Carian Maklumat Di Sini...

Google

Bagaimana Mengiklankan Bisnes ?


iklan bisnes
Kita mempunyai banyak cara untuk mengiklan bisnes yang kita jalankan.. Tetapi adakah kita perlu menggunakan semua medium pengiklanan yang ada sekali gus?

Apabila mengiklankan bisnes anda, cara paling efektif adalah dengan cara memperbanyakkan medium-medium iklan.. Contohnya jangan gunakan edaran flyers saja..
Gunakan juga kad bisnes, poster, kalendar, papan tanda, iklan surat khabar, iklan majalah, iklan online dan lain-lain.. Malah jika kita mempunyai bajet pemasaran yang banyak, kita boleh juga beriklan di TV dan radio!
 Namun harus diingat.. Letakkan jangka masa tertentu untuk setiap medium iklan yang digunakan.. Contohnya cara mengedarkan flyers digunakan untuk 2 bulan dan lihat bagaimana kesannya..
 Selepas itu pengiklanan online di Mudah.my dijalankan untuk 3 bulan, kemudian lihat apa hasilnya.. Dari situ kita boleh ukur keberkesanan setiap medium pengiklanan yang kita gunakan..

Strategi Pemasaran Perniagaan

strategi pemasaran perniagaan
Pemasaran merupakan elemen yang sangat penting di dalam perniagaan. Tanpa pemasaran yang baik, jurujual tidak mampu untuk menjalankan tugasnya dengan cemerlang.
 Untuk perniagaan yang baru bermula, kerja-kerja pemasaran harus dilakukan oleh tuan punya perniagaan sendiri. Seperti kata bijak pandai perniagaan:
“Marketing is too important to be left to the marketing people!”

Tahukah anda lebih kurang 95% perniagaan gagal dalam tahun pertama kerana kelemahan dalam strategi pemasaran?
 Salah satu sebabnya ialah modal perniagaan terlalu banyak digunakan untuk pembuatan dan pengeluaran produk. Akibatnya sudah tiada modal untuk digunakan bagi pengedaran dan pemasaran produk tersebut.
 Strategi pemasaran perniagaan lebih penting daripada pembuatan dan pengeluaran sesebuah produk.

Pena Hisham Idris: Aktiviti “Mesti Buat” Untuk Buat Duit Dengan Menul...

Pena Hisham Idris: Aktiviti “Mesti Buat” Untuk Buat Duit Dengan Menul...: Menulis blog bukan sekadar perlu tahu menulis semata-mata. Beberapa aspek teknikal perlu juga diketahui bagi memastikan apa yang dituli...

Patutkah Anda Promosi Banyak Produk Affiliate Serentak?

Jika anda ingin buat duit tanpa modal menerusi program affiliate, artikel ini mungkin dapat beri anda idea untuk jalankan promosi dengan lebih berkesan.

Mana satu lagi baik, promosi banyak produk atau fokus hanya pada satu-satu produk dalam satu-satu masa?

Jawapannya, bergantung pada teknik pemasaran yang anda sedang gunakan.

Saya ambil contoh,

1.0 Jika anda menggunakan kaedah pemasaran menerusi blog

Bermakna, anda perlu menggunakan teknik penulisan mesra SEO.

Jika dalam satu-satu masa, anda tulis topik yang pelbagai dan tidak fokus pada satu-satu topik, bermakna penggunaan keyword pada artikel blog anda juga akan jadi pelbagai.


Ia tak fokus.

Ia tak tertumpu hanya pada satu-satu keyword.

Ikut pengalaman saya, jika anda tak fokus pada kata kunci tertentu ketika menulis, kesan SEO dan kerja-kerja untuk rank kata kunci tertentu di halaman pertama google jadi lagi lambat.



Kalau nak cepat nampak kesan… kena fokus hanya pada satu keyword dalam satu masa.

Ini bermakna, anda perlu fokus hanya pada satu produk atau satu program affiliate dalam satu-satu masa sekiranya anda ingin menggunakan blog dan teknik SEO.

2.0 Jika anda menggunakan kaedah pemasaran emel

Adakah anda ingin menggunakan senarai emel sedia ada atau anda akan gunakan senarai emel yang baru?

Jika anda ingin gunakan senarai emel yang sedia ada, dan anda nak promot banyak produk dalam satu-satu masa, contohnya dalam range waktu sebulan…

Risikonya ialah, anda akan buatkan sebahagian daripada subscriber anda rasa jemu dan akan ada antara mereka yang akan klik unsubscribe.

Ya

Anda akan kehilangan subscriber yang berharga.

Akan tetapi, jika anda ingin gunakan senarai mailing list yang baru, atau dalam kata lain, anda baru nak kumpul list tersebut, tak ada masalah untuk anda promosikan banyak-banyak produk dalam satu masa.

