Carian Maklumat Di Sini...

Google

4 petua murah rezeki ketika berniaga

Bagaimana hendak mendapat rezeki berganda dalam perniagaan? Amalkan petua-petua ini…

1. Murahkan dengan senyuman

Ketika berniaga, murahkan senyuman. Rasulullah saw ketika berniaga amat pemurah dalam memberi senyuman kepada pelanggan dan bakal pelanggan.
Senyuman akan mengundangkan senyuman yang lain. Senyuman akan melembutkan hati prospek dan pelanggan untuk membina kemesraan. Jangan lupa, kalau mereka tidak membeli sekali pun, senyuman anda itu satu sedekah! ðŸ˜‰

2. Bantu prospek dan pelanggan

Apabila kita banyak membantu, nanti orang pula akan membantu kita. Setiap perniagaan adalah penyelesaian kepada sesuatu masalah. Apa sahaja penyelesaian, ia merupakan satu bantuan.
Fikirkan bagaimana perniagaan anda dapat membantu orang ramai. Sama ada sebelum mereka menjadi pelanggan anda atau selepas menjadi pelanggan anda. Lebih banyak perniagaan dapat membantu, maka lebih murah rezeki akan datang kepada perniagaan.

3. Kemas dan bersihkan tempat berniaga

Sekiranya mempunyai kedai, pastikan kedai dalam keadaan kemas dan bersih sentiasa. Sekiranya menjalankan perniagaan Internet, sama juga. Pastikan meja tempat anda bekerja adalah sentiasa bersih dan kemas.
Keadaan tempat kerja yang kemas akan memudahkan perniagaan untuk menjadi lebih teratur. Kebersihan sekeliling akan memurahkan rezeki. Jangan lupa, kebersihan diri sendiri sebagai pemilik perniagaan juga perlu diutamakan!

4. Amalkan doa murah rezeki sebelum memulakan kerja atau berniaga

doamurahrezeki
“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada Engkau kebaikan hari ini, kemenangan-Nya, pertolongan-Nya, cahaya-Nya, keberkatan-Nya dan petunjuk-Nya. Dan aku memohon perlindungan kepada Engkau dari kejahatan sesuatu yang ada didalamnya dan kejahatan sesuatusesudahnya”

Sumber : http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/4-petua-murah-rezeki-dalam-perniagaan/

Budaya niaga: Belia perlu rebut peluang

Pandangan IKIM


#BUDAYA berniaga bukanlah perkara yang asing dalam masyarakat Islam. Malah budaya berniaga ini amat ditekankan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai pintu rezeki yang utama. Ini selaras dengan sebuah hadis riwayat at-Tirmizi yang bermaksud; “Sembilan daripada persepuluh rezeki datang daripada perniagaan."


Penekanan budaya berniaga dalam Islam turut menekankan nilai-nilai baik yang perlu diamalkan menepati prinsip dan matlamat syariah.
Walaupun Islam begitu menitikberatkan bidang perniagaan dan keusahawanan, namun hakikat hari ini menunjukkan umat Islam lebih selesa menjadi masyarakat pengguna berbanding sebagai pengeluar dan pencipta terhadap barangan dan perkhidmatan.


Bukankah kita tahu bahawa melalui perniagaan inilah mereka boleh mencipta peluang pekerjaan kepada orang lain? Seharusnya kita hari ini cuba mantapkan bidang keusahawanan ini dalam kalangan belia dengan menyediakan ruang dan peluang pekerjaan. Hal ini juga dapat mengurangkan masalah siswazah yang menganggur.
Demikian jugalah suasana dalam negara yang memperlihatkan umat Islam agak ketinggalan dalam penguasaan ekonomi khususnya bidang perniagaan dan keusahawanan berbanding bukan Islam.


Persoalannya mengapa umat Islam tidak mampu bersaing dengan masyarakat lain dalam bidang perniagaan dan keusahawanan sedangkan sejak zaman Rasulullah SAW lagi perniagaan adalah merupakan punca utama rezeki pada masa itu.
Justeru, dalam merebut dan memantapkan budaya berniaga ini golongan belia harus mengambil peluang dan ruang yang disediakan oleh kerajaan. Pembentangan Bajet 2014 turut mendorong agar belia perlu menumpukan kepada bidang keusahawanan.


