Carian Maklumat Di Sini...

Google

TANDA-TANDA KEKURANGAN NUTRIEN TUMBUHAN

PEMBEKAL BAJA: TANDA-TANDA KEKURANGAN NUTRIEN TUMBUHAN: Tumbuhan juga memerlukan makanan yang seimbang untuk hidup subur dan seterusnya mengeluarkan hasil yang lumayan. Sebagai petani seharus ...

KHASIAT POKOK KETUMBAR JAWA

 

Screenshot 2021 0815 125303

Serius saya memang suka letak dalam sup tomyam..sedap sangat2..

Khasiat pokok ketumbar jawa yang ramai tidak tahu

Ketumbar jawa (bahasa melayu) atau tumbar mungsi (bahasa Indonesia)atau fit weed,long coriander (bahasa Inggeris) merupakan tumbuhan herba yang mempunyai akar tunjang, berbαu kuat, terutamanya sekiranya daun dicederαkan.

Daun ketumbar jawa ini mempunyai daun dalam susunan roset. daun ketumbar jawa ini boleh dikategorikan sebagai ringkas,berbentuk memanjang seperti tetombak songsang dengan ukuran sehingga 30cm panjang, 4cm lebar dengan tepi daun bergerigi dan berwarna hijau muda berkilau. Jambak bunganya pula mempunyai braktea 30 sehingga 40cm panjang. Bunganya bersaiz kecil.

Ketumbar jawa ini berasal dari Amerika Tropika dan Hindi Barat. Namun kini, tumbuhan herba ini boleh didapati di negara tropika seluruh dunia. Pokok ketumbar jawa ini boleh ditanam secara penanaman bij atau memisαhkan anak pokok daripada pokok induknya. Pokok ini juga turut boleh dijadikan tumbuhan hiasan. Tambahan lagi,pokok ini kurang menghadapi masαlah penyαkit atau perosαk.

FB IMG 1629002809526

Khasiat Ubatan

Daun
Air rebusan daun ketumbar jawa ini diminum untuk merαwat demαm, diαbetes,demαm panas, perut kembung, radαng paru-paru, selsemα dan boleh melawαskan pembuαngan air besar.

Selain itu,air rebusan ini juga boleh dijadikan air mandian untuk merαwat demαm panas, selsemα,serta radαng paru-paru.

Cecair daun diperah dan sisa daun ditelan untuk dijadikan pembuka selera.
Daun ketumbar jawa yang segar ini juga boleh dibuat ubαt pupuk untuk merαwat bisuI, ku_dis dan lukα.

Akar

Dapat merαwat bαtuk,demαm,demαm malariα,demαm panαs,radαng paru-paru, selsemα, sembeIit, melawaskan pembuangan air kecil, meragsang peluh dan menghentikan pendarαhan rαhim dengan cara meminum air rebusan daripada akar tersebut.

Daun dan Akar

Air rebusan diminum untuk merαwat demαm kuning, demαm panas, penyαkit seriαwan usus, sαkit ular-ularan,tekanan darαh tinggi,merangsang hαid,merangsang peluh, penawar rαcun, terlampau banyak jus hempedu dan sebagai αfrodisiak.

Khasiat pemakanan

Daun ketumbar jawa ini boleh dijadikan perisa dalam makanan, sup, sayur atau ulam. Daunnya yang muda turut boleh dimakan mentah-mentah sebagai salad atau ulam dan dimasak seperti sayur yang lain.

Daun muda mempunyai rasa dan bαu yang kurang kuat berbanding dengan daun tua. Bαunya seperti daun ketumbar tetapi daun yang tua itu berbαu lebih kuat seakan pepijαt.

Ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa daun ketumbar jawa ini boleh dibuat perisa atau sayur.

Sumber: https://rentas.asia/khasiat-pokok-ketumbar-jawa/

TIPS MENANAM ROCK MELON

 TIPS MENANAM  ROCK MELON – RM4,000 ANGGARAN POTENSI PENDAPATAN SEBULAN.

1. Rock Melon atau nama saintifiknya adalah Cucumis Melo Linn merupakan sejenis tembikai susu yang berwarna keorenan. Tekstur buahnya rangup dan manis.

2. Proses penanaman dan penjagaan Rock Melon atau tembikai wangi dikatakan agak sukar, namun mampu meraih pendapatan yang lumayan.

