Sacha Inchi (Plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman kekacang yang kurang dikenali di Malaysia, yang didakwa amat berkhasiat apabila pihak RISDA mencadangkan tanaman ini diusahakan oleh pekebun kecil getah bagi meningkatkan pendapatan mereka.
Tumbuhan berasal dari negara PERU ini juga dipanggil sebagai 'Sacha Peanut', 'Inca Peanut', 'Mountain Peanut' dan 'Sacha Inci'.
Sacha inchi semakin mendapat perhatian ramai selepas berjaya disenaraikan sebagai salah satu ‘superfood’ di dunia pada tahun 2016.
Walaupun ia baru diketahui ramai, sacha inchi sebenarnya telah lama digunakan sejak 3000 tahun yang lalu oleh masyarakat Inca di Peru.
Tumbuhan ini kini ada ditanam secara komersil di Thailand, Vietnam dan Kemboja untuk menghasilkan bijinya yang mengandungi minyak yang sangat bernilai.
Sacha Inchi adalah jenis renek (shrub) yang parrenial dengan memerlukan sokongan untuk menjalar diaatas kayu sokongan untuk penanaman komersil.
Ia jenis tanaman yang perlukan cahaya matahari 100% atau dengan sedikit perlindungan sahaja, memerlukan tanah yang subur dengan air yang mencukupi dan sistem saliran yang baik.
Tanah dengan pH diantara 5.1-5.5 dikatakan sesuai untuk petani menjadikan pertumbuhan dengan baik dan aplikasi bahan organan.
Tanaman ini selalunya ditanam oleh pekebun kecil dengan keluasan yang mudah dijaga dan ada yang menanamnya sebagai tanaman keliling rumah dinegara jiran untuk menambahkan pendapatan keluarga dengan menjual bijinya kepada pemborong.
Banyak produk yang dihasilkan daripada tanaman sacha inchi dipasaran sebagai makanan kesihatan.
Menurut RISDA, permintaan terhadap herba ini terutama untuk produk kesihatan, kecantikan dan minyak sangat tinggi di peringkat antarabangsa.
Khasiat Sacha Inchi
Sacha Inchi mempunyai banyak khasiat-khasiat penting yang di perlukan oleh tubuh badan yang dapat membantu mencegah pelbagai jenis penyakit berbahaya.
Sacha Inchi kaya dengan Omega 3 yang lebih tinggi berbanding dengan kandungan omega dalam ikan dan juga jenis-jenis pokok yang lain.
Antara kandungan yang terdapat dalam Sacha Inchi adalah Omega 3 (48%), Omega 6 (35%) dan Omega 9 (9%).
Kelebihan ini dapat membantu merawat dan mencegah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh setiap tubuh badan.
Antara khasiat-khasiat yang terdapat dalam Sacha Inchi:
- Membantu mencegah dan meningkatkan kesihatan jantung serta melancarkan pengaliran darah dalam tubuh.
- Membekalkan nutrisi penting kepada otak untuk lebih produktif dan kreatif serta meningkatkan daya ingatan.
- Membantu mencegah dan melawan sel-sel kanser.
- Menguatkan tulang dan sendi serta memperbaiki ligament yang telah koyak.
- Melancarkan sistem buah pinggang dan pencernaan yang dapat membantu membuang lemak-lemak berlebihan yang boleh mengakibatkan obesiti.
- Meningkatkan tahap kesihatan paru-paru dan membantu mengurangkan penyakit asma dan alahan.
- Sesuai untuk ibu mengandung di mana dapat meningkatkan tumbesaran bayi dalam kandungan serta perkembangan otak bayi.
- Melancarkan keseluruhan sistem dan setiap organ dalam tubuh agar dapat berfungsi dengan baik.
- Menurunkan tahap kandungan gula dalam darah.
- Memberikan nutrisi penting untuk retina agar mata sentiasa segar dan tahap penglihatan yang lebih optimum.
- Membantu menyihat dan melembabkan kulit serta dapat mengurangkan kedutan dan jeragat.
- Minyak Sacha Inchi juga boleh menyembuhkan penyakit-penyakit kulit dan juga membantu meningkatkan tahap kesuburan rambut.
Tumbuhan Menjalar
Tumbuhan ini mampu tumbuh menegak setinggi 2 - 3 meter tanpa sokongan asas, bagaimanapun untuk penanaman baik ia memerlukan kayu sokongan atau sistem para setinggi 3-4 meter.
Batangnya akan menjalar atau merambat dengan mempunyai daun deciduous yang berwarna hijau dikawasan tropika.
Daun yang berwarna hijau tersusun dengan baik dan menghasilkan pucuk baru untuk terus menjalar.
Ia mengeluarkan bunga dalam jambak yang berwarna putih hijau yang kecil dibahagian hujung dahan.
Daunnya berbentuk hati (heart shape) dengan susunan bersilang berukuran 10-12 cm panjang dan 8-10 cm lebar dengan panjang tangkai sekitar 2-6 cm panjang.
Bunga Jantan yang berwarna putih bersaiz kecil dalam jambak sementara bunga betina berada dibahagian bawah jambak.
Tanaman dikawasan tropika mampu tumbuh dengan baik dimana pokok akan menghasilkan bunga dan buah sepanjang tahun.
Buah
Buahnya dalam kapsul berukuran 3-5 cm garis pusat dengan ada 4-7 point yang berwarna hijau semasa muda dan bertukar warna coklat gelap apabila masak.