Melalui keusahawanan ini turut membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat. Ini selaras dengan usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang boleh menyediakan peluang pekerjaan.
Bidang usahawan adalah satu profesion yang harus direbut dan dijadikan sebagai satu teras untuk mereka berjaya dalam hidup. Oleh itu pendedahan awal inilah sangat penting sama ada pendekatan dalam bentuk kurikulum, aktiviti sosial dan sebagainya. Hal ini penting supaya ekonomi negara dapat diseimbangkan dan dijana dengan baik.


Dalam meningkatkan dan memantapkan budaya berniaga atau keusahawanan ini maka kita perlu berbuat sesuatu dan dimulakan di peringkat akar umbi. Antaranya melalui gabungan peranan pihak sekolah, ibu bapa, persekitaran dan sokongan korporat serta masyarakat budaya ini dilihat mampu digarap dan dicanai dalam kalangan generasi muda. Terutamanya dari segi bantuan serta sokongan yang komprehensif.
Sebagai contoh, di pihak sekolah, guru-guru boleh menimbulkan rasa minat dalam kalangan pelajar untuk mendalami ilmu keusahawanan dan perniagaan melalui pembelajaran yang lebih kreatif dan interaktif.


Manakala di peringkat ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak untuk menceburi dan merasai pengalaman berniaga seperti memberi dorongan bagi menyertai aktiviti keusahawanan di dalam atau di luar sekolah.
Ibu bapa hendaklah mendedahkan anak-anak untuk menyertai aktiviti perniagaan dan keusahawanan dengan cara yang difikirkan sesuai bagi maksud menggalakkan kecenderungan mereka ke arah itu di samping memberi panduan memilih perniagaan yang dapat menepati kehendak pasaran semasa. Sebagai contoh ramai juga kalangan belia hari ini yang sudah memulakan perniagaan mereka menerusi online. Perniagaan seperti ini adalah mudah, cepat dan menjimatkan.


Selain itu, melalui persekitaran pula kita boleh mencontohi cara didikan dan pendedahan kaum Cina yang telah memberi pendedahan realiti dunia perniagaan kepada anak-anak mereka semenjak kecil lagi. Pendedahan awal seperti ini menggalakkan anak-anak mereka menceburi bidang perniagaan apabila besar kelak.
Begitu juga golongan korporat dan masyarakat, mereka boleh memberi sokongan dan galakan untuk mengerakkan aktiviti keusahawanan dan program-program motivasi seperti sekolah angkat, program keusahawanan dan bengkel serta ceramah kecemerlangan usahawan.


Pun begitu, adalah menjadi peranan pihak korporat dalam membantu usaha-usaha memperbanyakkan golongan usahawan dan peniaga Melayu, sekurang-kurangnya dengan memberi tajaan seperti mengadakan forum atau konvensyen keusahawanan dari semasa ke semasa.
Manakala di peringkat pengajian tinggi, peranan universiti yang menyediakan asas ilmu dan keterampilan boleh dikembangkan secara kreatif dan inovasi. Hal ini supaya graduan muda boleh memulakan bidang keusahawanan sebaik sahaja tamat pengajian.


Mentaliti graduan yang terlalu bergantung kepada ‘makan gaji’ perlu dikikis dengan membuka ruang minda mereka dengan realiti dunia perniagaan. Sebagai siswazah mereka perlu berpandangan jauh dan tidak mengharapkan ‘makan gaji’ semata-mata setelah tamatnya pengajian.
Galakan ini perlu diterapkan melalui pendedahan praktikal dalam sektor industri khususnya pendedahan dan penyertaan dalam sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS).Ini penting untuk membentuk minat mereka sebelum terjun ke bidang keusahawanan yang sebenar.


Bagaimanapun, dari semasa ke semasa, penilaian semula kurikulum di sekolah-sekolah dan di pusat-pusat pengajian tinggi harus dilakukan supaya dapat memberi keutamaan kepada penjanaan budaya keusahawanan yang menepati ciri-ciri, nilai dan prinsip yang digariskan oleh Islam.

Kefahaman mendalam tentang budaya berniaga dan keusahawanan ini akan memudahkan lagi golongan belia untuk merebut dan mencipta peluang yang baru dalam perniagaan mengikut kehendak pasaran semasa.


