Carian Maklumat Di Sini...

Google

Nasihat Imam Syafie :Mencari Sahabat Sejati

1.Sahabat Yang Baik Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri. 2.Mencari Sahabat Di Waktu Susah Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanya…. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan. 3.Pasang-Surut Persahabatan Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai. 4.Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat. Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada. 5.Sukarnya Sahabat Sejati Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya. Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit. 6.Sahabat Sejati Di Waktu Susah Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia. 7.Rosaknya Keperibadian Seseorang Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu. 8.Menghormati Orang Lain Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan. Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat. 9.Menghadapi Musuh Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai. Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan. 10.Tipu Daya Manusia Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri. 11.Tempat Menggantungkan Harapan Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati. 12.Menjaga Nama Baik Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia. Selamat tinggal dunia jika tasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.

5 Deria Seorang Usahawan

Perkataan “usahawan” semakin banyak dan hangat diperkatakan sekarang. Jangan disebabkan anda berjaya membina perniagaan anda sendiri bermaksud anda adalah seorang usahawan. Maaf, jika apa yang saya katakan ini menyinggung perasaan anda. Usahawan mempunyai “mindset” yang berbeza jika dibandingkan dengan orang lain. Usahawan akan melakukan perkara yang tidak terjangkau oleh pemikiran orang lain dan menghabiskan setiap kerja yang mereka mulakan. Di sini, saya telah menyenaraikan apa yang saya panggil sebagai 5 Deria Ciri-Ciri Seorang Usahawan berbanding orang biasa. Seperti yang kita ketahui, manusia mempunyai 5 jenis deria iaitu deria bau, rasa, pendengaran, sentuh dan penglihatan. Usahawan juga mempunyai kelima-lima deria ini, tetapi ia berbeza sama sekali. Di bawah menceritakan bagaimana kelima-lima deria ini digunakan oleh usahawan: BAU Seorang usahawan boleh menghidu kejayaan daripada jauh lagi. Mereka boleh menghidu kejayaan walaupun belum pernah mengalaminya. Kemanisan menghidu kejayaan ini membolehkan mereka terus bergerak untuk mencapai matlamat mereka. Seseorang usahawan bukan sahaja boleh menghidu kejayaan malah mereka juga boleh menghidu risiko yang bakal dialami. Saya tidak mengatakan bahawa semua penyelesaian dan kejayaan berada dalam genggaman mereka, cuma apabila mereka menggunakan pengalaman-pengalaman yang mereka ada, mereka dengan pantas dapat menghidu apa yang bakal berlaku. Ini merupakan deria yang paling penting dalam keusahawanan. Jika sesuatu peluang itu tidak mendatangkan keuntungan yang besar, seseorang usahawan itu biasanya akan membiarkan ia pergi begitu sahaja. RASA Seseorang usahawan dapat merasai kejayaan dalam setiap apa yang mereka lakukan. Mereka tidak peduli akan kepahitan yang sedang dialami sekarang kerana mereka tahu akan rasa kemanisan kejayaan yang bakal diperolehi di kemudian hari. Walaupun mereka rasa ada sesuatu yang tidak betul, sama ada mereka tersalah dalam membuat keputusan ataupun perbincangan tidak berjalan lancar, mereka tidak akan cepat berputus asa malah akan terus berjuang sehingga berjaya. Sama seperti kita di waktu kecil dahulu, kita dipaksa untuk memakan sayur-sayuran walaupun kita tidak suka memakannya. Setelah kita meningkat dewasa, kita boleh memilih apa yang kita mahukan di pinggan kita, betul tak? Begitu juga seorang usahawan. Mereka mesti melalui saat-saat getir dan kepayahan seperti orang lain sebelum mereka berjaya. PENDENGARAN Melalui telinga, ia menerima banyak gelombang bunyi dan memproses isyarat tersebut kepada sesuatu yang boleh difahami oleh akal kita. Kita semua mendengar pelbagai maklumbalas yang berbeza, pelbagai peluang perniagaan dan potensi urusniaga dalam kehidupan kita. Apa yang membezakan diantara usahawan dengan yang lain ialah mereka akan mentafsir informasi yang diperolehi dan bertindak. Usahawan juga memiliki kemampuan untuk menghalang informasi negatif daripada didengari oleh telinga mereka. Usahawan bukanlah mereka yang membiarkan perkara atau informasi yang negatif menguasai diri dan seterusnya tindakan mereka. Mereka lebih suka untuk memilih apa yang mereka mahu dengar. Mereka tahu apa yang mereka hendak dengar dan mereka tahu bagaimana bunyinya sesuatu kejayaan. SENTUHAN Sebagai seorang usahawan, mereka tidak akan mudah berputus asa sehingga berjaya menggapai apa yang mereka mahukan. Pada satu ketika, ia memakan masa yang agak lama dan ada yang mengambil masa yang singkat sahaja. Tidak semua yang usahawan lakukan akan mendatangkan hasil. Apa yang ingin diperkatakan disini ialah mereka tahu akan perasaan yang mereka mahukan selepas beroleh kejayaan. Mereka juga tahu bila dan tahap mana mereka perlu bekerja keras. PENGLIHATAN Usahawan boleh melihat sesuatu yang peniaga biasa tidak boleh. Maksudnya, mereka boleh melihat potensi sekecil-kecil sesuatu benda, sama ada ia merupakan tren baru atau melakukan sesuatu yang berlainan. Hasilnya, mereka mendapat pulangan yang banyak berbanding oran lain di sekeliling mereka. usahawan juga mempunyai pandangan yang jauh untuk melihat halangan dan masalah yang kebiasaannya menjadi titik noktah bagi peniaga biasa yang lain. Mereka tidak berapa hebat dalam perkara-perkara yang berlaku di hadapan mata mereka, perkara-perkara seharian kerana mereka sudah memikirkan sesuatu perkara dengan lebih jauh. Ya, anda boleh katakan usahawan sentiasa peka, dan apabila mereka fokus pada sesuatu, mereka akan melihat sehingga ke penghujungnya. Apa yang mereka nampak, mereka akan terus lakukannya agar tidak menimbulkan kebimbangan, keraguan dan seterusnya kehilangan momentum. Seperti yang anda dapat lihat di atas, terdapat banyak faktor yang membezakan di antara seorang usahawan dengan peniaga biasa. Jadi, adakah anda tergolong di dalam golongan usahawan atau pemilik perniagaan biasa? Renung-renungkan! :)

Mengapa Anda Tidak Kaya ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 1. Ramai yang beranggapan mereka tidak kaya disebabkan tidak memperolehi pendapatan yang mencukupi. Ramai berfikir ” Kalaulah aku punya pendapatan yang lebih, maka aku boleh membuat simpanan dan pelaburan dengan baik..“ 2. Yang lucunya, itulah pernyataan yang muncul, walau sudah beberapa kali memperolehi pendapatan yang lebih baik dari yang terdahulu. Sebelum gaji RM2,000, itulah alasannya, selepas gaji RM2,000 itu juga alasannya. Alasan lapuk! 3. “Becoming a millionaire has less to do with how much you make, it’s how you treat money in your daily life.” Maknanya menjadi jutawan bukannya dari berapa yang kita perolehi tetapi bagaimana kita menguruskan wang dalam kehidupan! 4. Sesiapa sahaja boleh menjadi jutawan dengan pengurusan kewangan yang betul tidak kira berapa banyak pendapatan kita. 5. Antara ’syaitan’ yang menjadi batu hasutan untuk kita terpesong dengan pengurusan wang dengan baik adalah : Terlalu mengambil berat kereta yang dipakai : Di Malaysia, membeli sesebuah kenderaan hanya akan membuatkan bank kaya. Kereta akan susut nilai hari demi hari. Ini bukan pelaburan, ini adalah ‘peleburan’. Gaya hidup ekslusif : Kalau rasa nak pakai baju branded setiap masa, handphone bertukar setiap bulan, atau shopping setiap minggu, ia hanya akan menambahkan hutang anda. Hutang yang besar akan menghalang anda dari membina kekayaan. Kurang kepelbagaian pelaburan : Dulu-dulu, ibu saya hanya menyimpan di dalam ASN atau ASB. Itu satu2nya bentuk pelaburan yang selamat dan menguntungkan yang beliau tahu pada ketika itu. Kita yang dah celik, mesti cuba mempelbagaikan. Lewat Mula Melabur : Sesetengahnya menyebut sebagai konsep compounding. Contohnya kalau anda melaburRM10 sebulan, maka dalam setahun anda akan memperolehi RM110 sekiranya pelaburan tersebut memberi pulangan 10%. Lagi cepat anda memulakan compounding, lagi cepat hasil yang anda perolehi. Tak Buat Benda Yang Anda Suka : Kalau anda buat benda yang anda benci dan tak suka, anda akan stress! Anda terpaksa mencara cara untuk release tension. Nak pakai duit lagi …. Banyak pakai duit, kurang kaya lah gitu.. Tak Suka Belajar : Ramai ingat bila dah graduate, tak payah nak belajar lagi. Semua rasa dah pandai. Tetapi kalau rajin, tambah lagi ilmu untuk improve pekerjaan dan pendapatan anda. Sure bole! Ada banyak lagi sebab. Sedar atau tidak, kita sebenarnya mungkin kurang disiplin untuk menjaga benda2 seperti ini. Apa pun, kalau kita percaya dengan kemampuan diri kita, jangan risau dengan berapa pendapatan yang kita dapat. Cara kita menguruskan pendapatan kita akan menjadi lebih penting. Ikuti beberapa tips di sini

Hijrah Minda

Sebenarnya terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk mengubah mindset kita dari makan gaji ke perniagaan.