Cuma anda perlu pastikan, setiap produk dipromosikan mengikut mailing list yang berbeza.

Jika tidak… list yang baru anda bina mungkin hanya akan dapat bertahan dua atau tiga hari sahaja.

Selepas itu?

Mereka akan unsubscribe.

Nampaknya, jalan yang lebih selamat adalah fokus hanya pada satu-satu produk atau satu-satu program dalam satu-satu masa jika nak gunakan kaedah pemasaran emel.

3.0 Jika anda ingin gunakan pemasaran di media sosial

Biasanya program affiliate lebih sinonim dipromosikan di laman media sosial FB.

Namun saya tidaklah menolak kemungkinan ada laman media sosial lain yang boleh digunakan untuk tujuan promosi.

Baiklah.

Bagaimana kalau kita promosikan banyak-banyak produk dalam satu-satu masa?

Adakah berhasil untuk dapat sebarang income?

Boleh dapat hasil. Juga bergantung pada kaedah pemasaran yang anda gunakan. Percuma atau berbayar?

Jika gunakan kaedah promosi percuma di FB… kesannya selalu kurang memberangsangkan. Audience yang anda sasarkan mungkin kurang minat dengan apa yang anda promosikan.

Mereka akan lihat gerak geri dan cara anda lakukan promosi.

Mereka akan jadi lebih skeptikal, sebabnya mereka akan mula hidu niat anda semata-mata untuk buat duit, bukan kerana produk yang anda promosikan betul-betul bagus pada waktu tu.

Kenapa saya kata macam tu?

Isnin anda promosi produk EdyClick.

Selasa anda promosi EdyBiz.

Kemudian, hari Rabu anda cerita pasal Qlimax.

Khamis anda senyap.

Jumaat anda promosikan dua program/produk serentak iaitu EdyClick dan EdyBiz.

Sabtu dan Ahad anda tak buat promosi. Lazimnya Sabtu Ahad orang ramai cenderung buat aktiviti luar dan kurang online. (termasuk saya)

Pengguna FB yang mengenali diri anda, akan mula mempertikaikan ayat-ayat promosi yang anda gunakan.

Kalau hari Isnin anda kata, EdyClick adalah platform jana pendapatan TERBAIK, kemudian hari Selasa, tiba-tiba anda kata EdyBiz pula adalah platform buat duit TERBAIK, mereka akan pertikaikan kata-kata anda.

Mana satu yang terbaik sebenarnya ni?

Semalam cakap lain, hari ni cakap lain.

Kesudahannya… anda akan diabaikan. Sedih kan…

Melainkan… anda guna kaedah pemasaran berbayar. Setiap produk affiliate yang berbeza anda setup fan page berbeza, dan anda run iklan FBAds.

Tak ada siapa yang nampak dan tiada siapa yang tahu kesemua iklan itu milik anda.

Risikonya?

Kos lah. Lagi banyak produk yang anda iklankan, anda perlu sediakan pelbagai iklan yang berbeza, dan ini akan menyebabkan kos pengiklanan anda bertambah.

Jika ada pulangan, anda selamat.

Jika tiada jualan, anda lah yang akan tanggung kerugian.

Jadi, langkah selamat ialah fokus pada satu-satu produk dalam satu-satu masa.

Walaubagaimanapun, apa yang saya kongsikan ini adalah base on pengalaman peribadi saya semata-mata. Setiap orang mungkin akan alami pengalaman yang berbeza.

Justeru akan ada pendapat yang berbeza.

Jika tak keberatan, boleh anda kongsikan pendapat anda dibahagian komen blog ini?

Wallahua’lam

Sumber:Blog Sabree Hussin

Aktiviti “Mesti Buat” Untuk Buat Duit Dengan Menulis Blog

Menulis blog bukan sekadar perlu tahu menulis semata-mata.

Beberapa aspek teknikal perlu juga diketahui bagi memastikan apa yang ditulis di blog tidak disia-siakan. Apalah gunanya menulis dengan penuh susah payah, memerah idea, kemudian tak ada siapa yang sedar akan kewujudan artikel tersebut.

Jadi, inilah dia antara perkara yang anda, sebagai penulis blog perlu ambil tahu bagi memastikan apa yang anda hasilkan dapat beri manfaat sama ada kepada diri anda sendiri mahupun terhadap sasaran pembaca anda.

Statistik adalah sahabat anda


Apa yang anda sedang lihat ialah senarai kata kunci yang digunakan oleh pengguna internet sebelum mereka berjaya sampai ke blog sabree hussin dot com ini.

