Carian Maklumat Di Sini...

Google

Manfaat Daun Ketapang Yang Telah Kering


Setiap ciptaan semulajadi pasti ada kegunaan dan faedahnya tersendiri yang kebanyakan masih tidak diketahui oleh manusia.

Jika tanya aku apa yang akan dilakukan bila lihat daun ketapang yang telah kering di tanah, sudah pasti aku menjawab dengan sukarelanya akan dipijak-pijak.




Pokok ketapang adalah sejenis tumbuhan yag tak asing lagi di Malaysia dan juga rendang kerana daunnya yang agak lebar. Dulunya pokok ini dijadikan sebagai tempat berteduh oleh kebanyakan orang petani kerana daunnya yang lebar dan rendang.



Nama botani bagi pokok ketapang ialah Millania Catappa atau selalunya dipanggil Indian Almond Leaves. Setiap bahagian pada pokok ini mempunyai khasiat masing-masing.

Umat manusia pada masa kini sudah pasti di didik akan menggunakan ubat-ubatan moden yang mengandungi bahan kimia. Sedangkan perubatan traditional yang datangnya dari bahan semulajadi lebih berkesan untuk mengubati penyakit sejak turun temurun.



Pokok ketapang berasal dari Asia Tenggara dan biasanya ditemui hidup secara liar di tepi pantai berpasir. Pokok ini juga mampu untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan tanah. Ia ditanam sebagai pokok hiasan kerana silaranya yang cantik dan memberi teduhan yang agak luas.

Pokok ketapang boleh mencapai ketinggian sehingga 35 meter. Daunnya bersaiz lebar, berselang seli dan dahan bertingkat (rujuk foto) mengikut usia pokok. Bunganya sangat kecil dan keluar secara berjambak.




Buah ketapang berbentuk bujur dan leper berwarna hijau ketika muda. Apabila masak, buahnya bertukar menjadi kuning atau merah mengikut jenis.


Pokok ketapang membiak melalui biji benih yang mampu bertahan dalam jangka masa lama, terapung dan tahan kepada kemasinan air laut dan ia juga boleh dibiakkan melalui keratang batang atau ranting.



Pokok ketapang banyak ditanam sebagai penghias landskap atau pokok teduhan. Kayunya yang keras digunakan dalam pembuatan perabot, bahan binaan dan bahan bakar.

Ramai yang tidak mengetahui sebenarnya buah ketapang ini boleh dimakan samada kulit luar atau bijinya. Bijinya perlu dipanggang terlebih dahulu sebelum dimakan.

Minyak yang terhasil daripada biji buah ketapang ini boleh dijadikan minyak masak turut diminati oleh Sang kelawar dan musang

Daun, kulit pokok, buah dan akar pokok ketapang digunakan dalam proses mewarna dan menghasilkan dakwat hitam. Biji buahnya boleh dimakan untuk melawaskan pembuangan air besar tetapi jika dimakan dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan cirit birit.



Buah ketapang yang direbus dan diminum dapat merawat demam panas, cirit birit dan asma. Daunnya direbus dan diminum dipercayai dapat menghentikan cirit birit dan batuk berdarah.



Daun ketapang dilayur di atas api dan ditampal pada sendi dikatakan boleh merawat reumatik. Kulit pokok dan akar ketapang direbus dan diminum untuk merawat demam panas, cirit birit, disenteri dan pendarahan rahim.

Air rebusan tersebut disapu pada bahagian berkenaan untuk mengubati bisul dan mengurangkan sakit puting payudara bagi ibu yang menyusukan bayi.



Kegunaan Daun Ketapang Untuk Ikan

Ditemukan fakta bahawa ikan laga yang tinggal di sekitar air gelap akibat ketapang, jauh lebih sehat dan indah. Ketapang yang mengering dapat melepaskan asam organik seperti humic dan tannin untuk dapat menurunkan pH air, dan menyerap bahan-kimia berbahaya dan memberikan kondisi air yang nyaman bagi ikan.

Terlalu banyak pemberian daun ketapang kering kedalam air dapat membuat pH semakin rendah. Maka sesuaikanlah pemakaian ketapang kering agar memberikan efek yang optimal kepada ikan.

Antara Manfaat Daun Ketapang Untuk Ikan Laga Pula:-



- Bertindak sebagai pembunuh bakteria ikan laga

- Merawat luka-luka pada ikan laga

- Mencegah ikan laga dari terkena penyakit

- Mengoptimum kesihatan ikan laga

- Merangsang pembentukan buih oleh ikan laga jantan ketika mengawan

- Menyerap serta menyahtoksidkan bahan-bahan kimia yg terdapat dalam air seperti logam berat

- Memastikan ikan laga sentiasa/kekal aktif dan sihat

- Mencegah fry/anak ikan baru dari terkena penyakit

- Ikan akan berasa seperti di habitat semulajadinya yang gelap

- Menggalak pertumbuhan ekor yg cantik serta memulihkan sirip,ekor dan kulit yg rosak

- Mengurangkan stres/murung ikan laga

Lepas ini kita mungkin akan lebih menghargai akan dedaun kering ketapang yang bertaburan di atas tanah, dimana sering kita lihat kebanyakan akan dikumpulkan dan dibakar.

Rujukan



PENDAPATAN LUMAYAN!!WOOWW😱 LIMAU NIPIS!!👍👍

Pengiraan Berat & Isipadu Racun

 Katakan kita hendak menyediakan larutan bancuhan racun serangga white oil (jenama BRT Spray Oil) untuk satu tong spray berisipadu 16L.


Arahan seperti yang tertera pada label ialah:




Dengan ini bancuhan perlu disediakan seperti berikut. AMARAN! Terdapat kiraan matematik dibawah

 



Kaedah kiraan ini terpakai untuk kedua-dua penyediaan racun cecair (menggunakan isipadu) dan racun serbuk/granul (menggunakan berat).


Prosedur Meracun

Saya merasakan tidak kritikal untuk membincangkan berkenaan dengan langkah-langkah keselamatan termasuk pemakaian PPE (personal protective equipment) yang perlu diamalkan oleh pekebun dan pekerja-pekerjanya.

Langkah-langkah ini penanam sedia maklum.

Lebih penting ialah untuk membincangkan masa yang sesuai untuk semburan racun.

Racun jenis sistemik perlu disembur pada awal pagi hingga ke pukul 9.00 pagi. Ini adalah kerana pada waktu ini, liang-liang stomata daun membuka dengan maksimum untuk membolehkan penyerapan racun sistemik yang optimum.