Bila cukup matang, ia akan terbuka sendiri dan dapat dilihat melalui bijinya dan dituai apabila buah telah betul-betul kering.
Buahnya ada 5 lobes dan ada yang mempunyai sehingga 7 lobes. Didalamnya terdapat bijinya yang berbentuk oval dengan warna coklat kehitaman berukuran 1.5 - 2.0 cm garis pusat.
Ia mempunyai berat sekitar 45 - 100 gram setiap biji, mempunyai kotilidon terbuka dengan ada lapisan nipis dan jika digoreng memberikan rasa yang sangat sedap.
Cara menanam
Penanaman sacha inci menggunakan biji benih yang diambil dari pokok matang. Biji benih perlu direndam selama 24 jam dalam air bersih sebelum disemai diatas tapak semaian dalam suhu sekitar 25 - 30 Celcius untuk bercambah.
Lazimnya ia akan bercambah dalam masa 14 hari dan boleh dialih ke kebun. Ada juga petani yang menanam terus biji benih ke ladang tetapi percambahan tidak sekata.
Kaedah menanam dengan bahan keratan jug ada dilakukan tetapi lebih mudah dengan semaian biji.
Bagi mereka yang ingin menanam sancha inci dalam bekas, sebaiknya ia berukuran 3 gelen media tanam atau lebih besar lagi untuk satu point tanaman.
Tanaman ini mudah dijaga kerana kurang serangan serangga perosak dan penyakit.
Penuaian
Pokok merambat ini sebaiknya diberikan sokongan untuk membolehkan kerja-kerja memetik buah mudah dijalankan.
Pokok yang berhasil perlu dipetik buah matang dan dikumpulkan dalam bekas sebelum dijual atau diproses terus.
Pada masa ini belum ada harga ladang jualan buah sacha inchi ini di Malaysia kerana tidak ditanam secara komersil.
Cadangan pihak RISDA yang yakin tanaman sacha inchi mampu memberi pendapatan tambahan kepada pekebun kecil getah sehingga RM500 sebulan dipaparkan oleh akhbar tempatan.
Bagi tujuan itu, RISDA akan memberi 20 hingga 30 batang pokok untuk setiap isi rumah pekebun kecil getah bagi mengusahakan tanaman tersebut.
Seterusnya, RISDA akan mengedarkan benih sacha inchi dari Thailand ini kepada pekebun kecil getah.
Tempoh matang
Apa yang penting kepada tanaman Sacha Inchi adalah buahnya yang berbentuk lengai dihasilkan apabila pokok matang dalam masa dua tahun sahaja.
Laporan menunjukkan pokok mula berbunga 5 bulan selepas ditanam dan mula berbuah 8 bulan selepas ditanam.
Sepokok dewasa mampu mengeluarkan 100 kuntum buah setahun dengan sebanyak 400 - 500 biji yang terhasil dan bahagian biji inilah yang bernilai untuk digunakan.
Biji Sacha Inci yang matang dikeluarkan daripada kelongsong berbentuk bulat leper dengan warna coklat kehitaman.
Bagi penduduk tempatan, mereka akan memetik buah sacha inchi ini dan merebusnya untuk terus dimakan begitu sahaja dengan rasa lemak.
Bagaimanapun, bahagian biji inilah yang dikatakan mengandungi pati minyak yang kaya dengan Essential Amino Acids, Alpha Linoleic Acids (ALA) dan juga Omega-3 Fatty Acids.
Nilai khasiat ini telah lama digunakan oleh orang Inca di Peru dan juga penduduk kawasan Amazon sejak lama dulu sebagai sumber protin tumbuhan yang didakwa terbaik didunia.
Bagaimanapun, kini produk dari sancha inci ini telah dikomersilkan dan boleh dibeli daripada kedai farmasi dengan mudah.
Bahan yang dihasilkan daripada tumbuhan ini adalah selamat dimakan dalam kategori herba atau makanan kesihatan.
Bagi menyediakan produk pati minyak sancha inchi ini, negara Thailand banyak mengkomersilkannya dalam bentuk minyak pati cecair dan produk didalam kapsul.
Khasiat terbukti secara klinikal
Maklumat ringkas mengenai produk sacha inci (Quick Fact) dikaitkan dengan Produk Makanan Kesihatan dan Ubat merujuk kepada tindakbalas perubatan terhadap kes Cardioprotective dan Nutritional.
Ia disebabkan kandungan bahan Alpha Linoelic Acid yang tinggi terhasil daripada tumbuhan yang tidak toksik dan selamat dimakan.
Antara kehebatan khasiat sacha inchi ini adalah seperti membantu dalam pembentukan sistem otot disebabkan oleh bahan proton tumbuhan didalamnya.
Ia juga membantu mengelakkan masalah Kardiovaskular dimana kandungan Omega-3 dapat mengimbangan kolesterol dan juga mampu menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan serangan jantung.
Setiap satu sudu serbuk sancha inchi dengan berat sekitar 15 gram membekalkan 4.5 gram bahan protin tumbuhan.
Pengambilan bahan ini disyorkan dengan kadar sebanyak 56 gram sehari atau sekitar 3 sudu sehari menurut Persatuan Dietary Antarabangsa.
Bagaimanapun, bagi sacha inci dalam bentuk minay (oil) hanya disyorkan 2 gram sehari dengan lazimnya minyak ini mempunyai 47% protin didalamnya.
Semoga memberi manfaat.
No comments:
Post a Comment