Antaranya adalah dengan meletakkan matlamat untuk meninggalkan pekerjaan makan gaji dan memulakan perniagaan pada masa depan.

Dengan meletakkan matlamat, minda kita akan sentiasa berfikir dan terfikirkan matlamat tersebut.

Seharusnya matlamat yang dibuat bukanlah matlamat yang kosong tetapi ianya diikuti dengan gambaran imaginasi dan emosi yang kuat, seolah-olah kita tiada pilihan lain lagi selain daripada menjalankan perniagaan.

Seterusnya apabila matlamat dan keinginan kita telah terarah ke arah tersebut, sudah tentu ianya akan mendorong kita untuk mencari bahan bacaan berkaitan dengan perniagaan dan keusahawanan yang ingin kita ceburi.

Ringkasnya di sini, untuk menukar mindset makan gaji kepada perniagaan, kita perlu banyak membaca.

Ini kerana apa yang kita baca itulah dunia pemikiran kita.

Apabila ianya telah sebati dan menguasai cara berfikir kita, sedikit demi sedikit ianya akan mempengaruhi tindakan dan matlamat kehidupan kita.

Kemudian langkah yang lebih efisien untuk merubah mindset atau cara berfikir dari makan gaji kepada perniagaan atau keusahawanan adalah dengan mendekati dan bergaul dengan mereka yang terlibat dalam perniagaan itu sendiri.

Pepatah ada mengatakan, jika ingin merasakan panasnya bahang api berkawanlah dengan mereka yang membuat besi dan jika ingin menikmati harumnya wangian minyak wangi berkawanlah dengan penjual minyak wangi.

Persekitaran pergaulan kita sebenarnya memberikan pengaruh terkuat dan terbesar dalam pembentukan sikap, sahsiah dan mindset kita.

Sudah tentulah dapatkan kawan atau rakan yang telah mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing, tidak kiralah sama ada kecil atau besar kerana kita boleh belajar dua perkara sekaligus daripada mereka yang berjaya ini.

Pertama kisah kejayaan yang memotivasikan kita.

Kedua kisah kegagalan yang dapat memberikan pengajaran buat diri kita.

Dengan mengikuti beberapa tips di atas, insyaAllah kita dapat berhijrah dari minda Makan Gaji kepada Minda Keusahawanan.

Makin Ramai Golongan Muda Muflis

50% pemegang kad bankrap bawah 30 tahun Bank Negara Malaysia melaporkan bahawa 50% daripada pemegang kad kredit yang diiystiharkan muflis berusia di bawah 30 tahun. Ini satu perkara yang agak membimbangkan kerana golongan ini bukannya miskin. Mereka layak mendapakan kad kredit, tetapi menyalahgunakannya sehingga diisytiharkan muflis. Sementara itu, satu laporan akhbar menyebut Devinder Singh, ketua hal ehwal korporat dan komunikasi AKPK berkata 15% daripada mereka yang mendaftarkan diri dengan program agensi pengurusan hutang tersebut berusia di bawah 30 tahun. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Satu sebab utama ialah kesenangan mendapatkan kad kredit dan kegagalan untuk memastikan perbelanjaan lebih rendah pendapatan. Tetapi saya yakin tanpa kad kredit masalah ini tidak akan sampai ke tahap ini kerana tanpa kad golongan tersebut tidak boleh membeli menggunakan wang yang tidak mereka miliki. Satu lagi masalah ialah kehidupan material masa kini di mana muda-mudi mengutamakan jenama dan gaya. Saya tahu dan kenal orang-orang seperti ini. Kalau belum kahwin dah bankrap memang susahlah. Macam mana nak mendirikan rumah tangga dan menanggung anak? Pada pendapat saya kita patut mengekang penggunaan kad kredit dengan mengenakan cukai yang tinggi kepada kad kredit kedua, lebih tinggi kepada kad yang ketiga dan seterusnya. Kalau bank protes tindakan ini, biarkanlah mereka protes. Langkah tersebut akan memastikan orang ramai lebih cenderung memiliki hanya satu kad kredit untuk memanfaatkan kesenangan menggunakan urus niaga tanpa tunai. Biarlah mereka yang banyak kad terdiri daripada orang yang benar-benar mampu sahaja. Lagipun pembayaran tanpa tunai kini boleh dilakukan menerusi kad debit. Sebenarnya penyelesaian sebenar kepada masalah begitu senang sahaja. Belanja ikut kemampuan. Semua orang tahu. Cuma susah untuk mengamalkannya.

Peruntukan Hutang Ragu

Peruntukan dibuat untuk mengambil kira hutang tertentu yang mungkin tidak dapat dikutip Ada pembaca yang bertanya tentang provision for doubtful debts atau peruntukan hutang ragu, kerana mendapati beberapa syarikat yang mengalami masalah kerana peruntukan ini. Sebenarnya peruntukan untuk hutang ragu dibuat untuk meramalkan hutang yang mungkin tidak dapat dikutip, walaupun syarikat belum pasti sepenuhnya bahawa hutang tersebut tidak boleh dikutip. Peruntukan ini dibuat untuk memastikan paras keuntungan tidak dinyatakan pada tahap terlalu tinggi kerana syarikat tersebut sudah tahu akan mengalami masalah mengutip hutang tertentu. Ada beberapa cara berbeza untuk membuat peruntukan bagi hutang ragu:
  1. Membuat peruntukan am berasaskan % tertentu baki dalam akaun penghutang.
  2. Membuat peruntukan berasaskan % tertentu hasil sepanjang tahun
  3. Membuat peruntukan berasaskan pelanggan khusus yang diragui keupayaan mereka untuk membayar balik hutang
  4. Membuat peruntukan berasaskan 'debtor's aging' atau tempoh hutang belum dibayar. Contohnya syarikat boleh menetapkan bahawa sesuatu hutang dianggap hutang ragu jika tidak dikutip dalam masa 1 tahun.
Syarikat yang konservatif akan membuat peruntukan yang sewajarnya untuk memastikan pelabur mendapatkan maklumat terkini tentang status penghutang. Masalah biasanya timbul apabila peruntukan yang sewajarnya tidak dibuat dan syarikat terus mengandaikan hutang boleh dikutip walaupun sudah lama tidak dibayar. Jika pihak pengurusan tidak membuat peruntukan, dan tiba-tiba pada sesuatu tahun, kebanyakan hutang memang sah tidak dapat dikutip, satu jumlah besar akan dianggap sebagai hutang lapuk dan ditolak terus daripada akaun untung rugi pada tahun tersebut, menyebabkan syarikat mengalami kerugian besar secara tiba-tiba. Ini mungkin boleh dianggap satu tindakan untuk menyelindungi maklumat daripada pelabur kerana sepatutnya peruntukan yang lebih besar dibuat pada tahun terdahulu untuk memastikan pelabur maklum tentang keadaan sebenar. Tetapi kadangkala peruntukan besar dibuat bukan kerana pengurusan mahu menyelindung maklumat tetapi kerana keadaan ekonomi. Katakan krisis ekonomi berlaku dan kebanyakan pelanggan syarikat tiba-tiba mengalami masalah, maka itu adalah kerugian jujur yang mungkin tidak dapat dielakkan. Biasanya dalam kes di mana syarikat tiba-tiba terpaksa membuat peruntukan hutang ragu yang besar dan menjadi isu umum, akhbar kewangan akan membuat analisis sama ada salah laku berlaku ataupun disebabkan masalah perniagaan yang sahih. Jika masalah disebabkan oleh salah laku, maka saham syarikat akan jatuh dengan lebih teruk.