Ia juga bertujuan untuk mengelakkan kesan panas pada daun dan bahagian pokok.

Untuk racun serangga pula, waktu yang paling sesuai ialah sebelah pagi juga kerana ketika ini serangga perosak masih belum cergas atau “alert”. Walaupun begitu, semburan boleh dibuat pada sebelah petang.

Apakah Racun Sentuh?

 Seperti namanya, racun sentuh berfungsi dengan cara menghapuskan fisiologi kulat (spora, miselium dll) apabila ia disentuh.


Kesan racun ini bersifat lokal dan permukaan kulat yang tidak terkena semburan tidak akan mati.

Racun sentuh lebih berfungsi untuk memberikan perlindungan umum kepada pokok selagi sisa baki racun masih ada dipermukaan daun atau bahagian pokok.

Oleh itu, untuk aplikasi racun sentuh pekebun disyorkan untuk mencampurkan pelekat/wetting agent/adjuvant bagi mengekalkan sisa baki racun dengan lebih lama terutamanya pada musim hujan.

Pelekat yang biasa saya gunakan ialah jenama FARMPOL.

- Keperluan Kombinasi Racun Berlainan


Seorang penanam akan membeli jenis racun yang bersesuaian dengan jenis penyakit atau serangga perosak yang menyerang pokoknya.

Walaupun begitu, pemahaman yang penting untuk seorang penanam ialah satu jenis jenama racun atau jenis bahan aktif yang sama tidak boleh digunakan secara berterusan (saban minggu dan bulan).

Ini kerana, lama-kelamaan penyakit atau serangga perosak akan membina ketahanan/kekebalan terhadap bahan aktif racun tersebut.

Apakah Racun Sistemik?

Racun sistemik ialah racun yang bila disembur akan diserap oleh tisu-tisu pokok melalui daun dan bergerak ke dalam sistem pokok.


Ia akan memberikan pertahanan kepada pokok terhadap serangan kulat yang telah menembusi permukaan daun, bunga, dahan dan ranting pokok.

Untuk racun serangga sistemik pula, fungsinya adalah sama. Serangga perosak akan mati apabila daun atau mana-mana bahagian pokok dimakan atau dihisap jusnya.

Oleh itu, jangan berasa hairan apabila kumbang, bena putih, kutu thrips dll. tidak mati serta-merta apabila racun disembur terus kepadanya.

Teknik kemaskan polybag untuk tanam baru | Pengurusan Kebun

9 Tips untuk Usahawan Tani Dalam Bisnes Pertanian

 Sektor pertanian adalah antara penyumbang hasil pendapatan negara sejak sebelum merdeka. Sektor ini juga adalah penyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia. Hal ini demikian, majoriti penduduk pada era selepas merdeka lebih tertumpu kepada aktiviti yang berasaskan pertanian dan perlombongan. Permintaan untuk perkhidmatan konsultasi  dan latihan kemahiran untuk memulakan perniagaan asas tani semakin hari semakin meningkat berikutan dengan masalah kegawatan ekonomi. Berikut adalah 9 tips untuk usahawan tani dalam bisnes pertanian.

1. Pilih Jenis Tanaman Yang Mempunyai Permintaan Tinggi Dan Sentiasa Tidak Mencukupi Di Pasaran

Berikut adalah indeks harga purata runcit bagi komuditi tanaman terpilih untuk Mac 2017.

Komuditi Sayuran Terpilih

Ia adalah salah satu tips yang sangat berguna untuk usahawan tani. Kadar peratusan antara 57-57.2% merupakan di antara tanaman yang mempunyai permintaan yang tinggi tetapi tidak mencukupi di pasaran. Anda juga perlu membuat penyelidikan terlebih dahulu dengan mengumpulkan maklumat mengenai jenis tanaman yang mempunyai permintaan yang tinggi.

2. Pilih Jenis Tanaman Yang Mempunyai Tempoh Penanaman Yang Singkat

Tanaman kontan (cash crops) ialah tanaman seperti sayur-sayuran, buah-buahan atau ubi dan tanaman herba yang mempunyai tempoh penanaman yang singkat. Antara contohnya ialah cili, kacang panjang, pisang, ubi kayu, ubi keledek, keladi, misai kucing, stevia, serai wangi, mas cotek, dan halia.

Tempoh penanaman menjadi salah satu faktor yang penting kerana lagi cepat proses dari penanaman ke penuaian, lagi cepat proses untuk pusingan modal. Tempoh penanaman sehingga tuaian untuk sayuran berdaun seperti bayam, kangkung dan sawi adalah purata 30 hari. Manakala bagi sayuran berbuah seperti cili adalah 6 bulan (tanaman secara fertigasi).

3. Kenalpasti Saluran Pemasaran Sebelum Penanaman Bermula

Sebelum memulakan projek penanaman, usahawan tani perlu menentukan channel pemasaran bagi hasil tanaman nanti. Sama ada tanaman tersebut akan dijual di pasar borong, pasar tani, pasar malam, pasar basah, kedai runcit atau hypermarket.

Setiap jenis saluran pemasaran ini akan memberikan hasil dengan harga dan terma yang berbeza. Oleh itu, usahawan tani perlu bertanya kepada mereka dahulu atau kaji pasaran mereka untuk mengetahui sayuran jenis apa yang mereka mahukan.

4. Kawal Kos Logistik Dengan Memilih Lokasi Saluran Yang Berdekatan

Kos perbelanjaan juga boleh meningkat sekiranya tidak diuruskan dengan betul. Kos logistik dapat dijimatkan apabila kita dapat mengenalpasti saluran pemasaran yang berhampiran atau projek tanaman diusahakan berhampiran dengan lokasi saluran.

Selain itu, usahawan tani boleh juga mengurangkan kos logistik apabila menetapkan jumlah minimum hasil tanaman yang perlu dibawa oleh sebuah lori untuk menampung kos logistik.

5. Tetapkan Fokus Mahu Sasarkan Harga Tinggi Atau Bekalan Berterusan

Tips untuk usahawan tani dalam bisnes pertanian yang kelima ialah fokus untuk sasarkan harga tinggi. Kebiasaanya hasil tuaian ketika musim perayaan adalah lebih tinggi berbanding dengan musim-musim lain. Oleh itu, waktu memulakan tanaman perlu dikira dari tarikh musim harga tinggi ke belakang. Selain itu, anda juga boleh fokus kepada strategi bekalan terusan tanpa memikirkan harga turun naik pasaran.Ia adalah untuk mendapat kepercayaan daripada pelanggan anda dengan bekalan yang sentiasa ada.