(Sumber Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131216/re_06/Budaya-niaga-Belia-perlu-rebut-peluang#ixzz3VHS2O5XJ
© Utusan Melayu (M) Bhd)

Ways To Generate Online Income

The Internet has made it possible to generate many more forms of passive online income. Passive income is one of three types of income, as categorized by the IRS. The most common source of passive income is through online advertisements. 

Advertising models 

Online advertisers offer a variety of advertising models where advertising affiliates are offered payment in exchange for clicks, impressions or for each commission. For example, an e-commerce website might offer a percentage of the revenue generated from sales after a user arrives from the affiliate's link. 

Generating passive income 

The size of the passive income generated by the advertising affiliates comes from the number of users who see the link and are compelled by the advertisement or context that the link is embedded in. In order to draw in traffic and maximize clicks, advertising affiliates need to create content that is interesting to the users and can also draw in traffic that is likely to click on the links and purchase the product on the other side. 

The need for content 

For this reason, many websites that are advertising affiliates need content, which is most often text. However, the content can also include images, downloads, software, video and various other applications and forms of multimedia. Website owners earn a passive income through advertisements either by creating the content themselves or by subcontracting the creation of this content out to other content creators. 

Passive and active compensation 

This can be paid for either through passive or active payments. Some website owners choose to share a portion of the website earnings with the content creators, while other websites choose to pay content creators a flat fee, which represents an active form of income. Flat fees provide content creators with an immediate gratification for the content creator, but articles with a large amount of views can earn much more passive income. 

E-commerce and auctions 

Advertisements are only one way in which income is generated online. Another way to generate income is through the selling of products and services. Many products are sold on e-commerce websites and auction websites. E-commerce websites generally sell a select type of merchandise, with products sold usually at a set price. Auction websites allow buyers and sellers to meet online. Buyers can bid on products, with the highest bidders getting the item for sale. 

Private contracts 

The bidding concept is also used to sell services on a variety of bidding websites. In this model, clients can post projects and professionals can bid on the project. In this case, the bid represents the fee that the professional wishes to be paid for the project. The client can choose bidders based on the suggested fee, the professional's credentials and samples that are presented to the client. 

However, this only represents one of many ways that clients and independent contractors can come together. Many clients will advertise the need for services on online classified websites, content mills and forums. For more high-profile projects, talent is usually found through word-of-mouth or by the independent contractor advertising his or her services on a personal website. While clients might pay a flat fee for services, some clients and independent contractors work out an hourly rate or a revenue share system.

About The Author

Johnathan Abbiss Is an Internet marketer who has successfully helped many to get started with an online income. To learn more and get some free advice visit here: http://www.johnathan-abbiss.com
Image

Bagaimana saya ubah kegagalan menjadi kejayaan dalam Perniagaan Internet

Seperti yang disebutkan pada tahun pertama saya hanya berjaya mendapat 3 pelanggan sahaja. Soalannya bagaimana saya berjaya mengubahkan kegagalan tersebut menjadi kejayaan sehingga mencapai keuntungan RM1,000,000 dalam masa 3 tahun kemudian? Jawapannya…

1. Lakukan apa yang anda minat

Minat saya pada reka grafik adalah sejak kecil lagi. Alhamdulillah diberi bakat Allah SWT dalam bidang seni grafik/lukis. Di sekolah agama, sekiranya pertandingan tulisan khat, selalunya InsyaAllah saya menjadi juara. Di sekolah menengah pula, menjadi presiden kelab seni lukis. Menambung pendidikan di University di United Kingdom juga dalam bidan Multimedia Graphic Design.

Pendek kata, memang minat saya dalam bidang grafik sejak kecil hingga kini.

Mengapa ini penting adalah, sekiranya kita melakukan sesuatu yang kita tidak minat, pastinya amat mudah dan pantas kita berputus asa. Walaupun saya mendapat 3 pelanggan untuk hasil kerja grafik saya dalam masa setahun, bagi saya ianya memadai oleh kerana saya lakukannya kerana minat.

Sekiranya melakukan kerja atau usaha tanpa minat dan kesungguhan, pastinya pada tahun pertama, saya sudah putus asa dan tidak menjalankan perniagaan Internet grafik yang dilakukan. Oleh itu… JANGAN PUTUS ASA!