3. Cara penanaman bagi Rock Melon dibuat secara fertigasi. Beberapa Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Jabatan Pertanian negeri menawarkan projek tanaman Rock Melon.

4. Tanaman Rock Melon memerlukan kesabaran dan pengawasan yang tinggi dan prosesnya agak rumit. Namun, ianya mampu mengeluarkan hasil sebanyak tiga kali setahun selepas 75 hari penuaian.

5. Bagi rumah pelindung 0.06 hektar, ianya mampu menampung 1000 pokok rock melon dalam satu masa.

6. Proses yang rumit berbanding tanaman lain terutamanya pada usia satu hingga 30 hari. Pengawasan yang tinggi dan penjagaan yang rapi amat diperlukan kerana pada tempoh ini tanaman mudah mati, rosak dan diserang penyakit.

7. Proses bantuan pendebungaan boleh dilakukan pada hari ke 21 kerana pokok sudah mula berbunga. Bantuan pendebungaan adalah untuk menghasilkan buah.

8. Selewat-lewatnya proses itu perlu dilakukan sehingga hari ke 25, jika tidak pokok Rock Melon tidak akan berbuah.

9. Sebiji Rock Melon mempunyai berat anggaran satu hingga dua setengah kilo dan dijual selepas capai tahap bacaan kemanisan yang ditetapkan iaitu 11 brix.

5e9102f0921f4effe6972570af4325ba 1

10. Jabatan Pertanian menyediakan tapak dan kemudahan infrastruktur seperti 30 unit rumah pelindung serta panduan dan maklumat untuk memulakan penanaman Rock Melon ini.

11. Rock Melon dijual dengan harga RM5 sekilo di pasaran, dan boleh menjana pendapatan bulanan sehingga RM4000.00 – Sifudurian

Kredit : Harian Metro

KENALI RACUN PEROSAK



Persoalan pertama bagi sesiapa yang ingin menggunakan racun perosak ialah "apa itu racun perosak". Memahami konsep disebaliknya walaupun secara ringkas adalah amat penting dalam aspek penggunaan racun perosak secara berhemah. 

Secara umumnya, setiap bahan yang mengandungi bahan aktif (active ingredient) yang dapat mengawal, mencegah, memusnah, melemah, menghalau, melega, mengurang mahkluk perosak adalah dikategorikan sebagai racun perosak. 

Untuk lebih mudah memahaminya, racun perosak diberi mana khusus sebagai pengenalan. Penamaannya di bahagi kepada 3 iaitu

 1. Nama biasa 

Ia adalah nama "generic" yang diberikan bagi mengantikan nama kimia yang panjang dan rumit. Contohnya Chlorpyrifos, Cypermethrin, Glyphosate, malathion, methamidophos, imidacloprid. 



2. Nama kimia

 Nama yang diberikan secara sistematik mengikut kaedah penamaan oleh badan badan tertentu seperti International Union Of Pure And Applied Chemistry (IUPAC) dan Chemical Abstract Services (CAS). Contoh nama kimia bagi nama biasa Chlorpyrifos ialah O,O-diethyl O-3,5,6-trichloro-2-pyridyl phosphorothioate dan nama kimia bagi nama biasa 2,4D ialah 2,4-Dichlorophenoxyacetic acid 





3. Mana dagangan atau keluaran

 Nama yang diberikan kepada sesuatu racun dan merupakan jenama seperti yang tertulis pada bungkusan atau label racun. Contoh nama dagangan ialah AGR CONFILAC 200, Roundup,Ally 25DF, Confidor 100SL, Dursban 75+, Antracol 35WP


KENALI KELAS-KELAS RACUN PEROSAK


Perkara pertama yang perlu diketahui oleh pengguna racun perosak berhemah ialah kelas-kelas racun. Terdapat 5 kelas racun yang disusun berdasarkan tahap kebisaannya. Setiap kelas dibezakan dengan warna (disebut pita warna) bermula dari warna hitam untuk kelas 1a dan diakhiri dengan warna putih untuk kelas IV. 

