Carian Maklumat Di Sini...

Google

Asas Pembangunan Dan Keperluan Sistem Fertigasi – SIRI 1

 Teknologi fertigasi adalah teknik penanaman moden yang telah terbukti memberi kesan yang baik kepada tanaman sayuran dan buah-buahan.

Fertigasi adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu ‘fertilizer’ dan ‘irrigation’. Menerusi kaedah ini, sistem pembajaan dan pengairan dilakukan secara serentak.

Definasi Fertigasi adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan.

Kelebihan Sistem Fertigasi

  1. Bekalan nutrient yang seimbang berterusan kepada tanaman
  2. Kawasan atau tanah yang bermasalah dapat dibangunkan dengan menggunakan kaedah penanaman sistem fertigasi.
  3. Bebas daripada penyakit bawaan tanah seperti Nematod dan Fusarium.
  4. Meningkatkan kualiti dan hasil pengeluaran.

Kelemahan Sistem Fertigasi

1. Kos permulaan yang tinggi (kos pembangunan)

* Memerlukan kemahiran dan pengetahuan.

JENIS–JENIS SISTEM FERTIGASI DI MALAYSIA

1. Sistem Terbuka


2. Sistem Gantung


3. Sistem Lindungan Hujan


4. Sistem Lindungan Hujan Dan Serangga

 

DALAM STRUKTUR

Tanpa lindungan… bagaimana?

  • Boleh juga …tapi !!…
  • Terdedah kepada risiko hujan lebat ataukelembapan berlebihan.
  • Pemilihan media perlu tepat
  • Pengurusan agihan nutrien berbeza
  • Kos lebih rendah – boleh tanam lebih luas

KEPERLUAN ASAS (1) Baja

  • Sama dengan baja hidroponik
  • Kandungan nutrien yang lengkap & seimbang (berbeza ikut jenis tanaman)
  • Biasanya dalam satu set khas (A & B) – campuran atau cecair dalam bungkusan/bekas yang berlainan

NUTRIEN TANAMAN

JENIS BAJA

MENGAPA – SET A & B ??

• Asingkan Ferum dan sulfat (dalam larutan pekat)

CONTOH (1) Fomulasi Baja

KEPERLUAN ASAS (2) Sumber Air

  • TIDAK TERPUTUS BEKALAN
  • BERSIH–TIDAK TERCEMAR (Toksik/mendapan/ampaian ferum dll)
  • JERNIH
  • TIDAK BERBAU

Punca

BEKALAN AIR PAIP JBA

AIR BUMI (tube well)

AIR GUNUNG (mengalir)

AIR TASIK pH 6.5 – 7.5

RANGKAIAN PAIP UTAMA

RANGKAIAN PAIP LADANG

  • Sumber air bersih
  • Tangki & injektor
  • Pam & timer
  • Penapis
  • Paip utama (main-line)
  • Paip kedua (sub-line)
  • Mikro tiub & penitis

TANGKI NUTRIEN

RUMAH OPERASI NUTRIEN

PAM & TIMER

  • 2.0HP–siraman sehingga 2500 beg
  • 1.0HP–siraman sehingga 1000 beg
  • 0.5HP–siraman sehingga 300 beg
  • Timer – boleh laras sehingga 5 minit

TIMER

PENAPIS

PAIP LADANG

  • Jenis – polypipe, PVC, Mikro Tubing
  • Saiz:
  • Main-line 32 – 63 mm
  • Sub-line 16 – 19 mm
  • Mikro tube 1 – 3 mm
  • Penitis 1 liter/jam (Arrow dripper dsb)
  • SAMBUNGAN SUB LINE KE MIKRO TIUB

SAMBUNGAN MIKRO TIUB KE TIUB PENITIS

TIUB PENITIS SUDAH BERSEDIA UNTUK BEROPERASI

Teknologi Pengeluaran Tanaman Makanan

KOMPONEN SISTEM PENGAIRAN

PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAN SISTEM PENGAIRAN

    • Memeriksa aliran titisan
    • Kebocoran …
    • Membersihkan penapis
    • Membasuh & membilas tangki nutrien
    • Menyah kuman (pensterilan)