2. Ketahui ada sebab kita gagal

Buang rasa ego atau terasa diri sudah pandai. Ada sebab mengapa kita gagal. Sekiranya kita fikirkan kita sudah pandai dan tahu segalanya (ego yang tinggi), maka, tiada ruang untuk memperbaiki diri kita. Kesilapan saya yang mengakibatkan kegagalan dalam perniagaan adalah kelemahan saya dalam ilmu perniagaan.

Dalam erti kata lain, pada tahun 2000 apabila saya memulakan perniagaan Internet, saya “main redah” sahaja. Tanpa ilmu yang betul, tanpa cara yang terbaik dan tanpa strategi yang sebenar. Akibatnya, pastinya perniagaan akan gagal.

Kekurangan ilmu ini membuatkan saya tekad mencari ilmu perniagaan Internet sebenar dan belajar dari mereka yang berjaya dalam perniagaan Internet. Ketika itu, saya melaburkan beribu-ribu ringgit juga untuk mencari ilmu perniagaan Internet yang sebenar. 

Mujur ketika itu saya bekerja fulltime sebagai Multi Media Designer di sebuah syarikat dan mempunyai gaji untuk dilaburkan mencari ilmu. Perniagaan Internet ketika itu adalah secara part-time. Oleh itu… CARI ILMU TANPA HENTI!

3. Aplikasikan ilmu serta merta

Sering saya dengar dan lihat orang ramai yang rajin membaca, menghadiri seminar, mencari ilmu, tetapi tidak mengaplikasikan ilmu yang dipelajari. Memang bagus mencari ilmu, tetapi, sedihnya bila ramai yang mempunyai ilmu, tidak cuba mengaplikasikan ilmu yang di cari. Tidak henti-henti mencari ilmu, namun tidak TAKE ACTION!

Mungkin anda pernah kenali orang sebegini?

Ketika remaja lagi, saya suka membaca buku-buku motivasi. Dan dalam semua buku motivasi menyebut pentingnya menetapkan matlamat. Namun dalam semua buku motivasi juga mengatakan pentingnya untuk mengambil tindakan (take action), barulah matlamat akan tercapai!

Begitu juga dengan ilmu yang kita pelajari. Sekiranya ilmu yang dipelajari hanyalah untuk mengembangkan ilmu di dada, sememangnya tidak salah. Tetapi, sekiranya ilmu yang dipelajari adalah untuk mengembangkan pendapatan, ekonomi, kekayaan dan kejayaan perniagaan, maka segalanya perlu diaplikasikan.

Aplikasikan ilmu dan take action tanpa putus asa. Ada juga yang mengaplikasikan ilmu, kemudian, lihat masih sukar, mereka akan putus asa. Action perlu disertakan dengan konsisten, bukan hangat-hangat tahi ayam. Oleh itu… TAKE ACTION SEKARANG!

3 tip di atas adalah 3 perkara penting yang saya lakukan sejak 2000 hingga kini. Sememangnya bunyi mudah, tetapi tidak dinafikan, adakalanya ianya susah untuk dibuat. Perlu ingat, sekiranya mudah, pastinya semua orang sudah berjaya kini. 

Tetapi, oleh kerana ianya sukar, maka mereka yang melalukan sesuatu ekrana minat, mereka yang sering mencari ilmu dan mereka yang terus mengaplikasikan ilmu di dada… mereka lah yang akan berjaya!