Mengambil Risiko Untuk Maju

Tanpa risiko kita sentiasa berada dalam gear neutral Adakah risiko itu menggambarkan sesuatu yang negatif atau positif untuk anda? Risiko secara lazimnnya dikaitkan dengan kemungkinan menghadapi bahaya, tetapi dalam dunia perniagaan dan kewangan, ia lebih menjurus kepada potensi untuk mengalami kerugian. Tetapi pada pendapat saya, langkah mengambil risiko yang berwajaran adalah penting untuk mencapai kemajuan dan kejayaan. Perkara ini benar dalam banyak bidang. Dalam bidang kerjaya, kadangkala kita perlu mengambil risiko dengan menerima tanggungjawab atau projek yang rumit untuk menunjukkan kita berwibawa. Mungkin projek tersebut gagal atau kurang berjaya tetapi sekurang-kurangnya anda telah mencuba. Jika berjaya ganjarannya besar. Dalam bidang keusahawanan dan perniagaan, risiko memang menjadi sesuatu yang perlu diambil. Kita perlu menanam modal, sama ada dalam bentuk wang, masa atau tenaga. Jika perniagaan gagal, kita mungkin rugi tetapi jika berjaya besar ganjarannya. Walaupun gagal, kita telah belajar sesuatu yang berharga. Begitu juga dalam bidang pelaburan. Untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, biasanya kita perlu mengambil risiko. Pelaburan yang paling selamat tidak akan memberikan pulangan yang tinggi. Namun risiko boleh dikurangkan dengan ilmu. Lebih tinggi ilmu kewangan, lebih rendah risiko pelaburan. Menang kalah dalam pertandingan sukan juga membabitkan risiko. Sebagai contoh dalam perlawanan bolasepak, apabila pasukan anda menyerang dengan lapan pemain untuk mencari gol, anda menghadapi risiko serangan balas di mana lawan hanya berhadapan dengan dua pertahanan sahaja jika anda kehilangan bola. Kalau anda membuat 'tackle' dalam kotak penalti pun anda mengambil risiko. Tetapi jika tiada pasukan sanggup mengambil risiko, perlawanan bola sepak pasti membosankan. Tetapi ambillah risiko dengan sewajarnya dan selepas membuat pertimbangan teliti. Janganlah mengambil risiko terlalu besar, sehingga menjurus kepada spekulasi lampau. Janganlah labur beratus ribu ringgit dalam perniagaan tanpa perancangan teliti, atau membuat pelaburan berasaskan khabar angin, tanpa membuat sebarang penyelidikan. Hidup ini penuh dengan risiko. Maklumat sempurna dan kepastian ialah sesuatu yang jarang kita perolehi. Kita perlu buat keputusan berasaskan uncertainty atau ketidakpastian, tetapi jangan biarkan kewujudan risiko dan ketaktentuan menyebabkan anda memilih jalan selamat setiap kali. Ambil risiko, tetapi lakukannya dengan munasabah dan selepas membuat penilaian teliti.

Adakah Anda Sedar Dengan REALITI Kehidupan Anda?

Setiap hari anda rungsing memikirkan kedudukan kewangan harian anda. Perbelanjaan untuk keperluan hidup semakin bertambah. Kos hidup semakin tinggi. Harga barangan keperluan terus naik. Sedar tak sedar anda dapati perbelanjaan dan hutang anda juga turut meningkat sama!

Setiap hari anda bekerja dan berusaha dengan lebih kuat untuk menambahkan pendapatan dengan tujuan menjelaskan hutang-hutang anda, namun dalam sedar tak sedar anda dapati hutang anda tidak pernah berkurangan bahkan semakin meningkat! Anda mulai hairan dan bertanya pada diri sendiri "Kenapa Boleh Jadi Begini? Sampai Bila Aku Nak Kena Bayar Hutang Ni?"

Setiap bulan anda membuat simpanan dalam bentuk pelaburan yang terjamin dan selamat seperti akaun simpanan biasa, simpanan tetap mahu pun ASB, kata anda simpanan untuk masa depan, tapi anda lupa yang hutang anda tak pernah berkurangan. Bila dapat dividen daripada simpanan tersebut anda tak sedar sebenarnya jumlahnya jauh lebih kecil berbanding faedah hutang yang perlu anda bayar.

Setiap hari berganti bulan, kini anda mula kurangkan perbelanjaan untuk keperluan yang paling asas sahaja semata-mata untuk mengurangkan jumlah hutang anda, namun akhirnya anda dapati ianya tak mampu nak selesaikan masalah hutang anda yang melampau itu.

Kemudian, anda mula membuat pinjaman baru bagi menyelesaikan masalah hutang yang terdahulu tetapi dalam masa yang sama, tanpa anda sedari, sebenarnya anda telah menambah masalah hutang yang baru.

Anda fikir dengan membayar ansuran bulanan yang lebih rendah dalam tempoh masa yang panjang ianya menguntungkan anda, sebaliknya semakin lama anda membuat pinjaman maka semakin besarlah faedah yang perlu anda bayar!

Dan bermacam-macam perkara selain tertera di atas yang merungsingkan dan memeningkan kepala anda dalam mencari penyelesaian ke atas masalah hutang demi meneruskan kehidupan anda dan keluarga.

Sekiranya anda benar-benar rungsing memikirkan permasalahan di atas, usah risau lagi! Teruskan pembacaan anda kerana sebentar lagi saya akan bongkarkan satu rahsia serta panduan bagaimana anda juga mampu menyelesaikan kesemua masalah di atas melalui kaedah pengurusan dan penghapusan hutang yang sebenar.

Ya, melalui kaedah, panduan dan strategi yang terbukti berkesan! Dan apa yang paling penting di sini anda juga boleh lakukannya sendiri berdasarkan langkah-langkah yang akan saya tunjukkan sebentar lagi. Teruskan pembacaan anda...

Setiap masalah ada penyelesaiannya. Apa yang membezakannya di sini bagaimana anda menyelesaikannya?

Ramai yang gagal menyelesaikan masalah kewangan atau hutang mereka hanya kerana mereka tidak mendapat bimbingan dan panduan yang sebenar.

Sebenarnya hutang anda mampu diselesaikan dan PANDUAN BEBAS HUTANG akan menjadi jalan penyelesaian TERBAIK bagi anda mengatasi masalah hutang tersebut!

Baru-baru ini, satu kajian atau survey kewangan telah dibuat oleh Syarikat Visa dan mereka mendapati kebanyakan dari kita paling risau mengenai:

1. Perbelanjaan hidup sehari-hari 2. Gaji 3. Hutang

Tuan/ Puan yang dihormati,

Bagaimana Untuk Menghapuskan Hutang Dengan Lebih Berkesan!

Dalam sedar tak sedar, hutang merupakan salah satu masalah yang dialami hampir setiap orang di seluruh dunia. Sekiranya anda rasa anda bebas dari masalah dan bebanan hutang, mungkin anda silap!

Saya pasti setidak-tidaknya anda juga menghadapi masalah ini biarpun jumlahnya di saat ini taklah sebesar manapun.... jika dibandingkan dengan orang lain disekeliling anda.

Selagi anda mempunyai keperluan dan kemahuan, mempunyai pendapatan dan pekerjaan, penggunaan dan kebergantungan ke atas pinjaman dan hutang sudah tentu menjadi satu kemestian dalam kehidupan di abad ini.

Namun begitu, sedarkah anda bahawa hutang yang anda ambil itu membantu mengukuhkan kewangan anda atau sebaliknya?

Keadaan akan menjadi bertambah parah jika sekiranya anda tidak mengamalkan pengurusan kewangan yang teratur, anda pasti berhadapan dengan masalah yang besar dan kritikal.

Jika anda mengalami salah satu daripada tanda-tanda di bawah kemungkinan besar anda sedang mengalami masalah hutang:-

Membuat bayaran minima bagi kad kredit

Jumlah baki hutang masih tidak berkurangan

Bertanya baki kredit yang boleh digunakan pada pihak bank

Tidak tahu berapa jumlah hutang yang dimiliki

Mengeluarkan wang tunai melalui kad kredit

Tidak mempunyai simpanan

Belanja gunakan Kad kredit mencecah had yang dibenarkan

Mempunyai lebih banyak kad kredit dari tunai di dalam dompet

Kad kredit ditolak ketika membuat pembelian

Bil-bil lama banyak yang tertunggak dan masih belum dibayar

Kesemua pendapatan digunakan untuk membayar hutang

Gagal mendapat pinjaman daripada bank

Mula meminjam dengan Ah Long

Tidak membuka penyata kad kredit

Menerima panggilan daripada pemberi pinjaman

Dikejar penagih hutang

Menerima surat penguam

Mulai berjudi

Hilang ceria

Tidak dapat tidur dengan lena

Anda mengalami gangguan dan tekanan hidup

Jangan cuba untuk menidakkannya jika anda mengalaminya, jangan memandang remeh akan petanda tersebut. Jika tidak, anda sebenarnya memberi ruang yang lebih untuk berhadapan dengan masalah hutang yang lebih serius lagi pada masa akan datang.