6. Sebagai Orang Baru, Bermula Kecil Dahulu

Jika tidak mempunyai pengalaman mengusahakan tanaman, anda perlu memulakannya pada skala yang kecil dahulu. Anda juga perlu memaahami karakter tanaman, keperluan baja, kawalan penyakit dan lain-lain.

Sebagai contoh, apabila kita bermula pada skala yang besar, risikonya juga besar. Sekiranya gagal, kita akan rugi besar dan mengambil masa untuk bermula kembali. Oleh itu, anda perlu bermula dengan skala yang kecil meletakkan kita berada dalam risiko yang boleh dikawal. Apabila sudah yakin dengan pelaburan skala kecil yang sudah memberikan pulangan, kembangkan  ke skala besar.

7. Mulakan Tanpa Pinjaman

Bermula dengan apa yang ada. Jangan mulakan bisnes pertanian dengan pinjaman. Bank-bank juga tidak memberi pinjaman kepada mereka yang masih baru tanpa cagaran tanah. Sekiranya kita mencagarkan tanah kita, dan perniagaan kita gagal, bank akan mengambil alih tanah kita kerana tidak mampu untuk membayarnya.

8. Berkerjasama Dengan Rakan Strategik

Kaedah yang lebih cepat untuk kita menyertai pelaburan skala besar, iaitu dengan bekerjasama dengan rakan strategik. Kita boleh menjalinkan kerjasama dengan mereka. Oleh itu, kita dapat mengelakkan dari membuat pinjaman dengan bank. Oleh itu, anda juga dinasihatkan untuk keluar bersosial untuk mencari rakan strategik anda.

9. Mengurus Agrobisnes Gaya Korporat, Bukan Gaya Tauke

Rancang perniagaan pertanian yang kecil itu secara bersistem yang akan membesar di kemudian hari boleh dibesarkan. Walaupun masih kecil, urus perniagaan anda seperti syarikat korporat besar. Wujudkan sistem dan SOP untuk setiap urusan penanaman sehingga kepada pemasaran. Ini juga memudahkan kita untuk mendapatkan sijil MyGAP, iaitu pengiktirafan kepada amalan pertanian yang baik (Good Agriculture Practice).

Kesimpulan

Berikut adalah 9 tips untuk usahawan tani dalam bisnes pertanian untuk mereka yang baru ingin mencuba ke bidang pertanian. Anda perlu dapatkan sebanyak maklumat yang boleh sebelum membuat keputusan pelaburan dalam bisnes pertanian. melabur tanpa perancangan yang betul akan membuatkan perniagaan anda akan lebur. Kongsikan 9 tips untuk usahawan tani dalam bisnes pertanian kepada rakan-rakan anda yang ingin memcuba bidang pertanian.

Sumber rujukan : https://www.gloviss.com/9-tips-untuk-usahawan-tani-dalam-bisnes-pertanian/

🌿🌿 TUNAS AIR - PERLU KE TIDAK 🌿🌿

 


Pernah dengar tentang tunas air?? Apa tu tunas air?? Penting ke untuk tanaman?? Meh admin terang kan sikit mengenai tunas air.. teruskan membaca..
.
Tunas air ni adalah tunas yang tumbuh melalui celahan daun dari paras pecah nya tunas anak pokok hingga ke pangkal pkok.. Macam dalam gambar tu.. admin dah highlight kan siap siap..
.
So, apa ke gunaan tunas air ni.. Tunas air ni naik bila keperluan tanaman tu cukup, dari segi baja, air dan cahaya.. Bila tumbuh nya tunas air ni.. ia akan menyerupai tunas utama.. yang cabang Y dari batang tanaman asal.. Ia boleh berbuah dan naik seperti tunas utama juga..
.
Ada yang kata tunas air ni perlu DI BUANG... Perlu ke? Jawapan nya terpulang pada anda..
.
Tujuan utama para petani membuang tunas air ni adalah untuk:
👉🏻 Membuatkan semua nutrient yang di serap pokok terus ke tunas utama..
👉🏻 Membuatkan buah lebih besar dan kadar lekat meningkat...
👉🏻 Boleh mengurangkan kadar penggunaan racun ke atas tanaman..
.
So, sekiranya tak buang apa akan jadi pada tanaman anda?
👉🏻 Tiada masalah pun.. yang jadi nya hanya peningkatan penghasilan buah.. Sebab tunas air pun boleh mengeluarkan hasil..
👉🏻 Tetapi anda perlu ingat, penggunaan baja, air dan racun juga akan meningkat..
👉🏻 Saiz buah juga tidak terlalu mempengaruhi.. Kadar kebesaran nya lebih kurang.. Tetapi elok untuk tanaman berbuah yang besar seperti terung dan cili besar untuk menghasilkan buah yang lebih besar..
.
Anda juga pernah dengar yang bila buang tunas utama, tunas air akan terhasil dengan bnyak dan lebih bnyak buah anda akan dapat.. Betul?
.
Sebenar nya, tiada perbezaan pun.. Tunas utama lebih bnyak menghasilkan buah berbanding tunas air.. hanya bila tunas utama di buang, nutrient akan lebih tertumpu pada tunas air.. Itu yang menyebabkan seperti anda dapat hasil yang lebih dari tunas utama..
.
So apa yang anda perlu buat?
👉🏻 Terpulang pada anda.. buang bloleh.. tak buang pun boleh.. Just bila anda buang.. Sebaik nya selepas buang tunas air tu terus je sembur racun organi seperti #GrOPro.. Untuk mengelakkan dari diserang penyakit..
.
Itu saja Laman Info untuk anda.. Sekiranya nya info ini memberi manfaat, silakan share.. Terima kasih..
-admin joe-
No photo description available.
Kredit to : https://www.facebook.com/LamanGrow/posts/-tunas-air-perlu-ke-tidak-pernah-dengar-tentang-tunas-air-apa-tu-tunas-air-penti/546596145781076/

[ VLOG 4# ] Terung Polybag Gantung guna sistem injector

Sistem Rumah Pelindung Hujan

 Sistem rumah pelindung hujan adalah sangat diperlukan jika ladang pokok tin ingin diusahakan secara komersial.  Sistem ini akan melindungi tanaman dari penerimaan air yang berlebihan terutama sekali pada musim hujan.