KEPERLUAN ASAS (4) Media

CIRI-CIRI

  • Mempunyai ruang udara 20–40%
  • Kadar pegangan air 60–80%
  • Bebas penyakit
  • Murah
  • Mesra alam
  • Kebolehan kawalan nutrien, pH dan suhu
  • Mudah diperolehi

Media Tanaman

Sabut buah 100% Sabut buah + Abu Abu Sawit 100% 50:50

PH MEDIA

BEKAS TANAMAN

KEPERLUAN ASAS (6) Biji benih

KEPERLUAN ASAS (7) Alat pengukur larutan/media

 

STRAWBERRY BERBUAH LEBAT DENGAN TIGA BAJA INI


 

10 Kelebihan Menggunakan Epsom Salt Pada Tanaman


1. Meningkatkan peratusan percambahan biji benih

● magnesium membantu menguatkan biji benih sejak dari awal percambahan iaitu dengan menguatkan dinding sel biji benih.
Untuk hasil yang baik, guna 1 cawan epsom salt utk 100 kaki persegi tanah, atau gaul 1 sudu makan epsom salt pada tanah/peat moss sebelum menyemai biji benih.

2. Meningkatkan kadar penyerapan nutrien yg diperlukan oleh akar pokok (nitrogen, fosforus dan sulfur)

●Campurkan epsom salt pada tanah untuk memperbaiki penyerapan secara semulajadi.
Anggaran 1 sudu makan epsom salt utk keluasan 1 kaki persegi.

3. Mengatasi masalah pokok terkejut ketika dialih dari bekas kecil ke bekas lebih besar.

● Tabur/siram epsom salt di sekeliling pokok sebaik saja ia dapat rumah baru bagi membantu mengatasi masalah pokok terkejut dan kecederaan akar ketika dialihkan. Letakkan pokok yang dialihkan di tempat redup atau yg mendapat sinaran matahari pagi selama seminggu sebelum didedahkan secara langsung kepada sinaran matahari.

4. Menambahkan kehijauan tanaman.

Tanaman yang kekurangan magnesium boleh dikenalpasti apabila daunnya kekuningan.
Ini kerana magnesium adalah komponen penting dalam penghasilan klorofil.
● Tabur/siram 1 sudu makan epsom salt sebulan sekali di sekeliling pokok.
● atau bancuh 1 sudu makan epsom salt dengan 4 liter air. Sembur pada tanaman.

5. Mencegah daun kerinting

Daun kerinting mungkin disebabkan kekurangan magnesium. Biasa berlaku pada tanaman cili dan tomato.
●2 sudu makan epsom salt campur dengan 4 liter air siram pada pokok/daun.

6. Mengatasi masalah siput dan lintah bulan yang suka memakan daun dan anak benih.
Jika dicampurkan ke dalam set hidroponik, menggalakkan kesuburan tanaman selain mencegah pembiakan jentik-jentik.

7. Mengatasi masalah bunga atau buah gugur.

Melebatkan bunga dan buah, menjadikan buah lebih manis.
● Tabur pada pokok buah dan sayuran berbuah.

8. Rasa tomato lebih lazat dan manis

● 2 sudu makan epsom salt dibancuh dengan 4 liter air. Siram 2 minggu sekali

9. Meningkatkan hasil cili (berbuah lebat).

●Tabur 1 sudu makan epsom salt utk 1 kaki persegi 2 minggu sekali

10. Pokok ros menjadi lebih cantik

Membantu menjadikan saiz bunga lebih besar dan berbunga lebat, menguatkan rintangan pada penyakit dan serangan perosak tanaman.
● 1 sudu makan utk 1 kaki persegi tanah. Boleh ditabur di sekeliling pokok.
● Juga disembur iaitu 1 sudu makan epsom salt dibancuh dgn 4 liter air. Sembur pada daun dan pucuk.

Ia bukanlah garam yang sama terdapat di farmasi atau pusat jualan kecantikan kerana epsom salt ini diformulakan untuk pelbagai tanaman bagi pertumbuhan maksimum. Semoga bermanfaat pada anda semua.