Sumber: Irfankhairi.com

10 Cara Bagaimana Perniagaan Membuat Keuntungan / Jana Pendapatan


Berikut adalah 10 cara bagaimana sesuatu perniagaan membuat keuntungan.
1. Menjual Produk – Mengeluarkan sesuatu produk, jual kepada pelanggan dengan harga yang lebih tinggi dari harga kos.
2. Menyediakan Servis / Perkhidmatan – Menyediakan sesuatu perkhidmatan yang berguna, kenakan caj dari perkhidmatan ini.
3. Perkongsian Penggunaan – Wujudkan satu jenis perkongsian seperti kafe siber atau gim. kenakan bayaran untuk menggunakan perkhidmatan ini.
4. Langganan – Wujudkan pelanggan yang berlanggan sepanjang masa. Kenakan caj atas tempoh masa langganan (contohnya seperti langganan majalah dan surat khabar)
5. Insurans – Mewujudkan polisi insuran dengan memberi jaminan bantuan sewaktu sesuatu perkara malang terjadi. Kutip duit dahulu. Berikan semula duit hanya jika perkara malang terjadi.
6. Penjualan Semula – Beli sesuatu barangan dengan harga yang murah, jual semula dengan harga yang lebih tinggi. Contohnya membeli rumah secara tunai. (Penjual sanggup menerima harga yang 20% lebih rendah sekiranya terdapat tunai di hadapan mata)
7. Pajakan atau sewa – Beli aset, sewakan aset ini kepada yang memerlukan dengan satu nilai yang menguntungkan dalam jangka masa panjang.
8. Maklumat Pengguna – Wujudkan perhatian/tarikan dan sebarkan maklumat yang diperlukan oleh sesuatu kelompok pengguna. Dapatkan maklumat pengguna tersebut sebagai balasan. Jual maklumat ini kepada syarikat-syarikat yang memerlukan (syarikat direct-mail, syarikat pengiklanan). Juga dalam kategori ini adalah membuat pungutan suara dan pemerhatian. Maklumat seperti ini sangat berguna kepada syarikat-syarikat yang ingin memulakan proses pemasaran. (pastikan anda melakukan ini dalam kerangka undang-undang)
9. Komisen - Jual barang yang dimiliki oleh orang lain dan ambil keuntungan atau upah dari jualan ini.
10. Dividen – Beli peratusan dalam syarikat-syarikat. Apabila syarikat membuat keuntungan, anda mendapat dividen hasil pegangan anda.
Boleh dikatakan 99% perniagaan di masa lampau dan di masa depan mempunyai salah satu atau lebih daripada ciri di atas. Jika kita ingin mulakan perniagaan, cuba pilih satu atau lebih daripada 10 perkara di atas untuk memulakannya.

Tips Bagaimana Cara Membuat Pembentangan dan Presentation Yang Hebat dan Berkesan


