Carian Maklumat Di Sini...

Google

KENALI KELAS-KELAS RACUN PEROSAK


Perkara pertama yang perlu diketahui oleh pengguna racun perosak berhemah ialah kelas-kelas racun. Terdapat 5 kelas racun yang disusun berdasarkan tahap kebisaannya. Setiap kelas dibezakan dengan warna (disebut pita warna) bermula dari warna hitam untuk kelas 1a dan diakhiri dengan warna putih untuk kelas IV. 

Setiap pita warna mengandungi maklumat tahap kebisaan dalam 3 bahasa iaitu melayu, mandarin dan tamil bagi kemudahan semua pengguna. Adalah ditegaskan bahawa kelas tersebut adalah berdasarkan kebisaannya kepada manusia bukannya kepada makhluk perosak. Ini bermakna kelas 1a adalah amat berbisa kepada manusia bukannya kepada makhluk perosak. Ini juga bermakna jika anda menggunakan racun kelas 1a, ia bukan bermaksud amat berkesan kepada makhluk perosak. Setiap penggunaan racun perosak adalah mengikut apa yang disyorkan pada label. 

Secara umumnya, kelas racun tersebut ialah 
Kelas 1a (warna hitam) - BERACUN -AMAT BISA 
Kelas 1b (Warna merah) - BERACUN - BISA 
Kelas II (Warna kuning) - BERACUN 
Kelas III (Warna biru) - BERBAHAYA
Kelas IV (Warna putih) 

Pengguna disyorkan untuk menggunakan racun perosak kelas IV terlebih dahulu untuk mengawal perosak, jika didapati tidak berkesan, barulah menggunakan kelas yang lebih rendah. Sila rujuk kepada jadual di bawah





Kesegaran nanas dari ladang

 


MOHD Noorhardy bangga dapat jayakan bisnes pelancongan agro.

TIDAK keterlaluan apabila dikatakan pusat pelancongan agro di Sungai Merab, Selangor ini disifatkan syurga pencinta nanas.

Sebaik tiba di pintu masuk, anda akan disajikan dengan saujana pemandangan hijau rimbunan pokok nanas yang melatari suasana, namun tarikannya tidak terhenti di situ.

Pemanduan mendaki bukit kemudian membawa pengunjung ke kafe yang pastinya akan membuatkan mereka terpesona dengan pemandangan sekitar Bangi yang boleh dilihat dari kawasan itu.

Ads by

Tidak cukup dengan itu, rasai keenakan aneka produk berasaskan nanas seperti karipap nanas, nasi lemak sambal nanas, jus nanas dan pelbagai pemanis mulut daripada buah berkenaan.

Bagi pemiliknya, Mohd Noorhardy Mohd Noorzain, 42, Saudagar Nanas Agrofarm memenuhi impian untuk menjadikan nanas sebagai sebuah produk pelancongan agro meskipun dia tidak memiliki latar belakang dalam bidang pertanian.

Semuanya bermula apabila tindakannya berhenti kerja untuk memulakan perniagaan tidak membuahkan hasil sebelum mengambil keputusan menjual nanas pada 2017.

"Saya bermula dengan menjual nanas milik orang dan menumpang kedai orang selain untungnya saya bayar kemudian. Kemudian saya belajar pemasaran sedikit demi sedikit dan akhirnya meminjam lori ayah untuk menjualnya secara borong.

NANAS segar dari ladang.
NANAS segar dari ladang.

"Malah saya hantar ke seluruh kawasan Lembah Klang, jual di pasar tani dan di tepi jalan, kemudian berkembang dengan menjual benih ke Sabah serta Sarawak," kata graduan bidang Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ini.

Jelasnya, setahun kemudian dia bertekad mengusahakan sendiri tanaman berkenaan dan mendapatkan khidmat nasihat serta bantuan benih daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Motivasi mengusahakan produk pelancongan hanya hadir ketika Mohd Noorhardy melawat ke Abang Strawberry di Cameron Highlands, Pahang pada tahun sama apabila ia menawarkan rangkaian produk strawberi.

"Jika dia ada strawberi, saya pula mempunyai pelbagai produk nanas seperti karipap nanas, nanas goreng, jus nanas dan pelbagai produk hiliran berasaskan nanas yang boleh dijual di kafe. Sejak itu saya menanam azam untuk terbabit dalam agro pelancongan," katanya.

Menurutnya, untuk memastikan pusat agro pelancongan itu mampu menarik pengunjung, dia mengkaji konsep yang terdapat di beberapa tarikan agro pelancongan tempatan yang lain dan Indonesia.

Hasil pengamatannya, setiap produk pelancongan agro yang berjaya mempunyai tiga ciri iaitu lokasi dengan pemandangan menarik, mencipta banyak tarikan untuk bergambar dan mempunyai produk yang berasaskan bahan sama.

Pada masa sama menurut Mohd Noorhardy, pembukaan pusat pelancongan agro itu juga memberi kesempatan kepadanya berkongsi rezeki dengan usahawan yang mengeluarkan produk berasaskan nanas.