Jika dibiarkan berlarutan anda mungkin mengalami masalah seperti berikut;-

Hubungan kekeluargaan yang porak peranda

Tekanan jiwa dan mental

Diisytiharkan Muflis, atau mungkin;

Dirantai oleh Ah Long?

Mangsa Ah Long Dirantai Di Serdang Akibat Gagal Bayar Hutang Pinjaman.

Mungkin anda pelik dan tertanya-tanya bagaimana anda boleh menghadapi masalah hutang ini? Sebenarnya ianya berpunca dari amalan kewangan serta tabiat berbelanja yang kita sendiri tidak menyedarinya. Antaranya adalah:

Anda berbelanja dahulu dan berfikir untuk menyimpan kemudian, tetapi sebenarnya anda gagal membuat simpanan walau satu sen pun!

Anda gemar berbelanja menurut kemahuan dan bukannya mengikut keperluan sebenar...

Anda mengamalkan perbelanjaan menggunakan kad kredit untuk menampung keperluan harian...

Anda suka menukar kereta setiap 4 hingga 5 tahun sekali.

Anda suka ambil dahulu bayar kemudian, membeli secara ansuran dan bukannya tunai...

Anda lebih suka meminjam wang untuk membayar hutang pinjaman sedia ada anda, pinjam sini....untuk bayar hutang yang di sana...

Cuba anda bayangkan jika anda TIDAK LAGI mengalami masalah hutang, bukan setakat anda berada dalam keadaan ceria sentiasa, bahkan anda akan :-

Hidup tanpa sebarang tekanan dan gangguan

Kelihatan lebih yakin dan bersemangat

Dapat hidup bebas daripada beban dan masalah kewangan

Sebelum kita pergi lebih jauh kita perlu tahu...

Kenapa Usaha Membebaskan Diri Dari Masalah Hutang Sentiasa Gagal ?

1) Anda tidak betul-betul faham bagaimana hutang itu terjadi

Memang tidak dinafikan, pinjaman atau hutang memainkan peranan yang penting untuk membantu kita hidup dengan lebih selesa. Masalahnya di sini, hutang juga boleh membuatkan kita merasa tidak selesa bilamana ianya tidak digunakan dan diuruskan dengan cara yang betul.

Jika kita fikir-fikirkan berapa ramai yang hidup di dunia hari ini tidak berhutang? (Hmm..maksud saya orang dewasa yang berpendapatan dan bukannya anak-anak yang sedang bersekolah).

Saya percaya sememangnya ramai yang bersemangat untuk menghapuskan hutang mereka, namun ramai juga yang tidak faham kenapa setelah membayar sebegitu banyak wang, akhirnya mereka dapati yang diri mereka masih lagi belum bebas dari masalah dan bebanan hutang.

Ini kerana apabila kita membuat pinjaman atau hutang ianya melibatkan tiga perkara berikut:-

Pertama, jumlah pinjaman pokok atau jumlah sebenar pinjaman. Sekiranya anda meminjam RM10,000, maka anda perlu bayar semula jumlah tersebut dengan nilai yang sama. Saya kira yang ini semua orang tahu kan :)

Kedua, faedah. Sudah tentulah apabila kita meminjam atau berhutang kita perlu membayar sejumlah faedah sebagaimana yang telah kita persetujui sebelum ini. Ini bermakna jika anda pinjam RM10,000 maka anda perlu bayar dengan jumlah yang lebih besar daripada jumlah pokok yang anda pinjam. Saya fikir perkara ini ramai juga yang faham atau ada yang buat-buat tak faham?

Ketiga, kadar dan jenis faedah. Saya kira yang ini mungkin kebanyakan daripada kita yang kurang faham dan kurang jelas. Bahkan ramai yang terpedaya dengan triks dari pihak pemberi pinjaman. Yang lebih teruk lagi anda di antara kita yang begitu mudah menerima pakai syor dan saranan daripada mereka yang berkenaan, kononnya pinjaman tersebut adalah yang terbaik untuk hutang kita. Namun begitu, anda jangan risau tentang triks-triks tersebut kerana semuanya akan saya jelaskan secara terperinci nanti.

2) Tidak mempunyai matlamat

Setiap perkara yang ingin dilakukan dalam kehidupan ini harus ada matlamat jika tidak usaha yang kita ambil mungkin tidak sampai kemana-mana dan akan menjadi sia-sia. Begitu juga dengan usaha untuk menghapuskan hutang piutang sedia anda.

Anda harus ada matlamat, namun matlamat anda harus realistik. Maknanya di sini, jika hutang pinjaman anda RM20,000.00 dan anda ingin menghapuskannya dalam masa 2 atau 3 bulan sedangkan dalam masa yang sama anda hanya memperolehi pendapatan bersih sebanyak RM3,500.00 sebulan, maka ini sudah tentu tidak munasabah.

Ya anda perlu berusaha untuk mencari sumber pendapatan tambahan yang lebih besar dan bukannya sekadar berjimat!

3) Anda buat hutang baru setiap kali berjaya selesaikan hutang lama

Saya dapati terlalu ramai yang sentiasa meningkatkan gaya dan taraf hidup mereka. Ya, sememangnya ianya tidak salah, bahkan amat baik sekali. Namun sayangnya ramai di antara kita yang memperolehinya secara berhutang melalui jumlah yang besar dalam tempoh masa yang panjang.

Setiap kali anda berjaya menghapuskan hutang lama, anda mula merasakan yang anda memiliki lebih banyak wang, lalu anda buat keputusan untuk buat hutang baru lagi. Ya, hutang yang jumlahnya lebih besar dalam jangka masa yang lebih panjang dari sebelumnya.

4) Tidak tahu strategi penghapusan hutang yang betul

Apakah yang dimaksudkan dengan strategi yang betul di sini? Strategi yang betul adalah teknik penghapusan hutang yang mampu mencapai matlamat penghapusan hutang anda. Saya ulangi sekali lagi, yang benar-benar dapat membantu menyelesaikan masalah hutang anda.!

Saya dapati kebanyakan orang lebih gemar membuat simpanan yang hanya memberi keuntungan kurang 3% setahun tetapi lupa untuk menjelaskan hutang pinjaman yang mengenakan kadar faedah 18% setahun. Ingat! Tanpa strategi yang betul sekali lagi usaha kewangan anda akan jadi sia-sia belaka.

5) Silap mendapat khidmat nasihat kewangan

Saya tahu ramai yang lebih mudah dan gemar bertemu dengan pegawai kredit yang menguruskan pinjaman di bank daripada mencari perancang kewangan yang bertauliah untuk menyelesaikan masalah hutang mereka.

Kesudahannya mereka menerima pakai pelan pengstrukturan hutang yang dicadangkan oleh pihak bank. (Hmm..yang sebenarnya pihak bank nak suruh anda pinjam dengan mereka, katanya faedah merekalah yang terendah) Tup..tup anda dapati anda masih tetap berada dalam masalah hutang yang tak berkesudahan.

6) Anda gagal mendisplinkan diri

Dalam hidup ini, setiap perkara yang dilakukan dengan penuh berdisplin pasti membuahkan kejayaan. Begitu juga halnya jika anda ingin menghapuskan hutang anda. Anda perlukan tahap displin yang tinggi bahkan bukan sekadar disiplin dalam menguruskan wang anda tetapi lebih dari itu, melibatkan tabiat dan sikap anda.

Untuk itu anda perlukan satu panduan khusus untuk menguruskan hutang piutang anda, bukan setakat panduan tetapi panduan yang boleh membawa anda ke satu jalan kebebasan hutang yang benar-benar berkesan dan yang paling penting ianya realistik untuk dilakukan!