K51 baja paksa buah

Berminat boleh

SOP TANAMAN CILI SOLOK/KULAI ( LANGKAH 2 )



MERACUN
Sifir saya untuk meracun ialah
- racun serangga + racun kulat + foliar(utk bsrkan daun dan pokok)
- Perlu membuat racun giliran. Jenis racun hendaklah sentiasa ditukar bagi tujuan menghalang serangga menjadi kebal
- Jika hanya guna racun yg sama setiap kali,serangga atau virus akan menjadi kebal dan tidak akan bertindak balas lagi dengan racun tersebut

Contoh racun dan fungsi racun yang boleh digunakan
1. Racun Serangga
- cascade (ulat)
- takumi (ulat)
- envidor (hamama)
- reagent (trip/hamama)
- solomon (trip/whitefly)
- kenmos (whitefly)
- pegasus(hamama/whitefly)
2. Racun Kulat
- zampro
- score
- ridomil
- mancozeb

3. Foliar
- Amino acid Avantnatur ( menghalang akar drpd stress)
- Calcium,magnesium,boron cabmag ( untuk buah yg besar,bersinar dan tidak bengkok)
- Trace eliment,Combi 1 (unsur kecil bagi melengkapkan lagi unsur baja yg tidak dapat diterima sepenuhnya oleh pokok melalui baja ab,guna kaedah semburan)
- OHN (organik kulat)
- Plant Booster Buah Lebat
- Mol ikan ( tumbesan pokok )

Minggu 1
Isnin (kimia)
Solomon 5-6ml + mancozeb 30gm + Mol Ikan 60ml + OHN 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Anak 100ml + Plant Booster 100ml + Mol ikan 60ml + OHN 60ml (kawalan kulat organik) untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Minggu 2
Isnin(kimia)
Pegasus 20ml + antracol 60gm + OHN 100ml + CabMag 50ml + Mol ikan 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Anak 100ml + Plant Booster 100ml + Mol ikan 60ml + OHN(kawalan kulat organik) 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Minggu 3
Isnin(kimia)
Solomon 5ml + mancozeb 30g + Avant Natur 30ml + combi1 1sachet + mol ikan 100ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Anak 100ml + Plant Booster 100ml + Mol ikan 50ml + OHN(kawalan kulat organik) 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Minggu 4
Isnin (kimia)
Pegasus 20ml + antracol 60gm + Avant Natur 30ml + CabMaG 50ml + Combi 1 1sachet untuk 18 liter air. Seharian drip air kosong

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Anak 100ml + Plant Booster 100ml + Mol ikan 50ml + OHN(kawalan kulat organik) 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Minggu 5
Isnin(kimia)
Solomon 5ml + mancozeb 30g + Avant Natur 30ml + combi1 1sachet + mol ikan 100ml untuk 18liter air.
Seharian drip air kosong

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Anak 100ml + Plant Booster 100ml + Mol ikan 50ml + OHN(kawalan kulat organik) 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Minggu 6
Isnin (kimia)
Pegasus 20ml + antracol 30g + CabMaG 50ml + Combi 1sachet + Avant Natur untuk 18liter air. Seharian drip air kosong

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Anak 100ml + Plant Booster 100ml + Mol ikan 50ml + OHN (kawalan kulat organik) 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Minggu 7
Isnin(kimia)
Solomon 10ml + mancozeb 30g + Mol ikan 100ml + combi1 1sachet + Avant Natur 30ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Bunga100ml + Plant Booster 100ml + Mol ikan 100ml + OHN(kawalan kulat organik) 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Minggu 8
Isnin (kimia)
Pegasus 20ml + antracol 30g + Avant Natur 30ml + CabMaG 50ml + Combi 1 1sachet untuk 18 liter air. Seharian drip air kosong

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Buah 100ml + Plant Booster 100ml + Mol ikan 50ml + OHN(kawalan kulat organik) 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Minggu 9
Isnin(kimia)
Solomon 10ml + mancozeb 30g + Mol ikan 100ml + combi1 1sachet + Avant Natur 30ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Bunga100ml + Plant Booster 100ml + Mol ikan 100ml + OHN(kawalan kulat organik) 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Minggu 10
Isnin (kimia)
Pegasus 20ml + antracol 30g + CabMaG 50ml + Combi 1sachet + Avant Natur untuk 18liter air. Seharian drip air kosong