Setiap pita warna mengandungi maklumat tahap kebisaan dalam 3 bahasa iaitu melayu, mandarin dan tamil bagi kemudahan semua pengguna. Adalah ditegaskan bahawa kelas tersebut adalah berdasarkan kebisaannya kepada manusia bukannya kepada makhluk perosak. Ini bermakna kelas 1a adalah amat berbisa kepada manusia bukannya kepada makhluk perosak. Ini juga bermakna jika anda menggunakan racun kelas 1a, ia bukan bermaksud amat berkesan kepada makhluk perosak. Setiap penggunaan racun perosak adalah mengikut apa yang disyorkan pada label. 

Secara umumnya, kelas racun tersebut ialah 
Kelas 1a (warna hitam) - BERACUN -AMAT BISA 
Kelas 1b (Warna merah) - BERACUN - BISA 
Kelas II (Warna kuning) - BERACUN 
Kelas III (Warna biru) - BERBAHAYA
Kelas IV (Warna putih) 

Pengguna disyorkan untuk menggunakan racun perosak kelas IV terlebih dahulu untuk mengawal perosak, jika didapati tidak berkesan, barulah menggunakan kelas yang lebih rendah. Sila rujuk kepada jadual di bawah





Kesegaran nanas dari ladang

 


MOHD Noorhardy bangga dapat jayakan bisnes pelancongan agro.

TIDAK keterlaluan apabila dikatakan pusat pelancongan agro di Sungai Merab, Selangor ini disifatkan syurga pencinta nanas.

Sebaik tiba di pintu masuk, anda akan disajikan dengan saujana pemandangan hijau rimbunan pokok nanas yang melatari suasana, namun tarikannya tidak terhenti di situ.

Pemanduan mendaki bukit kemudian membawa pengunjung ke kafe yang pastinya akan membuatkan mereka terpesona dengan pemandangan sekitar Bangi yang boleh dilihat dari kawasan itu.

Ads by

Tidak cukup dengan itu, rasai keenakan aneka produk berasaskan nanas seperti karipap nanas, nasi lemak sambal nanas, jus nanas dan pelbagai pemanis mulut daripada buah berkenaan.

Bagi pemiliknya, Mohd Noorhardy Mohd Noorzain, 42, Saudagar Nanas Agrofarm memenuhi impian untuk menjadikan nanas sebagai sebuah produk pelancongan agro meskipun dia tidak memiliki latar belakang dalam bidang pertanian.

Semuanya bermula apabila tindakannya berhenti kerja untuk memulakan perniagaan tidak membuahkan hasil sebelum mengambil keputusan menjual nanas pada 2017.

"Saya bermula dengan menjual nanas milik orang dan menumpang kedai orang selain untungnya saya bayar kemudian. Kemudian saya belajar pemasaran sedikit demi sedikit dan akhirnya meminjam lori ayah untuk menjualnya secara borong.

NANAS segar dari ladang.
NANAS segar dari ladang.

"Malah saya hantar ke seluruh kawasan Lembah Klang, jual di pasar tani dan di tepi jalan, kemudian berkembang dengan menjual benih ke Sabah serta Sarawak," kata graduan bidang Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ini.

Jelasnya, setahun kemudian dia bertekad mengusahakan sendiri tanaman berkenaan dan mendapatkan khidmat nasihat serta bantuan benih daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Motivasi mengusahakan produk pelancongan hanya hadir ketika Mohd Noorhardy melawat ke Abang Strawberry di Cameron Highlands, Pahang pada tahun sama apabila ia menawarkan rangkaian produk strawberi.

"Jika dia ada strawberi, saya pula mempunyai pelbagai produk nanas seperti karipap nanas, nanas goreng, jus nanas dan pelbagai produk hiliran berasaskan nanas yang boleh dijual di kafe. Sejak itu saya menanam azam untuk terbabit dalam agro pelancongan," katanya.

Menurutnya, untuk memastikan pusat agro pelancongan itu mampu menarik pengunjung, dia mengkaji konsep yang terdapat di beberapa tarikan agro pelancongan tempatan yang lain dan Indonesia.

Hasil pengamatannya, setiap produk pelancongan agro yang berjaya mempunyai tiga ciri iaitu lokasi dengan pemandangan menarik, mencipta banyak tarikan untuk bergambar dan mempunyai produk yang berasaskan bahan sama.

Pada masa sama menurut Mohd Noorhardy, pembukaan pusat pelancongan agro itu juga memberi kesempatan kepadanya berkongsi rezeki dengan usahawan yang mengeluarkan produk berasaskan nanas.