5 Bentuk Tabungan Yang Anda Perlukan...

Salam, Masih ramai yang gagal menguruskan kewangan mereka pada hari ini disebabkan kegagalan mereka untuk membuat simpanan. Sebenarnya dalam pengurusan dan perancangan kewangan, simpanan adalah asas kepada kejayaan dan kekayaan. Ini kerana untuk memastikan kita tidak terus menerus membuat hutang, kita perlukan simpanan! Untuk memastikan kita boleh membuat pelaburan, kita juga perlukan simpanan! Untuk memastikan kewangan kita dilindungi dan terjamin, kita juga perlukan simpanan! Untuk membiayai keperluan kecemasan kita perlukan simpanan! Pendek kata, apa sahaja perancangan kewangan kita, simpanan adalah perkara utama yang perlu kita rancangkan. Jadi bagaimana untuk merancang simpanan dan menyediakan tabungan? Menurut Khairulnahar a.k.a Thinkerich dalam ebook terbaru beliau berjudul "Tips Bagaimana Hendak Mengurus Wang Dengan Lebih Efektif", seseorang itu perlu menyediakan 5 jenis tabungan dalam pelan perancangan kewangan mereka iaitu:- 1. TABUNG PERLINDUNGAN 2. TABUNG KECEMASAN 3. TABUNG PERSARAAN 4. TABUNG IMPIAN 5. TABUNG PENDIDIKAN ANAK-ANAK Bagaimana untuk menyediakannya? Hmm..saya kira anda boleh dapatkan penerangan yang jelas, mudah dan ringkas dengan merujuk tips yang diberikan oleh beliau melalui link berikut di bawah:- Tips Kewangan Peribadi Banyak lagi tips kewangan yang boleh anda dapatkannya daripada Thinkerich melalui link di atas. ikhlas, [hisham aka putra_ada]

Pengurusan Kewangan

Kini anda tiada lagi alasan untuk menguruskan kewangan dengan lebih bijak, teratur dan berkesan untuk diri sendiri kerana anda telah berada di laman web yang betul!

Ingat! Jangan menggunakan wang hanya untuk berbelanja dan berhutang, yang akhirnya menyebabkan anda berhadapan dengan masalah kewangan!

Menurut laporan Utusan Online edisi 10 Mei 2010, ramai dikalangan mereka yang berpendidikan tinggi dengan gaji bulanan melebihi RM2,000 sudah mempunyai hutang mencecah RM100,000 pada usia awal 30-an!

Suatu FAKTA yang amat mengejutkan!!!

LAPORAN AKHBAR UTUSAN ONLINE MENGENAI MASALAH HUTANG DI KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA

Ianya dengan jelas menunjukkan bahawa memiliki pendidikan tinggi belum tentu dapat menjamin seseorang itu mampu mengurus kewangan mereka dengan baik! Apa yang pasti, ilmu pengurusan kewangan peribadi sebenarnya WAJIB dipelajari oleh semua golongan masyarakat tidak terkecuali bagi mereka yang berpendidikan tinggi!

Jika mereka yang bijak pandai pun kurang bijak menguruskan kewangan mereka, bagaimana pula dengan mereka yang lain...???

Namun begitu, jangan risau dan bimbang kerana sebentar lagi anda boleh mempelajari dan mengetahui rahsia, teknik dan strategi pengurusan kewangan yang sebenar melalui produk-produk dan info-info kewangan peribadi yang boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang !

Bahkan anda juga boleh menjadi lebih berjaya dalam kewangan dan kehidupan anda (mungkin lebih kaya) berbanding mereka yang berpendidikan tinggi sekiranya anda memiliki ilmu kewangan peribadi yang sebenar, biarpun anda hanya tamat Sekolah Menengah atau mungkin hanya tamat Sekolah Rendah sahaja!!!

Apa yang paling penting jika anda boleh membaca, dan mempraktikkan apa yang dikongsikan melalui laman web ini, peluang untuk anda berjaya dalam kewangan adalah sangat tinggi. Ini bermakna, tiada lagi alasan untuk anda mengeluh tentang keadaan kewangan anda sendiri selepas ini.

5 Strategi Menawani Pasaran Perniagaan Anda

Apabila memulakan perniagaan, terdapat beberapa sudut anda boleh mendekati perniagaan anda untuk menawan pasaran dan pelanggan anda. Perniagaan datangnya dengan persaingan. Dalam menangani persaingan, berikut adalah strategi menawani pasaran dan pelanggan anda!
1: Tawani melalui kualiti yang tinggi Kita sedia ketahui bahawa kualiti produk dan perkhidmatan akan menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Produk dan perkhidmatan berkualiti rendah sudah tentu akan mendapat masalah apabila pelanggan merasakan mereka tirtipu dengan belian mereka. Bukan setakat itu sahaja, berita perniagaan anda menjual produk berkualiti rendah juga akan mudah tersebar oleh pelanggan-pelanggan yang tidak berpuas hati.
Tawani pelanggan anda dengan produk yang berkualiti. Ia akan memberi keuntungan buat jangka masa yang panjang sekiranya kuliti produk dan perkhidmatan anda senentiasa diperbaiki.
2: Tawani melalui perkhidmatan yang lebih baik Zaman kini, permintaan perkhidmatan menginginikan segala-galanya dilakukan dengan sempurna dan cepat. Percepatkan perkhidmatan perniagaan anda. Sekiranya bakal pelanggan menghubungi anda, layani dengan cepat dan sempurna. Sekiranya pelanggan membawa barangan rosak ke kedai anda, perbaiki dengan cepat dan sempurna. Sekiranya pesaing anda memberi perkhidmatan penghantaran dalam masa 2 hari, anda cuba lakukan penghantaran dalam masa 1 hari.
Permintaan kini menekankan kelajuan dan jangka masa sebagai salah satu factor utama dalam memilih perniagaan. Memang tidak hairan restoran-restoran “fast-food” mendapat permintaan yang tinggi!
3: Tawani melalui harga yang lebih rendah Dalam pasaran yang kompetitif, harga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan perniagaan. Ramai pengguna kini adalah pengguna yang bijak dan akan membandingkan harga sebelum membuat belian.
Tawan pengguna dengan memberi produk dan perkhidmatan anda pada harga yang munasabah dan bersesuaian dengan kualiti produk anda. Terdapat banyak perniagaan menggunakan model harga rendah dalam memenangi hati pelanggan dari gerai mamak sehingga ke Air Asia. 4: Tawani melalui memberi lebih daripada apa yang disangkakan Memberi apa yang disangkakan oleh pelanggan anda akan menunaikan permintaan mereka. Tetapi, memberi lebih daripada apa yang disangka akan menggembirakan mereka!
Beri lebih daripada apa yang disangkakan kepada pelanggan-pelanggan anda, dan pulangannya adalah pasaran yang lebih luas. Ini kerana, pelanggan yang gembira akan berkongsikan pengalaman mereka dengan kenalan-kenalan mereka.
Buah mulut yang baik berkenaan perniagaan anda akan menawan pasaran pelanggan yang setia dan meluas.
5: Tawani melalui menjadi ketua pasaran Menjadi ketua pasaran anda memberi pelbagai kesan baik kepada perniagaan. Pertama sekali, jenama ketua pasaran sering dikenali berbanding dengan persaingan. Menjadi ketua pasaran adalah dengan menjadi perniagaan yang pertama sekali memasuki sesuatu industri.
Sebagai contoh, Colgate merupakan ketua pasaran ubat gigi oleh kerana menjadi jenama yang pertama sekali memasuki pasaran tersebut. Sehingga kini, jenama Colgate mendahului jualan segala ubat gigi.
Sekiranya anda ingin menggunakan strategi ini, ciptakan satu kelaianan dalam perniagaan anda. Kelainan tersebut akan menjadikan anda unik dan berbeza dengan pesaing sedia ada. Ini membuka peluang perniagaan anda kepada pasaran yang baru dan menjadi ketua pasaran tersebut.
Strategi yang sukar, tetapi dengan impelementasi yang betul, akan dapat menawani pasaran yang besar

Perancangan, Plan, Blueprint...... semuanya perlu

Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal” Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading. Anda juga perlu perancangan untuk berjaya atau memulakan perniagaan. Jadi semuanya memerlukan perancangan atau plan.. Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? 3 bulan, 1 tahun dll. Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain? Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditipu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri. Termasuk lah peluang buat duit di Internet yang menipu…

Bagaimana untuk Urus Hutang Pinjaman

Salam, Semua orang sedia maklum bahawa sesuatu hutang pinjaman itu mengambil masa untuk dilunaskan. Di sini saya ingin kongsikan beberapa langkah mudah yang boleh membantu anda. - Buatlah pembayaran semula sekaligus: Jika anda ada sedikit wang tambahan, anda boleh menggunakannya untuk membuat satu pembayaran semula sekaligus bagi pinjaman peribadi anda. - Tambahkan pembayaran semula anda: Satu cara mudah untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat ialah dengan menambahkan jumlah pembayaran semula anda. Anda akan terkejut betapa besarnya perbezaan yang dihasilkan oleh satu penambahan kecil. - Kurangkan hutang: Lunaskan hutang yang mengenakan faedah paling tinggi terlebih dahulu. Oleh kerana kad-kad kredit umumnya mengenakan bayaran kadar faedah lebih tinggi, adalah baik untuk membayar bil-bil itu sepenuhnya setiap bulan. Jika anda mempunyai kesukaran membayar sepenuhnya bil kad kredit anda, bayarlah seberapa yang anda mampu. Anda juga harus menyemak semula tabiat perbelanjaan anda dan membuat perubahan untuk berbelanja mengikut kemampuan anda. Harus diingat lebih cepat anda mengurangkan jumlah yang belum anda lunaskan, lebih rendah pembayaran faedah anda. Bagaimana? Harap anda dapat sedikit manfaat daripada tip yang saya kongsikan di atas. Sebenarnya tips di atas saya perolehi daripada Ebook Kewangan terbaru daripada Khairulnahar a.k.a Thinkerich berjudul 'Tips Bagaimana Hendak Mengurus Wang Dengan Lebih Efektif". Banyak lagi tips kewangan yang mudah, ringkas dan berkesan boleh diperolehi daripada ebook tersebut. Apa yang menarik, anda hanya perlu membayar harga yang kecil untuk mendapatkan tips kewangan yang hebat ini! Boleh dapatkan disini: Tips kewangan Peribadi Pastinya sebuah lagi panduan kewangan terbaik daripada Thinkerich. ikhlas, mohd hisham idris