Antara kata kunci yang saya kira menarik dan berpotensi untuk dijadikan kata kunci buat duit ialah

1. Tambah pendapatan tanpa modal

2. Madu sunnah natural herbs

3. Agen pemasaran percuma

4. Jobdirumah betul ke

5. Cara menambah pendapatan 2014



Perbanyakkan kata kunci tersebut di dalam blog

Kadang-kadang saya akan gunakan istilah pekatkan kata kunci tersebut.

Kalau boleh, setiap kali buat artikel yang baru, usahakan untuk masukkan kata kunci (keyword) tersebut dalam artikel yang baru dihasilkan tu. Tujuannya adalah bagi memudahkan search engine menjumpai blog kita.

Lagi banyak sesuatu keyword muncul dalam blog kita, bermakna, keyword tersebut adalah relevan dengan blog kita. Jadi, kesannya, blog kita akan disenaraikan sebagai page yang paling utama untuk keyword sasaran tersebut.

Buat duit menerusi kata kunci sasaran

Ini adalah salah satu tujuan saya menulis blog.

Selain ingin menyumbang kepada perkongsian informasi, saya juga mensasarkan untuk buat duit menerusi blog. Seterusnya, apa yang perlu dilakukan adalah untuk jadikan keyword tersebut sebagai keyword yang boleh buat duit.

Macam mana?

Saya ambil contoh keyword Madu Sunnah Natural Herbs. Keyword ini merujuk kepada produk madu sunnah yang dikeluarkan oleh syarikat Natural Herbs Sdn Bhd.

Untuk buat duit dengan keyword ini, cara paling mudah ialah, dengan menjadi agen pemasaran bagi produk madu sunnah.

Sebelum ini, saya juga pernah menulis artikel tentang bagaimana nak jadi agen pemasaran madu sunnah tanpa modal. Boleh lihat artikel saya sebelum ini berjudul jom jadi agen pemasaran produk madu sunnah [klik sini]

Kumpul database email pelawat menerusi keyword tersebut

Sebelum tu, saya nak perkenalkan sistem autoresponder emelmatik.

Kalau dulu, nak collect senarai emel pelawat, memang kena fikir banyak kali. Satu sebab kos. Kedua, pun sebab kos ho ho.

Sekarang tak lagi. Kos penggunaan emelmatik amatlah murah, lebih-lebih lagi dengan adanya pelan, bayar sekali pakai sampai bila-bila. Nak collect database emel pelanggan sampai beribu-ribu pun tak ada masalah.

Macam mana cara nak kumpul database pelanggan?

Senang. Pastikan pada setiap artikel tertentu, yang mengandungi kata kunci sasaran, anda letakkan opt in form yang bersesuaian.

Sebagai contoh, untuk kata kunci buat duit dengan FB Group, saya akan gunakan Opt in form seperti dibawah ni.


Sila isikan maklumat dibawah untuk muat turun Preview Ebook ini Nama Panggilan Alamat Email We respect your email privacy

Untuk bina Opt In form seperti diatas sangatlah mudah. Anda hanya perlu gunakan plugin wordpress Hybrid Connect.

Seterusnya, anda hanya perlu set up emel follow up dan biarkan sahaja mereka yang opt in menerima emel follow up dari anda secara automatik.

Baiklah, itu sahaja aspek teknikal mengenai buat duit dengan blog. Seterusnya adalah usaha kita untuk raih kasih sayang dari Allah.

Banyakkan Doa

Amalkan juga beberapa amalan seperti yang dibincangkan dalam sistem menjemput rezeki.

Usaha kita hanyalah sekadar jalan untuk raih rezeki dari Allah. Walaubagaimanapun, memberi rezeki adalah hak mutlak Allah SWT.

Banyakkan doa, jadilah hamba yang sentiasa taat menuruti perintahNya.

Jadilah hamba yang sentiasa memberi bakti dan berjasa pada masyarakat sekeliling. In Shaa Allah amalan ini akan memudahkan kita raih rezeki yang banyak.

Tawakkal

Bila kita dah buat semua, kita kembalikan hasilnya kepada Allah.

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jika dapat komisyen atau dapat buat duit itu adalah yang terbaik untuk kita, nescaya kita akan dapat.

… dan jika kita tak dapat sebarang income sekalipun, ketahuilah, itulah sebenarnya yang terbaik untuk kita.

Wallahua’lam

Terima kasih kerana anda baca artikel ini. Semoga Allah balas jasa baik anda kerana sudi baca artikel ini.
Sumber Artikel: Blog Sabree Hussin

Jual ulam raih RM30,000 sebulan

KOTA BHARU: Kegigihan mengusahakan pelbagai jenis tanaman ulam-ulaman, nyata berbaloi buat seorang wanita apabila meraih pendapatan lumayan,...