"Dalam seminggu, saya hanya dapat tuai satu tan nanas, tetapi kami perlukan lima hingga enam tan jadi untuk itu saya membelinya daripada rakan lain dan menjualnya di sini.

SULUR nanas dijual bagi yang ingin menanamnya di rumah.
SULUR nanas dijual bagi yang ingin menanamnya di rumah.

NANAS hiasan jenis bromeliad turut ditanam.
NANAS hiasan jenis bromeliad turut ditanam.

"Karipap nanas ini pula adalah produk buatan sendiri daripada usahawan berhampiran dan kami menerima bekalan 3,000 biji seminggu, begitu juga dengan bekalan sambal nanas, kerepek serta aiskrim nanas.

"Permintaan tertinggi yang lain termasuk rangkaian pastri berasaskan nanas seperti kek keju nanas, tart keju nanas, kek cawan nanas dan kek 'japanese puff' nanas. Hakikatnya bukan semua benda kita boleh buat dan di sini, kita berkongsi rezeki," katanya.

Bagi yang berminat untuk menanam sendiri nanas di rumah, pusat pelancongan agro itu urut menjual sulur nanas, selain buah nanas yang baru dipetik untuk dibawa pulang.

Mengenai perancangan masa depannya, Mohd Noorhardy berhasrat membina sebuah kilang mini bagi membolehkan pengunjung menyaksikan sendiri nanas diproses untuk dijadikan jus dan nanas goreng.

"Bagi pengunjung cilik pula, saya akan dirikan sebuah zoo mini sebagai tarikan keluarga bagi membolehkan mereka bermain dan bergambar dengan haiwan sambil menikmati suasana di sini," katanya yang akan terus 'berkarya' bagi memastikan pembangunan di ladang itu berterusan," katanya.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/agro/2022/10/897584/kesegaran-nanas-dari-ladang


Estet ikan tarik peminat ikan air tawar


Maran: Jabatan Perikanan Pahang bersedia menambah lebih banyak estet ikan di negeri ini sekiranya terdapat kawasan sesuai dan mendapat permintaan komuniti setempat.

Pengarahnya, Abdullah Jaafar berkata, kini terdapat tujuh estet ikan aktif masing-masing satu di Maran, dua di Lipis dan empat di Temerloh yang mampu menyediakan pelbagai spesies ikan air tawar berkualiti.

Menurutnya, empat estet ikan yang terletak Temerloh iaitu Estet Paya Chempaka seluas 15 hektar, Estet Paya Lanar (25 hektar), Estet Ikan Lubuk Kawah (31 hektar) dan Estet Ikan Kelanau-Bangau Tanjung (50 hektar).

ADVERTISEMENT
Ads by

Katanya, dua estet ikan di Lipis ialah Kampung Lalang seluas tiga hektar dan Estet Ikan Empangan Paya Tepual, Kampung Keledek (empat hektar) serta Estet Ikan Kuala Wau, Maran (40 hektar).

"Estet ikan dapat menjadi pusat pemuliharaan dan menambah simpanan ikan air tawar selain menjadi lokasi agro pelancongan yang semakin diminati."Ia turut menyediakan sumber makanan terutama kepada mereka yang menggemari pelbagai spesies ikan air tawar," katanya mengulas kejayaan penganjuran Pesta Menjala Ikan Air Tawar Memburu Si Baduk, di Estet Ikan Kuala Wau, di sini, hari ini.

Pesta kali pertama yang diadakan itu menarik penyertaan lebih 1,000 peserta tempatan dan luar Pahang membabitkan aktiviti menangkap pelbagai spesies ikan air tawar menggunakan jala saja.

Abdullah berkata, Estet Ikan Kuala Wau seluas 40 hektar sebelum ini adalah kawasan sawah padi terbiar milik lebih 40 pesawah sebelum dijadikan estet ikan pada 2019 secara kerjasama dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kuala Wau.

Beliau berkata, dalam tempoh dua tahun (2019-2020) jabatan melepaskan sebanyak 326,500 benih ikan spesies lampam sungai, kerai, jelawat, terbul, puyu dan temelian.