Penggunaan Azomite utk pertanian, perikanan dan ternakan

Nama : AZOMITE Info Kaya dengan mineral dan hanya didapati di pergunungan Utah, USA. 100% tulen tanpa bahan tambahan. Amat baik untuk tanaman dan ternakan dan digunakan untuk melengkapi mineral keperluan tanaman / ternakan. Meningkatkan daya imun tanaman / ternakan terhadap penyakit. Produk ini luas digunakan oleh negara-negara maju. Terbukti amat berkesan dan banyak testimonial pengguna. http://www.azomite.com Harga RM7.00/kg, RM5000.00/tan
Lain-lain Pembelian minima sehingga 1kg. Harga pembelian lebih 1 tan boleh dirunding. Packing serta branding atas jenama sendiri boleh dirunding. Harga tidak termasuk penghantaran

Pasar raya besar hapus caj tambahan produk IKS

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Empat pasar raya besar bersetuju untuk menghapuskan caj tambahan kepada pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) yang memasarkan produk mereka di premis berkenaan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, pasar raya besar terbabit juga telah bersetuju untuk meningkatkan jumlah produk IKS yang dijual di premis masing-masing kepada 20 peratus menjelang 2012 berbanding sembilan peratus sekarang. ''Empat pasar raya besar tersebut iaitu Tesco, Giant, Carrefour dan Jaya Jusco juga telah bersetuju untuk meningkatkan produk IKS yang dijual di premis masing-masing dan mengurangkan tempoh bayaran kepada pengusaha dari 90 hari kepada 30 hari. ''Mereka juga bersetuju untuk membantu kementerian mencapai sasaran 30 peratus produk IKS dipasarkan di premis masing- masing pada masa akan datang,'' ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Produk 1Malaysia (Promas 2010) yang dijadualkan dari 17 hingga 20 Disember tahun depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini. Turut hadir pada majlis itu Setiausaha Kehormat Persatuan Pemprosesan Makanan dan Pembungkusan Malaysia (Mafpa), Kamalbahrin Khamsan dan Pengarah Urusan Es Event Management Sdn. Bhd., Datuk Chong Chong Ting. Promas 2010 anjuran bersama Mafpa dan Es Event akan menyediakan 600 buah ruang pameran merupakan landasan bagi pemasaran serta jualan produk buatan Malaysia bagi memperkasa penjenamaan serta menjana aliran tunai bagi pengusaha-pengusaha produk IKS . Ismail Sabri memberitahu, kementerian juga akan mengadakan Ekspo Penjodohan IKS dan Pasar Raya Besar pada November ini bagi membolehkan pasar raya besar memilih produk-produk IKS untuk dijual di premis masing-masing. Katanya, pada ekspo tersebut pengurusan pasar raya besar boleh memilih secara terus produk-produk yang dikeluarkan oleh IKS untuk dipasarkan. Sementara itu mengenai keperluan barang-barang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut dua minggu lagi oleh umat Islam, beliau memberitahu, pihaknya telah mendapat jaminan daripada pengeluar dan pengedar bahawa barang-barang itu mencukupi. Katanya, kementerian juga akan memastikan bekalan yang diperlukan oleh umat Islam mencukupi dengan memantau bekalan di pasaran setiap hari. ''Pemantauan kementerian bukan sahaja melibatkan pematuhan harga oleh penjual di bawah Akta Kawalan Harga tetapi juga memastikan bekalan mencukupi di pasaran,'' katanya

