhatian orang lain.
Jika kita berjaya menjual idea kita sehingga ia kelihatan bernas dari sudut pandang orang lain, maka, mereka yang meluangkan masa untuk memahami intipati daripada idea yang cuba kita jualkan telah membelinya dengan masa dan perhatian mereka.
Ok… jangan nak kata tak paham :p
Kalau still tak faham, baca semula. Kali ini sila baca dengan teliti. Bukan setakat baca sepintas lalu ye.
Jadi macam mana pula nak buat konsep ABC ini apabila kita menulis dalam majalah atau surat khabar? Lagipun, dua platform ini kan biasanya bukan kita yang punya.
Mestilah ada caranya.
Biasanya, penulis akan buat closing di ruangan tentang penulis.
Penulis akan tulis sesuatu seperti
Sabree Hussin – mendapat pendidikan awal di sekian sekian dan kini merupakan penulis sepenuh masa di laman web http://sabreehussin.com dan http://sabreehussin.biz
Ha… ni kira percubaan untuk menjual la tu. Closing.
Kalau sebelum ini pembaca sesebuah majalah XXX asyik langgan penulisan dalam majalah tu je, kali ini, mungkin akan ada antara pembaca majalah tersebut akan jadi pembaca setia blog anda.
Cubalah praktikkan.
Always be closing.
Kalaupun anda tak nampak sebarang perubahan pada income anda hari ini, percayalah, untuk jangka masa panjang, anda pasti akan lihat kesannya.
No comments:
Post a Comment