Sementara itu, Pengerusi JPKK Kampung Kuala Wau, Mohd Zurin Md Jais berkata, terdapat peserta yang datang lebih awal dan bermalam di sini untuk melihat lokasi lubuk tempat ikan berkumpul.

"Kita bercadang menjadikan pesta menjala ini sebagai acara tetap setiap dua tahun sekali, dalam tempoh berkenaan ikan yang dilepaskan mampu mencapai saiz memuaskan.

"Program tradisional berkenaan juga menjadi produk pelancongan di Kampung Kuala Wau," katanya.

Rujukan :  https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/07/857596/estet-ikan-tarik-peminat-ikan-air-tawar-metrotv

7 Langkah untuk Bermula dan Berjaya dalam Pertanian

 Sebelum memulakan sesebuah perniagaan, adalah penting bagi seseorang usahawan memilih jenis perniagaan yang sesuai dan mampu memberikan pulangan. Ramai usahawan menceburi bidang pertanian tanpa mengkaji dan menilai terlebih dahulu sama ada perniagaan tersebut sesuai dijalankan. Ini menyebabkan ramai yang menghadapi pelbagai masalah dalam pengurusan perniagaan.

Memulakan perniagaan ini  tidak semudah yang disangka. Bagaimanapun, kegigihan, kecekalan dan komitmen usahawan dapat memastikan kelangsungan perniagaannya walaupun memperoleh pendapatan yang tidak seberapa pada peringkat awal perniagaan.

Diringkaskan cerita, disini saya akan berkongsi dengan anda bagaimana atau apa yang perlu ada buat sekiranya anda memilih pertanian sebagai bidang perniagaan anda. OK, jom kita mulakan.

1) Tanah

Tanah merupakan faktor asas terpenting yang perlu diambil kira. Tanah merupakan tempat untuk bercucuk tanam atau tempat dimana haiwan ternakan dibela. Pendek kata, tiada tanah, tiadalah pertanian. Tanah ini boleh sama ada milik sendiri, sewa mahupun pajak. Perlu dipastikan kegunaan tanah dalam geran adalah untuk pertanian. Sekiranya untuk bangunan atau industry, kita masih boleh memohon untuk tukar status tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan daerah dimana lokasi tanah itu berada.

1,214 hektar tanah berpotensi pertanian masih terbiar di Negeri Sembilan |  Astro Awani
Tanah atau kawasan yang dipilih mestilah sesuai dan mempunyai kemudahan seperti bekalan air

2) Modal

Asas kedua terpenting dalam memulakan perniagaan pertanian ini adalah modal. Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan modal ini antaranya ialah;

  1. Simpanan sendiri
  2. Pinjaman keluarga
  3. Pinjaman Bank

Dalam memulakan pernigaan, sebaiknya elakkan pinjaman. Mulakan dengan modal yang rendah dan tambah nilai modal apabila memperoleh keuntungan. Tetapi, sekiranya tiada modal anda boleh juga membuat pinjaman sama ada dari rakan, ahli keluarga mahupun bank. Nasihat saya, jangan sesekali membuat pinjaman daripada ah-long.

AGROBANK
AgroBank merupakan salah satu bank yang boleh menawarkan pinjaman untuk tujuan pertanian

3) Teknologi

Teknologi tidak hanya mengenai alatan, tetapi juga mengenai cara untuk membuat sesuatu. Sebagai contoh, dalam penanaman cili kaedah fertigasi lebih mudah dan mendatangkan lebih keuntungan berbanding kaedah konvensional. Anda perlu membuat kajian mengenai kesesuaian teknologi mengikut kepada jenis pertanian, tempat, modal anda.

Teknologi Tanaman boleh diikuti mengikut Kalendar Tanaman bagi setiap komoditi. Pemilihan tanaman juga, perlu mengikut kesesuaian tanah di sesuatu kawasan yang hendak dijalankan.

Untuk tanaman, benih yang berkualiti juga memainkan peranan yang penting. Selain di pasaran, anda juga boleh mendapatkan benih-benih tanaman yang berkualiti di MARDI.