Pengenalan kepada Pengurusan Projek

1.1 Pengertian Projek dan Pengurusan Projek Menurut PIM (Project Management Institute) definasi Projek: “Projek adalah satu usaha sementara terdiri dari pada beberapa siri aktiviti dan tugas yang dibuat untuk mencipta satu produk atau servis yang unik” Projek adalah aktiviti yang dirancang. Projek selalunya adalah suatu aktiviti yang dirancang dengan teliti untuk mencapai keputusan yang diidamkan. Projek boleh dibahagikan kepada beberapa tugas yang mesti dicapai(dipenuhi) dalam usaha utuk mencapai cita-cita yang diinginkan. Contoh projek: Ø Pembinaan Bangunan Ø Pengeluaran Produk Ø Pembinaan Pakej Perisian Payroll Projek mempunyai objektif yang spesifik yang perlu diselesaikan di dalam spesifikasi tertentu, menentukan tarikh mula dan tamat, dilakukan oleh manusia atau sumber bukan manusia (duit, bahan dll), dirancang, dilaksanakan dan dikawal, dengan sumber yang terhad (budget, orang, peralatan, masa dll yang terhad). Syarikat yang melaksanakan sesuatu projek biasanya akan membahagikan projek mereka kepada beberapa fasa atau peringkat untuk membolehkan kawalan pengurusan yang lebih baik. Semua fasa projek ini dikenali sebagai Kitar Hayat Projek (project life-cycle). Projek adalah sangat komplek sehinggakan pecahan tugasan memerlukan penyelarasan yang teliti dan kawalan terhadap masa, kos dan pretasi. Seperti benda hidup, projek juga mempunyai kitar hayat. Dari permulaan yang perlahan, ianya akan terus maju sehingga tahap kemuncak dan seterusnya berkurangan dan akhirnya perlu ditamatkan. Tujuan asas projek adalah untuk mencapai tujuan yang spesifik. Pengurusan Projek (Project Management) adalah penggunaan terhadap pengetahuan, skil, perkakasan dan teknik terhadap aktiviti projek untuk menyiapkan sesuatu projek. Ianya adalah proses penggabungan kesemuanya untuk membolehkan projek itu disiapkan sejajar dengan perubahan projek di dalam kitar hayatnya di dalam mencapai matlamat (cita-cita) projek. Kejayaan Pengurusan Projek berlaku apabila mencapai objektif projek dalam masa dan budget yang telah ditetapkan. Pengurusan Projek melibatkan perancangan projek, menganjurkan (organising), pengambilan kakitangan (staffing), arahan (directing), pemantauan, kawalan, memperkenalkan sesuatu yang baru (innovating) dan mewakili. Pengurus Projek bermatlamat untuk mencapai sasaran atau lebih dari sasaran yang diharapkan oleh pemegang saham (stakeholder). Pengurus Projek adalah orang yang bertanggungjawap di dalam pengurusan, menyediakan kakitangan, membuat budget, memberi arahan, perancangan dan melakukan kawalan terhadap sesuatu projek. Pengurus Projek membina satu pelan dimana projek tersebut dikawal dan dijejak(tracked) untuk memastikan projek tersebut mencapai matlamat yang ditetapkan. Untuk ini, Pengurus Projek memerlukan informasi(maklumat) betul dan tepat pada masanya. Maklumat ini perlu dibekalkan dengan perancangan dan sistem kawalan, dimana mengariskan skop kerja dan mengukur prestasi supaya mengikut perancangan yang asal. 1.2 Projek Perisian melawan Projek Jenis Lain (Software Porjects vs Other Types of Projects) Produk berdasarkan Projek Perisian mempunyai beberapa ciri: Ciri-ciri Butir Tidak Nampak (Invisibility) Artifak fizikal seperti jambatan atau jalan sedang dibuat. Kemajuan projek dapat dilihat. Projek-projek perisian, kemajuan(progres) bukanlah dengan serta merta boleh dilihat hasilnya. Adalah sukar untuk pengurus projek menilai(mentaksirkan) kemajuan sesuatu projek perisian semasa pembikinan perisian tersebut. Kerumitan (Complexity) Perbandingan setiap ringgit, produk perisian mempunyai kerumitan yang lebih jika dibandingkan dengan kejuruteraan artifak. Usaha yang dikenakan terhadap modul program yang berbeza adalah berbeza mengikut keperluan, input dan output yang diperlukan oleh setiap modul. Keakuran (conformity) Projek jenis sistem fizikal seperti simen, besi dll mengikut hukum fizikal yang tetap tetapi pembangunan perisian mestilah selaras dengan kehendak pelanggan, organisasi dsbnya yang mempunyai pandangan yang berbeza. Konflik terhadap perbezaan teknik pengkodan (coding), kaedah dan logik membuatkan projek perisian perlu menjelaskan keakuran secara jelas. Kelenturan (flexibilty) Projek perisian mempunyai kekuatan kelenturan untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan yang banyak. Penambahan ke atas perisian tidak memerlukan program yang lama untuk dibuang. Walaupun perubahan dibenarkan dalam projek perisian namun ia akan memanjangkan jangkamasa projek tersebut. 1.3 Project Stakeholders (Pemegang Kepentingan Projek) Sesiapa yang mempunyai taruhan atau kepentingan di dalam projek dikenali sebagai projek stakeholders. Projek StakeHolder mungkin terdiri daripada 3 golongan: Orang Dalaman yang berada di dalam pasukan projek yg dilaksanakan Orang luar dari pasukan projek tetapi berada di dalam Organisasi yang sama Orang luar yang tidak ada kena mengena dengan organisasi yang membuat projek Mereka ini terlibat secara langsung dalam pasukan projek dan berpengaruh di dalam aktiviti projek. Boleh jadi Pengurus Projek atau ahli pasukan Kakitangan atau jabatan yang mana pasukan projek memerlukan bantuan Pelanggan(pengguna) yang memperolehi manfaat dari sistem yang dipasangkan atau kontraktor yang terlibat melakukan kerja-kerja untuk projek tersebut Projek stakeholders adalah organisasi atau orang (dalaman dan luaran) yang mana berminat melibatkan diri secara aktif terhadap projek atau orang yang berkepentingan serta berminat terhadap kesan yang akan terjadi apabila projek itu dilaksanakan. Sesetengah stakeholders hanya berminat di dalam kesan hasil daripada pelaksanaan projek tersebut, sementara yang lain hanya berminat terhadap projek semasa projek tersebut dalam pembinaan. Selain sebagai Pengurus Projek dan ahli pasukan projek, projek stakeholders juga boleh terdiri daripada pelanggan luaran, pelanggan dalaman, pengguna perniagaan, kakitangan dalaman, pemegang saham, kerajaan, pembekal, komuniti tempatan dan agensi-agensi lain. Adalah menjadi tugas Pengurus Projek untuk mengenal pasti semua Projek Stakeholders dan menentukan keperluan dan jangkaan stakeholders terhadap projek tersebut. Keperluan dan jangkaan(harapan) mesti di urus dan seimbang untuk memastikan kejayaan projek. Mereka (stakeholders) digalakkan untuk menyumbangkan kepakaran, idea dan pengetahuan yang berguna untuk membantu kejayaan projek. 1.4 Cadangan Projek (Project Proposal) dan Kontrak Cadangan projek adalah ringkasan kepada keputusan pembangunan yang dibuat berdasarkan informasi yang diterima daripada pelanggan, pengalaman pengurus projek, perbincangan diantara ahli kumpulan projek mengenai kemungkinan alternatif yang boleh dilakukan sekiranya berlaku ancaman kepada projek tersebut. Cadangan projek tersebut perlulah jelas dan kefahaman yang tinggi perlu diberikan kepada pelanggan. Cadangan projek mesti memasukkan cadangan jadual pembangunan peringkat utama (main stages) dan kos keseluruhan. Ini membolehkan pelanggan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan atau berhenti setakat itu sahaja. Cadangan di dalam cadangan projek mestilah menyakinkan dan berkaitan dengan kehendak pengguna. Cadangan mestilah menakjubkan dan inovatif kerana pelanggan mungkin juga telah menerima cadangan dari syarikat lain. Oleh itu cadangan tersebut perlulah mempunyai daya bersaing (bertanding). Cadangan Projek mesti meliputi perkara di bawah: Ø Pengenalan am dan ringkasan eksekutif (executive summary) Ø Kenyataan apa yang pelanggan dan pelanggan mahu dari projek tersebut Ø Menerangkan secara am perkhidmatan yang ditawarkan dan alasan untuk memilih mereka dan kemungkinan kepelbagaian jika ada. Ø Gambar rajah menggariskan struktur dicadangkan Ø Menerangkan keperluan sumber manusia/bukan manusia yang diperlukan Ø Struktur jadual dan pecahan kerja Ø Struktur pembayaran/kos Ø Kekangan/batasan (limitations) terhadap cadangan tersebut. Kontrak adalah persetujuan diantara semua pihak yang terlibat yang mendefinasikan faedah dan tanggungjawap mereka yang berkaitan. Kontrak untuk produk perisian mengharuskan pasukan projek untuk menyediakan jadual untuk projek tersebut dapat dihantar dalam satu jangkamasa yang ditetapkan dan kadar upah yang dikenakan. Kontrak hanya ditanda tangani setelah pelanggan berpuas hati dan bersetuju dengan cadangan yang dihantar. Cadangan boleh diperincikan (mengenai akitiviti/tugas, jadual dan budget) dan seterusnya menjadi dokumen kontrak. Setelah kontrak ditanda tangani oleh semua pihak yang terlibat, kerja sebenar projek boleh dilaksanakan. 1.5 Project Management Information System (PMIS) - Pengurusan Projek berdasarkan Sistem Informasi. PMIS membantu di dalam membuat gambar rajah. Penjadualan dan menjejak semua projek yang ada di dalam sesuatu projek. PMIS juga mengawal kiraan kos, kadar keuntungan, perbedaan, membuat laporan pengurusan dsbnya. Pakej awal PMIS adalah besar dan menggunakan mainframe. Kini perisian seperti Micorsoft Project boleh digunakan pada komputer biasa.