FERTIGASI ADALAH PERTANIAN MODEN

 MAKLUMAT ASAS DALAM PENANAMAN

SECARA FERTIGASI

      1.0 STRUKTUR PELINDUNG TANAMAN

1.1    Pendahuluan

·               Pengeluaran tanaman di ladang terbuka dataran rendah menghadapi risiko tinggi akibat kerosakan tegasan suhu yang tinggi, sinaran matahari yang ekstrim, timpaan hujan lebat, tiupan angin kencang, serangan penyakit dan serangga perosak.

·               Dilaporkan kerosakan akibat serangan penyakit dan serangga perosak di ladang terbuka boleh mencapai 100 %.

·               Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan teknologi Struktur Pelindung Tanaman (Gambar 1) yang dilengkapi dengan sistem fertigasi.

·               Teknologi ini dapat menjamin pengeluaran hasil yang tinggi dengan kualiti yang lebih baik di sepanjang tahun dengan kos pengeluaran yang rendah.

·               Asasnya, Struktur Pelindung Tanaman dalam manual ini mempunyai kerangka besi galvani, atap polietilina lutsinar dan dinding jaring kalis serangga yang lutsinar.

·               Telah dipersetujui oleh Kementerian Pertanian Malaysia bahawa hanya model struktur fertigasi nasional sahaja yang akan diguna-pakai dalam semua aktiviti pengeluaran sayur-sayuran jenis buah yang melibatkan pembiayaan Bank Pertanian Malaysia

      
     1.2     Ciri-ciri Rekabentuk


·               Saiz Struktur Pelindung Tanaman model nasional ialah 6 m lebar, 33 m panjang dan 2.4 m tinggi di kedua-dua sisi. 

·               Kawasan tanah seluas sehektar disyorkan hanya memuatkan sebanyak 24 unit Struktur Pelindung Tanaman model nasional.  Ruang selebihnya digunakan untuk pembinaan jalan, peparitan dan infrastruktur lain.

·               Pelan teknikal terperinci Struktur Pelindung Tanaman ini boleh diperolehi dengan menghubungi pihak MARDI.




    


GAMBAR 1: PANDANGAN STRUKTUR  PELINDUNG   
       TANAMAN


1.3    Penyelenggaraan

·               Struktur Pelindung Tanaman perlu diselenggara semasa beroperasi.  Atap plastik dan jaring polietelina perlu dicuci setiap enam bulan sekali dengan cermat menggunakan air sabun dan penggosok lembut untuk menghilangkan lekatan debu dan lumut. Plastik atau jaring yang koyak perlu ditampal.

2.0      SISTEM  FERTIGASI
   
·               Sistem fertigasi adalah satu sistem pengurusan air dan baja yang dijalankan serentak

·               Sistem fertigasi dijadualkan untuk mengagihkan larutan baja (pada kepekatan rendah) beberapa kali sehari (mengikut keperluan) kepada setiap pokok.

·               Tujuan utama sistem ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan baja.  Pengagihan secara otomatik menggunakan pengatur-masa dengan kekerapan dan tempoh pemberian yang telah dikenalpasti dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh.

·               Sistem fertigasi direkabentuk mengikut keperluan amalan fisiologi dan agronomi tanaman khusus untuk sayur-sayuran jenis buah.

·               Pam air boleh tenggelam (submersible pump) yang diperbuat daripada polietelina dan keluli tahan karat digunakan untuk mengepam larutan baja dari tangki larutan baja.

·               Untuk penjimatan masa, kos dan meningkatkan kualiti sistem ini komponen-komponen sistem fertigasi disediakan dan dipasang di dalam bengkel kejuruteraan. Komponen yang telah difabrikasi dibawat ke tapak binaan untuk dipasang secara pasang siap. 

 

3.0    KAEDAH PENANAMAN SECARA FERTIGASI


  • Fertigasi di sini merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah (soilless culture production system).

  • Umumnya hanya sayur-sayuran jenis buah sahaja seperti tomato, cili merah, capsicum, timun, melon, zukini, terung dan strawberry yang sesuai lagi ekonomikal menggunakan kaedah ini.

  • Tujuan penanaman secara fertigasi ialah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti oleh penyakit akar seperti penyakit Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bacteria yang kebanyakannya adalah jenis-jenis penyakit bawaan tanah.  Penyakit lain yang dianggap merbahaya ialah penyakit hawar pucuk dan Antraknos pada tanaman cili.
   
  • Bagi membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang pengusaha itu mestilah mempunyai rumah tanaman, yang lebih dikenali sebagai Struktur Pelindung Tanaman (SPT). 

  • Pelbagai bentuk SPT yang dibina daripada pelbagai bahan terdapat di Malaysia.  Walau bagaimanapun, bakal-bakal pengamal penanaman secara fertigasi digalakkan mengguna-pakai model struktur fertigasi nasional yang diperakui oleh Kementerian Pertanian.  

  • Atap SPT hendaklah diperbuat daripada bahan yang lutsinar supaya cahaya matahari dapat diterimaguna oleh tanaman.

  • Tanpa SPT pengawalan perosak tanaman secara kimia tidak akan berkesan disebabkan hujan yang turun akan mencuci racun-racun yang diberikan.  Semburan ulangan dan penambahan dos semburan akan meningkatkan kos.  Percikan air akibat hujan yang menimpa daun juga memudahkan jangkitan kepada pokok-pokok lain.

  • Selain melindungi tanaman daripada dijangkiti penyakit SPT juga dapat mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair kerana terkena hujan menyebabkan pemberian baja tidak berkesan.  Akibatnya pertumbuhan pokok terjejas dan hasil merosot.

·         Walau bagaimanapun SPT yang dilengkapi dengan dinding jaring kalis serangga tidak dapat menjamin tanaman bebas dari diserang atau dijangkiti penyakit virus.  Ini disebabkan dinding jaring walaupun menggunakan saiz 32 mesh masih tidak dapat menyekat kemasukan hamama merah,kutu trip atau lalat putih (pembawa virus) kerana mereka ini sifatnya kecil. 

 

·         Makhluk-makhluk perosak ini bukan sahaja boleh masuk melalui lubang-lubang jaring bahkan ianya boleh juga masuk dengan melekat kepada pakaian atau anggota pekerja yang keluar masuk SPT.     

