Carian Maklumat Di Sini...

Google

7 Langkah untuk Bermula dan Berjaya dalam Pertanian

 Sebelum memulakan sesebuah perniagaan, adalah penting bagi seseorang usahawan memilih jenis perniagaan yang sesuai dan mampu memberikan pulangan. Ramai usahawan menceburi bidang pertanian tanpa mengkaji dan menilai terlebih dahulu sama ada perniagaan tersebut sesuai dijalankan. Ini menyebabkan ramai yang menghadapi pelbagai masalah dalam pengurusan perniagaan.

Memulakan perniagaan ini  tidak semudah yang disangka. Bagaimanapun, kegigihan, kecekalan dan komitmen usahawan dapat memastikan kelangsungan perniagaannya walaupun memperoleh pendapatan yang tidak seberapa pada peringkat awal perniagaan.

Diringkaskan cerita, disini saya akan berkongsi dengan anda bagaimana atau apa yang perlu ada buat sekiranya anda memilih pertanian sebagai bidang perniagaan anda. OK, jom kita mulakan.

1) Tanah

Tanah merupakan faktor asas terpenting yang perlu diambil kira. Tanah merupakan tempat untuk bercucuk tanam atau tempat dimana haiwan ternakan dibela. Pendek kata, tiada tanah, tiadalah pertanian. Tanah ini boleh sama ada milik sendiri, sewa mahupun pajak. Perlu dipastikan kegunaan tanah dalam geran adalah untuk pertanian. Sekiranya untuk bangunan atau industry, kita masih boleh memohon untuk tukar status tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan daerah dimana lokasi tanah itu berada.

1,214 hektar tanah berpotensi pertanian masih terbiar di Negeri Sembilan |  Astro Awani
Tanah atau kawasan yang dipilih mestilah sesuai dan mempunyai kemudahan seperti bekalan air

2) Modal

Asas kedua terpenting dalam memulakan perniagaan pertanian ini adalah modal. Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan modal ini antaranya ialah;

  1. Simpanan sendiri
  2. Pinjaman keluarga
  3. Pinjaman Bank

Dalam memulakan pernigaan, sebaiknya elakkan pinjaman. Mulakan dengan modal yang rendah dan tambah nilai modal apabila memperoleh keuntungan. Tetapi, sekiranya tiada modal anda boleh juga membuat pinjaman sama ada dari rakan, ahli keluarga mahupun bank. Nasihat saya, jangan sesekali membuat pinjaman daripada ah-long.

AGROBANK
AgroBank merupakan salah satu bank yang boleh menawarkan pinjaman untuk tujuan pertanian

3) Teknologi

Teknologi tidak hanya mengenai alatan, tetapi juga mengenai cara untuk membuat sesuatu. Sebagai contoh, dalam penanaman cili kaedah fertigasi lebih mudah dan mendatangkan lebih keuntungan berbanding kaedah konvensional. Anda perlu membuat kajian mengenai kesesuaian teknologi mengikut kepada jenis pertanian, tempat, modal anda.

Teknologi Tanaman boleh diikuti mengikut Kalendar Tanaman bagi setiap komoditi. Pemilihan tanaman juga, perlu mengikut kesesuaian tanah di sesuatu kawasan yang hendak dijalankan.

Untuk tanaman, benih yang berkualiti juga memainkan peranan yang penting. Selain di pasaran, anda juga boleh mendapatkan benih-benih tanaman yang berkualiti di MARDI.

Alsintan Kementan Solusi Peningkatan Produksi Pertanian | Republika Online
Penggunaan teknologi terkini dalam pertanian membantu menambah pulangan yang lebih banyak

4) Aliran Untung Rugi

Tidak akan berjaya sesuatu perniagaan sekiranya anda gagal merancang dan mengawal kewangan anda dengan betul. Segala aliran keluar dan masuk wang perlu direkod, dikawal dan dirancang dengan baik dan teliti. Sedikit kesilapan pastinya akan memberi kesan kepada rancangan perniagaan anda di masa hadapan.Kawalan dan rekod aliran tunai penting bagi memastikan mengawal setiap perbelanjaan.