Pembentangan Oleh Puan Suraya Lunatots
Sebagai usahawan, ahli perniagaan atau pelajar universiti tentu anda perlu membuat pembentangan atau presentation. Pembentangan ini akan menetukan siapa diri anda dan adakah mesej yang anda ingin sampaikan ini dapat disampaikan dengan baik dan difahami oleh pendengar. Ini juga menentukan samada anda mendapat kontrak, jualan, pinjaman, markah dan kelulusan yang diperlukan.
Dalam artikel ini saya akan terangkan secara terperinci bagaimana untuk anda melakukan presentation yang baik. Ciri-ciri menyediakan pembentangan yang baik serta apa yang perlu anda lakukan sewaktu pembentangan itu sendiri. Akhir sekali saya akan terangkan mengenai salah satu pembentangan yang saya buat sebagai contoh buat anda.
Saya terdedah untuk membuat pembentangan ini hampir setiap bulan untuk Kursus Memborong di China dan Lot.my di mana saya perlu menerangkan secara spesifik kaedah, cara dan masalah untuk menyediakan usahawan di China. Untuk Lot.my pula, kami berhadapan dengan usahawan yang ingin membuka kedai online dan bagaimana untuk mengajar serta mendidik mereka supaya mereka boleh membuka kedai online mereka apabila mereka pulang ke rumah.
Pembentangan yang baik adalah pembentangan yang dapat mempengaruhi keputusan yang bakal pendengar anda buat. Jadi penting untuk anda fokus bukan saja kepada ciri-ciri  pembentangan yang baik, malah perlu ada juga unsur emosi. Emosi yang disampaikan akan mempengaruhi keputusan pendengar. Akhir sekali perlu disusuli dengan tindakan yang perlu dilakukan oleh pendengar sebagai kesimpulan.
Berikut adalah ciri-ciri teknikal presentation yang baik yang perlu anda titik beratkan sewaktu persediaan pembentangan. 
1. Pemilihan jenis huruf
Ini adalah sangat penting supaya semua orang yang berada dalam dewan dapat melihat dengan jelas tulisan yang digunakan untuk menyampaikan poin anda. Jika anda tidak tahu font mana untuk dipilih, pilih saja font Arial yang biasa digunakan. Jangan gunakan font
2. Warna
Warna memainkan peranan yang sangat penting untuk pendengar anda melihat dengan jelas perkataan, ayat dan poin yang anda bentangkan. Kesalahan yang biasa dilakukan adalah apabila pembentang cuba menggunakan warna-warna fancy yang kononnya ingin menjadikan pembentangan mereka lain daripada yang lain. Namun kaedah ini hanya menjadikan keadaan pembentangan anda lebih teruk . Contohnya, ada yang menggunakan latar belakang hitam dengan tulisan merah. Ini menjadikan pendengar sakit mata melihatnya.
Anda boleh menggunakan sedikit sebanyak warna lembut untuk latar belakang, namun pastikan tulisan anda adalah jelas dan kontra dengan warna latar belakang.
Tip mudah untuk memilih warna adalah menggunakan warna background putih dengan tulisan hitam. Sentiasa ingat, anda tidak akan mendapat markah lebih hanya kerana anda menggunakan warna yang fancy. Tidak ada markah tambahan di sini, ambil saja jalan selamat.
3. Power point
Power point digelar power point adalah kerana ia untuk poin dan bukan untuk meletakan karangan. Ramai pembentang membuat kesalahan dengan meletakkan seluruh perenggan yang ada dalam modul atau kertas kerja dalam power point. Ini adalah kesalahan yang besar.
Orang melihat kepada slides anda untuk melihat point dan mengharapkan anda akan menghuraikan serta menerangkan setiap poin tersebut. Pilih hanya poin yang terbaik untuk diletakkan di slides anda. Anda juga boleh mengadakan poin-poin ini dalam bentuk diagram / mind map. Namun jika anda tidak pandai melukis diagram, kekalkan dalam bentuk point biasa dalam 5-7 patah perkataan bagi setiap poin. Hanya maksimum 5 poin sahaja dalam satu-satu slides.
4. Penerangan
Setelah membuat point, anda perlu menerangkan setiap point ini dengan kaedah berikut
a. Baca point yang diletakkan di atas slides (satu poin pada satu masa)
b. Definisikan atau ulas maksud poin tersebut dalam satu ayat
c. Huraikan poin tersebut dengan 3-5 ayat.
d. Berikan satu contoh ringkas atau cerita menarik berkenaan poin itu.
5. Memberi Contoh dan Bercerita 
Memberi contoh penting supaya pendengar dapat membayangkan dan memahami point yang disampaikan. Satu lagi kaedah yang berkuasa adalah bercerita.
Kita sebagai manusia sudah terlatih sejak dari kanak-kanak untuk seronok mendengar cerita dan pengalaman orang lain. Jadi sewaktu berada di langkah (d) seperti di atas, terangkan mengenai satu kisah menarik mengenai poin tersebut. Anda boleh ceritakan sesuatu dari pengalaman anda, pengalaman orang lain, kisah yang berlaku dalam masyarakat ataupun kisah dongeng dan rekaan. Asalkan ia berkaitan dengan poin dan memberikan pendengar satu bayangan yang jelas mengenai apa yang anda terangkan.