 


4.0    MEDIUM TANAMAN

 

·         Medium tanaman ialah sebarang bahan samada organan atau bukan organan yang boleh digunakan sebagai tempat untuk akar berpegang disamping membantu pertumbesaran pokok.


·         Medium tanaman yang paling banyak digunakan ialah ‘coconut coir dust’

yang dikenali dengan panggilan ‘coco peat’ atau  habuk sabut kelapa. 


·         Coco peat’ adalah murah dan mudah dibeli jika dibandingkan dengan

media tanaman komersil lain seperti ‘perlite’, ‘vermiculite’  dan ‘maidenwell diatomite’. 


·         Media tanpa tanah lain yang boleh digunakan ialah seperti pasir sungai / lombong atau batu kerikil granit (bukan batu kapur kerana kandungan kalsiumnya tinggi).

 

·         ‘Coco peat’ boleh diperolehi melalui beberapa Pertubuhan Peladang Kawasan seperti PPK Gombak / Petaling, Sungai Pelong, Selangor; PPK Hutan Melintang, Teluk  Intan, Perak; PPK Bentong, Pahang dan PPN Terengganu.

 

5.0    KOMPONEN DALAM SISTEM FERTIGASI


  • Fertigasi dapat dilaksanakan dengan bantuan alat-alat seperti penitis, paip pembahagi, paip utama dan tangki larutan (Lihat Gambarajah 1, 2, 3 dan 4). 

 

Gambarajah  1  :  KOMPONEN UTAMA SISTEM FERTIGASI



1    Penitis (dripper / emitter)
  • Penitis adalah alat yang dipasang di hujung tiub spageti di mana larutan baja keluar ke pangkal tanaman.

  • Penitis disambungkan ke paip pembahagi (lateral lines) menggunakan tiub kecil dipanggil tiub spageti dan penyambung (adaptor).  Tiub spageti ini biasanya bergarispusat 5 mm dan panjangnya stengah meter.

  • Penitis yang baik ialah dari jenis dwi fungsi iaitu sebagai penitis dan juga sebagai pengatur (regulator).  Penyelenggaraan penitis jenis ini lebih mudah.  Kerana ianya mudah untuk di cabut dan dibersihkan apabila tersumbat. 

5.2    Paip pembahagi (lateral lines)

  • Paip pembahagi dipasang samada satu paip polietelina bagi setiap baris tanaman seperti tanaman cili atau satu paip polietelina bagi setiap dua baris tanaman seperti tanaman tomato, melon dan timun.

  • Sebaiknya ia dipasang mendatar terutama bagi kaedah graviti atau penggunaan pam yang kecil tekanannya.

  • Saiz paip pembahagi (polypipe HDPE) yang biasa digunakan bergarispusat 13 mm.  Paip bergarispusat 16 mm digunakan pada batas-batas tanaman yang panjangnya melebihi 50 m. 

  • Penggunaan paip pembahagi yang berwarna putih sangat-sangat digalakkan.

5.3    Paip primer (main line)   


·        Paip utama biasanya bergarispusat antara 32 mm hingga 40 mm.

 

5.4    Paip sekunder (secondary line)   


·        Paip sekunder biasanya juga bergarispusat antara 32 mm hingga 40 mm bergantung kepada bilangan paip pembahagi dan bilangan pokok yang perlu diairbajai.

5.5    Tangki larutan baja


  • Tangki larutan berfungsi untuk menakung larutan baja, pusat menyukat kepekatan, merawat, menapis dan mengatur sukatan dan masa pemberian larutan baja. 

  • Di sekitar tangki inilah terletaknya pam, penyukat tekanan, penapis, penyukat kepekatan dan keasidan baja dan pengatur masa.

  • Pengaliran larutan baja dari tangki larutan baja boleh dilakukan  samada menggunakan pam atau secara tarikan graviti. 

  • Kaedah tolakan graviti biasanya dilakukan di kawasan yang tiada bekalan tenaga elektrik atau terdapat tanah tinggi yang berhampiran dengan ladang seperti yang diamalkan di Cameron Highlands

 

5.6    Penapis (filter) 


  • Penapis perlu dibersihkan sekerap mungkin agar kerja-kerja penapisan berkesan. 

  • Biasanya penapis dipasang selepas pam air.

  • Air yang digunakan untuk fertigasi perlu bersih dan suci dari sebarang patogen untuk mengelakkan penitis tersumbat dan tanaman dijangkiti penyakit. 

5.7    Alat pengatur masa (Timer)

  • Alat pengatur masa digunakan untuk memastikan pemberian larutan baja dilakukan pada masa, kekerapan dan kuantiti yang telah ditetapkan.

  • Kuantiti larutan baja yang diberikan juga bergantung pada tempoh masa penitisan

  • Kuasa pam (tekanan) juga mempengaruhi tempoh masa penitisan.

6.0   KEBAIKAN DAN KEKURANGAN SISTEM FERTIGASI


          6.1 Kebaikan


  • Kaedah fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, dan inilah sebab utama ia diminati 
  • Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan penggunaan air dan baja berbanding dengan cara-cara lain. 
  • Penggunaan alat pengatur masa otomatik menjamin keberkesanannya.
  • Kekerapan pemberian larutan baja pada kadar yang perlahan dapat memastikan bahawa perbezaan lembapan tanah antara kering dan basah tidak terlalu besar. 
  • Memandangkan kadar penitisan yang perlahan, saiz paip utama dan paip pembahagi adalah kecil oleh itu kos pembeliannya lebih murah.  


6.2  Kekurangan


  • Saiz lubang tempat keluarnya larutan baja dari penitis adalah kecil, ia mudah tersumbat akibat timbunan garam-garam galian yang terjadi akibat proses penyejatan larutan baja di antara dua penitisan. 
  • Timbunan garam-garam galian akan berlaku dalam medium tanaman.di tanah rendah tropika.  Kejadian ini berlaku sedikit demi sedikit disebabkan berlakunya proses evapotranspirasi. yang berlebihan akibat cuaca terlalu panas  Timbunan garam-garam ini akan terus berlaku sehingga medium tanaman menjadi terlalu bergaram (tinggi salinitinya) dan boleh menyebabkan pokok mati akibat berlaku proses deplamolisis


7.0    KEPERLUAN OPERASI


  • Kadar penitisan mestilah kerap dengan tempoh yang pendek.  Tempoh masa pemberian mestilah bertepatan dengan keperluan pokok.
  • Jangan memberikan terlalu banyak larutan baja bagi mengelakkan berlakunya pembaziran dan seterusnya dapat mengurangkan kos pengeluaran.
  • Penapis mestilah dibersihkan selalu mengikut jadual (mungkin sekali seminggu atau sekali dalam dua minggu bergantung kepada kualiti air) untuk memastikan sistem fertigasi berfungsi dengan sempurna.
  • Sebulan sekali klip di hujung paip pembahagi dibuka untuk mencuci dan membilas keluar mendapan garam-garam galian dan bendasing yang ada dalam paip tersebut. 
  • Alat penitis mestilah diperiksa dan dibersihkan setiap minggu untuk mendapatkan pengaliran larutan baja yang betul. 
  • Kekerapan penitisan ditambah mengikut pertumbuhan pokok bagi memastikan pokok yang makin membesar mendapat larutan baja yang mencukupi.