5) Persijilan

Langkah seterusnya adalah persijilan. Anda oleh memohon untuk persijilan myGAP dan juga myOrganic. Ini penting dalam memasarkan produk anda dengan lebih meluas lagi. Anda boleh rujuk pautan dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai my GAP dan my Organic;

myGAP

myOrganic

6) Pasaran

Adalah penting untuk anda merancang strategi pemasaran dengan mengetahui dan memahami keperluan dan kehendak pelanggan. Strategi yang baik mestilah mengandungi perkara berikut;

  1. Pasaran sasaran
  2. Saiz pasaran
  3. Persaingan
  4. Syer pasaran
  5. Ramalan Jualan
  6. Belanjawan pemasaran

Terdapat beberapa cara dalam memasarkan hasil pertanian anda. Antaranya ialah anda boleh menjual secara terus kepada pengguna, menjual kepada pemborong atau memasarkan ke pasaraya-pasaraya. Selain itu, anda juga boleh dapatkan bantuan pemasaran daripada Lembaga Pemasaran Persekutuan Malaysia (FAMA).

7) Insentif

Dengan perancangan dan strategi yang baik, anda boleh memohon insentif daripada Jabatan Pertanian. Insentif ini mampu membantu anda untuk mengembangkan lagi perniagaan anda.

Untuk memohon insentif ini, anda perlu menyediakan Plan Perancangan Pernigaan dan perlu diserahkan kepada Jabatan Pertanian untuk penilaian mereka. Anda boleh merujuk ringkasan format Plan Perancangan Perniagaan seperti dibawah.

1.           Muka Depan

2.           Isi Kandungan

3.           Ringkasan Eksekutif

                            a.           Nama syarikat penggerak utama & cadangan projek

                            b.           Pengurusan projek

                            c.           Kewangan projek

                            d.           Pasaran dan ekonomi

                            e.           Kos projek / daya maju

                            f.            Ekuiti dan keperluan pinjaman

                            g.           Cagaran

                            h.           Sokongan MOA.Inc

4.           Pengenalan

                            a.           Tujuan plan bisnes projek

                            b.           Tujuan projek

5.           Latar Belakang Projek

                5.1       Syarikat

                            a.           Nama dan nombor

                            b.           Alamat

                            c.           No. telefon dan no. faks

                            d.           Bank syarikat

                            e.           Setiausaha syarikat

                            f.            Juruaudit syarikat

                            g.           Modal diberikan dan modal dibayar syarikat

                            h.           Ahli Lembaga Pengarah Syarikat (Profil)

                5.2       Projek

                            a.           Lokasi dan status semasa

                            b.           Teknikal dan teknologi

  • Kesesuaian tanah
  • Agroiklim
  • Sumber dan kualiti air

 6.          Pasaran dan Ekonomi

                            a.           Analisa pasaran dan plan pemasaran

                            b.           Harga produk di pasaran

7.           Kewangan

                            a.           Penyata kewangan dan penyata untung rugi

                            b.           Aliran kewangan, sumber kewangan ekuiti syarikat dan IRR, B/C Ratio dll.

                            c.           Titik pulangan modal, tempoh penangguhan

                            d.           Jadual bayaran balik pinjaman

 8.          Organisasi dan Pengurusan

                            a.           Struktur / carta organisasi

                            b.           Sumber manusia dan keperluan buruh

                            c.           Strategi pengurusan sumber manusia sekarang dan di masa hadapan

 9.          Penilaian / Pemantauan Yang Disyorkan

10.         Justifikasi

Rujukan : https://motolaju.com/pertanian/7-langkah-untuk-bermula-dan-berjaya-dalam-pertanian/


No comments:

Post a Comment

Jual ulam raih RM30,000 sebulan

KOTA BHARU: Kegigihan mengusahakan pelbagai jenis tanaman ulam-ulaman, nyata berbaloi buat seorang wanita apabila meraih pendapatan lumayan,...