6. Penggunaan Gambar, Video dan Diagram
Penggunaan gambar juga boleh memainkan peranan yang penting dalam pembentangan. Namun gambar yang dipilih perlu menarik dan menyampai mesej yang jelas kepada pendengar. Jangan gunakan gambar yang boleh menganggu orang yang melihat pembentangan anda seperti gambar mayat, gambar orang dibedah atau gambar wanita separuh bogel.
Penggunaan Video pula pastikan ia dari 2 minit dan maksimum 3 minit. Video yang terlalu lama akan membuatkan pendengar bosan dan ini akan mengakibatkan mereka mula memikirkan mengenai hal lain dan anda gagal untuk meletakkan mereka dalam fokus yang anda mahukan. Pendengar di sini untuk mendengar anda bercakap dan bukan di panggung wayang untuk menonton video.
Penggunaan Diagram atau peta minda juga baik. Namun tak boleh ada lebih dari 5 point dalam peta minda tersebut. Jika peta minda anda mempunyai point yang lebih dari itu, ia menjadikan pendengar sukar untuk mengingati dan memahami poin anda.
7. Persediaan Awal 
Jika anda masih baru dalam bidang pembentangan, anda perlu buat latihan beberapa kali sebelum pembentangan yang sebenar. Ini akan memberikan beberapa kelebihan kepada anda antaranya
a. Anda tahu bahawa anda hanya menggunakan waktu yang diberikan untuk pembentangan. Jika anda diberi 10 minit. Pastikan pembentangan anda habis dalam tempoh waktu kurang dari itu. Jika lebih sekalipun, pastikan tidak lebih dari 2-3 minit dari 10 minit yang diberikan.
b. Anda juga perlu tahu kederasan anda bercakap. Anda tidak perlu bercakap terlalu cepat atau terlalu perlahan kederasannya. Ini akan mempengaruhi masa yang diambil untuk menyampaikan pembentangan. Jadi latihan dan kritikan dari orang lain penting sebelum anda membuat pembentangan yang sebenar.
c. Kelancaran bercakap juga dapat dipertingkatkan kerana dengan latihan yang mencukupi anda sudah boleh mengingati slides yang seterusnya. Oleh itu sewaktu pembentangan nanti, anda akan lebih bersedia dari segi mental untuk menerangkan poin yang seterusnya.
c. Selain itu, dengan persediaan yang awal, anda boleh membuang poin-poin yang tidak perlu dan hanya kekalkan poin yang penting sahaja. Anda tidak perlu merasa bersalah untuk membuang poin-poin tertentu kerana poin yang terlalu banyak hanya akan menjadikan pendengar anda keliru. Lebih baik sedikit tetapi padat. Yang penting anda dapat mempengaruhi pendengar anda.
Pada hari pembentangan…
1. Berpakaian kemas dan sesuai
Pakaian adalah sangat penting lagi-lagi jika penonton anda bukan orang yang anda kenali. Pastikan pakaian anda sesuai. Pakaian yang baik menunjukkan bahawa anda menghormati penonton anda. Pakaian yang selekeh memberi signal bahawa anda tidak bersedia, tidak meyakinkan dan tidak menghormati penonton.
2. Berdiri Di Hadapan Tepi Kanan Screen 
Anda perlu berdiri dengan berkeyakinan di hadapan sebelah kanan screen. Dengan ini anda tidak menghalang penonton untuk melihat slides anda.
3. Gunakan penunjuk screen bukan jari
Gunakan penunjuk screen untuk menunjukkan poin yang anda ingin terangkan. Jika tidak ada penunjuk screen, gunakan pensel atau pembaris. Jangan sekali-kali gunakan jari anda. Jika semuanya tidak ada. Jangan tunjuk pada screen langsung. Bercakap dengan penonton dengan tangan terbuka.
4. Jangan menerangkan dengan melihat kepada slides
Anda boleh melihat kepada slides sewaktu membaca poin yang tertera di slides, namun jangan menghuraikan dengan melihat kepada slides. Anda perlu menerangkan atau menghuraikan dengan melihat kepada penonton anda.
5. Bercakap dengan sistematik
Seperti yang saya terangkan sebelum ini, anda perlu bercakap dengan sistematik. Ikut langkah ini – Baca point, definisikan, huraikan dan bercerita atau beri contoh.
6. Akhiri Pembentangan Dengan Saranan
Akhiri pembentangan anda dengan saranan atau apa yang perlu bertindak oleh pendengar sekarang. Ia boleh jadi mereka perlu bertindak untuk mendaftar, atau bertindak memahami sesuatu isu ataupun mereka perlu sedar mengenai sesuatu yang perlu diubah.
Pembentangan yang baik akan bermula dengan pembentang mengalihkan fokus pendengar daripada mana-mana bidang lain kepada bidang yang diterangkan, kemudian pembentangan memainkan emosi dengan cerita supaya pendengar faham secara tidak langsung bahawa apa yang sedang disampaikan ini penting. Kemudian di akhir pembentangan disusuli dengan tindakan yang perlu diambil dengan jelas.

Jual ulam raih RM30,000 sebulan

KOTA BHARU: Kegigihan mengusahakan pelbagai jenis tanaman ulam-ulaman, nyata berbaloi buat seorang wanita apabila meraih pendapatan lumayan,...