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Buah 100ml + Plant Booster 100ml + Mol ikan 50ml + OHN (kawalan kulat organik) 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Minggu 11
Isnin(kimia)
Solomon 10ml + mancozeb 30g + Mol ikan 100ml + combi1 1sachet + Avant Natur 30ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Bunga100ml + Plant Booster 100ml + Mol ikan 100ml + OHN(kawalan kulat organik) 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Minggu 12
Isnin (kimia)
Pegasus 20ml + antracol 30g + CabMaG 50ml + Combi 1sachet + Avant Natur untuk 18liter air. Seharian drip air kosong

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Buah 100ml + Plant Booster 100ml + Mol ikan 50ml + OHN(kawalan kulat organik) 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Minggu 13
Isnin(kimia)
Solomon 10ml + mancozeb 30g + Mol ikan 100ml + combi1 1sachet + Avant Natur 30ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Bunga100ml + Plant Booster 100ml + Mol ikan 100ml + OHN(kawalan kulat organik) 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Minggu 14
Isnin (kimia)
Pegasus 20ml + antracol 30g + CabMaG 50ml + Combi 1sachet + Avant Natur untuk 18liter air. Seharian drip air kosong

Khamis (organik)
MTP(Mol Tumbesaran Peringkat) Buah 100ml + Plant Booster Buah Lebat 100ml + Mol ikan 50ml + OHN(kawalan kulat organik) 60ml untuk 18liter air. Seharian drip air kosong.

Jgn lupa like,komen n share supaya rakan2 petani yg lain dapat ilmu.
Boleh like follow fb page "Lada Solok" untuk ilmu pertanian.

Semoga allah swt kurniakan kita rezeki yg melimpah utk kita semua.
Semoga bermanfaat sahabat.

#LadaSolokPage
#BenihSolok
#Noafaz Farm

Cc. Noraida Kamil Mohd Farid Mat Yusoff

PERBEZAAN ZEOLITE, AZOMITE DAN DOLOMITE



ZEOLITE

Zeolite adalah salah satu mineral yang terdapat di tanah gunung berapi. Ia merupakan bahan tak organik yang berbentuk kristal dan mengandungi ion-ion bercas positif (+ve) dan juga molekul-molekul air (H2O). Zeolite berperanan menyerap kandungan nutrient dan air dalam media serta mengagihkannya kepada tanaman mengikut keperluan. Secara langsung ia dapat mencegah kehilangan nutrient dan air serta mengurangkan masalah akar membusuk. Selain itu, zeolite juga mampu meningkatkan daya ketahanan, berat hasil dan jangka hayat tanaman.

AZOMITE

Azomite adalah bahan mineral semulajadi yang terhasil dari letusan gunung berapi. Bahan ini mempunyai 70 mineral aktif serta mineral² tambahan yang hanya didapati di pergunungan Utah, USA. Amat baik untuk tanaman dan digunakan untuk melengkapi mineral keperluan tanaman. Kesan penggunaannya mampu meningkatkan daya imunisasi tanaman terhadap penyakit.

DOLOMITE

Ia adalah bahan mineral batu kapur yang memberi banyak manfaat pada tanah dan tanaman. Manfaat yang pertama adalah ia dapat mengubah pH tanah di dalam media tanaman. Kedua, ia juga mampu meneutralkan zat-zat berbahaya yang dapat meracuni tanah dan tanaman, seperti aluminium, zat besi, dan tembaga. Seterusnya, dolomite dapat memperbaiki struktur tanah supaya menjadi lebih gembur dan melancarkan sirkulasi udara dalam tanah. Lain-lain kelebihan dolomite adalah dapat membantu pembentukan klorofil yang sempurna pada tanaman, mengaktifkan pelbagai jenis enzim, merangsang pembentukan zat lemak, karbohidrat, dan berbagai nutrien lain dalam tanaman.