8.0    PEMILIHAN VARIETI


  • Varieti adalah komponen penting untuk mendapatkan hasil yang tinggi, tetapi tidak semestinya dapat menyelesaikan semua masalah yang dihadapi petani.
  • Petani perlu memastikan varieti yang paling sesuai untuk digunakan.  Varieti mempunyai tindakbalas yang khusus kepada alam persekitaran seperti suhu, kelembapan angin dan tahap pengurusan.  Terdapat varieti yang sangat peka dan ada yang stabil kepada perubahan persekitaran.
  • Pengetahuan terhadap cirri-ciri varieti yang terkini adalah amat penting untuk pemilihan yang tepat. 
  • Gunakan varieti yang telah disyorkan sahaja. Antara varieti yang disyorkan mengikut jenis tanaman adalah seperti berikut:-

    
Jenis tanaman                                      varieti yang disyorkan
 



·         Tomato                             Al boran, Baccarat 322, Gin Yuen Bao,
Batu 163
(Semua benih di atas boleh dibeli di Chop Eng Huat Seed, Brinchang, Cameron Highlands, Pahang)

·         Cili                                                DRH 911 (DeRuiter Seed Co. Holland)
Hot Chilli (Known You Seed Co. Taiwan).
Hybrid Red Star (Hot Chilli) Ringlet.
Kulai (MARDI Serdang).
Kulai Susu (Leckat Seed Co.)

·         Melon Wangi                  Golden Langkawi, Gold Champ, Gordess
                                                Glamour, Roze, Emerald Jewels
                                                           
                                                           

                                                                       
                                                                   




   9.0    PENYEDIAAN BIJI BENIH


·         Gunakan biji benih yang tulin dan berkualiti.
·         Pastikan biji benih yang digunakan bebas daripada sebarang penyakit dan 
            tiada kesan serangan serangga.
·         Gunakan benih yang peratus percambahannya tidak kurang daripada      90%.  Ujian percambahan perlu dilakukan sekiranya benih telah tersimpan             lama dalam stok.  Apabila percambahannya tidak mencapai tahap yang         sepatutnya, ianya perlu diganti dengan benih baru.
·   Dalam keadaan tertentu rawatan biji benih perlu dibuat.


10.0  MENYEDIAKAN ANAK BENIH  
   
  • Sekiranya seseorang pengusaha dapat menyediakan anak benih tanaman dengan baik, secara tidak langsung boleh menjamin 50 % kejayaan. 
  • ‘Peat moss’ adalah medium yang paling baik untuk dijadikan medium percambahan. 
  • Dengan menggunakan biji benih yang diperolehi dari sumber atau pembekal yang boleh dipercayai ‘peat moss’ pasti dapat memberikan pertumbuhan anak benih yang baik.
  • Dulang semaian samada dari jenis plastik hitam (Gambar 2) atau polisterin plug boleh digunakan.  Anak benih mudah dikeluarkan tanpa menjejaskan akar pokok. 
  • Dulang semaian diisi dengan ‘peat moss’.  Pastikan ianya tidak terlalu padat atau terlalu longgar.  Buatkan lubang dengan mencucukkan jari telunjuk sedalam 1 sm. 
  • Masukkan biji benih yang telah dirawat dengan thiram atau captan ke dalam lubang-lubang ini.  Satu biji benih bagi setiap satu plug. 
  • Siram biji-biji benih ini dengan air bersih menggunakan penyembur tangan kecil bagi memastikan biji-biji benih basah dan boleh cambah. 
  • Lubang-lubang biji benih ini jangan dikambus terlalu padat.
  • Dulang-dulang semaian ditutup dengan helaian plastik hitam dan diletakkan di bawah teduhan.
  • Biarkan beberapa hari untuk biji-biji benih bercambah.  Biasanya 4 – 6 hari di tanah rendah bagi tomato dan cili) untuk biji-benih.  Tanaman melon wangi hanya memerlukan 2 hari sahaja untuk biji bercambah.
  • Plastik hitam dibuka selepas 4 hari dan dedahkan dulang semaian kepada cahaya matahari di dalam takung pembesaran di rumah semaian bagi memastikan anak-anak pokok tumbuh tegap dan tidak kurus. 
  • Takung pembesaran dilengkapi dengan sistem pengairan NFT di mana larutan bajanya berkitar dengan bantuan pam kecil akuarium (32 watts). 
  • Anak-anak benih diberikan larutan baja dengan kepekatan EC =  1.6 µS
dan di tingkatkan kepekatannya seminggu kemudian sehingga
EC = 2.5 µS.
·         Dalam tempoh 2 minggu anak-anak benih ini telah sedia untuk diubah ke beg-beg tanaman.

                      

           

11.0    MEMBUAT LARUTAN STOK
·               Empat belas jenis unsur dalam bentuk sebatian {Nitrogen, .Fosforan, Kaliam, Kalsiam, Sulfan, Magnesiam, Mangan, Feram (zat besi), Kuperam, Zink, Boron, Ammonium, Molibdenum dan Naterium} diperlukan sebagai asas bagi rnendapatkan satu formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok yang baik. (Unsur lain seperti Oksigen, Hidrogen dan Karban diperolehi daripada udara) 
·               Unsur-unsur dalam bentuk sebatian ini mestilah betul-betul larut dalam air agar mudah diagihkan kesetiap pokok dengan seragam.  
·               Formulasi baja adalah berbeza mengikut jenis tanaman.
·               Larutan stok disediakan dengan kepekatan 100 x ganda dari yang diperlukan oleh pokok.  Boleh juga disediakan dalam kepekatan 200 x ganda untuk mengurangkan ruang menyimpan tangki larutan stok. 
·               Kalsium nitrat {Ca(N03)2} mestilah disediakan secara berasingan dari sebatian yang mengandungi POdan S04 untuk mengelak berlakunya tindakbalas kimia dan terjadinya pemendakan.  Biasanya larutan Ca(N03)dan zat Fe disatukan dan disediakan berasingan dari 9 sebatian lain.
·               Larutan stok ini {Ca(N03)dan zat Fe} dilabelkan dengan LARUTAN “A” manakala larutan yang mengandungi sebatian-sebatian lain (KNOKH2PO4, MgSO4, MnSO4, CuSO4, ZnPO4, Ammoniam Molibdat atau Nateriam Molibdat dilabelkan dengan LARUTAN “B”.
·               Perlu diingat bahawa semasa membuat larutan baja, kedua-dua larutan stok tidak boleh dicampurkan serentak.  Larutan stok hendaklah dituangkan satu persatu bagi mengelakkan berlaku sebarang tindakbalas kimia yang mewujudkan sebatian lain yang tidak larut..