Alsintan Kementan Solusi Peningkatan Produksi Pertanian | Republika Online
Penggunaan teknologi terkini dalam pertanian membantu menambah pulangan yang lebih banyak

4) Aliran Untung Rugi

Tidak akan berjaya sesuatu perniagaan sekiranya anda gagal merancang dan mengawal kewangan anda dengan betul. Segala aliran keluar dan masuk wang perlu direkod, dikawal dan dirancang dengan baik dan teliti. Sedikit kesilapan pastinya akan memberi kesan kepada rancangan perniagaan anda di masa hadapan.Kawalan dan rekod aliran tunai penting bagi memastikan mengawal setiap perbelanjaan.


5) Persijilan

Langkah seterusnya adalah persijilan. Anda oleh memohon untuk persijilan myGAP dan juga myOrganic. Ini penting dalam memasarkan produk anda dengan lebih meluas lagi. Anda boleh rujuk pautan dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai my GAP dan my Organic;

myGAP

myOrganic

6) Pasaran

Adalah penting untuk anda merancang strategi pemasaran dengan mengetahui dan memahami keperluan dan kehendak pelanggan. Strategi yang baik mestilah mengandungi perkara berikut;

  1. Pasaran sasaran
  2. Saiz pasaran
  3. Persaingan
  4. Syer pasaran
  5. Ramalan Jualan
  6. Belanjawan pemasaran

Terdapat beberapa cara dalam memasarkan hasil pertanian anda. Antaranya ialah anda boleh menjual secara terus kepada pengguna, menjual kepada pemborong atau memasarkan ke pasaraya-pasaraya. Selain itu, anda juga boleh dapatkan bantuan pemasaran daripada Lembaga Pemasaran Persekutuan Malaysia (FAMA).

7) Insentif

Dengan perancangan dan strategi yang baik, anda boleh memohon insentif daripada Jabatan Pertanian. Insentif ini mampu membantu anda untuk mengembangkan lagi perniagaan anda.

Untuk memohon insentif ini, anda perlu menyediakan Plan Perancangan Pernigaan dan perlu diserahkan kepada Jabatan Pertanian untuk penilaian mereka. Anda boleh merujuk ringkasan format Plan Perancangan Perniagaan seperti dibawah.

1.           Muka Depan

2.           Isi Kandungan

3.           Ringkasan Eksekutif

                            a.           Nama syarikat penggerak utama & cadangan projek

                            b.           Pengurusan projek

                            c.           Kewangan projek

                            d.           Pasaran dan ekonomi

                            e.           Kos projek / daya maju

                            f.            Ekuiti dan keperluan pinjaman

                            g.           Cagaran

                            h.           Sokongan MOA.Inc

4.           Pengenalan

                            a.           Tujuan plan bisnes projek

                            b.           Tujuan projek

5.           Latar Belakang Projek

                5.1       Syarikat

                            a.           Nama dan nombor

                            b.           Alamat

                            c.           No. telefon dan no. faks

                            d.           Bank syarikat

                            e.           Setiausaha syarikat

                            f.            Juruaudit syarikat

                            g.           Modal diberikan dan modal dibayar syarikat

                            h.           Ahli Lembaga Pengarah Syarikat (Profil)

                5.2       Projek

                            a.           Lokasi dan status semasa

                            b.           Teknikal dan teknologi

  • Kesesuaian tanah
  • Agroiklim
  • Sumber dan kualiti air

 6.          Pasaran dan Ekonomi

                            a.           Analisa pasaran dan plan pemasaran

                            b.           Harga produk di pasaran

7.           Kewangan

                            a.           Penyata kewangan dan penyata untung rugi

                            b.           Aliran kewangan, sumber kewangan ekuiti syarikat dan IRR, B/C Ratio dll.

                            c.           Titik pulangan modal, tempoh penangguhan

                            d.           Jadual bayaran balik pinjaman

 8.          Organisasi dan Pengurusan

                            a.           Struktur / carta organisasi

                            b.           Sumber manusia dan keperluan buruh

                            c.           Strategi pengurusan sumber manusia sekarang dan di masa hadapan

 9.          Penilaian / Pemantauan Yang Disyorkan

10.         Justifikasi

Rujukan : https://motolaju.com/pertanian/7-langkah-untuk-bermula-dan-berjaya-dalam-pertanian/


Jual ulam raih RM30,000 sebulan

KOTA BHARU: Kegigihan mengusahakan pelbagai jenis tanaman ulam-ulaman, nyata berbaloi buat seorang wanita apabila meraih pendapatan lumayan,...