"Dalam seminggu, saya hanya dapat tuai satu tan nanas, tetapi kami perlukan lima hingga enam tan jadi untuk itu saya membelinya daripada rakan lain dan menjualnya di sini.

SULUR nanas dijual bagi yang ingin menanamnya di rumah.
SULUR nanas dijual bagi yang ingin menanamnya di rumah.

NANAS hiasan jenis bromeliad turut ditanam.
NANAS hiasan jenis bromeliad turut ditanam.

"Karipap nanas ini pula adalah produk buatan sendiri daripada usahawan berhampiran dan kami menerima bekalan 3,000 biji seminggu, begitu juga dengan bekalan sambal nanas, kerepek serta aiskrim nanas.

"Permintaan tertinggi yang lain termasuk rangkaian pastri berasaskan nanas seperti kek keju nanas, tart keju nanas, kek cawan nanas dan kek 'japanese puff' nanas. Hakikatnya bukan semua benda kita boleh buat dan di sini, kita berkongsi rezeki," katanya.

Bagi yang berminat untuk menanam sendiri nanas di rumah, pusat pelancongan agro itu urut menjual sulur nanas, selain buah nanas yang baru dipetik untuk dibawa pulang.

Mengenai perancangan masa depannya, Mohd Noorhardy berhasrat membina sebuah kilang mini bagi membolehkan pengunjung menyaksikan sendiri nanas diproses untuk dijadikan jus dan nanas goreng.

"Bagi pengunjung cilik pula, saya akan dirikan sebuah zoo mini sebagai tarikan keluarga bagi membolehkan mereka bermain dan bergambar dengan haiwan sambil menikmati suasana di sini," katanya yang akan terus 'berkarya' bagi memastikan pembangunan di ladang itu berterusan," katanya.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/agro/2022/10/897584/kesegaran-nanas-dari-ladang


Estet ikan tarik peminat ikan air tawar


Maran: Jabatan Perikanan Pahang bersedia menambah lebih banyak estet ikan di negeri ini sekiranya terdapat kawasan sesuai dan mendapat permintaan komuniti setempat.

Pengarahnya, Abdullah Jaafar berkata, kini terdapat tujuh estet ikan aktif masing-masing satu di Maran, dua di Lipis dan empat di Temerloh yang mampu menyediakan pelbagai spesies ikan air tawar berkualiti.

Menurutnya, empat estet ikan yang terletak Temerloh iaitu Estet Paya Chempaka seluas 15 hektar, Estet Paya Lanar (25 hektar), Estet Ikan Lubuk Kawah (31 hektar) dan Estet Ikan Kelanau-Bangau Tanjung (50 hektar).

ADVERTISEMENT
Ads by

Katanya, dua estet ikan di Lipis ialah Kampung Lalang seluas tiga hektar dan Estet Ikan Empangan Paya Tepual, Kampung Keledek (empat hektar) serta Estet Ikan Kuala Wau, Maran (40 hektar).

"Estet ikan dapat menjadi pusat pemuliharaan dan menambah simpanan ikan air tawar selain menjadi lokasi agro pelancongan yang semakin diminati."Ia turut menyediakan sumber makanan terutama kepada mereka yang menggemari pelbagai spesies ikan air tawar," katanya mengulas kejayaan penganjuran Pesta Menjala Ikan Air Tawar Memburu Si Baduk, di Estet Ikan Kuala Wau, di sini, hari ini.

Pesta kali pertama yang diadakan itu menarik penyertaan lebih 1,000 peserta tempatan dan luar Pahang membabitkan aktiviti menangkap pelbagai spesies ikan air tawar menggunakan jala saja.

Abdullah berkata, Estet Ikan Kuala Wau seluas 40 hektar sebelum ini adalah kawasan sawah padi terbiar milik lebih 40 pesawah sebelum dijadikan estet ikan pada 2019 secara kerjasama dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kuala Wau.

Beliau berkata, dalam tempoh dua tahun (2019-2020) jabatan melepaskan sebanyak 326,500 benih ikan spesies lampam sungai, kerai, jelawat, terbul, puyu dan temelian.

Sementara itu, Pengerusi JPKK Kampung Kuala Wau, Mohd Zurin Md Jais berkata, terdapat peserta yang datang lebih awal dan bermalam di sini untuk melihat lokasi lubuk tempat ikan berkumpul.

"Kita bercadang menjadikan pesta menjala ini sebagai acara tetap setiap dua tahun sekali, dalam tempoh berkenaan ikan yang dilepaskan mampu mencapai saiz memuaskan.

"Program tradisional berkenaan juga menjadi produk pelancongan di Kampung Kuala Wau," katanya.

Rujukan :  https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/07/857596/estet-ikan-tarik-peminat-ikan-air-tawar-metrotv

Jual ulam raih RM30,000 sebulan

KOTA BHARU: Kegigihan mengusahakan pelbagai jenis tanaman ulam-ulaman, nyata berbaloi buat seorang wanita apabila meraih pendapatan lumayan,...