12.0  PENYEDIAAN BEG TANAMAN


·         Ukuran beg plastik yang biasa digunakan ialah 45 sm panjang dan 15 sm lebar untuk tanaman tomato dan melon. 
·         Sebaiknya plastik putih digunakan bagi mengurangkan peningkatan suhu di dalam ‘coco-peat’.
·         Beg-beg tanaman ini setelah diisi ‘coco peat’, dicantum (staple) hujungnya (mulutnya) dan disusun baring membentuk bantal-bantal kecil (Lihat Gambar 3).
·         Untuk memudahkan kerja-kerja pengendalian (memunggah, mengangkat dan menyusun), gunakan satu bantal untuk satu pokok. 
·         Disyorkan ‘coco peat’ dibasah dan ditoskan dahulu sebelum dimasukkan kedalam bantal-bantal plastic untuk mengelakkan masalah hidung atau mata berair.
·         2 – 2.5 kilogram ‘coco peat’ lembap diperlukan untuk setiap bantal tanaman.
·         3 – 4 lubang-lubang untuk laluan keluar lebihan larutan baja dibuat di kiri kanan bantal-bantal tanaman menggunakan pisau kecil lebih kurang 3.5 sm – 5 sm dari aras tanah.  Kerja ini dilakukan pada hari atau sehari selepas menanam.  



  

13.0  MENANAM


  • Anak benih yang berumur 10 hari selepas cambah sedia untuk diubah ke atas bantal-bantal berisi ‘coco-peat’. 
  • Pada peringkat ini ketinggian pokok di antara 10 – 12 sm. 
  • Anak-anak pokok boleh juga diubah lebih awal lagi tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. 
  • Bantal-bantal ditebuk samada berbentuk tingkap atau bentuk X.  Lihat Gambarajah 5 di bawah.

  • Anak benih bersama plug ‘peat moss’ dimasukkan ke dalam lubang yang dikorek pada bantal-bantal tanaman. 
·         Tali lanjaran (tali bagi pokok memanjat atau melilit ke atas) diikat ke pangkal pokok dan dililitkan ke batang pokok.
·         Dawai penggantung ini biasanya direntang kemas samada memanjang atau melintangi Strruktur Pelindung Tanaman mengikut pergerakan matahari.  Dawai ini mestilah cukup tinggi (2.5 m) untuk mewujudkan pengudaraan yang baik. 
·         Pastikan bahawa sistem pengairan titis berfungsi. Penitis dicucukkan ke pangkal pokok agar anak-­anak pokok yang baru ditanam mendapat bekalan larutan baja setiap kali pam dihidupkan. 
·         Pemeriksaan sentiasa dilakukan ke atas setiap pokok untuk memastikan kesemuanya menerima titisan larutan baja.

14.0  PENGURUSAN SISTEM PENGAIRAN
·         Pembekalan larutan baja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan dengan bantuan alat pengatur masa.
·         Kekerapan dan tempoh masa setiap penitisan bengantung kepada jenis tanaman dan peringkat umur tanaman. 
·         Pada amnya tanaman dan melon wangi yang mempunyai daun yang lebar, memerlukan kekerapan penitisan yang lebih jika dibandingkan dengan tanaman tomato atau cili. 
·         Tempoh masa penitisan tidak terlalu panjang bagi menghalang pembaziran larutan baja. 
·         Dalam tempoh penitisan yang panjang jumlah larutan baja yang diberikan akan melebihi kemampuan bagi ‘coco-peat’ untuk menyerap dan menyimpannya. 
·         Penitisan selama lebih kurang 5 - 6 minit bagi setiap 2 jam (pada siang hari) adalah memadai untuk tanaman yang ditanam di tanah rendah.  Dalam tempoh ini tiap-tiap pokok menerima lebih kurang 100 – 150 ml. larutan baja.
·         Sistem pengairan titis memang mudah tensumbat akibat timbunan garam galian dan juga lumut. 
·         Adalah penting untuk memeriksa pokok setiap hari untuk mengesan mana-mana penitis yang tersumbat. 
·         Pemeriksaan yang efektif boleh dilakukan antara jam 10.00 hingga 11.00 pagi.  Pemeriksaan pada waktu petang mungkin terlalu lewat untuk memulihkan mana-mana pokok yang telah layu akibat tidak mendapat larutan baja. 
·         Apabila penitis tersumbat pokok akan layu, biasanya bermula dari daun muda atau pucuk.  Cabut penitis dari tiub spageti dan bersihkan.
·         Penggunaan penapis lazimnya boleh mengurangkan masalah ini.  Walau bagaimanapun perlu diingat bahawa penapis mestilah sentiasa dibersihkan dari semasa ke semasa untuk menjamin keberkesanannya. 
·         Kejadian penimbunan sisa garam galian di dalam medium tanaman sering berlaku di kawasan tanah rendah tropika. Untuk mengelakkan kejadian ini  medium tanaman disyorkan supaya dibilas dengan air bersih setiap kali sebelum pengisian semula tangki larutan baja dilakukan.