TIPS PENGGUNAAN PRODUK BIOXPLUS


Salam Sejahtera.

Tip penggunaan produk
Maklumat produk
Nama: #
1-BIOXPLUS BACILLUS PLUS+ 5L
2-BIOXPLUS BACILLUS PLUS+ AMiNo 5L

Kandungan: 5Liter

Kaedah Guna:
Utk tanaman secara fertigasi
(Rawatan Media tanaman Sabut/ Sekam/tanah)
- Curahkan sebotol 5Liter BIOXPLUS BACILLUS PLUS+ ke dalam tangki air 500-600gelen
- Drip bancuhan tadi ke MEDIA TANAMAN secara berperingkat sehingga habis air dalam tangki.
- Lakukan pada sebelah petang ke malam.
-Jika Sabut/sekam baru, pastikan “flush” dahulu dengan air kosong sehingga air yg keluar dari polybeg berwarna jernih..
-Lakukan proses rawatan media ini sebanyak 2x sebelum proses penanaman berlaku iaitu 7 hari sebelum tanam dan 4 hari sebelum tanam.

Kaedah guna( tanaman menggunakan media tanah) bukan fertigasi.Rawatan tanah.
- campurkan produk 150ml/20Liter air.
-Semburan secara menyeluruh ke atas tanah batas yg telah mengandungi tinja haiwan.
-Lakukan semburan basah(drenching).
-biarkan selama 2-3hari sebelum silver shine menutup batas tanah.

KAEDAH “FLUSHING”
A)Fertigasi
Curahkan sebotol 5Liter BIOXPLUS BACILLUS PLUS+ ke dalam tangki air 500-600gelen dan drip sepanjang hari pada ketika hari anda drip air kosong pada tanaman.
Ganti kaedah lama hanya guna air kosong sahaja.
Sebagai bahan tambah kepada pokok dalam meningkatkan potensi pokok kearah tahap yg maksimum.

B)Antara cadangan penggunaan semasa tanaman berlangsung (fertigasi)
Tanaman timun/peria/kambas/
kacang panjang/melon. :Seminggu sekali
Tanaman cili besar/api:1-2 minggu sekali
Tanaman terung :2 minggu sekali

C)Jika terkena “Lock Unsur”
- guna ketika masalah dihadapi.
-buat pada sebelah malam.
-kaedah guna sama seperti kaedah “Flushing”.

D) Semburan( Foliar)
- 80ml-120ml /20Liter air
-lakukan semburan pada sebelah petang ke malam.
-Dapat membantu memperbaiki struktur daun untuk meningkatkan tahap kecekapan daun dalam melakukan proses fotosintesis.
-Meningkatkan daya tahan melawan penyakit pada tanaman.

****produk ini 100% ORGANIK yg mengandungi MIKROB HIDUP.Jika ingin menggunakaan bekas yg pernah guna bahan kimia pastikan telah dicuci sebersih2nya.

PERKONGSIAN TANAM TEBU TELUR



1 ekar kepadatan 1200 lubang
Akn membentuk 1200 Rumpun
1 Rumpun jaga 10 ke 12 batang
1 ekar berpotensi 12k batang
Tempoh menuai 9 bln sudah mencecah 8 ke 9 kaki

jualan dpd ladang Harga borong
1 btg rm 1.50 x 12k = rm 18.000
18k bahagi 9 bln sbln berpendapatan 2k sbln

Jika rm 2.00 sbtg x 12k = rm 24k
24k bahagi 9 bln = rm 2666 sbln

Itulah Unjuran utk 1 ekar.
Jika tanam 3 ekar kira sendiri...,

Utk kos benih 1 lubang letak 3 keratan benih.
1 ekar perlukan 18 guni = 3600 keratan rm 1080.00 utk benih.

Lanjut join fb koperasi pembangunan usahawan bestari johor bhd

Jual ulam raih RM30,000 sebulan

KOTA BHARU: Kegigihan mengusahakan pelbagai jenis tanaman ulam-ulaman, nyata berbaloi buat seorang wanita apabila meraih pendapatan lumayan,...