Carian Maklumat Di Sini...

Google

Manfaat Daun Ketapang Yang Telah Kering


Setiap ciptaan semulajadi pasti ada kegunaan dan faedahnya tersendiri yang kebanyakan masih tidak diketahui oleh manusia.

Jika tanya aku apa yang akan dilakukan bila lihat daun ketapang yang telah kering di tanah, sudah pasti aku menjawab dengan sukarelanya akan dipijak-pijak.




Pokok ketapang adalah sejenis tumbuhan yag tak asing lagi di Malaysia dan juga rendang kerana daunnya yang agak lebar. Dulunya pokok ini dijadikan sebagai tempat berteduh oleh kebanyakan orang petani kerana daunnya yang lebar dan rendang.



Nama botani bagi pokok ketapang ialah Millania Catappa atau selalunya dipanggil Indian Almond Leaves. Setiap bahagian pada pokok ini mempunyai khasiat masing-masing.

Umat manusia pada masa kini sudah pasti di didik akan menggunakan ubat-ubatan moden yang mengandungi bahan kimia. Sedangkan perubatan traditional yang datangnya dari bahan semulajadi lebih berkesan untuk mengubati penyakit sejak turun temurun.



Pokok ketapang berasal dari Asia Tenggara dan biasanya ditemui hidup secara liar di tepi pantai berpasir. Pokok ini juga mampu untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan tanah. Ia ditanam sebagai pokok hiasan kerana silaranya yang cantik dan memberi teduhan yang agak luas.

Pokok ketapang boleh mencapai ketinggian sehingga 35 meter. Daunnya bersaiz lebar, berselang seli dan dahan bertingkat (rujuk foto) mengikut usia pokok. Bunganya sangat kecil dan keluar secara berjambak.




Buah ketapang berbentuk bujur dan leper berwarna hijau ketika muda. Apabila masak, buahnya bertukar menjadi kuning atau merah mengikut jenis.


Pokok ketapang membiak melalui biji benih yang mampu bertahan dalam jangka masa lama, terapung dan tahan kepada kemasinan air laut dan ia juga boleh dibiakkan melalui keratang batang atau ranting.



Pokok ketapang banyak ditanam sebagai penghias landskap atau pokok teduhan. Kayunya yang keras digunakan dalam pembuatan perabot, bahan binaan dan bahan bakar.

Ramai yang tidak mengetahui sebenarnya buah ketapang ini boleh dimakan samada kulit luar atau bijinya. Bijinya perlu dipanggang terlebih dahulu sebelum dimakan.

Minyak yang terhasil daripada biji buah ketapang ini boleh dijadikan minyak masak turut diminati oleh Sang kelawar dan musang

Daun, kulit pokok, buah dan akar pokok ketapang digunakan dalam proses mewarna dan menghasilkan dakwat hitam. Biji buahnya boleh dimakan untuk melawaskan pembuangan air besar tetapi jika dimakan dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan cirit birit.



Buah ketapang yang direbus dan diminum dapat merawat demam panas, cirit birit dan asma. Daunnya direbus dan diminum dipercayai dapat menghentikan cirit birit dan batuk berdarah.



Daun ketapang dilayur di atas api dan ditampal pada sendi dikatakan boleh merawat reumatik. Kulit pokok dan akar ketapang direbus dan diminum untuk merawat demam panas, cirit birit, disenteri dan pendarahan rahim.

Air rebusan tersebut disapu pada bahagian berkenaan untuk mengubati bisul dan mengurangkan sakit puting payudara bagi ibu yang menyusukan bayi.



Kegunaan Daun Ketapang Untuk Ikan

Ditemukan fakta bahawa ikan laga yang tinggal di sekitar air gelap akibat ketapang, jauh lebih sehat dan indah. Ketapang yang mengering dapat melepaskan asam organik seperti humic dan tannin untuk dapat menurunkan pH air, dan menyerap bahan-kimia berbahaya dan memberikan kondisi air yang nyaman bagi ikan.

Terlalu banyak pemberian daun ketapang kering kedalam air dapat membuat pH semakin rendah. Maka sesuaikanlah pemakaian ketapang kering agar memberikan efek yang optimal kepada ikan.

Antara Manfaat Daun Ketapang Untuk Ikan Laga Pula:-



- Bertindak sebagai pembunuh bakteria ikan laga

- Merawat luka-luka pada ikan laga

- Mencegah ikan laga dari terkena penyakit

- Mengoptimum kesihatan ikan laga

- Merangsang pembentukan buih oleh ikan laga jantan ketika mengawan

- Menyerap serta menyahtoksidkan bahan-bahan kimia yg terdapat dalam air seperti logam berat

- Memastikan ikan laga sentiasa/kekal aktif dan sihat

- Mencegah fry/anak ikan baru dari terkena penyakit

- Ikan akan berasa seperti di habitat semulajadinya yang gelap

- Menggalak pertumbuhan ekor yg cantik serta memulihkan sirip,ekor dan kulit yg rosak

- Mengurangkan stres/murung ikan laga

Lepas ini kita mungkin akan lebih menghargai akan dedaun kering ketapang yang bertaburan di atas tanah, dimana sering kita lihat kebanyakan akan dikumpulkan dan dibakar.

Rujukan



No comments:

Post a Comment

Jual ulam raih RM30,000 sebulan

KOTA BHARU: Kegigihan mengusahakan pelbagai jenis tanaman ulam-ulaman, nyata berbaloi buat seorang wanita apabila meraih pendapatan lumayan,...