15.0  MEMBUAT CANTASAN
     15.1  Membuang tunas air
·         Tunas air yang dikeluarkan oleh semua pokok dikotilidon (jenis berdaun lebar).tidak diperlukan.  Tunas air akan terus tumbuh dari celah daun (antara batang pokok dengan tangkai daun). 
·         Membuang tunas air perlu dilakukan untuk semua pokok sayuran jenis buah yang ditanam secara tanpa tanah termasuk tomato, melon wangi, cili, capsicum dan timun.
·         Kerja-kerja membuang tunas air merupakan kerja harian yang mesti dilakukan untuk mendapatkan satu batang utama (single main stem).
·         Dengan mengekalkan satu batang utama jangka hayat ekonomi tanaman dapat dipanjangkan dan menjamin buah yang lebih besar dan sekata. 
·         Tanaman tomato jenis ‘indeterminate’ di kawasan tanah rendah tropika boleh tumbuh memanjang melebihi 6 m dan mampu mengeluarkan hasil walaupun mungkin tidak ekonomik.
·         Kerja-kerja membuang tunas air perlu dilakukan seawal mungkin, bahkan dari peringkat pembesaran di tapak semaian lagi.

      15.2  Membuang daun tua

·         Daun-daun tua perlu dibuang kerana tidak berupaya lagi untuk membantu membuat makanan (terutamanya yang terlindung dari mendapat cahaya matahari).
·         Daun-daun tua juga kebanyakannya berpenyakit. Pembuangan daun-daun tua biasanya dilakukan selepas mengutip hasil.

16.0  MEMBENTUK POKOK


     16.1  Melentur

·         Hanya perlu dilakukan kepada tanaman tomato jenis ‘indeterminate’
·         Tomato jenis ini terbukti boleh memberikan hasil tuaian yang tinggi bagi setiap pokok kerana potensi jangka hayat ekonominya lebih panjang dan penuaian buah yang berterusan dapat dilakukan.
·         Pokok-pokok tomato yang tidak dilentur akan tumbuh memanjang tanpa tanpa haluan.  Keadaan ini akan menyukarkan kerja-kerja pengurusan yang lain seperti membuang tunas air dan mengutip buah. 
·         Amalan yang biasa dilakukan oleh pengusaha ialah dengan melentur pokok-pokok tomato ke sisi samada ke kanan atau ke kiri susunan batas.
·         Pokok-pokok yang disebelahnya turut dilentur mengikut arah yang sama. Cara melentur yang mudah dan tidak menjejaskan pokok (yang memungkinkan ianya patah) ialah dengan melakukannya seawal mungkin. 
·         Ianya dilakukan dengan mengendurkan tali lanjaran dan menganjakkan dawai penyangkut ke sisi dalam ukuran jarak 40 sm. 
·         Pergerakan melentur dilakukan secara bergerak ke belakang (mengundur).

     16.2  Melilit pokok mengikut tali lanjaran.

·         Kerja melilitkan pucuk pokok mesti dilakukan bagi memastikan pokok-pokok tanaman kita terus tumbuh ke atas. 
·         Sekiranya tidak dilakukan terutamanya tanaman tomato, pucuk batang utamanya akan memanjang kesisi dan mungkin akan patah. 
·         Manakala bagi pokok-pokok melon wangi dan timun, pucuk pokok akan mengganggu pokok-pokok di sebelahnya dan menyukarkan kerja-kerja pengurusan yang lain seperti mengutip buah dan membuang tunas air.
·         Kerja-kerja melilit pokok biasanya dilakukan serentak dengan kerja-kerja membuang tunas air.





17.0  MEMBANTU PENDEBUNGAAN
·         Bagi tanaman tomato dan cili pada teorinya menjalani pendebungaan sendiri.  Tetapi apabila ditanam di dalam Struktur Pelindung Tanaman lebih-lebih lagi yang dipasang dengan jaring kalis serangga kedapatan banyak putik-putik buah yang gugur dibawah pokok.  Keguguran telah dikenalpasti kebanyakannya disebabkan tidak berlaku proses pendebungaan.
·         Di Negara Eropah, ‘bumble bee’ dipelihara untuk membantu pendebungaan semua pokok jenis buah yang ditanam dalam rumah kaca.
·         Walau bagaimanapun proses pendebungaan boleh juga dibantu secara manual dengan menjentik-jentik atau membuat gegaran kepada tangkai-tangkai bunga antara jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang setiap hari. 
·         Walaupun kaedah ini telalu banyak menggunakan masa tetapi hasilnya lebih terjamin.  Alat penggetar bunga (flower vibrator) telah digunakan secara meluas di barat sebelum penggunaan ‘bumble bee’ diketahui.
·         Pemeliharaan kelulut di dalam rumah pelindung tanaman berdinding kalis serangga telah berjaya meningkatkan bilangan buah cili di MARDI Langkawi. Tetapi kelulut tersebut tidak dapat hidup lama.
·         Memelihara lebah Aphis cerana kedalam Struktur Pelindung Tanaman berdinding jaring kalis serangga hanya akan membunuh lebah-lebah tersebut. Mereka gagal pulang ke sarang kerana pancaran matahari pecah (disperse) apabila terkena bumbung plastic SPH. 
·         Pendebungaan berbantu menggunakan membawa bunga jantan kepada bunga betina (menggeselkan stamen ke atas stigma) boleh meningkatkan hasil buah melon.

18.0  MENGUTIP BUAH


·         Pada kebiasaannya pokok-pokok tomato dan cili yang ditanam secara fertigasi tanpa menggunakan tanah akan mula dikutip hasilnya dalam lingkungan 70 – 80 hari setelah disemai. 
·         Buah-buah tomato yang dipetik mestilah mempunya tangkai buah dan sepal.  Tujuannya adalah untuk membezakan tomato yang ditanam tanpa tanah dengan tomato yang ditanam secara biasa di lading.. 
·         Memetik buah dilakukan dengan memegang buah di antara ibu jari dan jari hantu, manakala jari telunjuk pula menekan tangkai buah pada garisan tanggal (‘senescent line’) ke bawah.  Pada garisan tanggal ini buah-buah tomato akan mudah diasingkan dari ‘truss’ nya.  Buah-buah yang dipetik secara ini akan kelihatan lebih menarik.
·         Bagi tanaman melon, buah dipetik apabila daun pengasuh (flag leaf) pada tangkai buah telah kering dan diikuti dengan adanya tanda-tanda retak (garisan retak) mengelilingi pangkal buah. 
·         Semua hasil tanaman perlu dibuat penggredan mengikut saiz.  Jika dicampur-adukkan boleh menyebabkan harga pasarannya akan turun.


Jual ulam raih RM30,000 sebulan

KOTA BHARU: Kegigihan mengusahakan pelbagai jenis tanaman ulam-ulaman, nyata berbaloi buat seorang wanita apabila meraih pendapatan lumayan,...