Ciri-Ciri Keusahawanan

Pendahuluan KEUSAHAWANAN sudah lama wujud sebagai satu pilihan kerjaya. Kebanyakan orang bagaimanapun lupa akan hakikat ini kerana mereka sentiasa menganggap bahawa kerjaya hanya melibatkan pekerjaan yang ada majikan yang memberi gaji. Keusahawanan tidak melibatkan majikan yang memberi gaji, tetapi usahawan bekerja sendiri dan menjadi majikan kepada dirinya. Walaupun begitu keusahawanan tetap menjadi satu bidang kerjaya yang diceburi sejak dahulu lagi. Corak pembentukan sejarah negara kita telah menyebabkan berlakunya pengasingan dalam pemilihan kerjaya mengikut golongan etnik. Sehingga lebih kurang 30 tahun yang lalu, keusahawanan bukan merupakan satu pilihan kerjaya bagi kaum Bumiputera yang merupakan majoriti golongan etnik. Jika adapun kaum Bumiputera yang memilih keusahawanan sebagai kerjaya, hanya dalam bentuk kecil-kecilan ataupun kerana terpaksa disebabkan kurang kelayakan untuk mendapat kerja lain. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 1970 telah memberi kesedaran dan peluang kepada golongan Bumiputera khususnya untuk menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya. Berikutan itu, berbagai langkah telah diperkenalkan untuk menggalakkan keusahawanan kepada golongan Bumiputera. Penekanan oleh Kerajaan dalam pembangunan usahawan menjadi lebih ketara dengan tertubuhnya Kementerian Pembangunan Usahawan pada 8 Mei 1995. Wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 juga menjurus kepada dasar-dasar Kerajaan untuk terus menggerakkan negara kearah perindustrian dan perdagangan. Dasar-dasar ini dengan secara langsung telah meningkatkan lagi peluang-peluang keusahawanan dan melahirkan ramai usahawan dari pelbagai kaum. Tiga atau empat dekad yang lalu, kerjaya sebagai usahawan bukan merupakan pilihan bagi kebanyakan orang. Ini kerana peluang-peluang perniagaan tidak begitu menyerlah dan banyak pekerjaan lain yang lebih mudah didapati. Kebanyakan berpendapat bahawa keusahawananadalah sesuatu yang sukar dan ianya merupakan satu kerjaya yang tidak terjamin berbanding jika bekerja makan gaji, lebih-lebih lagi bekerja dengan Kerajaan. Malahan tidak salah jika dikatakan bahawa golongan Bumiputera yang menceburi diri dalam bidang keusahawanan adalah kerana terpaksa disebabkan oleh kegagalan mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang lain. Mereka yang menjadi ‘usahawan terpaksa’ ini selalunya tidak begitu bersedia dari segi kemahiran terutamanya untuk mengharungi cabaran dan dugaan dunia perniagaan. Mereka biasanya belajar melalui kesilapan dan pengalaman. Jika mereka lambat belajar dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan budaya keusahawanan, maka sukar bagi mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya. Bagaimanapun, perubahan dan kemajuan dalam pembangunan ekonomi negara, terutamanya pada dua dekad kebelakangan ini telah melahirkan banyak peluang-peluang perniagaan. Pusat-pusat pengajian tinggi juga mula menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan. Perkembangan sebegini menyebabkan lebih ramai orang, terutamanya kaum Bumiputera yang mula memahami dan meminati bidang perniagaan dan keusahawanan. Dengan itu kita dapati bahawa lebih ramai yang secara sedar dan sukarela memilih keusahawanan sebagai kerjaya mereka. Mereka mula melihat keusahawanan sebagai sumber rezeki yang lebih meyakinkan. Memandangkan ramai yang menjadi usahawan atas pilihan sendiri, kita menjangkakan bahawa mereka tentunya telah bersedia untuk berjaya sebagai usahawan. Namun begitu kita dapati ramai juga yang gagal dalam perniagaan yang diceburi. Melihat kepada kegagalan yang berlaku kepada sebilangan usahawan, kita tertanya apakah keusahawanan merupakan satu kerjaya yang selamat? Untuk membuat kesimpulan kita perlu melihat secara terperinci apakah pula ciri -ciri keusahawanan, faktor persekitaran luaran dan proses kreativiti. Ciri-Ciri Keusahawanan Untuk menjadi usahawan yang cemerlang, seseorang itu perlu melengkapkan diri dengan beberapa ciri tertentu. Ciri utama ialah memastikan mereka mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang diceburi. Ini bermakna usahawan perlu berusaha mendapatkan semua maklumat yang perlu mengenai perniagaan yang menjadi pilihan mereka. Pemilihan bidang perniagaan tidak boleh dilakukan secara ikut-ikutan sahaja, iaitu mengikuti perniagaan orang lain yang berjaya tanpa mengetahui selok-belok bidang tersebut. Kejayaan orang lain dalam sesuatu bidang perniagaan tidak bererti kita juga akan berjaya dalam bidang yang sama. Kita perlu tahu beberapa perkara asas tentang bidang perniagaan yang dipilih seperti berikut: •Maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan. •Maklumat pasaran yang disasarkan. •Maklumat mengenai persaingan. •Maklumat mengenai bekalan dan pengeluaran. •Struktur kos, penetapan harga dan kadar keuntungan. •Kelakuan-kelakuan tertentu dalam industri yang diceburi. Kebanyakkan para pengkaji bersetuju keberkesanan aktiviti usahawan adalah dengan mencari dan mengambil inisiatif. Golongan ini sanggup meletakkan diri mereka sebagai orang yang bertanggungjawab di dalam sesuatu operasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal. Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah dimana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya. Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan. Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan. Fokus usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada kajian, struktur atau strategi. Mereka bermula dengan peluang yang ada dan membiarkan kefahaman mereka menjadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Usahawan mempunyai kebijaksanaan di dalam mencari peluang yang ada. Di dalam mencari peluang perniagaan baru, usahawan melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang lain, tetapi hasilnya atau penilaian terhadap peristiwa tersebut adalah berlainan. Usahawan bukan sahaja berkebolehan mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut. Usahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara membabi buta; segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira. Apabila seorang usahawan melibatkan diri didalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya. Usahawan mempunyai keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan. Kecenderungan ini membuatkan mereka bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar. Dengan mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah banyak usahawan yang pernah gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya. Kreatif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada setiap usahawan untuk memperolehi kelebihan persaingan di dalam pelaburan mereka. Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna. Kreativiti boleh dipelajari. Usahawan suka mengetahui bagaimana prestasi mereka dan sering kali cuba memperbaikinya. Mereka aktif mencari dan menggunakan maklumbalas yang diterima sebagai cara untuk memperbaiki prestasi mereka. Dari maklumbalas, usahawan boleh mempelajari dari kesilapan yang telah mereka lakukan. Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seseorang usahawan. Apabila usahawan memulakan sesuatu, beliau mempunyai semangat untuk menyelesaikannya, mengunggulinya dan mengejar serta mencapai cita-cita yang mencabar. Satu fahaman yang sering disalah ertikan mengenai usahawan adalah “wang menjadi satu keinginan yang kuat”. Kepada usahawan, wang hanya sekadar menunjukkan kejayaan yang mereka kecapi dan wang bukan merupakan pemacu motivasi kepada usahawan. Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Mereka mempunyai visi atau konsep untuk firma mereka. Tidak semua usahawan mempunyai visi diawal perbukaan firma mereka. Di kebanyakkan kes, visi dibangunkan setelah usahawan mula menyedari apa yang telah berlaku kepada firma tersebut. Membina perniagaan dari permulaan bukannya perkara yang mudah. Oleh itu, usahawan berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang dikehendaki untuk menjayakan tugas tersebut. Usahawan berkebolehan untuk mengurus sumber mereka secara berkesan untuk menukarkan visi menjadi realiti. Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka sendiri. Kemajuan dan kemunduran berada di dalam kawalan dan pengaruh mereka sendiri, dan mereka boleh mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari tindakan yang mereka lakukan. Usahawan tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan. Mereka belajar dari kegagalan. Pada waktu yang sukar, mereka masih lagi mencari peluang yang ada. Kebanyakkan usahawan percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding dengan kejayaan. Usahawan adalah lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakkan orang. Usahawan perlu lebih bertenaga untuk membolehkan mereka menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan mereka hadapi. Tenaga tersebut merupakan faktor utama untuk membolehkan mereka memulakan perniagaan. Usahawan yang berjaya selalunya mempunyai standard (kualiti) yang tinggi, bersemangat untuk membantu syarikat berkembang dan membangun. Usahawan adalah seorang yang berdikari. Mereka suka menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka. Ini tidak bermakna usahawan mesti membuat semua keputusan. Mereka mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Mereka amat fleksibel dan berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan. Dengan ekonomi dunia yang sering berubah, sikap tegas(ketegasan) seringkali membawa kepada kegagalan. Untuk membuat keputusan sebelum menceburi diri dalam bidang perniagaan tertentu, bakal usahawan seharusnya membuat kajian dan penilaian tentang perniagaan yang dicadangkan. Rancangan perniagaan yang melibatkan semua maklumat yang telah disebutkan hendaklah disediakan untuk menilai daya maju perniagaan tersebut. Sebahagian daripada penyediaan rancangan perniagaan sebaiknya merangkumi analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities and Threats) yang melihat kepada faktor-faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat dalam perniagaan tersebut. Analisis SWOT akan membantu bakal usahawan menilai kesemua aspek yang akan menghasilkan keputusan yang lebih bijak. Selain dari pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang dipilih, usahawan juga perlu mempunyai beberapa ciri peribadi yang merupakan ciri-ciri utama keusahawanan. Kita tidak nampak bagaimana seseorang usahawan akan berjaya tanpa ciri-ciri seperti berikut: •Komitmen yang tinggi dan sanggup bekerja kuat. •Jujur dan ikhlas. •Berdaya kreatif. •Mahir berkomunikasi. •Berani menanggung risiko. •Bijak membuat penilaian dan keputusan. Ramai yang telah menerokai bidang keusahawanan, ada yang sudah berjaya dan tidak kurang juga yang menemui kegagalan. Jika terdapat dua orang yang menceburi perniagaan yang sama, tidak semestinya mereka mendapat keputusan yang sama. Kajian menunjukkan terdapat beberapa faktor utama yang membawa kejayaan atau kegagalan seseorang dalam bidang keusahawanan. Di antara faktor kejayaan ialah: •Pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi. •Keinginan yang kuat untuk berjaya. •Berdisiplin dalam menguruskan perniagaan. •Memberi tumpuan dalam perniagaan. •Mempunyai pasukan pengurusan yang cekap. •Membentuk jaringan perniagaan yang luas. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang gagal dalam perniagaan, ada kalanya kegagalan itu disebabkan faktor-faktor yang di luar kawalan usahawan seperti krisis matawang pada tahun 1997. Bagaimanapun, antara punca-punca kegagalan di dalam kawalan usahawan yang telah dikenalpasti adalah: •Kurang memahami bidang perniagaan yang diceburi. •Terlalu cepat mempelbagaikan perniagaan. •Terlalu bergantung kepada satu atau dua pelanggan. •Mempunyai pasukan pengurusan yang lemah. •Tidak dapat bersaing kerana kos yang tinggi.

Jual ulam raih RM30,000 sebulan

KOTA BHARU: Kegigihan mengusahakan pelbagai jenis tanaman ulam-ulaman, nyata berbaloi buat seorang wanita apabila meraih pendapatan lumayan,...